Thursday, October 20, 2011

BUNGA-BUNGA CINTA...4


Sejak berjumpa dengan Aishah tu, aku rasa aku dah separuh angau, rasanya macam hari tu jugak aku nak masuk meminang Aishah. Tapi Aishah suka aku ke tak ? Kawan-kawan aku pun sendiri naik heran tengok aku apataknya asyik tersengih-sengih sorang diri, bukan apa mana-mana aku pergi asyik wajah Aishah aje yang muncul hatta ke toilet sekali pun.Petang tu aku balik saja je aku lalu ikut rumah Aishah tambahan pulak masa tu aku ternampak Aishah tengah menyapu sampah kat tengah laman. Aduh!! Nampaknya aku ada jodoh dengan dia agaknya, peluang terbuka luas nampaknya.

“Assalamualaikum.”Wah..wah.. bersopan sungguh aku ni.

“Waalaikumussalam, eh! Abang Zul, ada apahal datang sini.” Aishah memberhentikan tarian tangan yang lincah menyapu sampah.

“Takde apa-apa saja je kebetulan lalu kat sini oh! ya ni abang ada belikan buah pisang ambillah.” Aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya mujur ada pisang buat cover aku, aku mengaru pangkal lengan aku yang tak gatal ni.

“Laa… susah-susah aje abang Zul ni, apa pun terima kasihlah.” Aishah senyum pada aku sambil menyambut pemberain aku padanya.

“Apa susahnya bukan abang pikul pun, Aishah sorang aje ke.?”Tanya aku sambil meninjau kearah dalam rumah manalah tahu tengah syok borak datang ayahnya kantoi aku dibuatnya.

“Haah.. Aishah sorang je, abang ada apa-apa yang nak cakap lagi ke.? Aik!! Dari segi kata-katanya tu macam nak menghalau aku aje.

“Hmmm.. takde apa-apa lagi , okeylah abang balik dulu ye.” Lepas enjin motor aku mengaum aku pun blah dari situ.Aku tahu Aishah takde niat nak halau aku mungkin dia takut aku lama-lama kat situ nanti timbul fitnah pulak maklumlah aku ni anak teruna, class gitu. Sampai kat rumah seperti biasalah aku melepak kat bawah pangkin dulu. Baru nak berkhayal nampak pulak mak aku datang dengan lenggang lenggok dia. Kacau betullah.

“Hah! Zul dah lama balik, mananya pisang yang mak suruh kau beli tu tak nampak pun.”

“Ha'ah baru aje, alamak lupalah mak esoklah saya beli,saya betul-betul lupalah mak, mak jangan marah ye.” Aduh!!! Kantoi aku macam ni, tak pasal-pasal aku bohong sunat hari ni, macamanalah aku boleh lupa yang pisang tu mak yang kirim, ini semua Aishah punya pasal. Kalau mak tahu ni mampus aku.

“Yelah, hmm.. mak nak kerumah makcik mek kau kejab nak ambil baju yang mak tempah makcik mek kau jahit dah siap agaknya, kalau kau nak makan semua mak dah hidangkan bawah saji pandai-pandailah kau cari sendiri tapi lauk tu jangan habiskan.”

Lepas berpesan yang ntah apa-apa tu mak aku pun blah dan aku sendiri pun naik untuk mandi dan melantak. Laparlah.

Lepas sembahyang aku dok lepak depan tv dengan mak aku sambil tengok cerita sembilu kasih aduh boringnya macam takde cerita lain asyik-asyik gaduh tu yang aku malas nak tengok tv tu. Aku pulak asyik dok fikir pasal Aishah aje. Angau aku dibuatnya.

“Mak..ooo..mak, kalau saya nak minta tolong mak satu perkara boleh tak.”? Aku mencelah kesunyian sambil berpaling pada mak aku yang terlalu taksub tengok cerita Fendi.




sambung lagi .....

(kesibukan tahap maharaja...terpaksa lah korang layan citer merapu aku ni..)


4 comments:

Tihara said...

best plak layan drama eita ni..cepat2 sambung ! :)

hyazz said...

sambung lah weiii...tak sabar nak baca ni...

eita said...

best ke citer merapu ni....
kalau best tungggguuuuu,...

eita said...

hyazz...
sabor3...
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...