Sunday, April 12, 2009

LUKISAN

Di dalam kelas lukisan, seorang cikgu sedang memerhatikan anak muridnya menyiapkan lukisan. Sampai di tepi sebuah meja seorang anak murid yang malasnya tahap ketiak cipan. Bila melihat kertas lukisan yang masih kosong cikgu tu bertanya pada anak muridnya apa yang dilukis.
Cikgu : Apa yang awak lukis ni. Napok kosong je.
Nor : Apa pulak kosong, saya tengah lukis lembu sedang meragut
Rumput hijau.
Cikgu : Habis tu mana rumputnya, tak napok pun.
Nor : Rumput tu dah habis, lembu tu makanlah. (selamba je menjawab)
Cikgu : Kalau rumput dah habis, mana pulak lembunya. (hairan)
Nor : Laa...cikgu ni, dah rumput habis, lembu tu lari lah. Apalah laa...
Cikgu ni. (tersengih-sengih macam kerang busuk)
Cikgu : Hmm.....memang pemalas punye anak murid. Banyak pulak dia
Punye alasan.

TEKA-TEKI 2

Macam biasa Lee dan Ahmad sedang lepak di sebuah kedai kopi sambil menghirup sedap kopi cengkudu satu cawan kongsi dua, maklumlah duit tak cukup. Terpaksalah.
Lee : Ahmad kalu aku bagi teka-teki kau nak jawab tak?
Ahmad : Malaslah asik aku je kena.(muka bodoh)
Lee : Alah...sekali sekala itu pun nak merajuk...boleh lah.ok..ok..
Kalu betol aku belanja kopi cengkudu 2 cawan..cash...
Ahmad : Yelah...yelah...jangan kantoi pulak aku tak nak kongsi air
Dengan kau lagi.
Lee : Sebab ape siput babi jalan lambat. He...he..boleh jawab ke?
Ahmad : Hmm....(berfikir)
Lee : boleh tak ni. Bayangkan kopi 2 cawan.
Ahmad : Diamlah....aku tengah fikir ni. Haaaa.....Sebab siput tu kecik,
Tu pasal lah dia jalan lambat.
Lee : Salah...(tersengih)
Ahmad : Sebab dia bawak cengkeram kat belakang.
Lee : Salah....(tersengih lagi)
Ahmad :Sebab siput tak dok kaki. (muka bengang)
Lee : Salah....(tersengih lagi dan lagi dan lagi..)
Ahmad : Malas lah jawab. (mulut muncung sedepa)
Lee : Sebabnya sambil berjalan siput tu berfikir samada dia tu
Siput ke babi. Tu pasal lah siput tu jalan lambat. He..he..
Ahmad : kau saje je nak kena kan aku. (bangun terus balik ke rumah
Merajuklah tu)
Lee : Selamat belanja kopi.

MEMINANG

Di bangku sebuah taman bunga, sepasang kekasih sedang memujuk aweknya yang sedang gundah gulana.
Saya : Awakkk... semalam kan ada orang datang meminang saya.
(muka susah hati)
Awak : Hah! Ye ke? Habis tu awak terima lah?
Saya : Hmm....tak tau lah, mak saya suruh terima. Macamana ni
Awak (muka merajuk)
Awak : kalu betol frustlah saya. Awak kenal ke? (muka bengang)
Saya : Tak taulah.
Awak : Keje ape?
Saya : tak taulah.
Awak : awak ni betol ke tak betol ni. Sume tak tau belaka ni.
Saya : Yelah, saya baru nak tanye je tiba-tiba mak saya dah kejutkan
Saya dari tido tu pasal lah saya tak tahu. He..he..
Awak : Hek...eleh ingatkan betol rupanya mimpi. Biol punye awek. Buat
Takut orang je. Eeii....
Saya : janganlah marah....

TEKA-TEKI

Seperti biasa 2 sahabat karib yang memang giler kekaribannya sedang lepak kat sebuah kedai kopi. Bagi menghidupkan suasana yang sunyi ni Lee memberi satu teka teki. Hadiahnya berupa satu cawan kopi cenkudu yang di bayar cash.

Lee : Ahmad...kalau kau boleh jawab teka teki aku ni, aku belanja kau kopi
Cenkudu satu. Cash lagi....jangan main-main.
Ahmad : Beress......
Lee : Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang paling pelik sekali. Jawab
Jangan tak jawab pulak...
Ahmad : (berfikir) senang je tu. Buah naga.(tersengih confirm betul)
Lee : Ha...ha..ha.. kau bikin aku ketawa aje.(gelak versi Sarip Dol samseng
Kampung dusun)
Ahmad : Nape pulak, betullah tu.Kalau kau pandai apa jawapannya.
Lee : Buah duku. He...he..
Ahmad : Nape pulak dengan buah duku.(muka tak puas hati...macam nak kena
Belasah je ni)
Lee : Haa....tu kau nampak pelik tu....betullah tu.
Ahmad : ?!!!

MOTOR

Di satu petang di sebuah bandar yang agak terpencil kelihatan seorang pakcik tua yang sedang terkial-kial cuba menghidupkan motor buruknya. Dah banyak kali di cuba tapi masih tak berjaya. Kelihatan seorang awek yang cun giler menuju kearah pakcik tua tu.
Awek cun : Kenapa ni pakcik, boleh saya tolong.
Pakcik Tua : Tak tau lah kenapa, motor ni tak boleh nak hidup. Dah
Banyak kali setat tak hidup jugak.
Awek Cun : Takpe pakcik biar saya tengok. Hmm...patutlah tak hidup
Pakcik, suis tak buka. Anak kunci pun takde. Macam hampeh
lah pakcik ni.
Pakcik Tua : Eh! Ye ke? Laa....patutlah tak hidup tapi pakcik tak tau kat
kat mana kunci moto ni, hilang kot.
Awek Cun : Takpe pakcik saya ada kunci moto ni.
Pakcik Tua : Eh! Macamana pulak kau boleh ada kunci moto ni.
Awek Cun : Dah ni moto saya, memanglah saya ada kunci tu yang pakcik
ni apahal dari tadi dok menyetat moto saya.
Pakcik Tua : Haa....Ye ke? He...he....ingat moto pakcik tadi. Takpelah
ambiklah balik. Pakcik rasa macam nak tercirit buihlah
pulak. He...he...(tersengih macam kerang busuk)
Awek Cun : Blah lah.

SURAT UNTUK ANAKANDA

Kehadapan Kak Long tonjet yang diingati selalu. Ni apa punya nama daa…tak komersial langsung. Tujuan aku menulis surat ini adalah untuk meminta kembali duit yang kau pinjam hari tu walaupun hanya RM 2 tapi bagi aku begitu besar maknanya sekurang-kurangnya dapat aku membeli buku Apo? Walaupun hanya kulit depan saja. Aku ingatkan tak nak minta hutang ni, sebab aku nak kau membayarnya secara sukarela tapi nampaknya kau macam tak reti bahasa je setiap isyarat yang aku beri jadi sebab itu lah aku terpaksa juga menebalkan kulit muka aku yang sememang dah tebal ni. Hutang wajib di bayar walaupun hutang itu sebesar taik hidung kau. Aku berharap sangatlah agar kau dapat membayarnya secepat mungkin kalau boleh sebelum masuk tengah bulan ni. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku menampung duit belanja untuk Apo? Aku. Kerjasama dari kau amat aku hargai dan aku berharap sangatlah. Sekian terima kasih.
Zul : Okey…surat dah siap Pak Mat.
Pak Mat : Kau ni sekolah ke tak?
Zul : mestilah sekolah tapi darjah 3 ½ je.
Pak Mat : patutlah kau ni bangang sangat.
Zul : Sampai hati Pak Mat cakap macam tu pada saya. Dah lah saya
Tolong Pak Mat tulis surat, terima kasih pun tak. Kutuk saya adalah.
Pak Mat : Macamana aku tak marah, aku suruh kau tulis surat kat anak
Aku Bedah, yang kau pergi tulis kat Kak Long Tonjet tu apahal.
Aku tak kenal pun Kak Long Tonjet tu..
Zul : Eh! Ye Ke? He..he…sorilah Pak Mat. Kak Long Tonjet tu kawan
Saya. Dia ada hutang dengan saya He…he…
Pak Mat : Itu kau punya pasal lah. Nah ambik ni hadiah dari aku.
GEDEBUKKKK……menyusahkan orang. Cari orang lain lagi
Bagus.
Satu tendangan yang cukup padu dari Pak Mat untuk aku. Seminggu aku koma. Lepas dari itu aku dah takut nak serempak dengan Pak Mat. Kalau terserempak pun aku cepat-cepat lalu ikut jalan lain. Hatta nak ke jamban pun aku rela menahan perut aku.

SISA TOKSIN

Ketika melihat tv pendidikan yang memaparkan cite pasal sisa toksin, Min teringat yang dia ada ternampak beberapa orang membuang sisa toksin ke dalam longkang baru ni. Min pun apa lagi cepat-cepat menelefon Pejabat Alam Sekitar (PAS) untuk melaporkan tentang kejadian ini. Chewah….rasa macam Karam Singh Walia pulak.
Min : Hello…ni pejabat alam sekitar ke?
PAS : Ya… boleh saya tolong.
Min : Saya nak lapor ada kes orang buang sisa toksik kedalam longkang
Berhampiran rumah saya.
PAS : Betul ke? Sila bagi alamat anda.
Selepas Min memberi alamat dia pun menunggu di tepi jalan rumah nya. Tak sabar pulak rasanya nak berkhidmat untuk negara.
PAS : Mana tempat pembuangan sisa toksin tu.
Min : Dekat je. Mari ikut saya.
Min pun berlalu dari situ dan menunjuk kearah tempat pembuangan sisa toksin . Min tersengih bangga kerana dapat berkhidmat untuk negara.
PAS : Ni ke sisa toksin tu. ( muka tak puas hati)
Min : Ye lah. Nape pulak salah ke?
PAS : Salah tu taklah salah tapi musykil lah pulak.
Min : Apa yang musykilnya Encik. Betul lah tu.
PAS : Betul tak salah tapi ni sisa toksin adik awak.
Min : Eh! Tak sama ke? (sengih macam kerang busuk)
PAS : Ni yang sama…KELEKUKKK…..buang masa. Dah sume balik.
Min : Waaa……..

MUSANG

Lee : Apahal moyok je ni?
Mat : Biasalah ayah aku hangin satu badan dengan aku.
Lee : Mung ni lah asik kena marah je…musang jugak ayah mung deh.
Mat : wah…wah….sedap-sedap mulut kau cakap ayah aku musang,
Kau ni nak kena lesing ni. (siap genggam buku lima)
Lee : Bila masa pulak aku kata ayah mung musang.
Mat : Tuu….
Lee : Laa….mung ni la dah berapa kurun jadi orang ganu dok faham lagi
Cakap terengganu. Musang tu maknanya bengkeng, suka marah
Orang. Apa daa….itu pun dok faham.
Mat : Lain kali cakap tu biar terang. Menyusahkan orang je kau ni.
Nasib tak kena lesing….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...