Sunday, April 12, 2009

MOTOR

Di satu petang di sebuah bandar yang agak terpencil kelihatan seorang pakcik tua yang sedang terkial-kial cuba menghidupkan motor buruknya. Dah banyak kali di cuba tapi masih tak berjaya. Kelihatan seorang awek yang cun giler menuju kearah pakcik tua tu.
Awek cun : Kenapa ni pakcik, boleh saya tolong.
Pakcik Tua : Tak tau lah kenapa, motor ni tak boleh nak hidup. Dah
Banyak kali setat tak hidup jugak.
Awek Cun : Takpe pakcik biar saya tengok. Hmm...patutlah tak hidup
Pakcik, suis tak buka. Anak kunci pun takde. Macam hampeh
lah pakcik ni.
Pakcik Tua : Eh! Ye ke? Laa....patutlah tak hidup tapi pakcik tak tau kat
kat mana kunci moto ni, hilang kot.
Awek Cun : Takpe pakcik saya ada kunci moto ni.
Pakcik Tua : Eh! Macamana pulak kau boleh ada kunci moto ni.
Awek Cun : Dah ni moto saya, memanglah saya ada kunci tu yang pakcik
ni apahal dari tadi dok menyetat moto saya.
Pakcik Tua : Haa....Ye ke? He...he....ingat moto pakcik tadi. Takpelah
ambiklah balik. Pakcik rasa macam nak tercirit buihlah
pulak. He...he...(tersengih macam kerang busuk)
Awek Cun : Blah lah.

1 comment:

Karukord Jagau's said...

ni mesti moto dia sama mcm moto estet...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...