Sunday, April 12, 2009

LUKISAN

Di dalam kelas lukisan, seorang cikgu sedang memerhatikan anak muridnya menyiapkan lukisan. Sampai di tepi sebuah meja seorang anak murid yang malasnya tahap ketiak cipan. Bila melihat kertas lukisan yang masih kosong cikgu tu bertanya pada anak muridnya apa yang dilukis.
Cikgu : Apa yang awak lukis ni. Napok kosong je.
Nor : Apa pulak kosong, saya tengah lukis lembu sedang meragut
Rumput hijau.
Cikgu : Habis tu mana rumputnya, tak napok pun.
Nor : Rumput tu dah habis, lembu tu makanlah. (selamba je menjawab)
Cikgu : Kalau rumput dah habis, mana pulak lembunya. (hairan)
Nor : Laa...cikgu ni, dah rumput habis, lembu tu lari lah. Apalah laa...
Cikgu ni. (tersengih-sengih macam kerang busuk)
Cikgu : Hmm.....memang pemalas punye anak murid. Banyak pulak dia
Punye alasan.

1 comment:

Karukord Jagau's said...

pandai anak muridnya hehehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...