Saturday, January 30, 2010

Penat giler.....

Hari ni anak sedara aku yang duduk dengan aku bertunang tapi sayang nya aku x pergi pun....jemputan saat akhir lagipun aku dah plan dengan kakak aku nak pergi terengganu.....pergi buat apa?...Saja je jalan-jalan sambil buat urusan hal praktikal anak kakak aku kat terengganu...kira 2 in 1 lah ni.
Aku cuci-cuci mata kat maiden mall sambil2 tu tengok kamera digital...
wuyooo....memang comel...harga pun boleh tahan jugak tapi sayang nya aku terrrrr....lupa bawak duit.
Siyot betol lah....Nak cucuk duit pun kad aku memang tak pernah bawak....
jadi memang betol lah gi window shopping....
Ramai sangat orang maklumlah hari Sabtu....penuh dengan budak2 sekolah yang melepak sambil membeli belah...
Terlalu ramai sangat orang buat kepala aku sakit berdenyut2...
rasa macam nak pecah pun ada....
tak tahan sangat aku cuma duduk rehat ka bangku kaki lima sambil tunggu kakak aku yang masih lagi sibuk shopping kat dalam.
Selepas tu terus ke Cabang tiga berenti makan nasi ayam...
Sedap jugak...aku sebenarnya jarang makan ayam.tapi sekali sekal best jugak.
pastu terua ke Kuala Ibai....cari umah sewa pahtu terus balik.
kepala memang rasa macam nak pecah.
sampai je kat umah lagi lah bertambah pecah kepala aku bila tengok umah macam tongkang pecah yang dah sebulan tersadai kat daratan..
Tak sempat mandi n salin baju aku terus kemas umah dan mop lantai...
Memang penat...sepenat penatnya.....lepas tu aku terus mandi n masuk tido dengan kepala yang memang berat giler....

Monday, January 25, 2010

Lumrah alam.....

Hari ni aku bukan nak citer pasal alam sekitar tapi nak citer pasal orang.....
pasal perangai orang....Aku hairan lah kenapa bila seseorang senang diorang selalu lupa memandang pada rumput di kaki?????? asyik memandang pada langit yang biru...bukan apa aku takut sakit leher je...kalau tak sakit leher pun takut patah plok leher je....lagi naya....
Bila dah susah barulah nak ingat yang rupa-rupanya ada rumput di bawah tapak kaki......ada taik lembu kat rumput....hahahaha......jangan terpijak dah la...
bila senang sumer orang orang lupa kan......bila susah baru nak ingat bahawa ada seorang insan yang bernama aku......
tapi aku tak kisah pun...aku dah biasa hidup macam ni....
susah ke senang ke sama aje.....
yang penting aku sentiasa mendapat rahmat dari Allah...

Thursday, January 21, 2010

Ntahhh.....

korang kalau dengar tajuk ni janganlah buat2 blur plok...
sebabnya aku sendiri pun tengah blur ni.
tak tau nak tulis apa..
idea dah kering kontang rasanya...
macam rumput yang baru kena sembur racun rumpai.
Memang tengah blur + pening kepala + serabut = projek terbengkalai...
chewah macam projek wat umah plok plok ada terbengkalainya..hahahhahha....
ntah....ntah...ntah...ntah...
aduhhhh....tak tahu nak tulis apa, nak catat apa......
apa2 jelah.
kalau aku ada idea baru aku masuk semula kat sini.
sekarang ni tak dok idea aku nak kuar cari idea...
kat mana?
xyah tayer lah aku bukan pergi jauh pun...
sekadar kat depan umah je..
tengok lembu tao penghulu kat kampung aku.
manalah tau kot2 ada idea kat muka lembu tu...
kalau takdok jugak aku.......
aku nak wat ape eak......
hehehehe.....aku wat bodoh je lah.

Sunday, January 17, 2010

Sibuk sangat.....

Dah lama benar aku tak menulis dalam blog ni.
Terlampau sibuk.Mana tak sibuknya dengan budak2 lagi dengan tempahan baju lagi.
Tak menang tangan aku ni.Tapi apa2 pun masih lagi dapat aku atasi.
Rezeki tu.....
Ada kerja adalah duit. Takkanlah asik nak meminjam jer...Orang nak bagi pun naek jemu asik muka sama je yang datang meminjam kan...
Selagi ada kudrat dan rezeki pemberian dari ALLAH selagi tulah aku bekerja. Sesekali tu rasa jemu jugak asik keje sama je....Tapi susah jugak nak cari keje laen.
Kelulusan bukannya ada pun. Kadang2 tu orang yang ada kelulusan pun banyak yang tanam anggur masam kat umah kan.
Tapi apa2 pun aku seronok dengan keje aku.
tak terikat dengan sapa2 pun.Rasa nak rehat, aku rehat.
Rasa nak tido, aku tido.
Rasa nak tengok tv, aku tengok tv.
Pendek kata seronok lah keje sendiri takde sapa yang nak marah kan kita.
Tapi dalam seminggu dua ni memang sibuk memanjang.
Nak rehat pun takde masa tapi aku curi jugak lah masa tu dalam setengah jam. Wat hilang tensen keje.
menaip nipun dapat hilangkan tensen aku.
Buku dah bertimbun yang aku beli, yang aku pinjam dengan pustaka tapi satu pun tak sempat nak baca.
Dah banyak kali kena denda pasal lambat hantar.
nasib lah ada kroni kat pustaka. Kadang2 ambik duit denda kadang2 tu dia biar je...
he..he.. selamat aku
Sekali kena denda sampai 4 ringgit.Aduhhh......

Friday, January 15, 2010

Hobi aku masa lapang....

Sekarang ni aku ada hobi baru....
Nak tau apa dia?
aku baru je beli 3 akuarium...nak bela ikan. Macam2 ikan yang aku bela.
Ada ikan Guppy, ikan Emas, ikan badut, ikan apa ntah...aku dah lupa r banyak sangat.
Seronok tengok ikan berenang2. Segala masalah hilang macam tu je.
Alangkah bagus kalau aku dapat hidup dalam air macam ikan....
eeii....bodoh betul aku ni.
Elok2 hidup atas daratan nak duduk dalam air plok.Silap2 hari bulam mati lemas.
Kalau tak mati lemas mati kena makan ikan jerung.
Tiap-tiap 10 minit sekali aku tengok ikan aku.
Bukan apa takut ikan mati. Cukup besar sikit aku pun jual dapat banyak duit.
Korang jangan salah faham plok aku bukannya bela ikan kat umah.
Aku bela ikan kat dalam komputer.....hahahaha....
Maen game fish live la....dalam facebook.
Seronok giler...macam betul2 je ikan hidup.
Tu yang aku teruja tahap babun nak beranak tu.
Bela ikan kat umah buat apa.....buang masa je
bukan leh jual pun....

Monday, January 11, 2010

Hadiah dari Kartunis Ubi.....




Amacam comel tak wall paper ni.
Jangan tak tau aku baru je dapat dari kartunis Ubi. kawan tu...huawawa....tak lah. Aku suka baca citer dia pahtu buka blog dia. Kartunis Ubi ni kan kartunis Ujang satu masa dulu lah. Bukan sekarang.Ni hadiah yang aku dapat dari Kartunis Ubi lah. Free lagi sebab aku termasuk dalam senarai kawan dia kot...hahahah...perasan lagi aku ni....
Baru ni lawak betul lah tengok aksi kartunis Ubi, Soya, Tembakau, A'an, Gayour, Taugeh dalam Ewah-Ewah tv3. Selama ni aku tak pernah tengok Ewah2 sebab aku rasa rancangan dia tak mencabar minda langsung tapi di sebabkan kartunis Ubi suruh aku tengok, terpaksa lah aku memaksa kan diri aku untuk tengok.
Nasib baek lah hari tu rancangan dia sedap lah jugak. Tak sia-sia aku tengok sambil memasak. Mujur lah aku punyer makanan tengahri tu tak hangit. siyot tol lah lawak diorang maen game.
Paling best masa aksi Soya makan wasabi popia. Berair air mata Soya.... Tapi yang tak tahannya perangai gedik Soya. Aku tak tau lah soya ni lelaki ke pompuan. Sekali tengok macam laki tapi 2 kali tengok macam pompuan, 3 kali tengok takde rupa langsung...hahaha....lawak2...
Paling comel masa A'an lukis gambar munir. Comel sungguh lubang hidung munir....besar giler...hahahaha....pandai A'an lukis

Saturday, January 9, 2010

Teman Setia.....2002




Sedar tak sedar rupanya dah hampir 7 tahun aku menjadi pengikut setia APO?. Dari 2002 hingga lah sekarang 2010.Yang ni baru separuh almari. ada lagi separuh almari.Tak leh letak banyak2. Almari dah buruk nanti roboh plok. lagi susah nak mengangkut sumer buku-buku ni.Aku pun cuba-cuba lah mengira semua duit yang aku telah keluar untuk membeli kawan baek aku ni. Selepas di tolak, di tambah, di darab dan di bahagi akhirnya jumlah kesemuanya $1009.90. Banyak jugak tu. Tapi aku tak kisah pun janji dia dapat hiburkan aku dengan lawak-lawak yang ada. Sekurang-kurang hidup aku takdelah tensen sangat.
Aku suka baca buku.Apa saja buku. Paling banyak banyak APO?. Ujang sekali sekala je aku layan. Sebab lawak dia dah tak lawak macam dulu-dulu. Kalau dulu best sangat sebab ada Kartunis Ujang sendiri, ada kartunis Ubi, ada kartunis buluh, Kartunis Lalang dan banyak lagi lah. Aku pun dah lupalah. Maklumlah dah lama.Lagipun umur semakin hari semakin meningkat jadi ingatan pun dah semakin hilanglah. he..he... tapi belum tua lagi lah. Tetap maintain macam ni, tapi sekarang ni dah hampeh. Kadang2 tu kalau beli pun terpaksa lah aku memaksa kan diri aku untuk senyum walaupun sekadar senyum kambing
Apo? best. lawak dia, dengan citer seram Nora yang tangkap naek bulu ketiak aku tu. Manakala Novel yang paling banyak aku baca mestilah dari penulis yang penuh dengan thriller.Siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid. Buku yang terbaru tajuk dia 9 NYAWA
Beli dah lama tapi masih tak sempat nak membaca. Sibuk sangat2. Tambah-tambah plok sekolah dah buka lagilah sibuk. Buku Harry Potter aku cuma beli 2 je. yang laen sumernya aku pinjam dari perpustakaan awam. Mana mampu beli beb.....sebijik buku tu mahal apa....
Aku cuma beli buku yang takde dalam simpanan pustaka aje. Buku 3 dan buku 7 je. Tu pun mau putih mata aku masa membayar. Tapi aku buat-buat tak nampak je masa membayar. janji aku dapat baca dan aku suka membaca.

Wednesday, January 6, 2010

Idaman kalbu..





Kalau korang nak tau ni lah motor idaman aku. Dari aku sekolah rendah lagi aku memang minat gler kat motor-motor besar macam ni. Pantang ada gambar motor je kuar kat mana-mana media cetak sumer aku gunting dan tampal dalam buku. Kadang-kadang tu kalau ada duit lebih aku ada laha jugak beli majalah Roda-Roda. Bukan baca apa pun sekadar ambik gambar dan tampal kat dinding kalau poster besar. Malam2 selalu berangan dengan motor besar.Hasrat aku untuk pakai motor tercapai tapi bukan motor yang bersaiz besar macam nilah tapi motor Yamaha SRX je. Warna biru. Tu je yang mampu aku beli tapi masih tak puas hati lagi sebab nya aku tetap nak kan jugak motor besar macam ni.Tapi tu lah haga sebijik motor tu buat aku rasa mati terkejang je. sampai mati pun tak dapat rasanya.
Aku tak pernah miss tengok Grandprix tapi aku bukan tengok pelumba motor, aku cuma tengok motor2 besar tu je.
Aku kalau tengok motor2 macam ni, cepat je aku hilang ingatan. Pernah sekali tu sementara tunggu lampu hijau kat traffic light tiba-tiba menderu bunyi enjin yang memang membuatkan aku hampir terjatuh dari motor aku sendiri. Cantiiiiikkk je landing kat sebelah aku motor Honda CBR kaler biru hitam. Ya Allah kiut giler motor tu. Aku punyer taksub tengok badan motor, tayar dia sampaikan lampu dah hijau pun aku masih lagi duk berangan-angan pasal motor tu. Hissshhh...kalau lah aku dapat naek motor tu.....
tak dapat naek dapat duduk kat sebelah pun dah cukup.....tak dapat duduk kat sebelah dapat lap pun jadilah.......tak dapat lap dapat tengok pun jadilah...hu..hu..hu..
Tapi rasanya sampai mati pun tak dapat jugak merasa nak naek motor ni kan.
Dapat naek dalam mimpi pun jadilah...janji rock....
Kalau tak dapat jugak sumer yang tulis kat atas ni...dapat maen game superbike pun jadilah.....

Sunday, January 3, 2010

Bosannnyyyyaaa.......

Hari ni dah masuk hari ketiga tahun baru. Hari pertama persekolahan.
Tapi sayangnya aku tak rasa apa-apa pun pada kedatangan tahun baru ni.
Sebab rasanya hidup aku sama je seperti tahun-tahun lepas takde banyak yang berbeza pun.
hidup yang penuh sunyi.Hidup yang penuh sepi. Hidup yang tiada penghujungnya.
Kadang2 tu rasanya mati lebih baik kan.
tapi bila fikir pasal dosa yang semakin hari semakin menimbun aku jadi insaf.Aku cepat2 beristighfar. Aku kesal dengan apa yang ada dalam fikiran aku.
Aku ingin beribadat siang dan malam tapi manusia macam aku ni cepat sangat lupa diri.
berjanji pada diri untuk bangun di tengah malam tapi bila tidor dah menguasai diri semua janji2
manis tu hilang macam tu je dan ianya akan berulang, berjanji lagi untuk sekian kali nya tapi
hasilnya masih tetap sama masih tetap utuh di dalam selimut tebal yang menjanjikan mimpi yang lebih indah dari beribadat.
Kalau boleh aku ingin kembali ke zaman kanak2 yang sentiasa riang, sentiasa gembira dalam apa jua keadaan sekalipun. Memang aku akui yang aku memang cemburu pada kehidupan kanak2.
Bermain, gelak ketawa, makan, kemudian balik umah tidor. satu masalah pun tak pernah menghantui diri seorang kanak2 dan itulah yang membuat aku cemburu pada insan yang bernama kanak2.
Tapi aku tau masa takan dapat di undur semula. rasanya kalau masa dapat di undur semula takde satu pun orang tua, remaja, mak2 dara, tok, tokki, tok nyang, yang penuh kat dunia ini adalah KANAK2.
Kalau macam ni pelik jugak rasanya. Habis tu aku nak kahwin dengan sapa????
takkan lah nak kawin dengan kanak2 plok. he..he... bodoh betol lah aku ni kan.
Biasa r nama pun dah manusia kan.
....APA YANG ALLAH DAH BUAT, ITU LAH YANG TERBAEK UNTUK KITA....
jadi tak payah lah kita mempertikai kan apa yang ALLAH dah bagi pada kita. sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada.
Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang walaupun aku tak punya apa2.walaupun takde sapa yang peduli tentang kewujudan aku di muka bumi ni tapi aku gembira sekurang2nya aku tak menyusahkan hidup orang.
Cuma yang aku harap aku akan sentiasa mendapat rahmat dari ALLAH
sentiasa di berkati oleh ALLAH...
sentiasa di murah kan rezeki oleh ALLAH....
Sesungguhnya hidup dan mati aku hanyalah kerana ALLAH.





Saturday, January 2, 2010

KEMBALI KE SEKOLAH.....



SEKOLAH dah start balik bermakna bermula lah kerja aku dengan budak2 yang comel-comel ni. Kak Chah pun akan mula pergi sekolah. Harap2 tak menangis.tapi rasanya memang tak menangis kot.Budak ni advance sikit melebihi orang tua. Tak tahu lah macamana kat sekolah nanti.Rasanya pening kepala cikgu nak melayan karenah dia. Yang paling tak tahan mulut dia.Becok yang amat.Kadang tu sampai tak terjawab soalan yang dia tanyer. Aku sendiri pun pening melayan. Ada hari tu dia tanyer 'Sebab apa kita ada air mata'.
Puas fikir aku tak tau macamana nak explain kat dia.nak citer pasal kejadian sains takut dia tak faham. Last sekali dengan aku sendiri hilang ingatan.he..he...saje2 wat hilang ingatan.Paling dia suka makan kek. Apa jenis kek sume dia suka. Satu lagi maen game. Maen game barbie online. Suka sangat dapat make over patung barbie tu. Tapi dia pun apa kurang nya. Suka sangat bergambar. Pantang napok ada orang pegang kamera ke, Tipon yang ada kamera ke, mulalah sibuk nak bergambor. Kak long yang suka sangat layan karenah dia yang berbagai2 tu. Macam2 aksi ada. Dalam koputer aku pun penuh dengan gambor dia. Cuma gambo aku je yang takde.he..he...tak pernah ambik gambo macamana nak ada gambor kan.
Pagi esok tengok lah dia punyer excited nak g sekolah. EEEiii.....tak sabar nak tengok kak Chah g sekolah.
Mesti banyak dia bercerita pasal kawan2. Sunyilah kat umah bila Kak Chah g sekolah. tapi takpe untuk masa depan dia kan. Harap2 satu hari nanti dapat jadi seorang insan yang berguna untuk keluarga dan jugak masyarakat.

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat tinggal 2009 dan selamat datang 2010.
sume orang mesti gembira dengan kedatangan tahun baru ni.
Bagi aku sama je.
tahun baru ke tahun tak baru kehidupan aku tetap sama tak banyak berubah.
masih dengan budak2, masih dengan kerja aku, masih dengan dunia aku.
Tapi apa yang pastinya kedatangan tahun baru ni bermakna akan bertambah lah bilangan umur aku yang semakin banyak ni.
berapa?? he..he..aku pun dah tak ingat umur aku berapa.
tapi yang pastinya memang dah banyak pun angkanya.
Semalam banyak jugak kawan2, adik angkat, pakwe angkat,n pakwe sendiri yang atar ucapan selamat tahun baru.
Masa tu aku dah tidor pun.
Ngantuk sangat.tak boleh nak tahan mata.Habis je tengok Melodi Terhangat sambil makan Twisties aku pun merangkak cari bantal. Sume mesej yang masuk aku baca sepintas lalu je. Rasa nak balas aku balas rasa tak nak balas aku tak balas.
Aku terfikir diorang ni tak tidor ke?
Kalau ye pun tak nak tidor nak tunggu tahun baru jangan sampai menganggu orang laen nak tidor kan.
masa Awal Muharram dulu tak de pun diorang tunggu macam ni. Biasa lah nama dah manusia kan.Mestilah banyak kekurangannya.
Tapi yang bestnya tahun baru ni banyak jugak rancangan tv tapi sayangnya tak sempat nak tengok. Yang sempat tengok Konsert Lelaki Ini Anuar Zain. Tu pun pasal aku minat giler kat Anuar Zain. He..he..he
Ingat nak tengoklah perkahwinan Serina anak Chef Wan, sibuk memasak kat dapur terus hilang ingatan pasal nak tengok Serina.
tengok jam dah pukul 1. Hmm.....nak tengok apa lagi citer dah habis pun....
Melepas peluang nak tengok orang kahwin.Walaupun diri sendiri belum jugak kahwin2.huawawawa.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...