Sedar tak sedar rupanya dah hampir 7 tahun aku menjadi pengikut setia APO?. Dari 2002 hingga lah sekarang 2010.Yang ni baru separuh almari. ada lagi separuh almari.Tak leh letak banyak2. Almari dah buruk nanti roboh plok. lagi susah nak mengangkut sumer buku-buku ni.Aku pun cuba-cuba lah mengira semua duit yang aku telah keluar untuk membeli kawan baek aku ni. Selepas di tolak, di tambah, di darab dan di bahagi akhirnya jumlah kesemuanya $1009.90. Banyak jugak tu. Tapi aku tak kisah pun janji dia dapat hiburkan aku dengan lawak-lawak yang ada. Sekurang-kurang hidup aku takdelah tensen sangat.
Aku suka baca buku.Apa saja buku. Paling banyak banyak APO?. Ujang sekali sekala je aku layan. Sebab lawak dia dah tak lawak macam dulu-dulu. Kalau dulu best sangat sebab ada Kartunis Ujang sendiri, ada kartunis Ubi, ada kartunis buluh, Kartunis Lalang dan banyak lagi lah. Aku pun dah lupalah. Maklumlah dah lama.Lagipun umur semakin hari semakin meningkat jadi ingatan pun dah semakin hilanglah. he..he... tapi belum tua lagi lah. Tetap maintain macam ni, tapi sekarang ni dah hampeh. Kadang2 tu kalau beli pun terpaksa lah aku memaksa kan diri aku untuk senyum walaupun sekadar senyum kambing
Apo? best. lawak dia, dengan citer seram Nora yang tangkap naek bulu ketiak aku tu. Manakala Novel yang paling banyak aku baca mestilah dari penulis yang penuh dengan thriller.Siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid. Buku yang terbaru tajuk dia 9 NYAWA
Beli dah lama tapi masih tak sempat nak membaca. Sibuk sangat2. Tambah-tambah plok sekolah dah buka lagilah sibuk. Buku Harry Potter aku cuma beli 2 je. yang laen sumernya aku pinjam dari perpustakaan awam. Mana mampu beli beb.....sebijik buku tu mahal apa....
Beli dah lama tapi masih tak sempat nak membaca. Sibuk sangat2. Tambah-tambah plok sekolah dah buka lagilah sibuk. Buku Harry Potter aku cuma beli 2 je. yang laen sumernya aku pinjam dari perpustakaan awam. Mana mampu beli beb.....sebijik buku tu mahal apa....
Aku cuma beli buku yang takde dalam simpanan pustaka aje. Buku 3 dan buku 7 je. Tu pun mau putih mata aku masa membayar. Tapi aku buat-buat tak nampak je masa membayar. janji aku dapat baca dan aku suka membaca.
No comments:
Post a Comment