Sunday, January 3, 2010

Bosannnyyyyaaa.......

Hari ni dah masuk hari ketiga tahun baru. Hari pertama persekolahan.
Tapi sayangnya aku tak rasa apa-apa pun pada kedatangan tahun baru ni.
Sebab rasanya hidup aku sama je seperti tahun-tahun lepas takde banyak yang berbeza pun.
hidup yang penuh sunyi.Hidup yang penuh sepi. Hidup yang tiada penghujungnya.
Kadang2 tu rasanya mati lebih baik kan.
tapi bila fikir pasal dosa yang semakin hari semakin menimbun aku jadi insaf.Aku cepat2 beristighfar. Aku kesal dengan apa yang ada dalam fikiran aku.
Aku ingin beribadat siang dan malam tapi manusia macam aku ni cepat sangat lupa diri.
berjanji pada diri untuk bangun di tengah malam tapi bila tidor dah menguasai diri semua janji2
manis tu hilang macam tu je dan ianya akan berulang, berjanji lagi untuk sekian kali nya tapi
hasilnya masih tetap sama masih tetap utuh di dalam selimut tebal yang menjanjikan mimpi yang lebih indah dari beribadat.
Kalau boleh aku ingin kembali ke zaman kanak2 yang sentiasa riang, sentiasa gembira dalam apa jua keadaan sekalipun. Memang aku akui yang aku memang cemburu pada kehidupan kanak2.
Bermain, gelak ketawa, makan, kemudian balik umah tidor. satu masalah pun tak pernah menghantui diri seorang kanak2 dan itulah yang membuat aku cemburu pada insan yang bernama kanak2.
Tapi aku tau masa takan dapat di undur semula. rasanya kalau masa dapat di undur semula takde satu pun orang tua, remaja, mak2 dara, tok, tokki, tok nyang, yang penuh kat dunia ini adalah KANAK2.
Kalau macam ni pelik jugak rasanya. Habis tu aku nak kahwin dengan sapa????
takkan lah nak kawin dengan kanak2 plok. he..he... bodoh betol lah aku ni kan.
Biasa r nama pun dah manusia kan.
....APA YANG ALLAH DAH BUAT, ITU LAH YANG TERBAEK UNTUK KITA....
jadi tak payah lah kita mempertikai kan apa yang ALLAH dah bagi pada kita. sentiasalah bersyukur dengan apa yang ada.
Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang walaupun aku tak punya apa2.walaupun takde sapa yang peduli tentang kewujudan aku di muka bumi ni tapi aku gembira sekurang2nya aku tak menyusahkan hidup orang.
Cuma yang aku harap aku akan sentiasa mendapat rahmat dari ALLAH
sentiasa di berkati oleh ALLAH...
sentiasa di murah kan rezeki oleh ALLAH....
Sesungguhnya hidup dan mati aku hanyalah kerana ALLAH.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...