Wednesday, October 19, 2011

BUNGA-BUNGA CINTA 2..



“Apasal tidur sini, takde rumah ke?” Tanya mak aku sambil melabuhkan punggungnya diatas pangkin.

“Panaslah mak,rehat kejap kang orang naiklah .Eh!! orang baru pindah ke mak nampak sibuk aje kat simpang jalan tu.” Aku bersila dihadapan mak aku semangat ni nak tahu kisah orang.

“Hmm… yelah mak pun ada jugak pergi tolong sikit-sikit bukan tolong apa tolong menyibuk.”

“Hisshh… mak ni loyar buruk pulak, tapi mak orang yang baru pindah tu ada anak dara tak?” Aku mencuit bahu mak aku yang nampak macam nak tidur aje.

“ Anak dara? Tak tahu pulak tapi kalau anak kucing tu banyaklah pulak mak tengok kat rumah adalah dalam 2-3 ekor. Eh!! Yang kau ni sibuk sangat Tanya anak dara orang ni kenapa dah gatal nak kahwin ke hah”

“Mana ada saja je tanya tapi kalau ada bagus jugak kan mak, eh! Takpelah mak saya nak naik mandi dulu dah melekit sangat peluh kat badan ni.” Aku pun berlalu dari situ meninggalkan mak aku yang masih melanggut kat pangkin tu.

Bila dah mandi ni barulah rasa segar sikit ,aku mengeliat keletihan nasib baiklah esok cuti kalau tak awal lagi aku dah masuk tidur. Aku berdiri di tepi tingkap aku sambil mata memandang kearah rumah yang baru pindah tu kot-kot nampak penghuninya tapi hampeh tak nampak sapa pun.Lepas isyak aku pun terus tidur letih sangat,sedar tak sedar matahari betul-betul menjunam atas muka, aduh! silau dia yang tak tahan tu kantoi sembahyang subuh aku.Tengah dok berkira nak bangun aku dikejutkan oleh satu suara yang amat gemersik menusuk halus dalam jantung aku.Ini tak boleh jadi ni lantas aku bergegas ke depan untuk melihat sapa yang datang.

“Assalamualaikum….”

“Waalaikumussalam, cari sapa.” Aku menghulurkan kepala aku disebalik daun tingkap. Wah! Cantiknya anak sapa ni eh!



Sambung lagi......

10 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Yong,

haaa akak balik kampong 3 malam, tak tau apa yg berlaku online. Ni cerpen ke, mimpi ke?

eita said...

wslm...waaa..balik kampung...best tu...cerpen dan mimpi saling baerkait rapat kak.....
kalau tak bermimpi macamana nak tulis cerpen...kih3

Waqheh said...

wei biar gua dah ler buat entri bersambung...gua sambung panjang la jugak lu pendek jer baca takdan stim keh3..wakakakakaa

Aleen Aiden said...

anak teruna xde?keh3

~Sal Ismail~ said...

subuh dinasour ye~ ;p

beautiful_rose said...

amboi....sambung menyambug pulak

eita said...

waqheh....
aku rasa macam aku ni pengedar dadah yang tak berjaya je...sebab tak dapat bagi kau stim..kah3

eita said...

aleen...
anak teruna?...he3..coming soon

eita said...

salijou...
bukan setakat dinasour...bapok segala dinasour ni...

eita said...

rose...
biasa lah rose.....
publish je......sebab sibuk yang melampau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...