Wednesday, October 19, 2011

BUNGA-BUNGA CINTA..3


“Hmmm… saya datang nak jemput datang ke rumah lepas sembahyang jumaat nanti ada buat kenduru doa selamat sikit” gadis itu tersenyum kearah aku manisnya macam epal daa…

“Boleh … tapi kat mana rumah tak pernah nampak pun selama ni.”

“Saya baru pindah kat depan tu aje “ sambil gadis itu menuding kearah rumah yang aku sibuk dok usha semalam tu.

“Oooo…. Yang pindah semalam tu kan ,hmmm…sapa nama,saya Zulkarnain panggil aje Zul atau nak lebih manis lagi panggil abang Zul.” Sempat lagi aku mengatal walhal kalau dia tahu aku ni baru aje bangun dari tidur tak hingin rasanya dibuat laki.

“Saya Aishah, takpelah saya balik dulu sebab banyak lagi nak pergi panggil orang tapi jangan lupa beritahu pada makcik ye” Aishah berlalu dari situ dengan lenggang lenggok yang membuatkan aku ternganga disitu. Cantik sungguh Aishah ni.Tiba-tiba aku rasa bersemangat sekali hari ini, tak sabar rasanya nak pergi sembahyang jumaat. Dalam dok berkhayal satu tamparan yang kuat hinggap di belakang aku, sakitnya rasa macam nak mampus aje. Aku dah tahu dah sapa, nasib mak aku kalau orang lain tu dah lam rasanya kena gelombang kame hame ha aku.

“Apahal yang kau dok tersengih kat tepi tingkap tu, takde ke rasa-rasa nak buang bau busuk kat tubuh kau tu.” Mak aku muncul dari belakang sambil tersengih-sengih, aku buat tak tahu aje sambil tu tangan aku menggosok-gosok rasa yang masih pedihkat belakang aku tu.

“Tu hah Aishah ajak mak dan Zul pergi kenduri doa selamat lepas Jumaat nanti.”Selamber aje aku beritahu mak macam dah kenal lamalah pulak.Chewah….

“Aishah? Aishah mana satu ni setau mak kau takde kawan pompuan kawan dengan kambing adalah.” Cis…. Rupanya mak menidakkan keupayaan aku terhadap kaum wanita, ini sudah lebih takpe…takpe… sabor…sabor.

“Taklah Aishah yang alah yang baru pindah kat depan tu.” Aku memuncungkan mulut aku kearah rumah Aishah.

“Oooo…ingatkan sapa,bila?

“Lepas sembahyang jumaat nanti,dahlah saya nak pergi mandi dulu nanti takut tak sempat nak sembahyang Jumaat pulak.” Aku berlalu dari situ menuju ke bilik air malas nak layan mak aku tapi bila teringatkan Aishah aku senyum sendiri.Yesss…akhirnya aku dah temui cinta aku. Bunga-bunga cinta kembali berbunga di hati aku. Oh!!.. indahnya dunia ni.Lepas mandi aku cepat-cepat bersiap untuk pergi sembahyang Jumaat padahal masa tu baru pukul 11.30 pagi, semangat beb…kau orang apa tahu.

Aku mengibas kolar baju melayu aku,aduh.. panasnya, hissh tapi tak baik pulak bersungut dalam masjid ni kurang pahala tapi memang panas pun. Lepas habis aje aku pun cepat-cepat keluar maklumlah nak cepat sampai kat rumah buah hati aku. Chewah belum apa-apa lagi dah iktiraf buah hati.

Sampai kat rumah Aishah aku tengok dah ramai orang yang datang ingatkan akulah orang yang pertama. Sambil makan tu mata aku sempat jugak menjeling kearah dapur bukan apa cari kelibat Aishah nampak tu nampaklah tapi lebih nampak kelibat makcik gemuk yang sibuk dok mengarah orang buat kerja.Boring betullah. Tapi apa pun Aishah nampak manis bertudung pink sedondon dengan aku baju melayu pink, nah sekali lagi aku perasankan diri aku.Apa daa..



bersambung lagi....
jangan marah aaaaa..............


6 comments:

Umie Artoqiemie said...

e’eh?

Tihara said...

ololo ecah..nice drama :)

Waqheh said...

aku bersambung lagi hang pun bersambung lagi....ok aku tunggu...aisyah ni nama awek aku masa study dulu...

eita said...

umi...
ha'ah....

eita said...

tihara...
boleh buat drama ke kak?
ha3

eita said...

waqheh...
hahahahaha...tunggu lah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...