Monday, November 7, 2011

SURAT YANG TAK SAMPAI2......


ni surat yang tak pernah aku atar......
aku bagi korang baca semula....
enjoy....
http://www.smileycodes.info


Kehadapan Kak Long tonjet yang diingati selalu. Ni apa punya nama daa…tak komersial langsung. Tujuan aku menulis surat ini adalah untuk meminta kembali duit yang kau pinjam hari tu walaupun hanya RM 2 tapi bagi aku begitu besar maknanya sekurang-kurangnya dapat aku membeli buku Apo? Walaupun hanya kulit depan saja.
Aku ingatkan tak nak minta hutang ni, sebab aku nak kau membayarnya secara sukarela tapi nampaknya kau macam tak reti bahasa je setiap isyarat yang aku beri jadi sebab itu lah aku terpaksa juga menebalkan kulit muka aku yang sememang dah tebal ni. Hutang wajib di bayar walaupun hutang itu sebesar taik hidung kau.
Aku berharap sangatlah agar kau dapat membayarnya secepat mungkin kalau boleh sebelum masuk tengah bulan ni. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku menampung duit belanja untuk Apo? Aku. Kerjasama dari kau amat aku hargai dan aku berharap sangatlah. Sekian terima kasih.

Zul : Okey…surat dah siap Pak Mat.
Pak Mat : Kau ni sekolah ke tak?
Zul : mestilah sekolah tapi darjah 3 ½ je.
Pak Mat : patutlah kau ni bangang sangat.
Zul : Sampai hati Pak Mat cakap macam tu pada saya. Dah lah saya
Tolong Pak Mat tulis surat, terima kasih pun tak. Kutuk saya adalah.
Pak Mat : Macamana aku tak marah, aku suruh kau tulis surat kat anak
Aku Bedah, yang kau pergi tulis kat Kak Long Tonjet tu apahal.
Aku tak kenal pun Kak Long Tonjet tu..
Zul : Eh! Ye Ke? He..he…sorilah Pak Mat. Kak Long Tonjet tu kawan
Saya. Dia ada hutang dengan saya He…he…
Pak Mat : Itu kau punya pasal lah. Nah ambik ni hadiah dari aku.
GEDEBUKKKK……menyusahkan orang. Cari orang lain lagi Bagus.


Satu tendangan yang cukup padu dari Pak Mat untuk aku. Seminggu aku koma. Lepas dari itu aku dah takut nak serempak dengan Pak Mat. Kalau terserempak pun aku cepat-cepat lalu ikut jalan lain. Hatta nak ke jamban pun aku rela menahan perut aku.

4 comments:

Waqheh said...

kalo aku jadi pakmat teruk lagi aku kerjakan...

tapi kalo aku jadi lu pakmat gua bals balik...

Tihara said...

surat apokobondo ni eita..hik3..

eita said...

waqheh...
pak mat tu guru silat...

eita said...

tihara...
surat mintak hutang kak....ha3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...