Assalamualaikum wbt Maryam a.s. pernah menyebut didalam AlQuran dari Surah Maryam:23أَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَـٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! Maryam a.s. berkata demikian kerana mengetahui kesakitan bersalin dan susahnya menghadapi diakhirat nanti jauh lebih mencemaskan dan adalah lebih baik tidak wujud sama sekali! Andaikata kenyataan bahawa kita ibarat bunga yang gugur dan mereput menjadi baja pada tanah dan dilupakan, maka alangkah senangnya. Tetapi sunatullah, bahawa kita tidak akan dibiarkan begitu saja. Kita akan ditanya setiap nikmat yang dapati dan merasa setiap azab dari kesalahan2 kita. Surah AtTakasur:7-8 ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ ﴿٧﴾ ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! 8. Selain dari itu, sesungguhnya kamu pasti akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! Wallahualam
20 comments:
bukan akak saje..saya jugak!..kita kena prepare betul2 dulu...'sebelum jadi baja pada tanah'....
tapi nak prepare tu, banyak sungguh dugaan dia..... Allah....
betol3...
setuju sangat3....
2 3 hari ni rasa down sangat....
kita pun diciptakan dari tanah..akan kembali ke tanah jua..
betol tu kak...
tapi nak sampai masa tu tak tahu lah macamana amalan....
selamat tahun baru
selamat tahun baru jugak....
Tuhan akan cabut nyawa bila2 masa di mana jua..mohon diberi peluang utk persiapkan diri sebaiknya~amiin..
akhirnya..kita sama spt bunga, dedaun..
bagus..mengingati kematian.
aku pun, gugur, reput, dan hilang
Assalamualaikum wbt
Maryam a.s. pernah menyebut didalam AlQuran dari Surah Maryam:23أَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَـٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا مَّنسِيًّا (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
Maryam a.s. berkata demikian kerana mengetahui kesakitan bersalin dan susahnya menghadapi diakhirat nanti jauh lebih mencemaskan dan adalah lebih baik tidak wujud sama sekali!
Andaikata kenyataan bahawa kita ibarat bunga yang gugur dan mereput menjadi baja pada tanah dan dilupakan, maka alangkah senangnya. Tetapi sunatullah, bahawa kita tidak akan dibiarkan begitu saja. Kita akan ditanya setiap nikmat yang dapati dan merasa setiap azab dari kesalahan2 kita. Surah AtTakasur:7-8 ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ ﴿٧﴾ ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)! 8. Selain dari itu, sesungguhnya kamu pasti akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!
Wallahualam
mendalam maksudnya ni..
Assalamualaikum.
Sebagaimana hayat bunga, begitulah juga kita yang menunggu masa dan giliran untuk bertemu dengan-Nya.
Semoga pertemuan kita dengan Yang Maha Pencipta itu adalah yang menggembirakan jiwa. Amin, amin Ya Allah.
Salam ukhuwwah.
salijou...
amin...
uji..
setiap saat adanya kematian...
takut tak sempat nak persiap kan diri..
orlando..
samalah macam aku
tajnur...
waalaikumussalam....
betol tu....
kadang2 tu kita cepat sangat lupa...
lupa atas apa yang Allah dah bagi pada kita....
takut amalan tak sebanyak mana..
kak yong...
ermmmmmm.....
ashrafi...
amin...semoga dipermudahkan segalanya....
ahh.. gugur ke digugurkan tuh? hihihi..
tapi gambar itu saya suka..gambar yg membawa seribu makna..
Post a Comment