Wednesday, October 27, 2010

IBADAH KETIKA SAKIT.....





1. sentiasa berzikir ketika sakit.....
zikir adalah cara yang apling tepat untuk membersihkan hati.....bagi orang yang dalam keadaan sakit, hendaklah ia lebih meningkatkan lagi zikirnya kepada ALLAH....semoga rahmat ALLAH sentiasa bersamanya...

2. jangan berburuk sangka kepada ALLAH....

dalam keadaan sakit itu hendaklah berbaik sangka dengan ALLAH dan rela menerima takdir yang telah ditentukan ALLAH kepada dirinya.......
jangan sampai terlintas dalam hatinya bahawa penyakit yang di berikan ALLAH itu adalah sebagai perbuatan yang tidak adil...sehingga ia berkeluh resah....
sakit yang diberikan oleh ALLAH itu menandakan bahawa ALLAH sayangkan kita......kita sentiasa dalam perhatian DIA....

3. sentiasa membaca surah AL-MULK ketika sakit....

bagi orang yang dalam keadaan sakit hendaklah sentiasa memperbanyak membaca surah AL-MULK......kerana....

  • dilimpahkan kebaikan di dunia....
sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
'sungguh didalam al-quran aku dapati ada sebuah surah berisi 30 ayat...siapa yang membacanya pada saat ia akan tidur, maka dengan itu dituliskan baginya 30 kebaikan dan di hapuskan darinya 30 kesalahan, diangkat untuknya sampai 30 darjat, serta ALLAH swt mengutus satu di antara malaikat agar menghamparkan sayap di atasnya, menjaganya dari gangguan segala sesuatu sampai ia bangun dari tidur....itulah surah yang memberikan jaminan, membela orang yang sentiasa membacanya kelak di alam kubur iaitu surah TABARAK (AL-MULK)'
(HR. dailami)

  • pendinding dari seksa kubur..
sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
'sesungguhnya ada satu surah dari Al-quran berisi 30 ayat yang dapat memberi bantuan bagi seseorang sehingga ia di ampuni....iaitu surah AL-MULK (HR. ahmad, abu daud, an-nasai,ibn majah dan ibn hibban)

  • memperoleh kenikmatan syurga....
rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
'ada satu surah dari Al-quran yang membela orang yang sentiasa mengamalkannya, sehingga ia di masukkan ke dalam syurga' (HR. tabrani)


4. penuh harapan dan rasa takut...

sentiasa penuh harapan kepada ALLAH agar akan diampuni segala dosa-dosanya.....
dan harapan agar ALLAH menyediakan tempat bahagia baginya..

5. di larang menginginkan kematian...

rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
' janganlah seorang di antara kamu mengharapkan mati....entah ia seorang yang berdosa, maka hendaklah ia memohon ambpun, atau orang baik maka hendaklah ia menambah bekal
(HR.bukhari, muslim, baihaqi dan an-nasai)

6. memperbanyakkan membaca istighfar...



7. bersabar dengan ujian ALLAH....

Rasulullah saw selalu berpegang kepad firman ALLAH yang bermaksud :
'maka bersabarlah kamu seperti bersabarnya orang2 yang mempunyai keteguhan hati dari rasul2.' (Al-ahqaf :35)

8. berwasiat...

orang yang sakit..jika dirasakan sakitnya semakin teruk segeralah berwasiat......
tapi tu bagi yang banyak harta lah.....

9. jangan mengeluh ketika sakit....

jika sakit cukup sekadar mengatakan "saya berasa sangat sakit"....atau badan saya sangat panas"...atau perkataan lain....asalkan jangan bermaki2 atau menampakkan keluh resah seperti orang yang berputus harap....kerana ia akan menambah dosa...

10. bacaan surah dan doa mengubati penyakit....
  • himpunkan kedua tapak tangan kanan dan kiri...
  • kemudian baca surah al-ikhlas, al-falaq, dan an-nas..
  • setelah selesai membaca lalu tiup kan ke 2 tapak tangan yang dihimpunkan itu..
  • lakukan yang demikian itu sebanyak 3 kali...
11. berzikir ketika hendak tidur....
sentiasa berwuduk.....dan memperbanyakkan membaca surah2 tertentu sebelum tidur...berzikir lah walaupun dalam hati sehingga tertidur.....




11 comments:

juMa said...

betull..ibadah tak kira masa..nice entry kak ieta!

eita said...

tima kasih..sama2lah kita manfaatkannya

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Entry yang bagus... boleh dikongsi dgn ramai orang demi kebaikan.. Tahniah.. Jemput ke blog saya
http://fuzjee.blogspot.com

eita said...

tima ksih....nanti saya g ye...buat lawatan perdana

beautiful_rose said...

sedang sakit kaki... =(

eita said...

ala....siannya...takpe eita panggil tukang urut ye....
takpe2 sikit je tu...

ong ong kedek kedek said...

insaf aku hu3 :(

eita said...
This comment has been removed by the author.
eita said...

sama2 manfaat kan nya

Si Matatajam said...

Setiap kesakitan kita tu adalah kafarah untuk kita...semoga dosa2 kita diampunkan Allah...

Cikrosecute said...

nice....kadang2 sakit nie..membuatkan kita insaf kejap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...