Monday, July 19, 2010

AMALAN HARIAN RASULULLAH S.A.W


hari ni aku nak kongsi mengenai 7 amalan atau sunah harian yang dilakukan oleh NABI MUHAMMAD SAW.......yang aku ambik dari majalah ASUH....anak sedara aku punyer...biasalah aku kan suka membaca...apa jenis buku pun aku baca hatta buku budak sekolah pun aku rembat jugak....heheheheh......korang layan lah.......
semoga ianya dapat mempertingkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada ALLAH...


SOLAT TAHAJUD..
Solat sunat 2 rakaat yang biasa dilakukan apabila terjaga dari tidur pada waktu yang sesuai.....biasanya 1/3 malam......dalam kira2 pukul 2.30 pg atau 3 pagi lah....

ALLAH swt berfirman :
"dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajud padaNya, sebagai solat tambahan bagi mu ; semoga tuhanmu membangkit dan menempatkan mu pada hari akhirat di tempat yang terpuji" (al-Isra :79)


BACA AL-QURAN DAN MAKNANYA......
membaca dan mempelajarinya merupakan satu ibadah kita kepada ALLAH swt.....

dari Abu Umamah Al-Bahili berkata :
"saya telah mendengar Rasulullah bersabda : bacalah al-quran! maka sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (iaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya) " (riwayat muslim)


SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID....
Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat.....

Rasulullah saw bersabda :
"Berilah khabar gembira kepada orang2 yang berjalan ke masjid2 pada waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna pada hari akhirat." (riwayat abu daud dan tarmizi)



SOLAT DUHA....
solat yang dilakukan ketika matahari naik setinggi sebatang lembing atau galah....ermmmmm...kira- 20 minitlah selepas terbit matahari atau pun lebih......habis waktunya sebelum menjelang zohor.....

dari Aishah r.ha:
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw mendirikan solat sunat duha. sesungguhnya aku mendirikan solat duha walaupun Rasulullah meninggalkanya. tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka." (riwayat muslim)

JAGA WUDUK....
Wuduk adalah satu cara untuk menyucikan diri kita dari hadas kecil.....kalau takde air boleh digantikan dengan bertayamum.......

ALLAH swt telah berfirman :
"wahai orang2 yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka berwuduklah iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapu lah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali." (al-maidah:6)


BANYAKKAN SEDEKAH....
Sedekah lah ikut kemampuan kita tapi ianya merupakankebajikan yang sangat dituntut dalam islam.....senyum pun satu sedekah tu.....

dari abu hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda :
"Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Allah swt akan menambah kemulian kepada hambaNya yang pemaaf. dan bagi hamba yang tawaduk kerana Allah swt, Allah akan mengangkat darjat" (riwayat muslim)


ISTIGHFAR SETIAP MASA.....
Kita semua ni kan banyak sangat melakukan kesilapan....kalau aku lah rasanya hari2 aku buat salah...tak tercapai akal mu....sebab tulah kita digalakkan sentiasa beristighfar agar Allah swt mengampun kan dosa kita yang semakin hari semakin mengunung....tak kata kat orang lain diri aku sendiri lah...memang tak terhitung....huhuh

Dari ibnu abbas, Rasulullah saw bersabda :
"Sesiapa yang melazimkan istighfar, nescaya Allah pasti akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan. dan kelapangan dari setiap kesedihan. dan memberinya rezeki yang halal dari arah yang tidak di sangka-sangka." (riwayat abu daud)


3 comments:

Un Phat Lee said...

thnx coz sharing B)

eita said...

sama2
:)

Si Matatajam said...

Semoga amalan Rasulullah ni jadi amalan kita sepanjang hayat ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...