Monday, July 12, 2010

KELEBIHAN BULAN SYAABAN......

sedar tak sedar esok dah masuk bulan SYAABAN.....

bermakna RAMADHAN semakin hampir.......bagi yang tak ganti lagi pose tu cepat2 lah ganti....jangan lah nak tunggu saat akhir baru nak ganti......hehehehe......

jangan marah eak.......kenyataan.....

kat sini aku tulis lah sikit....hehehehe...bukan tulis lah tapi copy sikit2 pasal kelebihan bulan SYAABAN untuk renungan mata dan fikiran aku sendiri dan juga kita semua...so.......layannnn.......


Sabda Rasul S.A.W, yang bermaksud:

"Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.."

Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa.

Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah.

Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama 3 pada permulaan syaaban 3 di pertengahan dan 3 di akhir syaaban akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.."

inilah antara kelebihan berpuasa dalam bulan syaaban.....

Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

bulan syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, baginda Rasul S.A.W ada bersabda yang bermaksud :

"Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.."

Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan syaaban .jadi berusaha lah untuk mendapat keredhaan dan rahmat dari ALLAH...insya allah....amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...