Tuesday, June 28, 2011

TANDA-TANDA KORANG ADA SAKA......









boring menjahit....
aku melepak kan minda baca buku yang abang aku kirim....
"AYAT2 RUQYAH.....ayat penawar sihir & gangguan makhluk halus"......keluaran inteam publishing.......
ooo....baru aku tau....gangguan2 yang melibatkan makhluk2 halus ni....
tapi tu lah..... baca tengah malam...
seriau plok rasanya.....
bab tu aku ni segan sikit kalau nak tengok citer2 yang melibatkan makhluk halus ni.....
hehehehe.......normal lah duk sorang2...setan pun menyakat lah......
kat sini aku tulis sikit ye apa yang aku baca...
nak tulis banyak....hehehe...aku sibuk...lain kali aku tulis banyak2 ye....
yang ni sekadar sepintas lalu je......
(padahal aku takut)

saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia dalam satu jangka masa yang panjang...
boleh jadi diwarisi dari turun temurun...macam..pelesit, hantu raya..dan seangkatan dengan nya....


KETURUNAN YANG MENJADI SASARAN SAKA....
  • cetek pengetahuan agama
  • melazimi maksiat dan sering melanggar perintah ALLAH...
  • sentiasa meninggalkan ibadah wajib seperti puasa dan solat..
  • adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agama menjadi pilihan kerana sudah cita2 syaitan untuk melihat orang yang taat pada agama berjaya disesatkan...
  • lemah fizikal dan antibodi..
  • anak cucu yang sememangnya mengimpi kan untuk memiliki pelbagai kelebihan di mata manusia....
  • anak cucuk yabg sangat beria-ia untuk mengetahui apa yang di miliki oleh nenek moyang mereka.....

TANDA2 SESEORANG ITU MEMPUNYAI SAKA....

  • Susah tidur malam..
  • sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut...
  • mimpi buruk dan menyeramkan seperti melihat sesuatu yang mengancam diri atau melihat makhluk yang menyeramkan...namun tidak dapat berbuat apa2 kerana kebiasaannya mimpi itu berlaku dalam keadaan 'kena tindih'...
  • mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, tikus, serigala, ular..dan sebagainya...
  • kedengaran bunyi gigi berlaga ketika tidur...
  • menangis, ketawa dan menjerit2 ketika tidur...
  • berdiri dan berjalan ketika tidur...
  • mimpi berada di kawasan perkuburan dan tempat kotor...
  • mimpi berada di tempat sunyi....


6 comments:

beautiful_rose said...

seram jugak ye.

JARI YANG TERBARAI said...

meremang bulu hidung

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Mmg betul eita, salah satu faktor utama menjadi sasaran saka adalah mrk yang cetek pengetahuan agama. Pesanan Allah SWT,`Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit`QS20:124
Bukan itu sahaja, malah Allah SWT berikan bersamanya Qarin,iaitu jin saka yang sentiasa bersamanya,`Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Qarin (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Qarin itu temannya yang tidak renggang daripadanya` QS 43:36.
InsyaAllah sentiasalah kita memohon pada Allah SWT kerana Dialah yang melindungi kita.

eita said...

rose....
memang seram pun..tambah2 sorang diri macam aku ni....

eita said...

jari...
aduhhh...bawak2 guntinglah bulu hidung kau tu.....
hahahah

eita said...

tajnur...
waalaikumussalam.....
tu lah pasal nya...
mintak di jauh kan lah dari semua ni....
insya allah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...