Monday, December 28, 2009

SELAMAT HARI LAHIR.......KAK LONG



30 DECEMBER......Hari lahir yang ke ???.he..he...rahsia lah.
Selamat Hari lahir kak long..
semoga panjang umur,murah rezeki,semoga di kurnia kan kesihatan yang baek hendaknya dan semoga berjaya dalam sume bidang yang di ceburi.
Budak ni sekarang ni tengah praktikal ka Kuala Terengganu.Best...dapat pergi banyak tempat.Tapi ya Allah punyerlah manja minah ni.
ada ke patut nak gi praktikal ajak mak ayah sekali.ha..ha..ha...
Ingat nak pergi piknik ke?
Bulan 2 ni nak g Pulau kapas plok.Berjalan lagi.
Kali ni tak tau lah tahap manja dia macamna.ha..ha..sakit perut bila ingat sume tu.
Kalau nak lari pun tak sempat rasanya.
Kena berenang lah. Jangan lemas doh.
Apa2 pun SELAMAT HARI LAHIR....

Friday, December 25, 2009

Saya budak baru belajar.........



Sukanyerrr...budak ni baru pandai berjalan.
baru setaun jagung.Budak2 kan mestilah suker dapat berjalan.
kata orang jauh berjalan luas pandangan.
hari ni habis sume tempat dia jelajah.
maklumlah first time terlepas dari kandang.
Tu yang excited lebih tu.
Aku pun suka berjalan2 tapi tak pernah dapat peluang untuk berjalan.
Hanya rumah ni lah dunia aku.
tapi tak kisah pun janji hidup tak menyusahkan orang laen.
Apa yang Allah bagi dah cukup bagi aku.
Cuma aku je yang takut...takut tak mampu jadi hamba Allah yang baek.

Sunday, December 20, 2009

Sukanyer Zul menang....



Owooh....ni la first time pelakon pujaan aku menang.Menang dalam Anugerah Skrin baru2 ni.
kategori Pelakon pembantu lelaki terbaek untuk filem wayang. Tapi aku tak tengok pun cite wayang.
tunggu siar dalam tv jelah.he..he...
sayang duit nak tengok wayang.lagipun aku mana pernah masuk panggung wayang.ha..ha..ha.. jakun betol lah aku ni kan. Tapi sayang tungu punyer tunggu rupanya Zul Huzaimy takdok pun naek ambil anugerah baru ni.Frust menonggeng aku.mujur tak tertonggeng jatuh tangga. Hensem btol la mamat sorang ni. Tiap kali Zul berlakon aku tak pernah miss pun hatta mengantuk macamana pun.he..he...
Tu lah manusia kan terutamanya aku kalau tengok Zul huzaimy nombor 1 tapi kalau bab nak bangun sembahyang malam2 bukan maen liat lagi.
tanah liat pun tak liat macam aku.
Malam tu aku tidor sambil tersenyum sambil memeluk bantal strawberi yang anak sedara aku bagi.
best tol lah Zul menang.
Walaupun aku tak dapat hadiah apa-apa pun tapi saje je lah bagi sokongan moral.
walaupun moral aku sendiri tak de saper pun yang nak sokong.huawwawawa...

Pergi yang tak kembali....


25 Disember ni genaplah 4 taun ayah aku kembali ke rahmatullah....
Rindu sangat rasanya kat ayah. Dulu ada jugak teman untuk bergurau tapi bila ayah dah takde sume nya dah sunyi sepi.
Rasanya macam baru semalam je ayah masih ada menonton tv dengan aku.Tak sangka kan dah 4 taun hidup aku berlalu tanpa ayah.
Sepanjang ketiadaan ayah macam-macam yang berlaku. Tapi apa pun ingatan aku pada ayah tak mungkin hilang macam tu je. Ayah segala-galanya bagi aku.
Kadang-kadang tu aku cemburu jugak bila tengok orang laen ada ayah kan. tapi nak wat macamna ALLAH lebih sayang ayah lagi dari aku. Sebab tu lah ALLAH ambik ayah aku dulu.
Ayah bagi aku seorang yang baek hati, tak suka susah kan orang. Paling best kenangan aku dengan ayah masa aku jaga ayah sakit kat hospital besar Terengganu. Walaupun aku jaga selama 2 minggu tapi tak rasa apa-apa pun. Sebab ayah tak banyak karenah. Malahan rasa seronok plok tinggal kat spital berbanding duk kat umah.he..he..
Bila hari hujan aku selalu teringat kat ayah. Nak tau kenape? Sebabnya Allah ambik ayah tatkala hujan turun dengan lebatnya. Selebat air mata aku yang mengalir mengiringi pemergian ayah. Tapi aku tau walau menangis air mata darah sekali pun ayah takkan kembali lagi. Dan benarlah kata orang.....

"SESUATU ITU MENJADI BERHARGA APABILA KITA TELAH KEHILANGANNYA"

Dan aku telah rasa semua tu. Walaupun aku melalui tapi tak mungkin masa yang hilang itu boleh di perolehi lagi. Aku sayang ayah. Aku saksi sendiri kematian ayah. Sampai hari ni aku tak mungkin akan lupa saat itu. Saat nyawa ayah di ambil dari jasadnya.
Orang tak rasa apa yang aku rasa kalau orang rasa apa yang aku rasa diorang akan tau apa yang aku rasa.
Apa-apa pun Ayah memang yang terbaek bagi aku dunia dan akhirat.
Semoga roh Ayah sentiasa di cucuri rahmat dan di himpun bersama-sama hamba ALLAH yang mulia lagi soleh. Amin.Al-Fatihah.

Monday, December 14, 2009

Awal Muharram 1431h



Tinggal 3 hari lagi umat islam akan menyambut tahun baru hijrah 1431.
Semoga kita mengimbas balik perjalanan hidup yang kita lalui samada pahit maupun manis.
rasa2nya dosa makin bertambah tapi pahala yang ada semakin berkurangan.
Kita bukan kitalah aku sendiri pun tak tahu apa yang berlaku pada bulan Muharam ni.
Puas mencari akhirnya aku tau jugak serba sedikit apa yang berlaku dalam bulan Muharram ni.Jom kita baca sama-sama....layannnn.....zasss....

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13-Hari pertama Allah menciptakan alam.
14-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16-Allah menjadikan 'Arasy.
17-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18-Allah menjadikan alam.
19-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20-Nabi Isa diangkat ke langit.

OOoo.....banyak jugak ya.....
betapa jahilnya aku ni satu apa pun tak tahu.
tapi sekarang aku dah tau doh sikit2.


Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah DOA AKHIR TAHUN:-

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...



Ni plok doa AWAL TAHUN:-

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. "Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...


Semoga kita akan mendapat lebih rahmat daripada ALLAH S.W.T
AMIN......

Sama-sama lah kita menuju ke jalan yang lebih di redhai dan lebih di berkati oleh ALLah.....INSYA ALLAH...

Saturday, December 12, 2009

terlewat ucapan.....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha.Walau pun aku sedikit terlewat mengucap nya tapi masih dalam suasana nya lagi kan. Tapi yang pentingnya masa ni sume binatang dah hilang sikit rasa takut dan gementar.Terutamanya bila melihat pisau.Kalau dulu seminggu nak raya haji sume binatang memang kecut perut.Ada yang tak lalu makan hatta tuan bagi makan rumput segar bersalut coklat pun mandang sepi je.Kalu dulu siap tak cukup lagi.berebut.Tak sampai 5 minit sapu besih. Sekarang ni binatang sume dah santai dah siap boleh lenggang kangkung lagi lalu depan tuan.Nasib lah mana yang tak kena sembelih tu.tapi takpe taun depan ada lagi kan..kan..kan...he..he...siap lah kau sume binatang.masa ni boleh lagi nak eksen. Raya haji ni sume adik beradik aku balik.meriah lah jugak umah yang dah sememang nya meriah.Aku pun baru je sudah basuh umah cuma barang2 yang aku angkat tinggi tu malas lagi lah nak wat turun. Takut banjir lagi.
tahun ni macam taun2 lepas daging korban tetap penuh peti. Orang Malaysia ni kira beruntung kan banyak betol makanan yang melimpah ruah sampaikan ada yang mati kerana terlebih makan.he..he..he..tu orang laen lah bukan aku.

Thursday, December 10, 2009




Hello bro....
sambung balik yang semalam.
Baru sudah wat keje ni.Santai jap depan komputer.Saje jelah.
kepala otak blur r, tak tau nak tulis apa. malam2 lah baru best sikit.
Suasana sunyi banyak lah idea.
Dah seminggu dah panas terik seterik-teriknya. Biasanya kalu panas macam ni mesti hujan kan.
Jangan lah banjir plok kat umah.
Tapi tu sume kan ujian dari Allah. Apa yang Allah dah buat tu mesti ada hikmah di sebaliknya kan.
Aku baru beli Apo? tak sempat lagi nak baca lah. Dah bertimbun rasanya buku yang tak sempat di baca.
Novel baru Ramlee Awang murshid pun tak buka lagi. Masih ada bau kedai lagi. Nilah umah aku yang banjir baru ni.tapi air dah sikit surut tu.Tapi sekali sekala banjir tu seronok jugak.Lagi seronok kalu tengok budak2 maen air.
Nak marah kesian plok rasanya bukan selalu pun setahun ada lah sekali tapi kat umah aku 3-4 kali dalam setahun.
Kalu tak marah rasa sakit hati plok. Air kotor tu tapi takpelah janji rock....
Naek umah mesti menyental satu badan budak2 ni. Wat hilang kuman yang degil.
Nak putar budak2 dalam mesin basuh rasanya macam melampau je tu. Silap hari bulan mati kena karan plok.
Lagi satu masalah.
Masa banjir ni lah banyak sangat ikan-ikan sungai yang naek ke darat.
Tapi kat umah aku banyak ikan paya yang naek.
Bapak haruan, mak haruan dan seangkatan dengan ikan tu lah.
Kat depan tangga pun ada tapi tak sempat nak tangkap diorang dah cabut lari. Memang konfirm takut masuk dalam periuk tu.
Abang Ipar aku dan anak dia Ahmad sempat lah tahan jaring kat belakang umah aku tu.
Dapat lah jugak ikan haruan suami isteri dan anak dia.Nasib malam lah ikan tu terlekat kat jaring.
Makan ikan fresh hari tu.Tapi aku tak makan pun.he..he...Sian ikan tu...
Nilah kakak aku...
Air tak banyak mana pun tapi sibuk je nak maen air..
mengalahkan budak2 je.he..he..
Budak2 pun tak macam kakak aku ni.
Tapi kan mujur jugak ada kakak aku hari tu..
Bukan apa boleh mintak tolong kemas umah dan basuh umah..
Al-maklum jelah seminggu lagi nak raya haji mau tak gelabah aku.
Takkan lah raya2 umah kotor plok kan...tak logik...tak logik..
Kakak aku ni lah yang masak ikan haruan tu.
Masak gulai tak reti basa..ke apa ke nama aku pun tak ingatlah.
tapi mula-mula kakak aku tu letak asam gelugor dan garam kasar, perap satu malam. Esok baru dia wat gulai.Apa ke nama lah masakan tu (tengah fikir)
Haaa....aku dah ingat apa nama masakan tu....Gulai busuk basa....
Tapi dekat2 doh dengan yang aku cakap tadi kan...
jangan orang yang tukang makan tu jadi tak reti2 bahasa sudah lah...huawawawa....
Anak sedara aku yang montel tu lah yang kena gigit lintah....
Lintah tu kecik je tapi dia punye menjerit macam lintah tu besar dinasour...
padahal dia lagi besar pada lintah tu.
walapun kecik tapi 2 hari jugak darah meleleh....nasib tak koma je....
kalau tak hilanglah kemontelan anak sedara aku tu.
Rata-rata seluruh kampung aku banjir.
bukan umah aku aje.
aku ni kira bersyukur lah bab boleh lagi tinggal dalam umah tanpa perlu berpindah-randah..
sesekali rasa macam petempatan orang asli plok berpindah-pindah kan...
Okey aku chow dulu lah.
Kalu aku tak sibuk baru aku tulis lagi...
Tengah cari idea jugak ni....

Wednesday, December 9, 2009

banjir

assalamualaikum...
Dah lama benar aku tak menulis dalam blog.
malas + sibuk = terbengkalai.
sebenarnya takde idea nak menulis tu pasal lah lama tak buka.
ni baru ada lapang sikit.
untuk kali ni aku nak kongsi pengalaman banjir kat umah aku.
baru-baru ni kat umah aku banjir..aduh..cubaan Allah betul lah.
bukan sekali beb....3 kali umah aku banjir dan 3 kali jugak lah aku basuh umah.
nak patah pinggang mujur tak patah lagi kalu tak jadi arwah lah aku.
basuh tu satu hal. bau tu pun satu hal.
kau orang bayanglah sendiri air banjir dekat paras kepala lutut.mesti lah tangki yang menampung segala benda asing dalam perut pun tenggelam.
Bau nya toksah cakap lah.
Mau berdarah hidung aku.
Tu tak masuk lagi dengan segala mak, ayah,tok, toki,anak dara, anak teruna dan segala kaum kerabat lintah.
Dalam duk beringat-ingat tu aku kena jugak gigit di lintah.
Kalau mimpi kena gigit di ular tu ada jugak tanda-tanda nak kena meminang.
ni kena gigit lintah. nak pitam jugak rasanya.
dalam banjir-banjir tu meriah semacam orang wat kenduri kawin.
Aku pun sama pergi.
Kes malas nak masak kat umah.
Harung air pun harung lah janji makan free.
Dapat bunga telur lagi.he..he..
lain kali lah aku sambung plok.
Lalat pun dah penuh dah kat kepala aku.Berpusing-pusing rasanya.
Bukan tak mandi tapi dah pening lalat daaa.....

Sunday, April 12, 2009

LUKISAN

Di dalam kelas lukisan, seorang cikgu sedang memerhatikan anak muridnya menyiapkan lukisan. Sampai di tepi sebuah meja seorang anak murid yang malasnya tahap ketiak cipan. Bila melihat kertas lukisan yang masih kosong cikgu tu bertanya pada anak muridnya apa yang dilukis.
Cikgu : Apa yang awak lukis ni. Napok kosong je.
Nor : Apa pulak kosong, saya tengah lukis lembu sedang meragut
Rumput hijau.
Cikgu : Habis tu mana rumputnya, tak napok pun.
Nor : Rumput tu dah habis, lembu tu makanlah. (selamba je menjawab)
Cikgu : Kalau rumput dah habis, mana pulak lembunya. (hairan)
Nor : Laa...cikgu ni, dah rumput habis, lembu tu lari lah. Apalah laa...
Cikgu ni. (tersengih-sengih macam kerang busuk)
Cikgu : Hmm.....memang pemalas punye anak murid. Banyak pulak dia
Punye alasan.

TEKA-TEKI 2

Macam biasa Lee dan Ahmad sedang lepak di sebuah kedai kopi sambil menghirup sedap kopi cengkudu satu cawan kongsi dua, maklumlah duit tak cukup. Terpaksalah.
Lee : Ahmad kalu aku bagi teka-teki kau nak jawab tak?
Ahmad : Malaslah asik aku je kena.(muka bodoh)
Lee : Alah...sekali sekala itu pun nak merajuk...boleh lah.ok..ok..
Kalu betol aku belanja kopi cengkudu 2 cawan..cash...
Ahmad : Yelah...yelah...jangan kantoi pulak aku tak nak kongsi air
Dengan kau lagi.
Lee : Sebab ape siput babi jalan lambat. He...he..boleh jawab ke?
Ahmad : Hmm....(berfikir)
Lee : boleh tak ni. Bayangkan kopi 2 cawan.
Ahmad : Diamlah....aku tengah fikir ni. Haaaa.....Sebab siput tu kecik,
Tu pasal lah dia jalan lambat.
Lee : Salah...(tersengih)
Ahmad : Sebab dia bawak cengkeram kat belakang.
Lee : Salah....(tersengih lagi)
Ahmad :Sebab siput tak dok kaki. (muka bengang)
Lee : Salah....(tersengih lagi dan lagi dan lagi..)
Ahmad : Malas lah jawab. (mulut muncung sedepa)
Lee : Sebabnya sambil berjalan siput tu berfikir samada dia tu
Siput ke babi. Tu pasal lah siput tu jalan lambat. He..he..
Ahmad : kau saje je nak kena kan aku. (bangun terus balik ke rumah
Merajuklah tu)
Lee : Selamat belanja kopi.

MEMINANG

Di bangku sebuah taman bunga, sepasang kekasih sedang memujuk aweknya yang sedang gundah gulana.
Saya : Awakkk... semalam kan ada orang datang meminang saya.
(muka susah hati)
Awak : Hah! Ye ke? Habis tu awak terima lah?
Saya : Hmm....tak tau lah, mak saya suruh terima. Macamana ni
Awak (muka merajuk)
Awak : kalu betol frustlah saya. Awak kenal ke? (muka bengang)
Saya : Tak taulah.
Awak : Keje ape?
Saya : tak taulah.
Awak : awak ni betol ke tak betol ni. Sume tak tau belaka ni.
Saya : Yelah, saya baru nak tanye je tiba-tiba mak saya dah kejutkan
Saya dari tido tu pasal lah saya tak tahu. He..he..
Awak : Hek...eleh ingatkan betol rupanya mimpi. Biol punye awek. Buat
Takut orang je. Eeii....
Saya : janganlah marah....

TEKA-TEKI

Seperti biasa 2 sahabat karib yang memang giler kekaribannya sedang lepak kat sebuah kedai kopi. Bagi menghidupkan suasana yang sunyi ni Lee memberi satu teka teki. Hadiahnya berupa satu cawan kopi cenkudu yang di bayar cash.

Lee : Ahmad...kalau kau boleh jawab teka teki aku ni, aku belanja kau kopi
Cenkudu satu. Cash lagi....jangan main-main.
Ahmad : Beress......
Lee : Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang paling pelik sekali. Jawab
Jangan tak jawab pulak...
Ahmad : (berfikir) senang je tu. Buah naga.(tersengih confirm betul)
Lee : Ha...ha..ha.. kau bikin aku ketawa aje.(gelak versi Sarip Dol samseng
Kampung dusun)
Ahmad : Nape pulak, betullah tu.Kalau kau pandai apa jawapannya.
Lee : Buah duku. He...he..
Ahmad : Nape pulak dengan buah duku.(muka tak puas hati...macam nak kena
Belasah je ni)
Lee : Haa....tu kau nampak pelik tu....betullah tu.
Ahmad : ?!!!

MOTOR

Di satu petang di sebuah bandar yang agak terpencil kelihatan seorang pakcik tua yang sedang terkial-kial cuba menghidupkan motor buruknya. Dah banyak kali di cuba tapi masih tak berjaya. Kelihatan seorang awek yang cun giler menuju kearah pakcik tua tu.
Awek cun : Kenapa ni pakcik, boleh saya tolong.
Pakcik Tua : Tak tau lah kenapa, motor ni tak boleh nak hidup. Dah
Banyak kali setat tak hidup jugak.
Awek Cun : Takpe pakcik biar saya tengok. Hmm...patutlah tak hidup
Pakcik, suis tak buka. Anak kunci pun takde. Macam hampeh
lah pakcik ni.
Pakcik Tua : Eh! Ye ke? Laa....patutlah tak hidup tapi pakcik tak tau kat
kat mana kunci moto ni, hilang kot.
Awek Cun : Takpe pakcik saya ada kunci moto ni.
Pakcik Tua : Eh! Macamana pulak kau boleh ada kunci moto ni.
Awek Cun : Dah ni moto saya, memanglah saya ada kunci tu yang pakcik
ni apahal dari tadi dok menyetat moto saya.
Pakcik Tua : Haa....Ye ke? He...he....ingat moto pakcik tadi. Takpelah
ambiklah balik. Pakcik rasa macam nak tercirit buihlah
pulak. He...he...(tersengih macam kerang busuk)
Awek Cun : Blah lah.

SURAT UNTUK ANAKANDA

Kehadapan Kak Long tonjet yang diingati selalu. Ni apa punya nama daa…tak komersial langsung. Tujuan aku menulis surat ini adalah untuk meminta kembali duit yang kau pinjam hari tu walaupun hanya RM 2 tapi bagi aku begitu besar maknanya sekurang-kurangnya dapat aku membeli buku Apo? Walaupun hanya kulit depan saja. Aku ingatkan tak nak minta hutang ni, sebab aku nak kau membayarnya secara sukarela tapi nampaknya kau macam tak reti bahasa je setiap isyarat yang aku beri jadi sebab itu lah aku terpaksa juga menebalkan kulit muka aku yang sememang dah tebal ni. Hutang wajib di bayar walaupun hutang itu sebesar taik hidung kau. Aku berharap sangatlah agar kau dapat membayarnya secepat mungkin kalau boleh sebelum masuk tengah bulan ni. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku menampung duit belanja untuk Apo? Aku. Kerjasama dari kau amat aku hargai dan aku berharap sangatlah. Sekian terima kasih.
Zul : Okey…surat dah siap Pak Mat.
Pak Mat : Kau ni sekolah ke tak?
Zul : mestilah sekolah tapi darjah 3 ½ je.
Pak Mat : patutlah kau ni bangang sangat.
Zul : Sampai hati Pak Mat cakap macam tu pada saya. Dah lah saya
Tolong Pak Mat tulis surat, terima kasih pun tak. Kutuk saya adalah.
Pak Mat : Macamana aku tak marah, aku suruh kau tulis surat kat anak
Aku Bedah, yang kau pergi tulis kat Kak Long Tonjet tu apahal.
Aku tak kenal pun Kak Long Tonjet tu..
Zul : Eh! Ye Ke? He..he…sorilah Pak Mat. Kak Long Tonjet tu kawan
Saya. Dia ada hutang dengan saya He…he…
Pak Mat : Itu kau punya pasal lah. Nah ambik ni hadiah dari aku.
GEDEBUKKKK……menyusahkan orang. Cari orang lain lagi
Bagus.
Satu tendangan yang cukup padu dari Pak Mat untuk aku. Seminggu aku koma. Lepas dari itu aku dah takut nak serempak dengan Pak Mat. Kalau terserempak pun aku cepat-cepat lalu ikut jalan lain. Hatta nak ke jamban pun aku rela menahan perut aku.

SISA TOKSIN

Ketika melihat tv pendidikan yang memaparkan cite pasal sisa toksin, Min teringat yang dia ada ternampak beberapa orang membuang sisa toksin ke dalam longkang baru ni. Min pun apa lagi cepat-cepat menelefon Pejabat Alam Sekitar (PAS) untuk melaporkan tentang kejadian ini. Chewah….rasa macam Karam Singh Walia pulak.
Min : Hello…ni pejabat alam sekitar ke?
PAS : Ya… boleh saya tolong.
Min : Saya nak lapor ada kes orang buang sisa toksik kedalam longkang
Berhampiran rumah saya.
PAS : Betul ke? Sila bagi alamat anda.
Selepas Min memberi alamat dia pun menunggu di tepi jalan rumah nya. Tak sabar pulak rasanya nak berkhidmat untuk negara.
PAS : Mana tempat pembuangan sisa toksin tu.
Min : Dekat je. Mari ikut saya.
Min pun berlalu dari situ dan menunjuk kearah tempat pembuangan sisa toksin . Min tersengih bangga kerana dapat berkhidmat untuk negara.
PAS : Ni ke sisa toksin tu. ( muka tak puas hati)
Min : Ye lah. Nape pulak salah ke?
PAS : Salah tu taklah salah tapi musykil lah pulak.
Min : Apa yang musykilnya Encik. Betul lah tu.
PAS : Betul tak salah tapi ni sisa toksin adik awak.
Min : Eh! Tak sama ke? (sengih macam kerang busuk)
PAS : Ni yang sama…KELEKUKKK…..buang masa. Dah sume balik.
Min : Waaa……..

MUSANG

Lee : Apahal moyok je ni?
Mat : Biasalah ayah aku hangin satu badan dengan aku.
Lee : Mung ni lah asik kena marah je…musang jugak ayah mung deh.
Mat : wah…wah….sedap-sedap mulut kau cakap ayah aku musang,
Kau ni nak kena lesing ni. (siap genggam buku lima)
Lee : Bila masa pulak aku kata ayah mung musang.
Mat : Tuu….
Lee : Laa….mung ni la dah berapa kurun jadi orang ganu dok faham lagi
Cakap terengganu. Musang tu maknanya bengkeng, suka marah
Orang. Apa daa….itu pun dok faham.
Mat : Lain kali cakap tu biar terang. Menyusahkan orang je kau ni.
Nasib tak kena lesing….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...