Monday, December 14, 2009

Awal Muharram 1431h



Tinggal 3 hari lagi umat islam akan menyambut tahun baru hijrah 1431.
Semoga kita mengimbas balik perjalanan hidup yang kita lalui samada pahit maupun manis.
rasa2nya dosa makin bertambah tapi pahala yang ada semakin berkurangan.
Kita bukan kitalah aku sendiri pun tak tahu apa yang berlaku pada bulan Muharam ni.
Puas mencari akhirnya aku tau jugak serba sedikit apa yang berlaku dalam bulan Muharram ni.Jom kita baca sama-sama....layannnn.....zasss....

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13-Hari pertama Allah menciptakan alam.
14-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16-Allah menjadikan 'Arasy.
17-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18-Allah menjadikan alam.
19-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20-Nabi Isa diangkat ke langit.

OOoo.....banyak jugak ya.....
betapa jahilnya aku ni satu apa pun tak tahu.
tapi sekarang aku dah tau doh sikit2.


Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Berikut adalah DOA AKHIR TAHUN:-

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...



Ni plok doa AWAL TAHUN:-

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. "Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...


Semoga kita akan mendapat lebih rahmat daripada ALLAH S.W.T
AMIN......

Sama-sama lah kita menuju ke jalan yang lebih di redhai dan lebih di berkati oleh ALLah.....INSYA ALLAH...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...