SECARIK HARAPAN
Setiap petang lepas habis aje kerja aku ambil masa untuk rehatkan otak aku sambil berjalan keliling kampung, bukan apa saja untuk hirup udara yang segar tapi yang paling aku tensen bilamana tiap kali aku berjalan semua orang asyik memandang aku macamlah aku ni tak punya hidung ataupun aku ni berjalan pakai tangan kot itu pasallah diorang tengok aku macam alien aje. Entah-entah diorang pandang aku ni terlalu hensem kot he..he..he.. jangan marah.
Aku lebih suka berjalan ditempat yang takde orang sebabnya rimaslah kalau orang asyik pandang-pandang aje. Sampai kat satu simpang aku belok kearah dusun Pak Mamat ada kebun kat sana best ada sungai bolehlah aku layan blues selamanya kat sana. Sampai aje kat tepi sungai aku nampak ada 2-3 orang yang tengah mandi, aku belum lagi cari tempat nak duduk diorang ternampak aku apalagi terjerit-jerit macamlah aku ni nak mengintai sangat diorang tengah mandi. Mereka ingat aku ni takde kerja lain ke selain mengintai orang walaupun aku ada jugak buat tapi bukan selalu. Aku pun malas nak tunggu lama kat situ lantas aku pun blah dari situ.
Lepas aje aku beredar dari situ aku pergi ke dusun Pak Mamat ada kebun, seronok jalan dalam kebun tambah-tambah sekarang ni sedang musim buah aku apalagi tak lepaskan peluang yang dah ada depan mata. Telinga menangkap bunyi kicauan burung ah! Sungguh merdu sekali, aku pandang sekeliling untu cari arah suara burung tapi lain yang dicari lain pulak yang aku dapat, aku ternampak satu tangkai buah rambutan yang dah masak ranum merah menyala warnanya meleleh air liur aku dibuatnya, aku pun apalagi zupp!!! Dah atas pokok aku ni tak sangka yang aku ni boleh memanjat dengan begitu hebat sekali. Aku terfikir samada aku harus ambil ataupun tak sebab ayah aku ajar jangan mencuri kalau nak benda orang kena minta, dalam dok berfikir rupanya aku dah patahkan tangkai buah rambutan tu habis tu nak tunggu buat apa ngap ajelah, hmm....sedap sungguh syok habis aku makan, sampai meleleh air ketiak aku makan buah rambutan. Mata aku meliar jugak pandang keliling bukannya apa takut kalau tuan punya buah ni datang, habislah aku. Dan ternyata ramalan aku tu benar belaka bilamana belum sempat aku habiskan buah yang terakhir tuan punya pokok ni dah datang bala ni.
“Ooii....beruk!! kau mencuri ye, lebih baik kau turun kalau tak aku lastik kepala kau ni.” Pak Mamat ada kebun mengacu-acukan lastik yang dah siap ada batu kearah aku. Takut campur berani aku pun turun.
“Apa ni Pak Mamat, saya bukannya mencuri saya cuma ambil aje lagipun saya tengok buah tu dah masak sangat, dah tu pulak siap panggil saya beruk lagi mentang-mentanglah saya ni hebat panjat pokok Pak Mamat cakap saya macam tu, tak rocklah macam ni.” Aku mengomel sendiri tanpa sikit pun aku tak pandang wajah Pak Mamat ada kebun tu bukannya apa misai dia yang melintang buat aku kecut perut aje.
“Rock kepala hotak kau, hei aku tak heran dengan kau punya kepandaian panjat pokok tu yang paling aku tak suka sekali orang mencuri tak kiralah buah aku ke buah orang lain ke yang pastinya aku tak suka orang mencuri dan orang yang suka mencuri itu dipanggil beruk atau kera sebab mereka semua tu tak pernah minta kalau nak kan sesuatu faham!!!!” panjang betul syarahan Pak Mamat, pening aku.
“Saya faham Pak Mamat” Aku mengangguk kepala aku.
“Lain kali kalau kau nak minta jangan suka-suka nak ambil macam tu aje hah, faham tak ni tersengih-sengih aku hempuk kepala tu baru tau.”
“Yelah, yelah Pak Mamat, saya minta rambutan ni, saya blah dululah Pak Mamat.” Aku berlalu dari situ sambil melemparkan kulit rambutan ke arah Pak Mamat apalagimelentinglah orang tua tu.
“Kurang ajar punya budak, aku bagitahu ayah kau nanti Mat Yeh, kau tengoklah nanti.
“Blahlah Pak Mamat ingat saya takut ke, tak heran sikit pun.” Aku berlalu dari situ dan Pak Mamat hanya mampu mengelengkan kepalanya yang dah sedia teleng. Tak puas hatilah tu. Aku pun berjalan pulang ke rumah dalam perjalanan aku berselisih dengan Milah, aku cuba control hensem tapi Milah sikit pun tak pandang muka aku tapi dia lebih suka pandang kearah lain, teruk sangat ke aku ni menyampah betul.
“Hai, sorang aje ke? Aku cuba menyapa Milah yang memang sombong orangnya dan aku tahu Milah akan jawab dengan nada yang aku paling tak suka.
“Habis tu takkan berdua kot, buta ke apa?” Milah menjeling aku ala-ala siti menjeling Dato’ S.M.Salim dalam lagu pandang-pandang jeling-jeling gitu, aduh bisanya.
“Amboi kasarnya bahasa, abang tanya sikit pun tak boleh ke?”
“Apa? Abang, hei! bila masa mak saya beranakkan awak, cerminlah muka tu sikit, ptuiii..” milah berlalu selepas meludah air kahaknya yang aku sendiri tak tahan dengan baunya agaknya dah berapa hari tak gosok gigi harap muka aje lawa tapi mulut busuk. Takpe, takpe Milah kau sombong dengan aku mentang-mentanlah rumah aku takde cermin kau suruh aku beli cermin ingat aku tak mampu nak beli ke? Aku berlalu dari situ dengan hati yang berdongkol, sampai kat rumah aku hempaskan badan aku kat atas katil nasib tak patah katil aku maklumlah katil buruk.
“arghh....benci aku.” Aku menjerit sepuas-puasnya macam tarzan dalam hutan aje.
“Ooiii.... kau gila ke apa hah terjerit-jerit macam beruk sarkas , dah lama hidup ke ? aku pelangkung baru tahu.’
“Sorrylah ayah,saya tengah bengang ni.” Aku menghampiri ayah aku yang sedang membelek jerawat kat jendela dunia eh! Silap jendela tingkap, dah tua-tua pun nak melawa lagi.
“Bengang pasal apa pulak, cakap dengan ayah manalah tahu kot-kot ayah boleh tolong.” Pak Leman langsung tidak memandang muka anaknya kerana begitu asyik memicit jerawat di mukanya.
“ayah, tolong pinangkan Milah untuk saya.” Aku tersengih mengharapkan simpati dari ayah aku.
“Hisshh.....kau gila ke apa, Milah kan dah nak bertunang, kau jangan nak cari pasal pulak Mat Yeh.” Pak Leman membeliakkan biji matanya yang sememangnya dah terbeliak akibat angin ahmar setahun yang lalu, Pak Leman masih tak percaya anaknya sanggup mengeluarkan permintaan yang langsung tak masuk akal.
“Saya suka Milah ayah, saya tak boleh nak buat apa-apa tanpa Milah ayah, ayah taukan Milah tu ratu kat kampung ni walaupun hanya ratu kuih lapis tapi dia comel ayah kuih yang dia buat pun sedap ayah.”
“Itu ayah tau, ayah pun suka makan kuih lapis dia tapi yang jadi soalnyaMilah dah nak bertunang, alah cari aje orang lain lagipun kau tu bukannya padan dengan dia, dia anak ketua kampung kau tu apa ada kan ayah cakap kau kecik hati pulak lagipun......
“Dah, dahlah ayah kalau setakat ayah nak ungkit-ungkit pasal keturunan saya baik lupakan aje hajat ayah tu sebab saya tak nak dengar sikit pun, kecik hati saya tau nampak sangat yang selama ni ayah masih tak dapat nak terima kehadiran saya dalam hidup ayah.” Aku berlalu dari situ duduk kat tempat lain boring duduk kat ayah aku asyik nak mengungkit aje kerjanya takde kerja lain.
“Kau ni kan memang bagus, ayah tak sempat cakap lagi kau dah tau, memang bijak kau ni tak sia-sia aku ambil kau jadi anak angkat aku, memang bijak dahlah kau fikirlah sendiri masalah kau ayah taknak masuk campur sebab ayah nak ke kedai.”Pak Leman berlalu dari situ meninggalkan aku sendirian kat rumah ni.
“Kurang asam punya ayah tak boleh nak minta tolong sikit. Takpe, takpe, aku boleh buat sendiri kalau ayah aku tak nak buat.”
Malam tu aku ke surau, lepas isyak aku pulang kerumah berasingan dengan ayah sebab aku nak menikmati keindahan alam waktu malam, aku nak tengok bulan, bintang, matahari eh! Matahari mana keluar waktu malam apalah aku ni dah tua-tua pun bodoh. Detik hati aku sendirian, nak tengok Milah, he..he..he..Milah selalu mandi waktu malam dan bukan salah aku kalau aku tengok Milah mandi, salah Milah lah sapa suruh dia mandi waktu malam. Aku berjalan perlahan-lahan kearah bilik mandi milah yang hanya berdindingkan zink yang dah berlubang-lubang nama aje tok ketua tapi bilik air ya Allah, jamban aku lagi cantik. Lepas cari port yang sesuai aku mengintai, syok tengok Milah mandi macam itik aje.
“Cantiknya Milah ni kalau aku.....
“Paappp...” belum sempat aku habiskan ayat yang seterusnya belakang aku terasa sakit aku berpaling ingatkan nyamuk rupanya bapak nyamuk
“Eh! Pak Jais, buat apa kat sini? Haaa... nak mengintai ye, dahlah Pak Jais hentikanlah tabiat buruk ni biar saya sorang sudahlah Pak Jais, Pak Jais baliklah nanti kalau orang kampung tengok nanti buat malu aje.” Chewah dalam tersengih-sengih macam kerang busuk sempat pulak aku bersyarah pada Pak Jais macam ustazlah pulak rasanya.
“Ooo.... suruh aku balik, sepatutnya aku yang tanya kau buat apa kat sini, takde kerja lain ke selain mengintai anak dara orang.” Pantas aje Pak Jais menonyoh kepala aku, aku memang pantang aku kalau orang tonyoh kepala aku ayah aku tak pernah buat macam tu.
“Pak Jais jangan nak main kasar dengan saya pulak, saya mengintai anak dara orang bukan anak dara Pak Jais , jangan nak perasanlah.”
“Ooo... anak dara orang, cuba kau fikir sikit soalan cepumas ni, Milah tu anak sapa?
“Anak dara ketua kampung.” Yes dengan bangga aku menjawabnya
“Tau pun kau, habis tu ketua kampung ni sapa namanya?
“Ketua kampung tu Pak Jais lah itu pun tak tahu diri sendiri apa daaa...,” alamak! Pak Jais? Macamana aku punya bangang boleh tak perasan ni, apa yang aku nak buat ni hah, kantoi macam ni.
“Tau takpe, habis tu Pak Jais tu sapa?
“he..he..he..Aku tak tahu apa yang nak dibuat lagi zuppp! Aku menghilang dari pandangan Pak Jais mengalahkan larian Clark Kent. Habislah aku kali ni, aku sampai kat rumah dengan peluh yang melimpah-limpah hampir separuh baju aku basah kerana peluh. Fuh...fuh...oksigen, oksigen. Tak lepas nyawa aku dibuat oleh Pak Jais, aku duduk di pangkin bawah pokok mempelam, aku tak sudah-sudah menyumpah diri aku, apa punya banganglah otak aku macamana aku tak terfikir yang Pak Jais tu ayahnya Milah, parah aku kali ni.
“Oooiii “ satu sergahan yang kuat dari belakang hampir nak tercabut jantung aku dahlah aku baru aje lepas buat salah.
“Opocot..... mak kau” Akibat sergahan yang kuat aku terduduk atas tanah habis kotor seluar aku.
“Laa... ayah rupanya ingatkan sapa tadi kuss...semangat saya, lain kali janganlah sergah saya macam ni boleh sakit jantung saya kalau macam ni selalu.”
“Yang kau ni terkejut sakan ni apahal kau mengendap lagi ke?” Aikk...macam tahu-tahu je ayah ni bela hantu raya ke.
“Mana ada.”
“Kau kemana tadi orang dah lama balik masjid tapi kau tak juga sampai-sampai, ni satu lagi yang ayah musykil sangat-sangat, hujan takde ribut takde yang baju kau basah ni apahal.?”
“Bukan hujan ayah peluh sebab saya lepak kat kedai kopi tadi tak sedar dah lewat sangat itu pasallah saya berlari balik takut ayah tunggu pulak.”
“Boleh percaya ke kau ni, ayah tengok lain macam je peluh kau ni.”
“Ah! Tak percaya sudah, ayah duduklah sini sorang-sorang, saya nak masuk kedalam penatlah nak tidur.” Aku berlalu masuk kedalam bilik tidur, lepas tanggal baju aku terus baring kat atas katil yang dah reput ni sambil berfikir tentang esok, kalau Pak Jais buat cerita esok habislah aku, risau betullah, dalam dok berkira=kira aku terlelap jugak akhirnya.
Pagi itu aku dikejutkan oleh suasana yang sungguh bising, apalah diorang ni kalau nak mesyuarat ke apa ke pergilah kat lain datang sini buat apa bising aku nak tidur pun tak boleh, tapi cara suasana yang bising tu lain macam je aku dengar tapi ah! Lantaklah.
“Leman! Oo...Leman! turun kau! “ Pak Jais menjerit dari tengah laman dengan di kelilingi oleh beberapa orang kampung.
“Ya..ya.. nanti kejab.” Terkial-kial Pak Leman membuka pintu sambil mengulung kain pelikat yang terlondeh tu.
“Ooo..Tuk Ketua, heh! Ramai-ramai nidatang apahal, aku tak buat kenduri pun hari ni lain kali ajelah korang datang.” Pak Leman bertanya sambil duduk di tangga rumahnya.
“Kau jangan nak loyar buruk dengan aku pagi-pagi ni aku takde masa nak layan kau, kau panggil anak beruk kau tu turun sini.” Marah Pak Jais memang tak dapat dibendung lagi aura yang keluar dari mukanya dah menunjukkan betapa kemarahannya memancar keluar cuma tunggu masa aje, Pak Jais menjerit lagi sambil mencekak pinggangnya.
“Ewah! Ewah! Sedaaaaap.... aje mulut kau mengata anak aku,kalau ye pun kau marah anak aku tapi janganlah sampai tak beradat langsung, anak aku tu ada nama tau.” Pak Leman bingkas bangun, bengang bila ada orang mengata pasal anak dia.
“Kalau bukan beruk aku nak panggil apa, kau tahu apa yang anak kau dah buat semalam, tu hah malam tadi aku tangkap dia tengah syok dok mengintai anak aku tengah mandi, tak ke beruk namanya mengendap anak orang, tengah mandi pulak tu.”
“Kalau ye pun dia mengendap tak boleh ke nak bertolak ansur sikit, lagipun bukannya luak pun tak jadi kudis pun.”
“Luak tak luak aku tak kira, kali ni aku bagi amaran kalau sekali lagi aku jumpa dia taulah aku apa aku nak buat, kau ingat Leman kalau kau tak boleh nak ajar anak kau tu biar aku yang ajarnya, faham!! Dah semua mari kita balik.” Pak Jais dan orang kampung pun berlalu dari situ dengan perasaan yang masih lagi marah, bengang betul Pak Leman dibuatnya.
“Nak kena budak ni suka sangat malukan aku, nanti kau.” Detik hati Pak Leman. Pak Leman meluru masuk kedalam bilik anaknya, ditengok anaknya masih lagi terbungkang tidur itu yang menambahkan lagi sakit hati Pak Leman , celaka punya budak, nah! Ambik ni satu sepakan penalti dikenakan pada Mat Yeh.
“Adoiiiii..... apa ni ayah, sakitlah.” Aku mengeliat macam nak patah tulang pinggang aku.
“Ooo.... tau sakit ye, hei sesakit sakit kau sakit lagi hati aku ni tau, yang kau pergi mengendap anak orang tu kenapa dah takde kerja lain ke, patutlah semalam macam kena kejar dek hantu rupanya ini kerja kau ye. Eeii...kalau ikutkan hati aku mau mati kau aku kerjakan sakit telinga aku bila orang kampung kata aku ni tak pandai ajar anak, apa selama ni aku ni buta ke sampaikan orang cakap aku macam tu, sampai hati kau Mat Yeh malukan ayah macam ni, mana ayaha nak letak muka ayah ni lagi.” Pak Leman menjeling anaknya sambil mengesat air mata yang tumpah selepas sekian lama di tahan bukan apa malu jugak kalau orang nampak dia menangis, perasaan marahnya begitu meluap-luap mengalahkan gunung berapi Pinatubo yang hanya menunggu masa untuk meletup aje tambah-tambah pulak bila nampak anaknya buat muka bodoh aje.
“Alah ayah, bukannya luak pun, saya cuma tengok aje, lagipun dari hari tu lagi saya suruh ayah pinangkan Milah, ayah tak nak, jadi terpaksalah saya mengintai Milah lagipun salah ayah yang tak nak buat semua ni.”
“Ewah! Ewah! Cantiknya kau punya muka, kau yang buat kerja yang tak berfaedah sekarang kau tuduh ayah pulak, kau memang anak yang tak berguna, menyesal aku bela kau. Lagipun untuk pengetahuan kau Milah tu dah nak bertunang takkanlah kau nak bermadu pulak dengan bakal suami si Milah tu, tak sesuai langsung cubalah cari inisiatif yang lebih berfaedah, dah lalu situ aku nak ke kebun, nantikan kalau kau nak pergi panjat kelapa jangan lupa pulak nak kunci pintu tingkap dan jangan pulak buat hal yang tak tentu pasal siap kau kalau ada orang mengadu pasal kau lagi.” Pak Leman berlalu dari situ sambil menyorong basikal tuanya. Mat Yeh hanya memerhati kelibat ayahnya yang semakin jauh. Ah! Hari ni aku malas nak pergi kerja, kalau ayah marah pun nasiblah. Hari-hari kerja tak kaya jugak, lebih baik aku sambung balik tidur aku yang tertunggak tadi. Detik hati Mat Yeh.
Dah beberapa minggu peristiwa tu berlaku, kampung aku ni dah reda sedikit pasal aku, suasana kampung sunyi sepi sesekali tengok macam kena serang garuda aje tapi bukannya kapal terbang garuda Indonesia tapi burung garuda, alah burung besar yang hidup zaman dulu-dulu tu, mak bapak korang pun pernah cerita pasal ni masa korang kecik-kecik dulu. Sekarang ni aku pun dah tak heran dengan kesombongan Milah tu, setakat ratu kuih lapis aje takde kelass gitu, nenek aku lagi lawa. Nasib nenek aku dah mati kalau tak sure nenek aku kalah punya sebab Milah lagi lawa, jangan marah aaa...
Satu petang tu kampung aku dikejutkan oleh satu berita yang sungguh sensasi lagi terkini, Milah putus tunang. Semua orang terkejut dan sedih rasa macam tak percaya aje, aku pun tumpang sedih tapi bukanlah sedih sangat cuma pura-pura sedih walhal dalam hati aku rasa nak bergolek, nak melompat semuanya ada gembira sangat rasanya hati aku ini bermakna aku ada can. Yabedabedu........Aku berlari pantas menuju kerumah. Larian aku mengalahkan larian Watson Nyambek, tak sampai 0.01 saat aku dah sampai kat rumah.
“Ayah....oooo...ayah.” dalam tercungap-cungap aku menjerit panggil ayah aku, hish apa punya pekaklah orang tua ni, aku berlalu kearah belakang rumah tapi takde jugak kemana saja orang tua ni pergi.
“AYAH!!!!.... “dah mengalahkan tarzanlah pulak.
“Ayah kat sinilah, yang kau menjerit macam kuat sangat ni kenapa kau ingat ayah ni pekak ke?”
“Ayah ni saya menjerit bagai nak rak, macam nak keluar anak tekak saya, ayah duduk sini boleh buat dek aje.” Mat Yeh duduk disisi ayahnya yang sedang leka meraup lidi dibawah rumahnya.
“Hah! Ada apa yang jeritkan tu, mengalahkan tarzan pulak.”
“Ayah, ayah tau tak Milah dah putus tunang, seronoknya saya.”Aku menyengih untuk ke seratus kali.
“Biarlah dah takde jodoh dia nak buat macamana, yang kau ni seronok sangat tu kenapa, tak baik tau ketawakan orang tambah-tambah dalam keadaan macam ni.” Pak Leman mengeleng kepalanya tak puas hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh anaknya itu.
“Apalah ayah ni, ayah kan tau saya ni syok gila dekat Milah hah masa nilah ayah pergi pinang Milah untuk saya, bolehlah ayah, please...” Mat Yeh menarik-narik tangan ayahnya menagalahkan budak-budak yang terencat akal lagaknya.
“Kau gila apa, budak tu baru aje putus tunang takkan kau nak suruh ayah pergi pinang dia pulak, tak pernah dibuat orang, lagipun kesan kemarahan Pak Jais pada ayah masih berbekas tau, kau jangan nak malukan ayah lagi cukuplah kes hari tu, dah lalu dari situ malas aku nak layan kerenah kau yang ntah apa-apa tu.” Pak Leman menepis tangan Mat Yeh dan naik keatas rumahnya sambil diekori oleh Mat Yeh yang masih mengharapkan simpati daripada ayahnya.
“Ayah, tolonglah kali ni aje, kalau ayah tak nak pergi saya lari dari rumah biar ayah tinggal sorang kat rumah baru tau.” Mat Yeh cuba menggunakan kaedah ugutan lepas apa yang di rayu tidak mendapat tempat di hati ayahnya.
“Nak lari ? kau biar betul Mat Yeh.”
“Hah tau takut.”
“Sapa kata ayah takut, ayah lagi suka sekurang-kurangnya taklah habis beras kau tu pun bukannya mernyumbang apa-apa kat rumah ni. Pergilah kalau pemergian kau tu akan membawa kebahagian pada diri kau Mat, ayah tak kisah.” Pak Leman tersenyum sebab dia tahu anaknya itu takkan berani lari lagipun duit pun takde nak lari apa.
“Apa ni ayah, yelah,yelah saya gurau aje janganlah marah, tapi saya minta tolong kali ni je ayah, tolonglah sapa lagi yang boleh saya harapkan selain daripada ayah saya yang paling best kat dalam dunia ni.”
“Ooo...kau mengampu ayah nampaknya, hmm.....tengoklah dulu nanti ayah fikir dulu kalau ayah rasa muka ayah ni masih tebal bolehlah ayah pergi jumpa dengan Pak Jais kau tu.”
“Betul ke ayah, eee.....bestnya, saaaayang ayah.”
2 hari telah berlalu Pak Leman masih teragak-agak dengan apa yang nak dilalkukan itu tak diturut takut anaknya lari walaupun dia tahu anaknya takkan berani lari. Kadang-kadang tu rasa kesian pulak maklumlah hanya itu aje anak yang aku ada. Selepas berfiki dengan dengan agak lama Pak Leman lantas bangun dan menyarung baju pagodanya yang sudah terlalu kusam warnanya. Pak Leman turun kebawah sambil menyorong basikal tuanya yang tua sebelum waktunya itu menuju kerumah Pak Jais. Hati Pak Leman rasa tak sedap aje, rasa berdebar-debar dup..dap...dup...dap...takut pulak rasanya. Dalam dok berkira-kira tu akhirnya kayuhan Pak Leman sampai jugak kat rumah Pak Jais.
“Fuh...fuh....ambil sedikit oksigen buat semangat.” Detik hati Pak Leman.
“Assalamualaikum..........”
“Waalaikummussalam....siapa tu.” Kelihata kepala Pak Jais terjonggol dari balik pintu yang tertutup cuma sebelah.
“Oooo....kau Leman ,hah apahal kau datang sini tak ke kebun kau hari ni ?” sapa Pak Jais lagi sambil turun ketangga yang penghabisan lantas bersalam dengan Pak Leman yang berpeluh hampir seluruh badan.
“Pergi, petang sikit, cuma kebetulan aku lalu kat sini singgahlah kejab lagipun aku ada hal sikit nak bincang dengan kau.” Tergagap-gagap Pak Leman meluahkan apa yang terbuku dalam hati dia.
“Ada hal nak bincang, hal apa?” muka Pak Jais dah lain macam aku tengok, kening pun dah terangkat-angkat macam Ziana Zain, muka pun dah berkerut seribu, perasaan takut kembali menyerbu dalam diri Pak Leman, ah! Biarlah baik aku berterus terang aje terima atau tak itu belakang kira.
“Anak aku....hmmm....dia....
“Dia nak apa?” Jerkahan Pak Jais yang kuat menyebabkan basikal tua Pak Leman terbalik fuh! Hebat sungguh aura yang dikeluarkan oleh Pak Jais.
“Anak aku dia nak pinang kau...
“Nak pinang aku, nak pinang aku buat apa?” Pak Jais mencekak pinggangnya yang tak ramping mana. Alamak! Macamana boleh tersasul pulak, setan betullah ini semua Mat Yeh punya pasal tak pasal aku yang kena.
“Tak...tak maksud saya Mat Yeh suruh aku pinangkan Milah untuknya, sebab dengan kata Milah dah putus tunang.”
“Apa? Nak pinang Milah, kau ni buat kelakarlah Leman.” Nampaknya suara Pak Jais sedikit kendur mungkin jugak ada harapan, akhirnya kau berjaya juga Mat Yeh.
“Ya betul saya nak pinang Milah dan saya bukannya buat kelakar apa-apa pun ini memang betul, kau macamana setuju ke Jais?”
“Kau ni kan Leman, kalau aku cakap kau kecik hati tapi kalau aku tak cakap aku pulak yang rasa sakit hati, macam nilah walaupun Milah dah putus tunang tapi tak semestinya dia nak kahwin dengan anak kau, sekalipun Milah nak kahwin dengan anak kau aku yang masih hidup bernyawa ni takkan izin Milah kahwin dengan anak kau, aku masih waras lagi Leman, macam nilah Leman, kau balik, kau tengok dan perhatikan anak kau tu betul-betul, layak ke dia dengan anak aku, dah lah pergilah balik dah tua-tua macam ni aku malas nak bergaduh dengan kau.” Habis aje berkata-kata Pak Jais pun blah dari situ dengan senyum sumbing tanpa menghiraukan sedikit pun pada Pak Leman yang tengah bengang. Muka Pak Leman dah mula berpetak-petak macam biskut jagung dengan ketebalannya yang tidak dapat diukur akibat menahan malu yang teramat sangat. Selama ni Pak Leman tak pernah dimalukan oleh sesiapa tapi kali ni hatinya rasa sakit yang teramat sangat. Sampai hati kau Jais.
Sampai di rumah Pak Leman menyorong basikalnya di bawah rumah kemudian Pak Leman melabuhkan punggungnya di pankin bawah pokok rambutan, macam-macam yang di fikirkan oleh Pak Leman. Dalam dok berfikir tu tiba-tiba anaknya Mat Yeh datang dengan sengihannya yang membuat hati Pak Leman masih terbakar hangus. Rasanya mahu saja dihempuk dengan batu aje. Kerana dia lah tak pasal-pasal aku diburukkan oleh Leman.
“Macamana ayah, Pak Jais terima tak.” Mat Yeh mengoncang-goncang tubuh ayahnya rasa bergegar seluruh kepala. Pak Leman diam aje, malas nak melayan pertanyaan bodoh dari anaknya itu. Dia perhatikan betul-betul anaknya, sedalam-dalamnya dan juga semasak-masaknya. ‘ya betullah kata Pak Jais anak aku memang tak layak untuk anaknya. Kenapalah dari dulu aku tak perhatikan betul-betul anak aku, bila dah jadi macam ni barulah aku malu denganya. Memang kau tak layak untuk sapa-sapa pun dan kau memang takkan mendapat tempat dihati sapa-sapa pun.’ Detik hati Pak Leman sendirian sambil mengesat air mata yang menitis. Kenapalah dia terlalu mengikut sangat kata-kata Mat Yeh yang hanya akan memalukannya saja, sudahnya mungkin cerita ini akan di sebarkan oleh Pak Jais pada orang kampung ah! Betapa malunya dia nanti.
“Ayah kenapa diam ni, saya nak tahu apa keputusannya.”
“Sudahlah Mat Yeh, carilah orang lain betul kata Pak Jais kau tak layak untuk anaknya, sudahlah.”
“Tak layak, apa yang tak layaknya, saya ada kerja walaupun hanya sekadar pemanjat pokok kelapa tapi itu usaha saya ayah saya tak mengemis dengan sapa-sapa pun, saya tak kira saya akan jumpa sendiri dengan Pak Jais.” Perasaan tak puas hati menyerbu ke dalam hati Mat Yeh. Hatinya betul-betul marah.
“Aku kata sudah, sudahlah memang pun kau tak layak. Walaupun kau ada kerja tapi kau tu BERUK, mana layak dengan Milah, kerana kau dengan aku-aku jadi bodoh.” Pak Leman melepaskan kemarahannya pada Mat Yeh dengan menghentakkan sebatang kayu dibelakang Mat Yeh, walaupun dia sayangkan Mat Yeh yang dah dianggap macam anaknya sendiri tapi biar Mat Yeh rasa, biar Mat Yeh sedar diri tu sikit. Pak Leman pun berlalu naik ke atas rumahnya meninggalkan Mat Yeh yang meraung di tanah.
1 comment:
hahaha. haduilaa. beruk pun ade hati jugak ehhh. :)
Post a Comment