Tuesday, October 28, 2008

INIKAH AKHIRNYA,,

BAB 1

Hari ni aku lewat lagi ke pejabat harap-harap tak kena marah, hari tu dahlah cepat kena memo takkanlah hari-hari aku nak kena habislah reputasi aku, aku cepat-naik tangga yang menuju pejabat aku, sebaik sampai saja tak sempat lagi aku nak duduk dah terdengar Huda panggil nama aku, katanya bos baru nak jumpa. Habislah aku ni tentu pasal fail kerja yang Johan suruh aku hantar semalam. Aku ketuk pintu, tak sempat lagi nak bagi salam dah kena marah apa punya siallah hari ni.
“Tak reti buat kerja ke? Dihempasnya fail-fail kerja yang aku buat tu atas meja, habis berterabur pola-pola rekaan aku, rasanya tak ada yang salah sebab Johan sendiri dah setuju dengan apa yang aku tunjukkan. Banyak cerewet betullah bos muda yang entah apa namanya aku tak berapa ingat sebab bos aku ni baru aje masuk kerja dalam 2-3 hari. Aku tahulah syarikat ni dia yang punya tapi masa Encik Razak yang jaga takde masalah pun. Bos aku menjeling marah kearah aku sambil menaikkan keningnya ala-ala Ziana Zain gitu tapi sorrylah aku tak tergoda punya.
“Maaflah tapi.....” tak sempat lagi aku nak explain bos aku tu dah potong jalan.
“Tak payah nak bertapi-tapi dengan saya, walaupun saya baru ambil alih tapi semua hal syarikat dalam poket saya. Saya nak awak buat semula dan hantar pada saya esok pagi jangan lewat walau seminit sekali dan kalau boleh sebelum saya masuk kat dalam pejabat ni faham! Kalau tak tahu tanya jangan nak memandai aje. Dah awak boleh keluar tapi ingat saya tak nak sebarang kesilapan lagi sebab banyak lagi kerja lain yang saya nak buat, Faham!!
“Faham tuan, terima kasih.” Aku mencapai fail kerja aku tu untuk buat balik pembetulan mana yang salah, aduh! Pening kepala aku punyalah panjang dia punya membebel, payah betullah kerja dengan ‘orang tua’ ni. Baru jadi bos dah berlagak macamlah bagus sangat. Nasib baiklah dia ni bos aku kalau tak dah lama aku terajang dia ni. Sakit hati aku. Aku duduk di kerusi dengan muka yang masam mencuka jangan sapa-sapa nak tegur aku buruk akibatnya.
“Aikk!! Masamnya mempelam ni kena marah lagilah tu, hmm...biasalah kalau rasa masam macam tu alamaknya sampai pagi esok barulah manis agaknya.” Suara sindiran yang aku dengar ni rasa sakit sangat hati aku, telinga pun rasa berbulu satu macam aje.
“ Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Dah takde kerja lain ke selain jaga tepi kain orang tepi kain sendiri tak terjaga. Penyibuk aje.” Aku menjuih mulut aku kearah Azman, sakit betul rasa hati aku.
“Aikk!! Berasalah pulak, oii... Cik Syakilla saya tak cakap pasal awak tau, saya cakap pasal buah mempelam ni yang saya bawa untuk Cik Huda kita ni, awak ni kan cepat betul perasan tak baik tau untuk kesihatan.”
“Ah! Banyaklah kau punya kesihatan, kau ni kan saja je nak menambahkan lagi sakit hati aku.”
“Alah janganlah marah aku gurau aje, kau ni cepat betul ambil hati.” Budak Azman ni kan memang nak kena, aku tak kacau dia, dia pula sibuk nak kacau aku. Aku dah lah angin satu badan sekarang ni dia nak tambah lagi dua badan. Tapi belum sempat aku membuka mulut untuk membalas kata-kata Azman, Huda lebih dulu menahan aku dari meneruskan mesyuarat pergaduhan ni.Ah! lantaklah malas nak layan, baik aku sudahkan kerja aku ni nanti kan tak pasal-pasal aku kena lagi. Kalau boleh aku nak cepat siapkan sebab aku dah terlalu bosan sangat ni. Siap aje kerja aku cepat-cepat ke bilik Johan semula, nak minta pendapatnya kan tak pasal-pasal kena buang lagi.
“Jo, tolong tengok sikit pola yang aku dah buat ni.” Aku menunjuk pola yang telah aku lakarkan atas kertas A4.
“Eh! Kan saya dah tengok hari tu, apasal ubah balik.” Johan merenung aku dengan pandangan yang aku sendiri tak dapat pastikan.
“Memanglah tapi pagi tadi bos dah buang semua, dia suruh buat balik.”
“Razlan buang, biar betul. Tapi takpelah Sya tinggal aje kertas tu kat sini nanti saya tengok balik, mana yang tak sesuai saya pinda balik lepas tu baru Sya lukis balik. Okey.”
“Terima kasih Jo.” Aku bangun selepas ucap terima kasih, kerja dengan Johan lagi bagus dri aku bekerja dengan bos aku ni, yang namanya Razlan. Baru tau namanya.
“Kejab Sya, saya nak Sya tolong kemaskini lakaran yang ni dan cari warna serta kain yang sesuai. Konsep yang dikendaki ringkas, elegan dan menarik. Boleh.”
“Boleh. Bila nak Sya siapkan.” Aku melihat lakaran bodoh yang dibuat oleh Johan. Cantik.. tu baru lakaran bodoh kalau lakaran cerdik tak tahulah jadi macamana agaknya.
“Kalau boleh secepat mungkin.”
“Okey, kalau macam tu saya keluar dulu. Terima kasih Jo.”
“Sama-sama kasih.” Johan tersengih memandang aku sambil mengenyit mata tapi aku buat derk aje. Aku dah tahu perangai Johan yang banyak loyar buruknya. Kata Johan hidup ni tak boleh terlalu serius sangat nanti hidup ni jadi cepat membosankan. Sememangnya aku senang dengan perangai Johan. Dari Johan jugaklah baru aku tahu yang Encik Razak hanya pemangku pada jawatan bos aku sekarang ni memandangkan masa tu bos aku masih lagi tengah belajar tapi dah sibuk nak buka syarikat sendiri. Tak nyempat-nyempat, biasalah darah muda semuanya nak cepat. Bila bos aku ni dah habis belajar barulah dia ambil alih semula syarikat ni dan Encik Razak kembali semula ke pejabat ayah bos aku ni. Seronok kan jadi orang kaya nak apa semua dapat.
Keluar dari tempat kerja hujan renyai-renyai mulai turun. Aku mengeluh sendirian, macamana aku nak balik ni payung pulak lupa nak bawa tapi kalau tahu hari nak hujan senanglah pulak. Nampaknya terpaksalah aku tunggu sehingga hujan reda dulu. Hampir setengah jam menunggu hujan bukannya bertambah reda tapi dah bertukar menjadi semakin lebat. Alamak! Macamana ni, aku tengok jam dah pun hampir pukul 6 petang, hari pun dah semakin gelap dek kerana hujan, kawan-kawan aku yang lain semuanya dah balik nak tumpang pun diorang semua balik dengan pakwe masing-masing takkanlah aku nak menyibuk pulak. Sesekali terfikir kan seronok kalau ada pakwe merasa jugak aku balik berjemput. Sedang berlegar-legar kat situ aku ternampak bos aku baru turun ingatkan dia dah balik. Aku jadi tak tenteram bilamana aku nampak dia menuju kearah aku padahal rasanya kereta dia letak kat parking sebelah sana, apahal pulak mamat ni. Semakin hampir bos aku semakin rasa berdebar maklumlah zaman sekarang ni orang lelaki bukannya boleh dipercayai sangat.
“Awak tak balik lagi ke?” satu soalan yang bodoh dah nampak orang tercegat kat sini masih di tanya.
“Tak, kalau saya dah balik takdelah saya terconggok kat sini.” Aku memaling muka kearah lain benci betul orang tua nilah.
“Nak saya hantarkan?”
“Tak payahlah, saya boleh balik sendiri.”
“Betul ke ni, saya tengok hujan makin lebat awak pulak sorang-sorang kat sini tak takut ke?”
“Takpelah terima kasih aje.”
“Kalau macam tu okeylah saya pergi dulu lagipun tadi tu saya cuma ajak-ajak ayam je lagipun jalan kita tak sama. Okeylah saya balik dulu jangan marah aa....” Bos aku pun berlalu dari situ sambil tersengih macam kerang busuk, sukalah tu boleh sakitkan hati aku, eeiii....geramnya ada jugak bos macam ni dalam hidup aku. Aku pun tak ingin nak naik kereta dia. Takpe kali ni dia kenakan aku lain kali aku pasti akan kenakan dia kau tunggulah hari tu.
Tak sanggup rasanya aku nak menunggu hujan yang semakin mengila nak tak nak aku redah juga hujan, habis basah semua baju aku tapi tak kisahlah janji aku balik rasanya dah lewat sangat ni tambah-tambah pulak aku tak sembahyang lagi asar. Aku sampai kat rumah jam dah menunjukkan pukul 7.30 malam, ah! Boring betul hari ni apa yang aku buat semuanya tak jadi, dahlah sampai lewat kat rumah takde orang pulak nampak gelap aje rumah. Aku masuk kerumah, buka suis lampu barulah terang sikit rumah ni.Aku campak beg tangan aku atas kerusi, rileks sekejap baru aku nak naik sembahyang. Asar terpaksa aku qada. Ya! Allah maafkanlah aku atas kelewatan ini Ya Allah. Baru aje aku naik keatas untuk sembahyang terdengar bunyi enjin kereta, ingatkan nak tolong buka tapi tak payahlah diorang kan ada kunci rumah sendiri. Tapi bunyi macam berhenti kat luar aje. Siapa agaknya yang datang malam-malam macam ni. Aku turun semula dan mengintai dari balik langsir. Hmm...Maria rupanya, agaknya baru balik merayap dengan boyfriend dialah tu malas nak masuk campur kan lebih-lebih takut nanti orang kata aku ni busybody.
Sementara nak menunggu sembahyang Isyak aku mengaji Al-Quran. Rasa tenang dan lapang jiwa aku bila menyerahkan diri pada Allah. Aku senang begini. Dari jauh kedengaran sayup-sayup muazin melaungkan azan. Selepas selesai solat aku turun kebawah untuk memasak apa yang patut untuk di makan malam ni. Kepala aku pun dah sikit pening akibat terkena hujan siang tadi. Asyik terbersin aje dari tadi. Mujur ada panadol itu pu tinggal lagi 2 biji. Aku memicit kepala aku yang sedikit berdenyut. Aku menarik nafas dalam-dalam.
“Maria..ooo...Maria, turunlah kita masak.” Aku menjerit memanggil Maria, kawan serumah aku. Budak ni bukannya boleh di beri muka sangat nanti malas dia semakin menjadi-jadi.
“Mariaaaaa........”Ya! Allah pekaknya budak ni macam Pak Mat Tempe aje, Pak Mat Tempe pun tak pekak macam ni, dah naik serak tekak aku menjerit.
“Kau ni apalah Sya, kau ingat telinga aku pekak. Tak payahlah nak menjerit-jerit macam ni. Buruk kalau di dengar dek jiran-jiran kalau nak ambil jadi menantu pun terpaksa fikir seratus kali.” Maria turun menuju kedapur, dibukanya peti sejuk lantas diambilnya sebotol air mangga dan diminum begitu saja tanpa mengambil cawan, satu tabiat yang cukup buruk dah banyak kali dilarang tapi masih lagi dibuat. Aku sendiri pun tak mampu nak menegur lagi apa yang aku mampu buat adalah pejam aje mata tu.
“Eh! Sya, Ju mana? Dari tadi aku tak nampak dia pun takkanlah tak balik lagi kot.” Mata Maria meliar mencari kelibat Ju, housemate aku yang bekerja sebagai nurse.
“Tak payah nak cari, Ju belum balik lagi”
“ Eh! Kita ni cakap-cakap juga malam ni nak makan apa? Masak maggi nak, aku dah malaslah nak masak bagai sangat.” Aku mengutarakan cadangan yang agak bernas bagi orang bujang macam kami ni tapi cadangan aku ditolak mentah-mentah. Malaslah tu.
“Tak payah masaklah, aku tengah diet, kalau kau nak makan kau masak aje untuk kau, aku cuma nak makan roti aje.” Maria berlalu ke ruang tamu sambil mengunyah sekeping roti, aku pun malas nak masak maggi makan roti jugaklah jawabnya aku ni. Aku mengekori Maria ke depan. Aku buka tv tapi takde cerita yang menarik pun. Mata aku pun dah hampir nak terkatup daripada aku tengok tv baik aku masuk tidur. Aku ajak Maria naik tidur tapi tak nak pulak katanya nak tengok tv. Lantak kaulah. Baru nak naik atas aku dengar bunyi enjin kereta aku intai nampaklah Ju baru balik dengan teksi.Aku turun balik untuk buka pintu untuk Ju.
“Eh! Tak tidur lagi ke? Ju bertanya sebaik aje melangkah masuk sambil menjinjing beg plastik yang sarat.
“Belum. Apasal lewat ni, ingatkan dah tak ingat rumah lagi.” Aku tolong Ju bawakan bungkusan tu ke dapur, plastik tu aku buka waa...makanan, nasib aku tak makan tadi kalau tak mesti miss yang ni punya.
“Makanlah, aku beli kat kedai depan hospital tadi. Panggillah Maria sekali.”
“Tak payah sebab Maria dalam proses diet.”
“ooo....tak tahu pulak yang Maria tengah diet biasa tak pun.” Aku cuma mengangkat bahu. Aku mencapai pinggan untuk mencurahkan mi bandung yang dibeli oleh Ju. Aromanya begitu menusuk ke lubang hidung aku. Tak sempat aku nak menyuap aku nampak Maria datang.
“Sampai hati kau makan tak ajak aku.” Ju menyiku belakang aku. Nasib tak tersedak.
“Laa.... tadi kata diet itu pasallah aku tak ajak kau.”
“Aku diet masa tak ada makanan kalau ada makanan aku tak diet.” Maria menarik kerusi duduk sama dengan aku dan makan sekali. Bila perut dah kenyang mata pun mulalah mengantuk. Aku dan Ju naik keatas nak tidur, Maria masih lagi tengok tv entah apa cerita pun aku tak tahu. Aku tidur dalam keadaan perut yang betul-betul kenyang. Kalau macam ni selalu gemuklah aku, tapi takpe hari minggu nanti aku akan berjogging. Baru nak bermimpi, jam loceng aku dah pun menjerit-jerit. Bosan betullah. Tapi demi untuk mencari rezeki apa saja yang berlaku terpaksalah aku hadapi. Pagi tu aku Cuma makan roti aje dengan secawan milo panas buat alas perut. Ju dan Maria masih lagi tidur diorang takpelah kerja ada shift macam aku ni susahlah sikit. Itupun hari-hari kena marah dek orang. Eh! Apa pulak yang aku dok mengelamun ni. Cergas! Cergas! Teringat kata-kata dari seorang kawan aku kat kampung, Nor. Aku bergegas keluar takut nanti kalau lewat kan tak sempat dengan bas pulak. Nasib baik rumah yang aku sewa taklah jauh sangat dari pejabat aku tapi kalau jalan kaki mau terkoyak juga tapak kaki. Hampir nak tersadung aku di buatnya bila tersalah masuk kasut, sakit jugak tu. Cepat-cepat , wah macam lagu Jaclah pulak. Bagi aku masa itu emas lagipun aku tak nak ada dakwat merah lagi kat punch card aku.









BAB 2

“Macamana kerja kat pejabat.” Tanya Encik Harun bilamana dilihat anaknya Razlan muncul di hadapanya.
“Bolehlah.” Jawab Razlan sambil melepaskan satu keluhan.
“Takkanlah setakat bolehlah, dah hampir satu minggu Lan bekerja takkanlah jawapannya hanya bolehlah tak relevan langsung. Itulah ayah suruh kerja kat pejabat ayah tak nak, nak kerja sendiri hah! Sekarang bila dah ambilalih syarikat sendiri hah baru Lan tahu macamana susahnya atau Lan tak biasa lagi kot ataupun staff yang banyak hal ataupun Lan tak boleh nak handle diorang.”
“Ayah ni banyak tanyalah, staff semua okey kadang tu adalah sikit-sikit lembab dah ajar pun masih terkial-kial lagi tak tahu nak buat kerja. Kerja senang pun jadi lambat. Rimaslah Lan macam ni.” Razlan menyandar tubuhnya di sofa sambil memejamkan matanya, sesekali dia tersenyum apatah lagi bila mengingatkan pasal dia marahkan Syakilla, ternyata rasa nak ketawa muncul dalam dirinya bila dia marah sebab dia tak pernah marahkan orang. Kelat aje muka Syakilla tapi manis.
“Ni apahal senyum sorang-sorang kalau nak tidur naik atas jangan nak mengigau kat sini pulak.” Encik Harun meneruskan bacaan akhbarnya cuma sesekali dia menjeling kearah anaknya sambil mengeleng kepala. Entah apa yang difikirkan oleh anaknya pun tak tahu. Tersenyum seorang diri takkanlah baru seminggu kerja dah gila kot. Nauzubillah.
“Okeylah ayah, Lan naik atas dulu nak mandilah melekit sangat rasanya badan ni, eh! Mak kemana dari tadi tak nampak batang hidung pun.”
“Hmm...mak kau kemana lagi pergi ke persatuan dialah, kalau sehari tak pergi rosaklah jadual persatuan dia tu. Tapi bagus jugak takdelah terperuk aje kat rumah, kadang tu ayah kesian jugak kat mak kau. Sunyi agaknya nak harapkan anak-anak semuanya ayah sendiri pun sibuk tu pasallah ayah tak marah bila mak kau nak masuk persatuan apa-apa pun. Sekuarang-kurangnya hilang sikit sunyi dia tu.” Razlan mengiakan apa yang dikatakan oleh ayahnya. Razlan mencapai briefcase lantas berlalu malas naik keatas rasanya masa tu jugak dia nak tidur. Keletihan terasa menjalar dalam dirinya. Razlan mencampak briefcasenya atas katil, Razlan menhempas tubuhnya atas tilam yang setebal 10 inci rasa selesa yang amat sangat. Hampir terlelap Razlan melihat jarum jam tangannya.Ah! dah hampir pukul 11 malam. Dalam kantuk yang teramat sangat dia melangkah menuju ke bilik air untuk mandi dan juga untuk solat Isyak. Razlan menarik langsir bilamana terdengar enjin kereta. Mungkin mak yang pulang. Sesudah menunaikan solat Isyak aku merangkak naik keatas katil, mata ni dah tak tahan sangat, rasa macam nak tertutup dah. Tapi bila dah naik atas katil mata pulak taknak tutup tadi masa sembahyang bukan main lagi sampai tak boleh nak buka, jahat betul syaitan ni. Aku memandang ke siling ternampak kelibat cicak. Tengok cicak teringat cerita cicakman, kadang tu rasa nak suka jugak boleh ke orang bertukar jadi cicakman. Tapi itukan cuma cerita semua boleh jadi. Teringat pulak masa Johan datang bilik aku marah-marah pasal aku buang design yang dia buat.
“Kau ni apahal Lan.” Johan masuk tanpa mengetuk pintu bilik aku. Aku hanya memandang sekilas cuma lepas tu aku berteleku balik pada kerja aku.
“Apahal apanya.”
“Ni, apa cerita.” Johan menunjuk kertas yang aku buang tadi. Razlan hanya memerhati sambil tersenyum.
“Ooo.....pasal ni, saja, tapi mana kau tahu haa....ni mesti budak Syakilla tu bagitau kat kau. Teruk betul budak tu aku marah dia, dia boleh mengadu kat orang pulak.” Razlan sekadar mengeleng kepala.
“Saja? Kau ni teruk betul susah payah aku buat kau boleha cakap macam tu, apa punya bos kau ni.”
“Rilekslah, sebenarnya aku saja je nak test, nak tengok orang takut tak dekat aku, alih-alih aku tengok dia tu bukan main lagi kecut perut aku rasa seronok pulak tu yang marah bagai nak rak. Rekaan kau takde masalah semua first class, aku saje je. Janganlah marah nanti kena jual masa tu sapa yang susah aku jugak sebab terpaksa beli kau.” Razlan tersengih bila dilihat Johan menarik muka masam.
“Bos apa kau ni, kesian aku tengok dia tau, masa dia masuk bilik aku tu muka dia masam aje siap nak menangis lagi, kau ni kan.......dahlah aku keluar buang karan betullah aku layan kau ni.” Johan tak menyudahkan kata-katanya sebab dia dah tahu perangai Razlan yang memang tak pernah marahkan orang macamanalah Sya boleh tertipu dengan lakonan Razlan. Sesekali rasa nak ketawa. Kesian betul Sya.
Bila Razlan mengingatkan semua ni dia rasa macam nak ketawa sampai pecah perut. Suka pulak rasanya bila dapat marah orang. Tapi Syakilla tu pun boleh tahan jugak. Agak-agak dia marah lagi kat aku ke tak. Kalau dia masih marah lagi kat aku susahlah nak tackle, silap aku juga salah guna kuasa. Nasib badanlah. Sibuk berangan-angan dia dah tak sedar apa-apa lagi.

BAB 3
Aku sampai kat pejabat kurang 10 minit pukul 9, nasib baik kalau tak merah lagilah punch kad aku jawabnya. Sapalah punya idea buat kad punch kad ni, tak pasal-pasal kena datang awal. Tapi ada bagus jugakkan takdelah pekerja nak curi tulang. Aku semak kertas kerja yang masih berbaki kadang-kadang tu naik pening kepala tambah pulak kalau tak kena dengan selera bos. Boringnya kadang tu rasa nak tukar aje kerja tapi zaman sekarang susah nak cari kerja yang keluar ijazah pun belum tentu ada kerja. Aku nampak bos aku baru masuk pejabat,nasib baik aku belum mengeliat lagi kalau tak malunya aku kalau bos aku nampak. Alamak! Kena tunjuk rajin sikit, aku pura-pura menulis sambil membelek kertas kerja yang aku baru ambik dari bilik Johan, designer kat sini, aku pulak hanya pembantu Johan. Walaupun cuma pembantu tapi kerjanya boleh tahan jugak nak mampus. dalam masa yang sama ekor mata aku mengawasi gerak geri bos aku. Sedar tak sedar dah masuk waktu tengahari. Masa untuk lunch. Aku bangun sambil mengeliat sikit amboi! Sedapnya tambah pulak seharian duduk dalam bilik mesyuarat, meeting sebab syarikat aku eh! Silap syarikat kami dapat projek baru. Aku keluar sendirian hari ni sebab Aini dan Huda ada hal Latifah pulak diet susahnya kalau orang nak jadi lawa asyik diet, aku nak juga ikut macam diorang tapi perut aku ni kadang-kadang tak boleh tahan asyik menyanyi aje, kalau lagu sentimental takpelah juga ni lagu rock mahu terhakis urat perut aku. Aku pergi kat kedai mamak depan pejabat aku. ‘Ramainya orang, beli air dahlah’ aku bermonolog sendiri, baru je nak melangkah aku ternampak goreng daging lembu pedas, terliur pulak rasanya. Nak makan ke tak tapi......terpaksalah makan terliur sangat. Aku order nasi putih, daging goreng pedas dan juga air tembikai. Aku duduk di penjuru kedai tepi dinding, sebab tak sukalah orang tengok aku makan. Baru nak menyuap suapan yang pertama ternampak pulak kelibat bos aku menuju kesini, haa.....buat apa pulaklah mamat ni makan kat sini takkanlah orang kaya makan kat tempat macam ni tak logik langsung. Harap-harap janganlah hendaknya dia duduk kat depan aku, aku ni, aku ni bukannya apa kalau makan dengan orang lelaki rasa macam makan ikut lubang hidung aje. Aku buat-buat tak nampak aje, aku cepat-cepat menyudahkan suapan aku akibat gelojoh yang teramat sangat aku hampir tersedak, aku capai air dan yang lebih membuatkan aku tersedak bilamana aku lihat dengan selambanya bos aku duduk kat depan aku nasib tak tersembur. Selamba aje duduk dahlah tak bagi salam. Aku pun dah tak dapat nak habiskan makanan yang masih bersisa. Sayangnya tinggal makanan macam tu, tentu menangis makanan tu tapi apa boleh aku buat. Dah perangai aku macam tu. Aku pun bangun nak blah. Tapi tak sempat nak blah ada suara yang menahan aku.
“Tunggulah kejap saya tak habis lagi makan.” Kepala tak ditegak tapi suara keluar hissh... teruk betul.
“Saya nak ke surau, tuan makan ajelah sorang-sorang kat sini lagipun takut terlewat pulak, tuan bos takpelah saya ni pekerja nanti takut kena marah pulak.” Aku menenyeh-nenyeh beg duit masa tu rasa serba tak kena aje.
“ Aiikk...perli saya nampak. Alah apa salahnya, saya pun lepas ni nak ke surau, kita pergi sama-samalah.” Bos aku berpaling sambil menyedut baki air tebu.
“Hish... mana ada saya perli terasa ke, maaflah kalau terasa. Takpelah saya pergi sendiri aje.” Aku cepat-cepat berlalu tanpa menunggu jawapan dari bos aku, ah! Biarlah kalau dia nak marah pun. Apahal nak pergi sama dengan aku. Tepat pukul 5 aku pun apalagi bersiap-siaplah berkemas nak balik awal. Aduh! Penatnya banyak pulak kerja hari ni, nasib baik tak kena marah hari ni kalau tak angin satu badan lagilah aku ni. Semua kawan-kawan aku dah pun mulai turun ke bawah terutama si Azman sampai tak nyempat-nyempat entah apa yang dia kejar tak tahulah nak kata ada isteri ada anak, Azman tu tak kawin lagi tak faham aku. Baru nak keluar tiba-tiba aku terdengar suara orang panggil aku. Sapa yek semua dah balik takkan hantu kot, siang lagi ni. Aku berpaling, rupanya yang panggil aku, bos aku rupanya tak balik lagi mamat ni. Aku hanya mengangkat kening untuk tahu apahal yang dia panggil aku.
“Hmm...Syakilla saya nak awak siapkan kerja ni sikit boleh”?
“Esok tak boleh ke Tuan? Aku gelisah betul bila orang suruh aku buat kerja bila sampai waktu aku nak balik. Aku tak sukaa...tapi jeritan tu hanya bergema dalam hati aku aje.
“Sebab tak bolehlah saya minta awak siapkan lagipun Johan ada kerja kalau tak saya taklah panggil awak lagipun rasanya tak salahkan sebab awak pun salah seorang pekerja saya kan tambahan pulak saya nak hantar esok pagi, kalau buat esok saya takut tak sempat, awak pulak kalau tak tepat pukul 9 tak masuk pejabat lagi, alah lagipun sikit aje hanya nak ubah rekaan fesyen makan malam ni rasa macam tak sesuai sikit, boleh”? Aiik.... aku pulak yang kena dah kerja aku masuk pukul 9, eee....boringnya.
“Hmm....bolehlah mananya”? walaupun dalam hati aku memberontak tapi apa boleh aku buat, aku hanya makan gaji aje. Hari ni terpaksalah balik lewat, eee....geramnya.
“Dalam bilik saya.” Bos aku tersenyum sambil berjalan masuk ke pejabatnya.
Hah! Dalam bilik dia ini yang tak best ni dahlah orang takde, masuk bilik dia pulak kang tak pasal-pasal kes lain yang timbul. Aku masih lagi berdiri kaku di situ. Fikiran aku masih lagi bersimpang-siur samada nak masuk atau tak. Zaman sekarang ni lelaki bukannya boleh di percayai.
“Syakilla...awak apa buat lagi tu takkanlah nak tunggu saya dukung awak pulak.”
“Hah! “
“Hah! Hah! Awak ni tak habis-habis mengelamun, saya dahlah nak cepat, yang awak tercegat kat situ lagi tu kenapa”?
“Saya....” aku nampak bos aku datang balik kearah aku sambil mengaru kepala.
“Kenapa ni awak takut saya apa-apakan awak, merepeklah awak, dah cepat lagipun saya dah lambat ni. Saya ada date tau.” Hissh...macam tahu-tahu aje apa yang ada dalam fikiran aku. Lepas berbincang dengan bos aku kehendaknya macamana aku cepat-cepat buat lakaran yang baru, tangan aku pulak mengigil tak tentu pasal aje entah aircond yang kuat atau perasaan aku yang tak tentu arah tambahan pulak si mamat ni asyik pandang aku aje. Selepas beberapa kali lakaran aku tak menjadi akhirnya siap jugak. Bila tengok jam rupanya dah pukul 7.15 bermakna dah lebih 2 jam aku siapkan kerja ni. Aku cepat-cepat kemas lagipun aku tengok bos aku takde kemana aku tak perasan pulak sebelum dia panggil aku lagi baik aku blah dulu. Baru aje nak melangkah aku nampak bos aku datang sambil memegang 2 biji mug yang berisi air nescafe.
“Nah air, saya tahu Syakilla penatkan” Bos aku meletakkan mug ditepi tangan aku. Masih berasap lagi.oo...patutlah tadi hilang rupanya buat air untuk aku rupanya.
“Takpelah saya nak cepat lagipun dah lewat sangat ni, lagipun saya tak minum nescafe.” Aku berbasa basi agar bos aku tu tak kecil hati.
“Takkan tak sudi kot, penat saya buat. “ suara yang merayu macam ni aku tak boleh dengar ni. Ni minum kan takut kepala aku pulak biul. Aku memang dari kecik tak boleh minum nescafe, pantang tujuh keturunan aku.
“Bukan tak sudi tapi memang saya tak minum, kalau saya minum juga kepala saya sakit, lain kali okey.” Aku tengok bos aku diam aje, kecil hati kot. Ah! Lantak dialah dahlah kita lewat banyak hal pulak. Tak tunggu lama aku capai handbag terus aku keluar.
“Syakilla lain kali kalau saya buat air lain awak minum ye.” Laung Razlan. Laa...tak habis lagi mamat ni.
“Yelah.” Aku menjawab sekadar untuk menjaga hati majikan saja manalah tahu kot-kot tak puas hati nanti di potongnya gaji aku tak ke kes naya tu. Sampai kat bawah jalan dah pun gelap macamana tak gelap dah hampir pukul 7.30. Aku cadang nak naik teksi aje takut tak sempat maghrib. Sampai kat rumah aku lihat rumah gelap gelita aje. Tak balik lagi agaknya diorang ni. Aku bergegas naik keatas nak mandi dan kemudian aku nak solat dah lewat sangat rasanya ni. Usai solat Isyak aku turun kebawah cadang nak tengok tv tapi sayang tv tengok aku. Aku terkejut dari tidur aku bila Maria dan Ju mengejut aku. Kata Maria setengah mati dia kejutkan aku, ingatkan dah mati rupanya hidup lagi cuma tidur aje mati. Aku mengosok mata aku yang masih kelabu.
“Aku mengantuk sangat-sangat” Aku mengeliat seketika.
“Kalau ye pun penat tidurlah dalam bilik, bukan kat sini.” Maria heret aku untuk naik keatas. Ju pulak dah lama masuk biliknya.



BAB 4

“You ni kenapa sambil makan asyik tersenyum aje. Dari tadi lagi I tengok you macam ni. You waras ke tak waras ni.” Linda bertanya sambil memotong daging steak yang dah hampir habis.
“Nothing... Cuma teringat pasal kerja, that’s all.” Razlan menyedut minumannya sambil memandang keluar tingkap restoran yang berhawa dingin namun yang kelihatan hanyalah kegelapan yang hanya diterangi lampu jalan.
“What? Teringat pasal kerja pun boleh tersenyum. Tak menarik langsung. Entah you ada affair dengan pekerja you tak? Linda menjeling cemburu baginya Razlan milik dia walau apa pun yang berlaku. Dia tak rela kalau Razlan ada orang lain.
“Mana ada you ni kan Linda selalu sangka yang bukan-bukan. Eh! Cepatlah sikit makan tu I nak balik penat sangat rasanya hari ni.”
“Mana boleh, tadi you dah janji nak ajak I pergi jalan-jalan takkan tak jadi pulak. Nanti I merajuk baru You tahu.” Linda mula menarik muka masam bila kehendaknya tidak dituruti.
“You nak merajuk ke nak apa ke itu you punya pasal ni pun dah kira baik I nak teman you keluar makan, kalau you nak keluar hari lain boleh hari ni memang I terlalu penat dan I nak balik tidur.” Razlan bangun tanpa menunggu Linda yang masih lagi menghabiskan airnya. Razlan menuju ke kereta malas nak menunggu ratu cantik tu berjalan, mengada-ngada tu tak habis. Makin lama bersama Razlan makin menjadi bosan tambah-tambah pulak dengan sikapnya yang suka mengongkong. Razlan menyandarkan kepalanya di kusyen kereta dengan mata yang terpejam. Dia tekejut bila terasa ada tangan yang mencubitnya.
“Apa ni, sakit tahu.” Razlan mengosok tempat cubitan Linda.
“Hah! Tahu sakit, sakit hati I bila you tinggal I macam tu aje semua orang tengok. Sampai hati you, you ni kan nama aje kekasih I tapi you tak pernah nak ambil berat pasal I.” Linda memandang keluar tingkap kereta dengan muncung yang panjang.
“Kekasih? Hello kitakan cuma kawan tak lebih tau. Habis tu you makan lambat I mengantuk sangat, lagipun you ni bukannya budak-budak yang sepanjang hari I nak kena dukung you, tengok you, I banyak lagi kerja lain nak buat. Okeylah kita tak usah gaduh baik I hantar you lagi baik.” Razlan memecut laju keretanya tambahan pulak telinganya dah sakit sangat bila dengar suara yang keluar dari mulut Linda. Masa tu kalaulah dia boleh hilangkan diri dah tentu dia hilangkan diri. Teruk betul kalau pompuan membebel. Dah sampai kat depan rumah Linda pun, mulut Linda masih lagi berbunyi, tak letih agaknya. Dengan kasar Linda membuka pintu dan menghempasnya pun macam nak tercabut pintu kereta, marah lagilah tu. Sakit hati Linda bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Razlan. Dia malu sendiri bila mengaku Razlan tu kekasihnya sedangkan Razlan tak beranggapan begitu. Linda rasa macam pipi tak mancung hidung yang tersorong-sorong.
“Bye..” Razlan menukar gear lantas memecut lagi untuk balik ke rumahnya. Sampai kat rumah Razlan mencampakkan beg atas sofa. Sambil mulutnya memanggil Mak Mah, orang gajinya untuk meminta secawan air sejuk. Tension kena berleter tadi masih belum hilang.
“Kemana lambat balik, dah makan ke belum kalau belum boleh suruh Mak Mah panaskan lauk.” Sapa ayah Razlan yang kelihatan baru aje keluar dari bilik bacaannya. Begitulah rutin harian Encik Harun selepas habis aje kerja di pejabat .
“Last minit tadi ada kerja tak siap itu pasal lambat, lagipun Lan keluar dengan Linda jadi Lan dah makan dengan Linda.” Razlan menjawab dengan mata yang terpejam. Encik Harun hanya mengangguk mungkin puas hati dengan jawapan yang di berikan oleh anaknya.
“Oo...keluar dengan Linda patutlah muka tu masam aje. Macamana kontrak yang baru tu dah dapat ke belum?” pertanyaan Encik Harun terbiar bagai angin yang berlalu. Encik Harun memandang ke arah Razlan bila mendapati soalannya tidak dijawab.
“Laa.... dah terlelap rupanya, penat sangatlah tu. Lan....Lan....naik tidur atas.” Dato’ Harun menepuk tangan Razlan untuk mengejutnya.
“Hmmm.....ada apa ayah.” Razlan memusing-musing kepalanya beberapa kali.
“Naik tidur atas.”
“Yelah...saya naik dulu ye ayah.”Razlan melangkah malas mendaki tangga rumahnya. Dipertengahan tangga dia bertembung dengan mamanya tapi tidak di tegur walau sepatah kata sekalipun. Puan Aini sedikit pelik dengan perangai anaknya Razlan kebiasaannya pantang aje berjumpa dengannya ada saja cerita yang nak di ceritakan.
“Apa kena dengan anak awak tu, lain macam aje” Puan Aini bertanya pada suaminya lantas mencapai remote control sambil mencari-cari channel yang sesuai untuk di tonton.
“Takde kena apa-apa.”
“Yelah masam aje selisih dengan saya pun tak bertegur.”
“Alah tak payah risaulah, penatlah tu, banyak kerja lagipun saya dengar Razlan dapat kontrak baru itu pasal bad mood. “
“Itulah awak budak tu baru aje habis belajar dah suruh kerja apa tak penatnya otak tak sempat nak berehat.” Puan Aini menutup siaran tv bilamana dilihat siaran yang ada langsung tak menarik minatnya. Rasanya topik anaknya lebih seronok di bincang.
“Habis tu nak tunggu sampai bila, saya ajak Razlan ni kerja dengan saya tak nak, nak kerja sendiri hah tanggunglah risiko tapi bagus jugak kerja sekurang-kurang boleh timba ilmu dan pengalaman, sekarang kalau ada sijil tapi takde pengalaman susah jugak. lagipun nak harapkan si Jamil awak tu tak kemananya asyik dengan berus lukisan, entah apa yang dia lukis pun saya tak tahu. Ni pun rasanya dah lama saya tak tengok si Jamil entah hidup entah mati saya pun tak tahulah.” Encik Harun meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya bila mengenangkan perangai anaknya yang seorang lagi. Naik pening sampai tak boleh nak nasihat langsung.
“Hishh...tak baik awak cakap macam tu pada anak kita, dah minat dia macam tu takkanlah nak halang pulak. Tu nasib baik dia dengan berus lukisan buatnya dia tak berenggang dengan jarum suntikan tak ke susah kita. Jadi sampah masyarakat, masa tu takde orang nak pandang yang susah kita jugak. Lagipun Jamil ada beritahu saya dia nak ke Terengganu, kalau tak silap saya kat Pulau Kapas nak lukis gambar permandangan matahari naik dan terbenam.” Dengan panjang lebar Puan Aini bercerita dengan harapan kemarahan suaminya tak lama pada anaknya.
“Matahari tu memanglah ada naik ada turun tapi anak awak yang satu ni perangai macam tu jugak, sudah saya pun malas nak bergaduh pasal diorang saya nak naik tidur.” Encik Harun bangun menuju ke bilik tidurnya di bahagian atas sambil diikuti oleh isterinya. Tanpa disedari ada telinga yang mendengar perbualan mereka suami isteri, timbul rasa kecewa yang teramat sangat . Jamil cepat-cepat masuk kedalam biliknya dan dengan gerak yang perlahan dia menutup pintu biliknya agar tak kedengaran oleh mama dan ayahnya. Satu keluhan keluar dari mulutnya rasanya tak salah dengan apa yang dia lakukan dah itu minatnya dari kecil. Tapi sayang ayahnya masih tak dapat nak terima minat yang semakin subur dalam dirinya. Jamil baring diatas katilnya merenung siling tapi takde apa yang kelihatan cuma yang ada hanya seekor cicak yang berlari mengejar kupu-kupu kecil. Niat untuk ke Terengganu terpaksa dibatalkan kerana ada hal yang tak dapat dielak, lantas Jamil menuju ke bilk air untuk mandi, dah seharian badannya belum bertemu dengan air. Kalau sebelum sampai ke rumah tadi perutnya betul-betul lapar tapi bila terdengar perbualan ayah dan mamanya tadi terus selera makannya tertutup. Jamil mengambil keputusan untuk tidur saja. Dia malas nak memikirkan semua itu.













BAB 5

Hari-hari kerja akhirnya sampai jugak waktu untuk aku berehat. Bestnya boleh tidur lama sikit. Lepas solat subuh aku tidur balik bukannya nak tidur sangat sekadar nak manjakan diri lepas subuh. Tapi dalam dok manja tu aku terlelap, sedar tak sedar dah pukul 10 pagi. Perut pun asyik nyanyi lagu keroncong aje tu yang tak tahan. Aku mengeliat seketika sekadar untuk membetulkan urat belikat yang agak keletihan. Aku turun kebawah nak tengok manalah tahu kalau-kalau diorang ada buat sarapan pagi, tapi hampeh makan roti lagilah aku ni muka pun dah macam roti. Lepas mandi aku ajak Maria dan Ju pergi shopping complex sambil-sambil tu bolehlah cuci mata sikit. Maria dan Ju tak nak pulak pergi katanya nak duduk rehat kat rumah aje, puas aku merayu dan buat muka seposen at last diorang nak pergi jugak. Kami keluar bertiga naik teksi duit tambang bagi 3. Sampai kat Jaya Jusco kami berhenti. Fuh! Punyalah ramai orang kat sini ingatkan takde orang tapikan kalau takde orang bukannya nama shopping complex tak. Tapi seronok jugak, kami berjalan dari sebuah kedai ke sebuah kedai. Macam-macam ada tapi nak beli ongkosnya agak kurang terpaksalah pendam aje. Tengah syok-syok berjalan tiba-tiba aku terpandang satu objek yang cukup aku kenali tak lain tak bukan Tuan Razlan, bos aku.Alamak! apasallah pulak jumpa kat sini, bos aku ni pun satu takde tempat lain ke nak pergi. Sebelum apa-apa terjadi aku ajak Maria dan Ju melencong ke arah lain, malaslah nak bertembung dengan dia nanti banyak soal pulak bos aku ni pulak kalau bab-bab yang mengenakan orang serahlah kat dia. Puas aku tarik minah yang dua orang ni tapi sikit pun tak berganjak ralat sangat tengok barang belinya tak pun, sudahnya, Inilah penyudahnya.
“Eh! Syakilla buat apa kat sini, awak ni macam ikut saya pulak mana saya ada awak ada kecuali dalam tandaslah saya tak nampak muka awak..”Tanya Tuan Razlan sambil tersenyum menampakkan gigi taringnya yang putih tu. Eeeii...tak tahanlah dengan sikap dia ni, perasan tak habis-habis kalau tahu macam ni tak ingin aku keluar hari ni.
“Hissh....mana ada saya dari tadi dah kat sini lagipun saya sekadar cuci mata aje kat sini.” Aku gabra semacam aje sambil tangan aku menarik baju Maria dan Ju agar cepat-cepat pergi dari situ yang jadi masalahnya minah 2 orang ni pulak yang dari tadi dok tersengih-sengih, nak menguratlah tu.
“Cuci mata? Baru hari ni saya dengar orang cuci mata dengan berjalan kat shopping complex sebab kebiasaannya orang kalau nak cuci mata pakai eye mo atau pun pakai air je. Peliklah awak ni.” Tuan Razlan tersenyum sambil menanggalkan spek hitam yang dipakainya, haa... kan betul apa yang aku kata dia ni kalau bab mengenakan orang tak payah cari orang lain sudahnya aku pulak yang tersengih macam kerang busuk. Masuk ni dah 2 kali dia malukan aku takpe, takpe hari masih panjang.
“Takpelah Tuan, saya pergi dulu lagipun kami pun dah nak balik.” Aku tarik tangan budak 2 orang ni langsung tak bergerak.
“Eh! Nantilah dulu saya belum lagi berkenalan dengan kawan awak yang manis-manis ni. Hai saya Razlan, nice to meet you.” Tuan Razlan menghulurkan tangan pada Ju dan Maria, budak 2 orang ni pun apalagi macam orang mengantuk disorongkan bantal. Sengal betullah aku menyaksikan drama ni.
“ Hai saya Maria dan ini pulak Ju, kami semua housemate Sya. Kami berdua ni kerja sebagai nurse kat hospital yang sama, yang lain mungkin waktu kerja aje yang tak sama. Sya tak pernah cakap pun yang dia bekerja dengan bos yang cukup hensem dan bergaya macam ni, kan Ju.” Aduss.. Maria ni lebih-lebih pulak.
“Ha..ah kalau tak jumpa hari ni tak tahu lagikan, kau ni teruk betullah Sya.” Aikk...Ju pun sama, tak padan dah ada boyfriend tapi masih lagi nak mengatal, aku tak tahu nak kata apa, nak marah ada nak senyum pun ada, nak gila pun ada.
“Ye ke? Tapi taklah kacak sangat kan. Eh! Terlanjur dah jumpa ni jom saya belanja awak semua minum, nak makan apa pun makanlah, saya tak kisah, bukan selalu boleh jumpa macam ni. Sebab kan Syakilla ni kalau kat pejabat ya! Allah serius gila sampai kadang tu saya takut nak tegur dia, apa lagi jomlah.” Tuan Razlan ajak kami bertiga tapi aku tak nak sebab aku dah tahu perangai gila bos aku ni jadi aku tak nak menanggung risiko.
“Takpelah Tuan, kami dah makan pun tadi, lain kali ajelah.”
“Hisshh...mana makan lagi tadi kan kita cuma minum air aje.” Aduss...si Maria ni betullah biul nak tak nak terpaksalah aku ikut diorang. Diorang ni pulak wah! Bukan main lagi makan sambil gelak-gelak gitu macam dah lama kenal. Bos aku ni pun satu bukan main gatal lagi. Boringnya aku kalau tahulah macam ni pengakhiran window shopping aku rasanya baik aku duduk rumah tengok kartun dragon ball kat tv9 lagi best. Bila dah habis borak Tuan Razlan tawarkan dirinya untuk hantar kami balik, siap hantar depan rumah lagi, dah tu siap tukar-tukar nombor telefon lagi. Bukan main lagi berebut 2 orang ni, aku kasi tau sama boyfriend diorang baru tahu. Tapi malas nak campur sebab aku kejar masa nak solat asar. Tak sangka cuti hujung minggu aku kali ni begitu memenatkan baik dari segi fizikal dan mental. Sumpah lepas ni aku dah taknak keluar dari rumah pada cuti hujung minggu walau boring tahap gila sekali pun, dia dah serik.




















BAB 6

Perasaan marah dan geram masih berbekam kuat dalam hati Linda. Sakit hati dia bila melihat kemesraan Razlan bersama dengan 3 orang gadis di restoran makanan segera. Sapa agaknya mereka sampaikan buka main mesranya Razlan. Patutlah bila diajak keluar Razlan lebih banyak mengelak. Macam-macam alasan, rupanya ini kerja dia. Dah banyak kali dia telefon tapi hanya peti suara aje yang menjawabnya. Linda memecut laju keretanya dengan harapan perasaan geramnya hilang tapi akibat marahnya Linda hampir saja melanggar sebuah motor yang tiba-tiba masuk ke laluan yang bertentangan. Mujur brek keretanya mencengkam kuat kalau tak dengan dia sekali menjadi arwah. Arghh........Linda menjerit sekuat hatinya, hatinya benar-benar sakit bertambah sakit lagi bila melihat Razlan menghantar pulang mereka semua. Linda mendail lagi nombor Razlan tapi harapannya masih hampa. Linda melempar aje telefonnya di tempat duduk hadapan keretanya. Linda mengeluh sendirian, kalaulah dulu dia terima lamaran dari Razlan tentu sekarang ni dia dah bahagia bersama dengan Razlan tapi semuanya dah berlalu, ibarat kata pepatah nasi dah jadi bubur, masa takkan dapat dianjak lagi yang rugi sudah tentu dirinya.
“Apa kata kalau kita bertunang dulu nanti taklah I risau sangat pasal you lagipun you ni kan ramai peminat I takut you berubah hatilah.” Razlan tersenyum sambil menguak rambut Linda yang terjuntai di dahinya.
“I bukan tak nak tapi I tak sukalah terikat, nanti I takut kalau....”Linda tak dapat nak teruskan kata-katanya sebab dia takut kata-katanya nanti menguris hati Razlan.
“Kenapa you takut I mengongkong you, come on I bukan jenis yang macam tu dan I tak kisah kalau you nak berkawan dengan sapa-sapa pun janji you tahu batas-batas agama dahlah” Razlan bersuara tanpa sikit pun memandang wajah Linda ada riak kecewa pada wajah Razlan bila Linda menolak cadangannya.
“I bukan tak nak tapi I belum bersedia, you harus faham, I nak kejar dulu kerjaya I bila dah teguh masa tu mungkin I akan bersedia tapi buat masa sekarang ni please jangan terlalu mendesak I okey. Lagipun sekarang ni kerjaya I baru nak menjadi, please .Dahlah kita lupakan pasal ni, jom kita balik.” Linda bangun tanpa mempedulikan perasaan Razlan yang ternyata terlalu kecewa. Akibat percanggahan pendapat tu hampir seminggu Razlan tidak menghubungi Linda. Bagi Linda dia tak kisah pasal terlalu banyak yang perlu difikirkan cuma sesekali ada rindu yang bertandang. Lepas habis kerja dalam pukul 11 malam Linda balik kerumah dalam keadaan yang teramat letih. Sampai kat rumah ingat nak berehat tapi lain pulak yang jadi.
“Baru balik Linda” sapa mamanya Linda, Puan Mastura.
“ha.ah mama, letih sangat.” Linda menyandar tubuhnya di sofa dengan mata yang terpejam.
“Linda...mama ada sesuatu nak cakap dengan Linda, boleh ke? Puan Mastura bertanya dalam keadaan teragak-agak bimbang jugak kalau anaknya nanti naik angin tambah-tambah pula baru aje sampai kat rumah tapi hal ni tak boleh didiamkan lama-lama.
“Hal apa pulak mama, esok tak boleh ke? Lin penat sangat ni.” Linda membuka matanya dam memandang tepat kearah mamanya. Hatinya diusik debaran yang teramat, entah kenapa dia sendiri tak tahu.
“Alah sekejap aje Lin, esok takut tak sempat nak bagitau.”
“Apa dia? Linda bangun menuju kearah dapur untuk mengambil bagi membasah tekaknya sambil diekori oleh mamanya.
“Razlan ada datang bawa keluarga dia, katanya nak merisik pasal kau. Kalau jadi diorang nak buat terus upacara peminangan dalam minggu ni jugak, kau macamana setuju ke? Mama tak kisah sebab kita dah kenal lama dengan keluarga Razlan tu.” Teragak-agak puan Mastura membuka cerita di tambah pulak dengan muka Linda yang masam mencuka.
“Razlan ni tak faham bahasa agaknya, kan Lin dah cakap buat masa sekarang ni Lin belum bersedia, nama aje sekolah tinggi tapi masih tak faham bahasa jugak.” Perasaan marah Linda tak dapat dibendung lagi, patutlah menghilang selama seminggu ingatkan merajuk rupanya dia buat plan lain. Ini yang buat Linda bertambah sakit hati. Linda terus keatas tanpa menghiraukan panggilan mamanya. Linda menghempas kuat pintu biliknya tanda memprotes. Di capainya telefon bimbitnya lantas mendail nombor Razlan, kali ni apa yang nak jadi jadilah dia tak kisah.
“Hello Lin, apahal telefon malam-malam ni, I baru aje nak masuk tidur.”
“You ni apahal, suka sangat buat I sakit hati.”
“Apahal apanya, I tak buat apa-apa? Yang you tu tinggi sangat suara tu kenapa?
“You jangan nak buat bodoh tau, yang you suruh keluarga you datang tu kenapa, kan kita dah bincang hal ni tapi kenapa you masih tak faham jugak. I bosan tau macam ni.”
“I rasa tak salah, memang I tau kita dah bincang pasal ni tapi I tak minta lebih tau.I cuma minta kita bertunang tak lebihkan, salah ke?
“Salah tu tak tapi I dah kata I tak suka terikat buat masa sekarang ni,faham tak.”
“I faham lebih dari faham tapi I sayangkan you lebih dari segala-segalanya, I tak nak you pergi jauh dari I.”
“You ni kan memang tak faham dan takkan faham, I dah cakap I belum bersedia jadi you jangan nak memandai-mandai kalau tak...
“Kalau tak apa? You langsung tak pernah nak cuba fahami I, I sayangkan you salah ke?”
“You yang tak faham , kalau macam nilah perangai you baik kita putus aje, senang cerita.”
“Tergamak you cakap macam tu, sekarang baru I tahu rupanya I sikit pun tak penting buat you.”
“Itu terpulang pada you. Apa saja anggapan you pada I, I terima.”Klik...Sejak malam tu hubungannya dengan Razlan terputus dan Razlan terus menyepikan dirinya, kalau berselisih dengannya pun Razlan akan mengelak darinya cuma selepas dia ditimpa kemalangan barulah Razlan berbaik semula itupun sikapnya tak macam dulu. Sebenarnya bukan dia tak nak menerima Razlan tapi masalahnya dia harus memilih antara dua. Paling dia pasti dia tak tahu untuk membuat keputusan. Dua-dua dia sayang. Selepas dia menolak Razlan barulah dia diberitahu yang lelaki tu hanya menganggap sebagai seorang teman. Teman tapi mesra. Sebab tulah dia malu untuk berdepan dengan Razlan. Mujurlah sikap dingin Razlan tidak berlarutan terlalu lama. Mujurlah juga sekarang ni Razlan sudah dapat menerima dirinya dan melupakan apa yang telah berlaku. Tapi betul ke Razlan dah lupa apa yang telah dia lakukan. Kalau Razlan masih tak dapat lupa apa yang berlaku macamana. Linda meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Menginggatkan cerita semalam sama maca menghiris kembali jahitan parut yang tertutup kalau dulu Razlan yang terhegeh-hegeh menagih cintanya tapi kini dia yang lebih mengharapkan cinta dari Razlan. Dia tahu Razlan tak mungkin terimanya lagi tapi dia akan cuba untuk menghidupkan kembali rasa cinta mereka agar kembali macam dulu. Tapi sanggupkah Razlan menerima setelah apa yang telah diterimanya dulu. Linda termenung sejenak, dia masih terfikir apa yang perlu dilakukan. Rasanya dia perlu memulakan langkah permulaan untuk merebut kembali Razlan. Linda memecut laju kereta menuju kearah rumah Razlan. Dia tahu dia harus memulakannya dulu sebab dia tahu setelah apa yang berlaku Razlan takkan menjilat kembali ludahnya, dia sanggup digelar apa saja asalkan dia dapat kembali merebut Razlan. Ada perasaan cemburu yang bertandang dalam hatinya sejak melihat pertemuan tadi.

****


Sampai dirumah Razlan bertembung dengan Jamil, baru kali ni dapat berbual dengan Jamil, bukan kerana dia sibuk tapi adiknya yang satu asyik sibuk dengan seninya.
“Eh! Mil tak pergi mana-mana ke, biasa jarang ada kat rumah.”Razlan menarik kerusi dan duduk di hadapan adiknya yang ternyata sentiasa serius.
“Taklah hari ni saja nak rehatkan minda, lagipun hari-hari kerja idea susah nak datang.” Jamil mencapai jug air dan menuang ke dalam gelas untuk abangnya.
“Mama dan ayah mana? Razlan memanjangkan lehernya memerhati sekeliling bilamana kelibat ayah dan mamanya tidak kelihatan sejak dari tadi.
“Diorang keluar.”
“Ooo...patutlah.”
“Patutlah apa? Jamil bingung dengan jawapan yang diberikan oleh abangnya itu. Garis kerutan pada dahinya jelas kelihatan.
“Taklah biasanya Mil susah nak ada kat rumah kalau ayah dan mama ada dan sekarang abang tau sebab apa Mil ada sepanjang hari kat rumah. Betul tak cakap abang.”Razlan meneka sambil tersenyum sumbing.
“Mana ada. Lagi pun minggu ni saya takde kerja so sebab tu rileks sikit kawan saya ada hal kalau tak takdelah saya lepak kat sini.” Jamil bangun menuju ke kolam ikan dan menabur sedikit makanan untuk anak-anak ikan dan juga ibu-ibu ikan. Langkahnya diikuti oleh Razlan. Tengah sibuk berbual pandangan mereka tertancap pada kereta yang berhenti diluar pagar.
“Abang, rasa-rasa tu macam kereta Lindakan?” Jamil bersuara setelah sekian lama memerhatikan kereta yang berhenti tapi masih tidak kelihatan kelibat pemandunya.
“Ha’ahlah, apahal pulak tu. Takpelah nanti abang pergi tengokkan, Mil tolong bersih bahagian belah sana ye.” Razlan menyerahkan kayu yang berjaring pada Jamil lantas menuju kearah Linda. Razlan membuka pintu pagar untuk memudahkan kereta Linda masuk kedalam, baru buka sebelah pintu Linda dah keluar dari mulut keretanya.
“Hai dari mana ni.” Razlan bertenggek di birai kereta Linda.
“Tak dari mana, kebetulan I lalu sini jadi I singgah kejab.” Linda mencipta alasan untuk dirinya. Terasa gugup untuk meluahkan segalanya.
“Aiik....biasa tak pernah macam, kalau you lalu pun you tak pernah singgah pun. Ni mesti ada apa-apa atau you nak bagitau I sesuatu.” Razlan menduga bila dilihat wajah Linda yang tak keruan.
“Hishh... you ni tak baik tau, I datang ikhlas ni, kalau you tak suka I balik dululah.” Linda merajuk hati, dirasakannya Razlan seolah-olah dapat membaca gelodak hatinya.
“Merajuk ke? Sorrylah. Eh! Jomlah masuk Mil pun ada you pun dah lama tak sembang dengan Mil kan.”
“Takpelah lain kali aje, I balik dulu ye.” Linda masuk kedalam perut kereta dan menutup pintu keretanya dengan agak kasar sedikit. Linda menurun cermin kereta bila Razlan mengetuk cerminnya.
“Ada apa? Linda bertanya. Hatinya sedikit berbunga manalah tau kot-kot Razlan nak ajaknya keluar.
“Hati-hati bawak kereta.” Habis berkata-kata Razlan masuk kedalam rumahnya sambil mentup pintu pagar. Terlalu kecewa hati Linda, ingatkan Razlan nak ajaknya keluar tapi hanya perkataan tu yang keluar. Eeii...geramnya, hatinya rasa panas terbakar mungkin suhunya sudah mencecah 100 darjah celsius. Kali ni hajatnya tak tercapai. Takpe esok masih ada. Razlan hanya memerhatikan debu yang berterbangan bila Linda memecut keretanya. Dia seakan tahu apa yang nak Linda katakan tapi dia tak mungkin menjilat kembali ludah mahupun kahak kuning sekalipun. Cukuplah sekali apa yang telah Linda berikan padanya kerana sekarang ni dia dah dapat cahaya yang baru yang akan menyinari hidupnya cuma dia masih memerlukan waktu untuk meluahkan isi hatinya. Kali ni dia akan pastikan yang dia tidak akan terburu-buru dalam membuat keputusan. Pengalaman banyak mengajarnya erti kehidupan.





BAB 7

Dah beberapa bulan berlalu, bos aku tu pulak bukan main sekarang baik sangat dengan aku terutama dengan minah 2 orang ni. Boleh dikatakan tiap-tiap malam bergayut telefon. Cakap-cakap ketawa, dah ketawa cakap-cakap pulak dahlah tu siap pandang-pandang jeling-jeling kat aku, pastu boleh pulak diorang ketawakan aku balik, gila ke apa. Tapi kadang-kadang tu rasa cemburu jugak, kan best kalau ada pakwe bolehlah menunjuk sikitkan tapi orang macam aku yang asyik gila kerja ni ada orang nak ke? Malam tu mak aku telefon, suruh balik kampung ada hal mustahak katanya. Bila aku tanya tak pulak di bagitaunya entah apa yang mustahak sangat aku pun tak tahu. Rasa malas sangat nak balik. Lepas fikir-fikir aku telefon balik pada mak aku bukan apa nak jugak tahu apa yang mustahak sangat tu tapi rasa-rasa macam tau aje. Kadang-kadang tu gerak hati aku tak pernah salah. Aku mendial nombor mak aku. Lama menunggu baru berangakat.
“Assalamualaikum......mak.”
“Waalaikummussalam...hah! Sya ye ada apa hal ni telefon mak” Aikk...aku yang nak tanya mak aku alih-alih mak pulak tanya aku.
“Mak, ni Sya nak tanya apahal yang penting sangat suruh Sya balik, sekarang ni susahlah nak dapat cuti kalau takde alasan yang kukuh. Mak faham kan.” Aku menyusun baik punya kata, takut tersinggung pulak mak aku ni kan tak pasal-pasal kena sambar petir.
“Takkan tak boleh balik, untuk majlis pertunangan.” Dalam diam rupanya mak aku merancang sesuatu. Macam plan komunis nak serang hendap aje.
“Nanti kejap mak, majlis bertunang. Sapa nak bertunang ni mak, takkanlah mak pulak. Mak ni biar betul sikit ayah hidup lagi mak dah buat hal macam ni.” Aku macam tak percaya dengan berita yang baru mak sampaikan ni.
“Hisshh... kau ni mengarutlah Sya. Kaulah yang nak bertunang tu ada pulak mak tak sesuai langsung. Ingat tu balik sebelum 1 haribulan 6 ni mak tunggu tau. Assalamualikum. Klik. Hampir jatuh telefon bimbit yang aku pegang dan hampir nak tercabut jantung aku bila dengar berita ni. Sampainya hati mak buat aku macam ni. Langsung tak minta pendapat aku walhal aku yang nak bertunang tapi kenapa mak sikit pun tak endah perasaan aku. Debaran dada aku rasa macam nak pecah, pada sapa aku harus mengadu. Untuk seketika aku termenung, hajat nak makan terbengkalai macam tu aje. Lambatnya Maria dengan Ju balik. Kalau diorang ada boleh jugak minta pendapat diorang walaupun kadang-kadang tu otak nya biul sikit. Cepatlah balik.
Dalam sejam menunggu barulah Maria dan Ju sampai, tak tunggu lama aku menerkam kearah mereka.
“Eh! Apahal ni, dah buang tabiat ke? Ju menolak aku, merenggangkan sedikit dari tubuhnya yang agak lekit. Maria hanya tersenyum mungkin dia fikir aku ni memang dah buang tabiat. Tak pernah-pernah peluk orang.
“Ju, Maria kau orang mesti tolong aku.” Suara aku dah semakin sebak, aku tak pernah lalui masalah yang begitu kritikal gara-gara orang tua aku.
“Tolong apa.? Ju dan Maria bertanya serentak.
“Mak aku, dia suruh aku balik......Tak sanggup rasanya aku meneruskan kata-kata.
“Hah! Baguslah kalau mak kau suruh balik, itupun nak jadi masalah lagipun kau tu dah lama sangat tak balik kampung itu pasallah mak kau suruh balik.” Ju mengeleng kepala.
“Bukan pasal tu, mak aku suruh balik bertunang.” Aku mengaru kepala yang tengah berserabut .
“Apa? Bertunang? Kau biar betul, angin takde ribut takde tiba-tiba nak balik bertunang. Aku tak percayalah kau salah dengar tak? Maria dan Ju hampir saja menjerit, dengan mulut yang masih melopong Ju dan Maria mengeleng kepalanya. Kadang-kadang tu fikiran orang tua susah nak dijangkau.
“Macamana ni Maria, Ju, aku bingunglah.” Aku ke hulu ke hilir tak tahu apa yang aku harus aku buat. Kepala ni dah naik kematu memikirkan pasal ni. Mak aku ni pun satu memandai aje langsung tak minta pendapat orang.
“Macamana apa, balik ajelah dah kau kata mak kau dah siapkan semuanya, aku tak boleh nak buat apa-apa alah lagipun balik dulu tengok lepas tu barulah kau bincang balik. Cakap elok-elok tentu mak kau okey punya. Lagipun bukannya pakai duit kau pun duit mak kau, kalau akulah syok habis.” Maria mengurut-urut dagunya, fikirannya menerawang ke arah lain. Tak boleh harap langsung diorang ni.
“Banyaklah kau punya syok, aku minta pendapat kau orang bukan nak bagi pendapat tapi menyakitkan hati aku adalah.” Aku bengang dengan situasi yang begitu mencelarukan hati aku.
“Betullah aku cakap, kau balik dulu lepas tu baru bincang. Kau bising-bising kat sini pun takde faedahnya jugak, mak kau dah sedia macam-macam.” Ju membetulkan keadaan aku yang sedikit tegang. Tanpa kata apa-apa aku blah dari situ naik keatas. Aku sembam muka aku pada bantal. Apa yang harus aku buat. Ya! Allah berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk aku hadapi kehidupan ini dan menghadapi kerenah mak aku yang berbagai-bagai. Pagi ni aku ke pejabat macam biasa tapi sedikit awal sampaikan pak guard kat pintu masuk bangunan sebelah pejabat aku tu naik heran. Aku sekadar menaikkan kedua kening aku, malas rasanya nak menegur orang, Hati aku betul-betul rasa gelisah, dah beberapa kali aku melihat kearah jam. Hari ni terasa lambat masa berlalu tak sabar rasanya aku menunggu bos aku sampai. Biasa tak lambat macam ni. Hishh...kalau aku perlukan dia bukan main lambat sampai, kalau aku tak perlukan dia pagi-pagi lagi dah nampak mukanya terconggok kat dalam biliknya. Harap-harap dapatlah aku cuti, masalah ni tak boleh dibiarkan macam tu aje, lama-kelamaan aku harus hadapi jugak. Nampak aje bos aku sampai aku pun apalagi terus meluru ke biliknya lepas dapat kebenaran dari Huda, setiausahanya. Aku ketuk pintu dan masuk. Hari ni aku nampak wajahnya sedikit berseri-seri. Mood baik nampaknya ada canlah aku.
“Hah! Ada apa pagi-pagi lagi dah masuk bilik saya sampaikan tak sempat saya nak tanggalkan kot saya ni. Biasa awak tak pernah sampai seawal ni. Ada apa-apa ke?” Tuan Razlan bertanya sambil menanggalkan kotnya dan di sangkut di penyangkut bajunya. Dia duduk sambil menongkat dagunya memandang tepat kearah aku. Rasa berdebarlah pulak, ambil keputusan SPM pun tak macam ni.
“Saya nak minta cuti, boleh tak.” Aku tergagap-gagap sambil menghulurkan borang cuti, bukannya apa Tuan Razlan pandang muka aku tak berkelip itu yang aku gabra semacam aje. Bos aku ni sebenarnya dalam kategori hensemlah jugak tapi disebabkan otaknya gila sikit itu yang buat aku tak berkenan tu. Chewah macamlah Tuan Razlan tu ingin sangat kat aku. Perasan.
“Hello, awak dah berkhayal kemana. Nak cuti ye, patutlah datang awal. Kalau tak disebabkan cuti tentu muka awak tak nampak lagikan.” Kata-kata yang keluar dari mulut dia ni memang sakit telinga bila mendengarnya macamlah aku ni jenis yang masuk lambat sangat walhal baru sekali hari tu datang lambat itupun nak kecoh.
“Bukannya macam tu. Tapi penting sangat, saya memang berharap sangat.” Aku buat muka kesian tapi cis..banyak soal pulak mamat ni.
“Cuti apa yang penting sangat tu, kat sini awak tak tulis pun hal apa.”Tuan Razlan membelek-belek borang cuti aku sambil dinaikkan kening ala-ala Ziana Zain.
“Cuti....cuti....aduss..nak bagitau ke tak ni, aku berfikir sejenak tanpa aku sedari muka Tuan Razlan dah bertukar menjadi keruh.
“Cuti apa? Tengking Tuan Razlan. Suaranya macam garuda sambil tangannya menepuk meja. Macamana mood boleh berubah tadi okey aje tiba-tiba dah bertukar jadi singa. Mungkin jugak bosan bila tunggu jawapan dari aku. Bala betullah.
“Cuti bersalin Tuan.” Dengan penuh bergaya aku menjawab. Alamak! Kantoilah pulak. Habislah aku.
“Cuti bersalin? Bila masa awak berkahwin dan bila masa pulak awak ni mengandung.”Tuan Razlan membeliakkan matanya. Pandangan matanya tearah ke tubuh aku. Aku menjadi tidak senang bila matanya melurut keatas dan ke bawah tubuh aku. Silap aku juga mulut celupar sangat tapi silap dia pun ada yang pergi jerkah aku tu kenapa, aku ni pantang kalau orang tinggikan suara. Aku menekup mulut aku dengan tangan. Tak pasal-pasal mulut aku yang dipersalahkan.
“Bukan..emm..maksud saya, saya nak bertunang.” Aku membetulkan penyataan aku yang tersalah tadi. Lega rasanya bila aku dapat luahkan apa yang terbuku dalam hati aku.
“Apa? Awak nak bertunang. Betul ke ni awak tak main-main.” Tuan Razlan nampaknya terkejut dengan apa yang aku bagitau. Air mukanya nampak berubah.
“Kenapa pulak tuan?” Terpacul soalan yang bodoh dari mulut aku, pasallah mulut ni gatal sangat. Melihatkan air mukanya yang agak keruh macam sungai Kelang hati aku tiba-tiba dipagut rasa bimbang yang sangat, bukan pasal apa pun cuma takut tak dapat cuti aje.
“Macam ni melepaslah saya, saya baru aje berniat nak tackle awak tak sangka rupanya awak dah nak bertunang. Nasib badanlah Syakilla tapi kalau awak rasa tak nak kat tunang awak tu nanti jangan segan-segan bagitau kat saya biar saya yang masuk meminang awak boleh.” Tuan Razlan memandang aku sambil memberikan satu kenyitan yang tak dapat aku tafsirkan maksudnya. Tapi biar betul bos aku ni tak logik langsung nak syok kat aku. Dengan muka yang masih terperanjat aku dikejutkan dengan bunyi pen yang diketuk pada meja. Aku tak perasan pulak yang aku dok berangan dari tadi.
“Nah borang awak, Syakilla, saya dah sain, pasal kata-kata saya tadi jangan ambil hati sangat saya cuma bergurau sebab lepas ni bila awak jadi tunangan orang tentunya saya tak berpeluang nak bergurau dengan awak lagi.” Tuan Razlan menghulurkan borang cuti aku dan aku cepat-cepat mencapainya, lepas ucap terima kasih aku pun keluar dari biliknya. Dapatlah cuti 1 minggu. Tentang hal pertunangan aku tu sorang pun kawan sekerja aku tak tahu, buat apa nak heboh kalau hati aku tak suka, lagipun belum tentu aku nak bertunang tapi kalau mak dan ayah aku paksa macam ni. Eei... serabut betullah kepala hotak aku ni. Kerja aku kat pejabat hari ni hanyalah mengelamun sampaikan semua staff naik heran bila tak nampak aku keluar makan, aku pun takde mood nak makan. Tepat pukul 5, aku cepat-cepat kemas barang dan keluar sebab aku tak nak pisang berbuah 2 kali, aku takut kalau bos aku panggil kerja lebih masa aku takde mood.
Aku balik kampung dengan bas ekspres Transnational. Perjalanan yang jauh buat aku rasa penat sangat. Sepanjang perjalanan kerja aku hanya tidur aje. Sebaik saja aku turun bas aku dah nampak kereta ayah sedang tunggu aku bersama dengan seorang sepupu aku yang tinggal berhampiran dengan rumah aku. Aku hanya melemparkan senyuman aje bila sepupu aku menolong aku mengangkat beg lagipun beg aku bukannya berat sangat. Lepas bersalam dengan ayah aku, aku terus masuk kedalam kereta tanpa bercakap apa-apa pun. Malas nak layan. Perjalanan yang memakan masa hanya 20 minit itu aku rasa cukup membosankan tambahan pulak dalam suasana yang begitu sunyi, masing-masing melayan perasaan mereka sendiri dan aku lebih senang melihat permandangan sekeliling. Dah lama benar aku tak balik kampung rasanya kali terakhir dulu lepas raya korban lepas tu aku belum balik-balik lagi . kepulangan aku kali buat aku rasa menyampah sikit pun aku tak rasa gembira. Sampai aje aku kat rumah aku dah nampak begitu ramai orang yang sedang bertungkus lumus buat kerja. Memang mak dah rancang semua ni. Aku bersalam dengan mak dan terus masuk bilik. Berkurung. Setengah jam kemudian baru aku keluar. Aku lihat semua persiapan dah cukup sempurna, semua dah siap, kan betul aku kata hati orang tua ni tak boleh ditafsir dengan mata kasar. Melihat pada kemeriahannya aku rasa dah mengalahkan majlis kahwin. Mata aku meliar mencari kelibat mak aku. Aku nak tanya sahih-sahih padanya, sapalah lelaki yang malang tu.
“Mak..oo..mak..” aku melambai tangan aku pada mak bila aku terlihat kelibatnya di bahagian dapur.
“Ada apa? Mak sibuk ni lusa dah majlis mak takut tak sempat.” Mak kelihatan begitu sibuk mengarah yang macam-macam. Ada riak kegembiraan pada wajah mak aku tapi bukan pada aku.
“Siapa orangnya mak? Sya kenal ke mak?” aku tak puas hati selagi aku tak tahu siapa yang berani sangat masuk meminang aku tu.
“Kenal, apa tak kenalnya, anak sedara makcik Timah kau yang tinggal kat kampung sebelah sawah padi yang terbiar tu” fuh! dengan panjang lebar mak aku bagi penerangan, bagi panjang-panjang pun aku bukannya nak dengar sangat.
“Alah dulu pun kau pernah main dengan dia masa kecik-kecik dulu takkanlah dah lupa kot” sambung mak aku lagi hish...tak habis-habis mak aku ni dok puji lelaki tu ntah sapa ntah yang pentingnya aku dah semakin tak ingat benda yang melibatkan soal aku masa aku kecik dulu. Kalau boleh aku memang taknak mengingat semua tu lagi sebab masa kanak-kanak aku dulu tak semeriah mana pun, aku lebih banyak memerhatikan orang bermain bukannya aku yang bermain. Pernah terjadi dulu bila aku mengikut abang dan sepupu-sepupu aku yang agak lasak, akibatnya aku terjatuh dan kedua-dua lutut aku berdarah. Teruk juga abang aku kena marah. Sejak dari hari tu mak dah tak benarkan aku bermain cuma sesekali aje aku dibenarkan bermain itupun kalau aku minta kebenaran dari ayah aku. Ternyata ayah lebih sporting dari mak. Maklum ajelah aku nikan anak perempuan tunggal. Tu pasallah manja semacam aje. Lagipun abang aku dah takde lagi. Agaknya kalau abang aku tu masih ada boleh jugak aku minta pendapatnya. Sekurang-kurang ada jugak teman berbual. Walaupun tak banyak kenangan aku dengan abang sebab abang tinggal diasrama penuh tapi aku sayang kan dia.
“Tapi mak, masa tu masa Sya kecil lagi, manalah saya nak ingat semua tu. Mak ni pun satulah lain kali mintalah pendapat Sya jugak janganlah nak buat keputusan sendiri.” Aku merendahkan nada suara aku, bimbang kalau mak aku tersinggung dengan kata-kata aku.
“Jadi, Sya rasa mak tak layak nak masuk campur soal kehidupan Sya, macam tu. Mak sayang Sya sebab tulah mak terima pinangan anak sedara Makcik Timah kau, sebabnya mak kenal dengan mereka. Kalau jadi apa-apa senang nak cari kalau orang yang tak kenal kan ke susah kalau terjadi satu-satu hal dibelakang hari. Mak harap Sya faham dengan mak.” Nada suara mak macam orang yang kecewa. Tangan mak aku masih lagi lincah menyiapkan gubahan yang tinggal hanya sedikit tu. Aku jadi serba salah dengan keadaan ni.
“Bukan macam tu mak tapi sekurang-kurangnya Sya nak jugak kenal dia mak. Macam nilah gambarnya ada.” Aku dah terlalu putus asa.
“Gambar? Rasanya takdelah Sya sebab katanya dia ni tak suka bergambar, fobia katanya, mak pun tak banyak tanya, alah lagipun nanti kalau dah bertunang kenallahkan. Janganlah risau sangat lagipun mak dah tengok, hensem jugak budaknya sedap mata memandang.’ Mak bangun sambil memegang gubahan yang telah siap. Nampak dah puas hati barulah mak aku meletakkannya bersama dengan gubahan yang lain.
“Fobia bergambar, biar betul mak. Dah tu kerja apa?” aku masih tak puas hati dengan kenyataan yang mak berikan berkenaan dengan lelaki tu. Zaman sekarang banyak yang menipu dari yang betul.
“Kerjanya pun boleh tahan. Dia pun kerja kat KL nanti senanglah Sya nak balik kan sebab ada orang yang temankan. Hati mak pun tak susah sangat bila fikirkan Sya sorang-sorang kat sanakan. Dahlah kau nia asyik ikut punggung mak aje sampaikan tak jadi mak nak buat kerja, dah lalu dari situ, mak nak turun ke bawah, banyak lagi kerja nak kena buat.” Mak menepis tangan aku sambil berlenggang keluar dari bilik aku. Tinggallah aku sorang-sorang kat dalam bilik ni. Itulah susah jadi anak perempuan tunggal dan tinggal sorang-sorang. Agaknya kalau abang aku masih ada tentu abang aku tu pun terpaksa ikut cakap mak dan jugak pilihan hati mak, semuanya nak kena ikut cakap mereka. Kan bagus kalau ada adik beradik yang lain. Boleh jugak minta pendapat diorang. Ni cerita kalau aku bagitau Maria dengan Ju ni maunya tergolek-golek sambil ketawa. Diorang ni aku faham sangat dengan perangainya. Diorang ni pulak aku ajak datang temankan aku tak nak, katanya tunggu majlis kahwin. Apa punya kawan pun aku tak tahu. Nasib baik aku ni jenis bukan yang kuat merajuk, tapi kalau aku dah start merajuk lama baru nak datang mood balik. Tapi pelik juga bertunang tapi tak kenal. Halimunan kot. Sesekali rasa macam cerita misi XX- Raylah pulak. Terima ajelah suratan takdir ni walaupun hati aku bagai nak rak menangis.
Petang tu aku turun kebawah, aku melihat persiapan yang cukup meriah sekali, tapi hati aku sikit pun tak tersentuh dengan semua tu. Bagi menghiburkn hati aku yang agak runsing ni aku berjalan di sekitar kampung untuk melihat permandangan yang dah lama aku tinggalkan. Lama tak lama jugak rasanya baru 3 bulan, tapi dah macam pembangunan aku tengok. Perumahan pun dah makin banyak walaupun bilangan rumah perumahannya sekitar 10 unit bagi setiap tapak perumahan namun masih nampak pembangunan yang amat ketara. Aku melewati rumah Nor, satu-satunya kawan aku yang banyak tolong aku masa kat sekolah dulu. Tapi sayang kawan aku tu dah berhijrah ke Kedah, negeri jelapang padi. Jauhnya bawak hati. Ingatkan masih kerja kat sini rupanya dah berhijrah. Kaki langit dah mula menampakkan warna merahnya. Rasanya dah hampir petang, baik aku balik kerumah, sesekali berjalan seronok jugak tapi yang tak bestnya bila balik rumah telinga aku disambut dengan bunyi nyanyian unggas yang keluar dari mulut mak aku. Tensionnya, ni baru 1 hari aku kat rumah kalau seminggu tak tahulah aku macamana. Sesekali rasa menyesal pulak ambik cuti lama sangat. Sabar ajelah wahai hati.




















BAB 8

Dia nak bertunang. Betul ke atau dia hanya nak main-main agar dapat cuti atau nak menguji aku tapi nak menguji aku buat apa, dia buka tahu aku ni minat kat diakan.Tapi dari raut wajahnya rasa-rasa dia tak menipu. Dengan siapa agaknya. Bertuahnya orang tu. Kenapa pulak aku harus masuk campur itukan haknya siapa aku padanya. Adakah aku rasa cemburu. Aku cemburu tak mungkin. Tapi memang aku cemburu, cemburu sangat-sangat. Baru bertunangkan belum kahwin lagi bermakna aku masih ada peluang. Kenapalah aku jadi macam ni. Dah hampir seminggu aku tak melihat kelibat dia dan aku betul-betul rasa gelisah, kerja aku banyak tak menjadi. Aku jadi penasaran sendiri. Kata orang tak dapat tengok tuannya dapat tengok kerusi pun jadilah, dan itulah yang aku lakukan selama hampir seminggu ni. Kadang-kadang rasa macam orang tak betul aje. Bila aku keluar dengan Linda pun aku masih terbayang wajahnya. Nak telefon aku malu, takut nanti dikata cuba mengeruhkan keadaan tambahan mungkin juga sekarang ni dia dah memakai cincin yang menandakan dia dah berpunya. Parah hati aku. Sakitnya hati hanya aku yang rasa. Lambatnya dia masuk kerja balik. Sekarang ni pulak mama asyik paksa aku supaya aku terima balik Linda, bagi aku apa yang dah aku buang tak mungkin aku kutip balik, cukuplah aku terima Linda sebagai kawan aku. Dulu pun dia yang jual mahal masa tu taraf aku berada bawah kakinya dan aku tak mungkin meletakkan taraf bawah kakinya lagi. Aku takkan lupa apa yang Linda dah buat pada aku.
“Kau ni kan Lan buat malu ayah aje, nampak sangat kita yang beria-ia keluarga langsung tak tahu menahu. Betul ke kau dah cakap pada Linda pasal hal ni.” Encik Harun mengeleng kepala dan mengaru kepalanya yang separuh aje kelihatan rambut. Perasaan malu masih lagi menebal tak pernah berlaku macam ni.
“Lan hanya bagitau nak bertunang tapi tak sangka pulak Linda tak setuju, Lan minta maaf ayah, Lan betul-betul tak sangka jadi macam ni.” Razlan mengeluh menghela nafasnya yang tersekat sejak tadi. Razlan dah mula tawar hati dengan apa yang Linda lakukan padanya. Razlan mengenggam erat cincin yang masih lagi terlekat pada bekas baldu merah yang memang ditempah khas untuk Linda. Sangkanya Linda akan suka tapi sekarang dia dah dapat menilai macamana sikap Linda yang sebenar, rasanya tindakannya memang terburu-buru tapi Linda tak boleh malukannya apalagi di depan keluarganya, tambahan dia selalu nampak Linda bersama dengan seorang lelaki yang dia tak tahu sebab Linda tak pernah pun bagitau pada dia. Dia jadi penasaran sendiri. Mungkin juga terlalu cemburu.
“Lan, lain kali kalau kau betul-betul berkenan dengan sapa-sapa, mak harap sangat tanya sahih-sahih dulu jangan jadi macam ni, mak malu tau.” Habis berkata-kata mama terus naik keatas, muka Razlan langsung tak dipandangnya. Mungkin kecewa agaknya tapi apa yang boleh aku buat. Razlan tersentak bila mendengar pintu biliknya diketuk orang serta merta kenangan lalunya menghilang.
“Masuk.”
“Tuan, pengurus dari syarikat Orked nak jumpa dengan tuan.” Huda, setiausaha Tuan Razlan sekadar menjengukkan kepala dari sebalik pintu untuk memberitahunya.
“Pengurus Orked? Apahal pulak nak jumpa takkanlah nak suruh percepatkan tempahan. Takapala suruh diorang masuk.” Razlan termangu sendirian, hatinya masih tertanya-tanya.
Huda mempersilakan tetamu yang datang kedalam bilik Tuan Razlan dari riak wajahnya dapat ditafsirkan ada masalah yang timbul.
“Sila duduk Encik Basir.” Razlan mempelawa sambil tersenyum. Sekadar untuk mengambil hati.
“Terima kasih” Encik Basir duduk sambil memerhatikan keadaan bilik yang berlatarkan warna biru laut, suasana yang cukup harmoni.
“Apa hal Encik Basir datang ke sini, biasa saya yang berjumpa dengan Encik Basir.” Razlan bertanya setelah melihat Encik Basir mendiamkan diri.
“Kenapa saya tak boleh datang ke, yelah orang kalau dah buat salah mesti tak suka kalau orang tahukan.” Encik Basir mencebik mulutnya.
“Haa....buat salah, apa yang Encik Basir cakap ni.”
“Nah! Tengok sendiri.” Encik Basir mencampak satu majalah yang banyak membuatkan isu-isu hiburan dan juga fesyen terkini. Razlan memcapai majalah tu kemudian membelek satu persatu, dia masih tak faham kalau sekadar nak tunjukkan majalh ni telefonkan boleh. Zaman canggih macam ni pun ada juga orang yang tak tahu menggunakannya. Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu ruangan yang menempatkan fesyen masa kini. Dia rasa seolah-olah macam kenal pada rekaan tu tapi dia was-was bila dilihat nama pereka fesyen tu.
“Inikan rekaan yang saya tunjukkan hari tu. Macamana boleh keluar dalam ni.” Razlan memerhatikan Encik Basir dengan pandangan yang curiga.
“Hah! Itulah tujuan kedatangan saya, saya nak tanya macamana rekaan yang saya dah beli dari syarikat awak boleh keluar dalam majalah tu. Awak jangan nak main-main dengan saya, kalau macam ni cara awak buat duit saya tak teragak-agak untuk saman awak.”
“Sabar dulu Encik Basir, saya memang tak tahu menahu pasal ni lagipun rekaan ni masih dalam proses hampir 50% lagi yang nak disiapkan, jadi agak mustahil kalau saya berikan pada orang lain.”
“Habis tu takkanlah pulak Encik Razlan nak tuduh saya, kalau macam ni rugi saya.”
“Saya minta maaf banyak-banyak Encik Basir, saya janji saya akan siasat perkara dan tolong bagi saya sedikit masa.”
“Baik. Untuk kali ni saya masih percayakan awak dan saya bagi tempoh awak sampai hujung bulan ni aje, saya harap awak akan tepati janji.”
“Saya janji. Terima kasih Encik Basir kerana dapat bertolak ansur dengan saya dan memahami keadaan saya.” Razlan bersalam dengan Encik Basir sambil memerhatikan tubuh Encik Basir keluar dari biliknya. Dia termangu sendirian. Dia masih tak percaya rekaan yang syarikatnya buat telah diciplak, apa yang harus dia buat. Nampaknya mulai hari ni dia kena berjaga-jaga. Dia memerhatikan setiap pekerjanya tapi tak nampak pun sapa-sapa yang mencurigakan. Nampaknya dia harus memberhentikan dulu kerja-kerja yang hampir siap itu. Ah! Parah kalau macam ni. Razlan bergegas ke bilik Johan, designer syarikatnya. Bila sampai dilihat Johan sedang sibuk menyelongkar di setiap laci yang ada macam ada benda yang dicari. Razlan berjalan dengan berhati-hati takut terpijak dokumen yang berterabur. Johan menyedari kedatangan Razlan tapi tak diendahnya kerana dia lagi sibuk dengan kerjanya.
“Jo, kenapa ni bersepahnya bilik kau. Kau sedang cari apa ni.”
“Barang aku hilanglah, tak tahu kat mana perginya puas aku cari.”
“Barang apa? Cakap biar aku cari sama sebab banyak lagi yang aku nak bincang dengan kau ni, penting sangat.”Razlan sama naik menyelongkar barang-barang Johan walaupun dia sendiri tak tahu apa yang dicari.
“Tak payahlah Lan, aku pun dah cari dari tangahari tadi dah tapi tak jumpa, kau selongkar barang aku ni kau tahu tak apa yang aku cari?” Johan hanya memerhatikah tingkah laku Razlan yang menambahkan sakit kepalanya bila dilihat Razlan menyemakkan balik barang-barangnya.
“Tak.” Razlan memandang Johan sambil tersengih.
“Dah tu apahal yang kau sibuk sangat mencari, aku lihat pun bertambah pening kepala. Okeylah pasal apa yang kau nak cakap dengan aku. Sampai tak nyempat-nyempat cari aku.”
“Kau ingat tak Encik Basir yang suruh design untuk syarikat dia tu.”
“Ingat. Kenapa kan tengah dalam proses.” Johan membetulkan kedudukannya.
“Dalam proses apanya, rekaan tu dah keluar dalam majalah, dia baru aje bagi warning kat aku tadi. Aku pun tak tahu macamana boleh keluar dalam majalah, tu yang aku tengah pening sekarang ni.”
“Dah keluar? tapi......jangan-jangan kau tuduh aku tak” Johan mula rasa tidak sedap hati bila mendengar kata-kata Razlan
“Aku tak tuduh kau tapi aku tengah fikir macamana boleh jadi macam tu.”
“Itu aku tak tahu,masalah sekarang ni rekaan aku yang terbaru untuk hotel Awana tu dah hilang.”
“Hilang? Razlan menegakkan tubuhnya rasa macam tak percaya yang syarikatnya kini sudah ada musuh dalam selimut. Tender pembuatan uniform Awana sudah pun dalam gengaman, kalau hilang habislah dia. Dah tentulah syarikat lain akan hilang kepercayaan pada syarikatnya.
“Ha..ah itu pasallah aku dok mencari dari tadi. Nak kata aku suruh Syakilla pegang aku dah telefon, katanya sebelum cuti dia dah serahkan pada aku dan memang aku yang ambil dan simpan. Tapi yang jadi masalahnya sekarang ni rekaan aku tu dah hilang, lusa dah nak tunjuk pada pengurus Awana samada setuju ke tak? Jadi ni yang aku selongkar bagai nak rak ni. Kepala pun dah serabut satu macam.” Johan mengaru-garu kepalanya yang tak gatal. Dia dah habis ikhtiar. Walaupun lakarannya belum siap sepenuhnya dah terlalu banyak masa yang dihabiskan untuk pencarian idea. Kepalanya dah berserabut sangat. Bila dah jadi macam ni banyak kerja yang harus dibuat lagi. Terpaksalah lipat ganda kerja.
“Jangan-jangan syarikat kita ni dah ada pencuri kot.”
“Itu aku tak tahu dan aku tak nak tuduh orang, takut nanti kalau salah tuduh lain pulak jadinya. Mulai hari ni nampaknya kita kenalah lebih berjaga-jaga. Habis tu macamana dengan Encik Basir, apa yang kita nak buat” Johan bangun membetulkan posisi tulangnya yang rasa agak lenguh dengan berjalan-jalan disekitar biliknya sambil mencari idea.
“Tentang Encik Basir tu, kerja-kerja tu terpaksalah kita tangguh dulu sementara tu aku akan siasat perkara tapi kalau tak selesai juga kita terpaksa tukar rekaan tu itupun kalau Encik Basir setuju, kau pulak fikir macamana Jo?
“Okey juga tu sebab aku pun tengah dapat ilham cuma tak realisasi lagi sebab aku tengah tunggu Syakilla masuk kerja dulu. Kalau Encik Basir setuju bolehlah aku siapkan. Kau cuba tanya dulu.”
“Okey jugak tu. Kalau macam tu aku keluar dulu sebab banyak kerja nak kena buat, sebelum tu aku nak maklumkan dulu pada pekerja. Aku keluar dulu.” Razlan berjalan keluar dari bilik Johan, kepalanya masih memikirkan siapa agaknya yang menjual maklumat pejabat kalau dia dapat tahulah untung nasib orang tu. Mata Razlan sempat menjeling kearah meja Syakilla, walaupun meja tu masih kosong tapi hatinya puas dapat melihat kerusi dan meja Syakilla. Dah hampir seminggu dia menanggung rindu pada tuan punya kerusi dan meja tu. Kadang-kadang tu rasa bodoh jugak sebab merindu pada tunang orang, lagipun bila difikir balik Syakilla baru bertunang dia belum kahwin lagi bermakna masih ada peluang itu pun kalau dia tak jadi kahwin kalau jadi...aduss... melepas aku tapi aku taknak fikirkan perkara yang negatif. Kita hidup ni mesti fikirkan benda yang positif barulah hidup tu menjadi, tapi itu tak bermakna dia mendoakan agar Syakilla putus tunang.














BAB 9

Lagi 2 hari aku akan balik ke KL balik, bermakna dah hampir seminggu aku memegang title sebagai tunangan orang yang aku sendiri tak kenal dengan tunang aku, aku agaklah mungkin halimunan. Hah! Halimunan pun halimunanlah janji rock. Sebelum balik rasanya aku nak beli sedikit buah tangan untuk Ju dan Maria selain tu boleh jugak aku bersiar kat bandar KT dah lama benar aku tak ke bandar. Dalam dok berkira-kira nak ke bandar esok aku dikejutkan dengan suara panggilan dari mak aku. Hmmm...apalgilah yang mak aku ni nak. Aku keluar dari bilik menuju keruang tamu. Aku lihat ayah tengah khusyuk membaca akhbar tanpa sikit pun berpaling pada aku. Aku melabuhkan punggung di sebelah mak. Aku mencapai remote dan membuka siaran tv yang aku sendiri pun tak tahu cerita apa. Sebab aku sendiri lebih suka menonton rancangan kartun berbanding dengan filem atau drama sebab ceritanya lebih kurang sama aje.
“Esok Sya ada kerja tak? Suara mak memecah kesunyian diantara kami.
“Takde tapi ingat nak ke pasar kedai payang kejab, nak beli buah tangan sikit untuk Ju dan Maria. Kenapa? Aku memandang mak yang masih tekun menyudahkan kerja mengait alas meja. Itu memang minat mak aku sejak dari aku kecik lagi sampailah sekarang masih tak berubah. Sampaikan dah penuh satu almari hasil kerja tangan mak aku ni.
“Taklah esok Amirul nak datang sini jumpa kau.”
Amirul? Sapa tu mak. Rasanya saya takde kawan namanya Amirul.” Aku mengerutkan dahi cuba untuk mengingatkan orang yang namanya Amirul. Betullah aku memang takde kawan yang namanya Amirul.
“Bertuah punya anak. Bang ooii...cuba awak tengok anak awak ni tak kenal Amirul tu sapa. Sya..Sya apa nak jadi dengan awak ni.”Mak masih berteka teki dengan aku.
“Betul mak Sya tak tahu sapa Amirul, mak ingat orang main-main ke. Sya takdelah kawan namanya Amirul.”
“Tunang sendiri dah lupa. Kau ni Sya tak sampai seminggu bertunang dah lupa, hai apalah nak jadi tu belum tua lagi kot tua esok-esok tak tahulah macamana ingatan dia ni.” Mak mengeleng kepala melihat gelagat aku. Ooo....rupanya nama tunang aku Amirul. Namanya not bad tapi orangnya macamana aku belum tahu lagi. Bayangkan kalaulah wajah tunang aku tu Tarabas dalam filem orang putih tapi nama filemnya aku dah lupa, alah yang heroin Fantighiro mesti aku tak tidur malam. Tapi kalau muka aje hensem perangai tak hensem tak boleh jugak itu namanya tak seimbang.
“Engkau tak sihat ke Sya? Mak mencuit aku bila dilihatnya aku takde respon dengan soalan yang diberikannya.
“Hah! Tak de apa-apalah, apahal pulak Amirul nak datang sini?
“Laillahaillah....budak ni buat apa ditanya. Mestilah nak jumpa dengan tunang dia, dia baru aje dapat cuti itu pasallah baru nak datang sini tambah-tambah pulak bila dia dengar Sya masih ada kat kampung ni lagi.”
“Tapi mak Sya esok nak ke bandarlah, mak ajelah yang layan dia, lagipun itukan menantu pilihan mak.” Aku tersenyum sinis memandang mak, ayah pulak kalau membaca tak pernah nak ingat dunia.
“Amboi tak sayang mulut nampak, baguslah Sya nak ke bandar pergi sama-sama dengan Amirul tak payah nak naik bas. Macamana boleh.” Air muka mak seperti mengharap sangat.
“Tengoklah mak, nanti Sya fikir dulu.” Aku mengeluh sendiri. Rasa segan menyelinap masuk dalam diri aku. Aku masih tak kenal lagi dengan Amirul, tunang aku tu. Entah apa yang nak cakap pun aku tak tahu kan kalau aku buat lawak lebih-lebihkan takut dia kata aku ni tak betul pulak, nak jadi orang bisu takut nanti dia kata aku ni berat mulut pulak. Hissh...susahnya.
“Hah! Apa yang kau dok menung lagi tu Sya, ayah dah lapar ni jomlah kita makan sekali.” Ayah bangun menuju kedapur diikuti oleh mak. Sebenarnya aku ni masih kenyang lagi tapi takpelah aku pun dah tak lama lagi nak balik entah bila lagi dapat makan bersama pun tak tahu. Aku sekadar memandang lauk-pauk yang terhidang. Aku hanya mengambil sikit aje nasi sekadar untuk mengalas perut berbanding dengan ayah yang dah 2 kali menambah nasinya. Berselera betul. Aku tak dapat nak habiskan nasi aku yang masih bersisa. Aku capai air dan meneguknya. Habis aje aku terus ke sinki.
“Mak, Sya naik atas dulu. Nak tengok tv, pinggan tu kalau mak taknak basuh biarkan aje dalam sinki nanti Sya basuh esok.”
“Haa..yelah.” Mak dan ayah masih lagi tekun mengadap makanan. Aku ke depan, membuka siaran tapi masih jugak tak temui cerita yang menarik. Aku tutup tv lantas masuk ke bilik. Tulis diari lagi baik. Itulah rutin aku sepanjang seminggu kat kampung, kalau kat KL susah aku nak menulis takde ruang langsung. Tulis pun tak habis mata aku yang terpejam. Tidur dalam keadaan yang kekenyangan aku ni.
“Laa...mana pulak si Sya ni, kita ingatkan dia tengok tv.” Ayah melilau mencari kelibat aku tak ditemui ayah pulak yang ambil alih menonton siaran tv yang sedang menayangkan cerita Kyle XY. Mungkin tak faham dengan cerita ayah menukar siaran, tengok ehwal islam pulak. Mak yang baru sudah mengemas mengambil tempat bersama menonton ehwal islam.
“Sya dah tidur ke bang? Mak menyambung semula kerja mengaitnya yang terbengkalai tadi.
“Rasanya dah tidur kot. Saya naik tadi dah takde orang kat depan ni. Betul ke Amirul nak datang sini.”
“Dengar pulak awak ni tadi saya tengok bukan main khusyuk lagi membaca.”
“Saya bukannya pekak, kalau dah suara tu sebatu boleh dengar takkanlah saya yang duduk sebelah awak tak dengar.”
“Yelah tu. Tadilah saya jumpa dengan Timah katanya Amirul esok balik sini nak jumpa dengan Sya, itulah yang saya bagitau pada Sya takut dia keluar kemana-mana tak kesian kalau Amirul tu datang dia takde.”
“Saya tak kisah tapi jangan biar Sya keluar berdua-dua nanti lain pulak jadinya.” Tegas sekali bunyi suara ayah yang berupa perintah yang tak boleh diingkar.
“alah taulah saya, tak payahlah nak risau sangat, lagipun diorangkan dah besar taulah diorang.”
“Pasal dah besarlah kita kena beringat sebelum nasi jadi bubur.” Ayah bangun menutup tv lantas menuju ke bilik air tinggalah mak sorang-sorang yang masih lagi tekun menyudahkan kerja-kerja mengaitnya. Ketukan yang kuat pada pintu menyebabkan aku tersentak dari mimpi aku. Ingatkan ada gempa bumi ke apa rupanya mak yang ketuk pintu agar aku bangun solat subuh. Terasa malas sangat nak bangun sembahyang. Apalah punya orang nak sembahyang pun malas. Aku mengeliat seketika. Aku bangun menuju ke bilik air. Ah! Sejuknya air Allah aje yang tahu. Sudah selesai mengambil air sembahyang aku terus keatas untuk menunaikan solat aku. Selepas berdoa dan berzikir aku merangkak naik keatas katil lagi. Suasana yang sejuk dan nyaman ni buat aku malas nak bergerak. Aku masih lagi berlingkar atas katil dengan selimut membaluti tubuh aku. Dari dapu aku dah dengar bunyi pinggan mangkuk yang berlaga. Mungkin mak tengah siapkan sarapan pagi. Malasnya nak pergi tolong lagipun masak awal-awal bukan ada sapa yang nak makan. Ayah masa ni masih lagi kat surau. Pukul 8.00 karang baru balik. Itupun kalau tak singgah kat mana-mana. Tengah bersiap aku terdengar ada orang bagi salam, tentu Amirul yang datang. Aku cuba mengintai dari balik tingkap tapi sayang tak nampak cuma yang aku nampak ada sebuah kereta iswara warna hitam yang diletakkan kat bawah pokok mempelam. Siap pakai tudung aku keluar dari bilik untuk kedapur tak sempat kedapur aku dah nampak mak sedang membawa sedulang air. “Nah! ambil ni bawa kedepan.” Mak menghulurkan dulang yang berisi air pada aku. Sebenarnya aku malas sangat nak angkat air, lagipun rasa seganlah. Aku bawa jugak air dan sedikit kuih kedepan. Tangan aku rasa mengigil yang teramat sangat, silap haribulan ni mau sawan aku ni. Aku lihat Amirul tengah rancak berbual dengan ayah, entah apa yang dibualkan pun aku sendiri tak tahu. Aku mengaturkan cawan satu persatu. Rasa macam ada orang tengok aku aje. Aku berpaling pada Amirul tak sangka pulak masa tu Amirul tengah pandang aku. Pandangan mata kami bertaut, aku cuma mampu mempamerkan senyuman yang tak ubah macam kerang busuk. Masa tu malunya tak usah nak cakaplah. “Jemputlah minum.” Aku tak sanggup nak tunggu lagi baik aku blah dari situ sebelum perkara jadi lebih panjang, lagipun aku nak cepat pergi kebandar. Banyak urusan yang nak aku buat. Tiket bas tak beli lagi nanti tak pasal-pasal aku tak boleh balik. Aku kedapur semula. Aku lihat mak tersengih-sengih memandang muka aku.
“Macamana Sya, bagus tak pilihan mak.” Mak menarik tangan aku untuk duduk di sisinya. Aku tak kata apa-apa cuma tersenyum aje. Nak kata suka tak jugak, nak kata tak suka tak jugak sebab bila tengok dia aku tak rasa apa-apa pun. Mungkin baru lagi kot. Apa-apa pun aku malas nak fikir sebab banyak lagi nak aku buat. Aku ingat nak balik awal sikit. Lama-lama cuti takut kerja banyak pulak. Aku meneguk air kopi yang dah siap mak bancuh. Pahit campur manis menghasilkan muka yang kelat.
“Mak...Sya pergi dulu ye, dah lewat sangat ni nanti lambat pulak dapat bas.” Aku bangun dan bersalam dengan mak.
“Heh! Sya nantilah dulu, takkan kau tak nak pergi berbual dengan Amirul kesian dia jauh-jauh datang tapi kau tak layan.”
“Malulah mak lagipun ayahkan ada cukuplah.Sya nak cepat ni.” Aku capai kasut aku dan keluar melalui pintu belakang. Sampai kat depan aku dengar ayah panggil nama aku. Aku menyahut dari laman depan. Ayah menyuruh aku naik katanya Amirul nak bercakap dengan aku. Nak tak nak aku naik semula atas rumah, aku nampak mak melebarkan senyumannya tapi aku rasa bagai nak menangis bila aku langsung tak mampu nak buat keputusan aku sendiri. Aku perasan Amirul nampak muka aku yang kelat ternyata Amirul lebih cekap dari aku. Dia telah minta izin dari ayah dan mak aku untuk ajak aku keluar katanya lebih privacy. Aku terpaksa menurut kehendak Amirul yang beria-ia nak hantar aku. Sepanjang perjalanan aku hanya membisu begitu jugak dengan Amirul. Aku lebih senang melayani perasaan aku sendiri.
“Kita nak ke mana.”Tengah syok mengelamun Amirul bertanya pada aku mana nak pergi. “Kita terus ke Pasar Kedai Payang boleh.”Aku memandang wajah Amirul mana tau takut dia nak pergi kat tempat lain. Aku tengok dia buat dek aje, Adus.....susah betul nak ramal sikap dia ni.
“Okey.” Amirul pun memandu keretanya menuju ke Pasar Kedai Payang. Sibuk sangat jalan kat situ. Berpeluh Amirul cari parking. Aku rasa kesian pulak tengok dia yang dah berapa kali mengeluh. Lepas 2 kali tawaf akhirnya dapat juga parking tapi jauh jugak nak berjalan mau berpeluh ketiak. Harap tak berbau sudahlah.
“Awak nak ikut saya ke nak tunggu dalam kereta aje.” Aku membuka pintu kereta dan membolos keluar. Aku bertanya buka apa nanti merungut pulak.
“Laa....mestilah, jauh-jauh saya datang takkan nak duduk dalam kereta.” Lain macam aje bunyi suara. Aku jadi takut pulak nak menegurnya. Jalan yang lebih baik adalah mendiamkan diri. Aku mula dapat fikir sedikit tentang diri Amirul. Dari sini dah terserlah sikap panas baran dan tak bersabar tapi sikit ajelah. Aku berjalan menuju ke Pasar Kedai Payang walaupun tak seiring tapi aku masih nampak Amirul mengikut aku dari belakang. Kadang-kadang tu aku tak dapat nak meneka apa yang ada dalam fikiran Amirul. Kata ada benda nak cakap kat aku tapi satu patah perkataan pun aku tak dengar lagi keluar dari mulut dia. Ah! Lantaklah janji aku dapat beli barang-barang yang aku nak. Dari satu gerai ke satu gerai aku pergi, kaki pun dah naik lenguh. Last sekali aku beli untuk Ju dan Maria hanya kain batik Terengganu dan sedikit kerepok keping dan sedikit buah tangan yang lain nak beli kerepok lekor takut basi pulak. Mata aku melilau cari kelibat Amirul tadi ada kat sini kemana pulak ghaib dia ni. Aku terpandang dia sedang menyandar kat tepi dinding, aku cepat-cepat pergi bukan apa takut orang marah kita dahlah tumpang orang banyak pulak songeh.
“Sorry lambat sikit.” Aku merendah suara aku untuk tujuan belas kasihan.
“Tak apa, dah habis borong. Kalau dah habis saya nak ajak awak pergi minum kejab ada hal nak bincang.”Amirul bergerak menuju ke kereta. Suara macam menyindir aku aje. Orang cakap jangan hantar nak hantar jugak. Degil. Lepas simpan semua barang dalam bonet, Amirul memandu keretanya menuju ke pantai Batu Buruk. Sampai kat sana kami mengambil tempat di bawah pokok ru teduh sikit. Aku memerhatikan laut yang biru, hati aku masih tertanya apa yang nak dibincangkan oleh Amirul pada aku.
“Awak sudi terima saya.” Setelah agak lama Amirul menyepi keluarlah kata-kata hikmat dari mulut dia yang membuatkan aku terpana sendiri.
“Haa.....kenapa awak tanya macam tu. Awak tak suka saya ke atau awak dah ada pilihan sendiri.” Fuh! Banyak betul soalan aku biar dia rasa. Buat lagi aku terkejut.
“ Banyaknya soalan awak, sebenarnya saya tak harap awak terima saya. Saya......
“Kenapa? Awak kena paksa ke? Aku lihat muka Amirul bertambah keruh, bodohnya aku ni kenapalah tanya soalan yang bodoh macam ni.
“Ini semua rancangan makcik saya, saya tak dapat nak tolak tambahan pulak saya dah ada pilihan saya sendiri. Jadi saya harap awak faham keadaan saya dan saya jugak harap awak tak meletakkan harapan yang tinggi untuk bersama dengan saya.saya tak dapat nak terima semua ni.” Satu keluhan kecil keluar dari mulut Amirul. Ooo..baru aku tahu kedudukannya samalah macam aku cuma yang bezanya aku tak punya sapa-sapa.
“Awak marah? Amirul memandang aku bila dilihatnya aku tak bercakap sepatah pun.
“Heh! Taklah, saya tengah fikir kenapa awak tak tolak aje cadangan makcik awak tu kan senang tak payah nak makan hati. Saya pun selamat tak payah nak asyik cuti aje.”
“Bukan tak bangkang tapi saya ingat makcik yang jaga saya dari kecil semenjak mak dan ayah saya meninggal. Saya tak sampai hati nak hampakan hati makcik saya.”
“Ooo....jadi ni kira macam nak balas budilah. Awak tak payah susahlah sebab dalam hal ni saya pun kena paksa. Last minute baru saya tahu tapi tak boleh nak buat apa terima ajelah.” Aku tersenyum memandang ke arah laut.
“Kita ni sama aje. Tak sangka saya yang awak ni berfikiran terbuka, saya sebenarnya takut nak luah saya takut awak tak dapat terima nanti tak pasal-pasal menangis.” Amirul ketawa barulah aku nampak wajah manisnya bila dia ketawa. Takkan terpikat kot dia dah ada yang punya. Tunang ni syarat aje kesian kat aku kan.
“Hmm....boleh saya tahu nama orang yang dah berjaya curi hati awak.” Aku bertanya sekadar untuk menguji Amirul mana tau takut dia nak tipu aku. Aku menanti jawapan dari Amirul sambil menyedut air tebu.
“Namanya Idah, dia kerja sebagai jururawat kat HUKM.”
“Eh! Kawan saya pun ada kerja kat situ nama dia Ju, nanti bolehlah awak kenalkan pada saya.” Aku tengok jam dah nak hampir waktu zohor. Aku bangun dan mengibas pasir yang melekat pada baju aku dengan tangan.
“Dah lewat kita balik ajelah. Lagipun saya nak packing barang, malam esok saya nak balik.”
“Okey, tapi sorry ye saya cuma belanja awak minum air tebu.” Aku tersenyum memandang Amirul macam tahu aje aku kutuk dia pasal air tebu dalam hati aku. Kami pulang kerumah. Sampai aje kat rumah aku nampak mak dan ayah aku tengah berehat kat beranda depan mungkin tunggu aku. Aku jemput Amirul naik tapi ditolak alasannya nak balik rehat kat rumah. Aku naik kerumah untuk solat zuhur. Mak pulak sibuk tanya aku kat mana aku pergi dengan Amirul. Hish...rimas betullah tak sempat-sempat. Kalau aku bagitau Amirul cuma belanja air tebu agak-agak mak marah tak. Aku sebenarnya sedikit lega bila dengar penjelasan dari Amirul sebab aku langsung tak punya perasaan pada dia dan aku harap aku juga akan bertemu dengan pilihan hati aku sendiri. Balik nanti aku nak tanya Ju kenal tak dengan kekasih hati Amirul. Bertuahnya badan. Lepas solat zuhur aku turun ke dapur nak makanlah apalagi nama aje keluar dengan tunang tapi tak dapat belanja makan.
“Seronok keluar tadi.” Mak bertanya pada aku mungkin lambat agaknya nak tunggu aku buka mulut untuk cerita sendiri.
“Bolehlah.” Aku ambil pinggan dan mencedok nasi. Hmm...harumnya bau masakan mak. Berselera benar rasanya hari ni.
“Takkanlah bolehlah, apa yang Amirul beli untuk kau.” Mak bertanya lagi.
“Dia tak beli apa-apalah mak, dia cuma belanja air tebu aje. Dahlah mak Sya nak makanlah kita bincang karang sikit boleh.” Aku nampak mak macam tak puas hati aje.
“Air tebu, kedekutnya, kau ni biar betul Sya. Takkanlah belanja air tebu, tau macam ni baik tak payah keluar. Kalau setakat air tebu mak pun boleh buat.” Mak membebel tak habis lagi. Sakitnya telinga aku.
“Taklah mak Sya gurau aje. Oh! Sebelum Sya lupa pagi esok Sya balik nanti cakap kat ayah suruh hantar kat stesen ye mak.” Aku mengunyah nasi yang penghabisan ingat nak menambah lagi tapi bila dengar mak aku membebel tak jadi nak menambah.
“Cepatnya Sya nak balik.”
“Ni pun dah lama takut nanti bos marah pulak kalau Sya pangkat tinggi tak apelah jugak ini makan gaji dengan orang. Takpelah kalau ada cuti nanti Sya balik lagi.” Aku bangun dan membasuh tangan di sinki pinggan yang kotor yang berlambak dalam sinki aku abaikan karang baru aku basuh. Aku naik atas nak kemas barang.
“Jadi kau balik esok Sya.” Terjengul kepala ayah dari muka pintu.
“Jadi ayah, bas pukul 9.00 pagi esok, nanti ayah hantarkan Sya kat stesen ye.”
“Yelah.” Ayah pun berlalu dari situ kejab kemudian terdengar motor ayah menderu. Aku lihat jam, dah hampir asar patutlah ayah keluar nak ke masjid rupanya. Lepas kemas barang aku bersanati atas katil walaupun suasana agak membahang tapi aku tak kisah. Masih tergiang-giang kata-kata Amirul, jangan terlalu mengharapkannya habis aku nak harapkan sapa. Kalau aku putus tunang mesti mak bisingkan. Apa nak buat mungkin tak de Jodoh aku dengan Amirul. Lepas solat asaraku keluar berjalan sekitar kampung, aku menuju kerumah makcik Eton. Kelihatan makcik Eton sedang tekun menenun songket di bawah rumahnya.
“Assalamualaikum makcik.” Aku menyapa seraya melabuhkan punggung aku di tepinya.
“Waalaikumussalam. Eh! Sya. Dari mana ni.” Tangannya masih lincah keluar masuk benang dari bilah-bilah benang sampai aku pun naik pening.
“Dari rumah, banyak dapat tempahan makcik.” Aku membelek warna songket, warna yang agak sekata.
“Bolehlah Sya, dapat tambah pendapat pakcik kau, kau nanti kalau nak kahwin tempah kat makcik ye, makcik bagi harga diskaun siap dapat hadiah misteri lagi.” Bersungguh-sungguh makcik Eton membuat tawaran. Aku tergelak.
“Makcik ni ada-ada aje, saya ni belum tentu kahwin lagi tapi takpe nanti kalau sampai masanya saya tempahan tapi hadiah misteri tu janganlah lupa pulak ye, kalau tak bagi jaga ye makcik ni.”
“Hai....bertunang bagai nak rak kau boleh cakap belum tentu kot dengar di mak kau ni maunya bising.”
“Manalah tahu. Heh! Dah lama ke Nor kerja kat Kedah makcik.” Aku menukar topik lain jemulah asyik topik yang sama aje.
“Dah lama dah rasanya dah 6 atau 8 bulan makcik pun tak ingat. Dia tak telefon kau ke?
“Hem....haram makcik, rasanya nombor telefon pun dia dah tukar sebab hari tu saya ada telefon tapi tak dapat. Nilah datang jumpa makcik ingat nak minta nombor telefon Nor.”
“Ada. Nanti kejab makcik ambil ye, makcik pun tak berapa ingat nombor dia.” Makcik Eton bangun naik keatas rumahnya untuk mengambil nombor telefon Nor. Sementara menunggu aku memerhatikan kain tenunan yang separuh siah. Aku terfikir sendiri sapa agaknya yang cipta semua ni, pandai pulak. Yelah masuk sana keluar sin tup-tup jadi kain songket, magic betullah.
“Nah Sya nombornya, kalau kau senang telefonlah.”
“Yelah makcik. Heh! Takpelah makcik dah lama sangat saya kat sini nanti bising pulak mak tu, kalau Nor ada balik makcik kirim salam ye lepas tu suruh dia call saya, nombor masih tak berubah. Saya balik dulu ye makcik, terima kasih sebab makcik sudi layan saya borak-borak.” Aku bangun dan bersalam dengan Makcik Eton.
“Yelah Sya, nanti kalau dia balik makcik bagitau, kau tu kalau senang-senang datanglah lagi.” Untuk kesekian kalinya makcik Eton memeluk aku. Aku berlalu dari situ. Sampai kat rumah aku nampak mak sedang menghalau ayamnya masuk ke reban. Aku beri salam lantas terus ke dapur untuk menjerang air. Lepas isyak kami makan bersama. Lepas ni bila lagi agaknya aku dapat makan bersama. Lepas makan aku terus lepak dalam bilik dan kemas apa yang patut. Pukul 11 malam mata aku dah tak berdaya lagi menahan kantuk. Aku terlena tanpa berselimut. Selepas solat subuh aku terus bersiap bukan apa takut tak sempat. Aku keluar dari bilik dengan memabawa beg baju. Beg tu aku letak depan muka pintu. Dah hampir pukul 8 baru ayah aku balik. 8.15 aku bertolak ke stesendengan ditemani oleh mak. Mak nampak sedih aje tapi ayah masih cool. Tak sampai setengah jam bas aku dah pun sampai. Aku pun bersalam dengan mak dan ayah.
“Nanti sampai ingat tu telefon nantu taklah ayah dengan mak tertunggu, kau kat sana jaga diri baik-baik sikit ye.” Ayah sempat meninggalkan nasihat untuk aku walaupun dah beberapa kali aku mendengarnya dari mulut mak.
“Yelah ayah, ayah tu kalau tak sihat janganlah buat kerja teruk sangat. Takpelah Sya pergi dulu.” Untuk kali kedua aku bersalam dan mencium tangan ayah dan mak. Mak masih lagi diselubungi oleh kesedihan yang teramat sangat macamlah aku ni nak pergi mati. Bas bergerak dan aku sempat melambai kearah ayah dan mak. Aku menyandar di kerusi sambil memandang keluar tingkap. Separuh perjalanan dari Dungun aku dah pun terlelap.
Sedar tak sedar aku dah pun sampai kat Puduraya aku lihat jam dah hampir pukul 6 petang. Aku terus mendaki tangga untuk ke perhentian teksi. Ya! Allah punyalah penat tak tahu nak cerita. Aku menahan sebuah teksi dan terus balik kerumah sewa, tak larat sangat rasanya, kan bagus kalau aku ada kereta tak payah susah macam ni, nantilah cukup duit nanti aku nak sambar satu kereta, kecik pun takpe janji aku selesa. Sampai kat rumah aku lihat takde sapa pun kat rumah aku. Sorang lagilah aku malam ni. Bahang panas terasa meluap bila aku masuk kedalam rumah ni. Aku bawa semua barang yang aku bawa balik kedapur. Aku terus ke atas untuk mandi dah melekit sangat rasa tubuh aku ni. Lepas isyak barulah aku dengar diorang balik. Aku pun turun kebawah. Maria dan Ju terperanjat tengok aku sangkanya aku masih tak balik lagi. Tanpa sempat salin baju Maria dan Ju paksa aku cerita apa yang berlaku di kampung. Nak tak nak aku ceritalah jugak tak habis lagi aku cerita diorang dah ketawa bagai nak rak. Rasanya cerita aku taklah lucu sangat macamana diorang boleh ketawa macam nak pecah perut. Aku lihat Maria siap tendang-tendang kerusi lagi. Nilah yang aku menyampah ni, malas nak sambung cerita aku terus ke dapur minum milo lagi bagus. Aku keluar bawa air pun diorang tak habis lagi ketawakan aku.
“Kau ni apahal hah! Lawak sangat ke cerita aku ni sampai nak mampus kau ketawakan aku.” Aku merengus tanda tak puas hati.
“Taklah lawak sangat tapi yang kami herannya orang macam kau ni boleh hidup kat dunia ni. Aku kadang tu simpati kat kau. Langsung tak boleh nak buat kepetusan sendiri. Apalah nak jadi dengan kau ni.” Maria mengeleng kepala memandang aku. Maria mencapai handbagnya terus naik keatas dengan ketawa yang masih bersisa.
“Habis tu aku nak buat macamana, dah semuanya mak aku uruskan, terima ajelah.”
“Sapa nama tunang kau tu.” Ju bertanya setelah ketawa hilang dari dirinya.
“Amirul. Oh! Ya sebelum aku terlupa dia ada cakap yang buah hatinya tu kerja kat tempat sama dengan kau, kau kenal ke? aku bertanya pada Ju setelah aku lihat Ju terdiam bila aku menyebut nama tunang aku.
“Hmm.....sapa namanya? Teragak-agak Ju bertanya.
“Nama penuh aku tak tahu, nama singkatnya aku tahulah. Kalau tak silap aku Idah, kau kenal ke kalau kau kenal nanti bolehlah kau tunjuk kat aku ye, aku pun nak tengok jugak macamana rupanya.”mata aku masih tertancap pada skrin tv yang sedang menayangkan sitcom salam pantai timur. Sesekali aku ketawa tanpa menyedari wajah Ju yang dah berubah.
“Aku tak tahulah mungkin bahagian lain kot, takpelah aku naik atas dulu.” Ju melangkah malas menuju ke bilik tidurnya. Kata-kata yang keluar dari mulut Sya buatnya terkesima seketika. Amirul tunang Sya. Tapi Idah......















BAB 10
Masa nak naik tangga pejabat aku terserempak dengan bos aku. Banyak pulak yang dia tanya sampai tak terjawab aku ni. Malas nak soal jawab denganya aku hanya sekadar menunjukkan cincin tunang aku yang aku terlupa nak buang tadi, nasib baik jugak aku tak buang lagi tak payahlah aku nak bersoal jawab. Mengalahkan pompuan ajelah bos aku ni. Sabar ajelah dapat bos macam ni. Seminggu aku tak masuk kerja bertimbun kerja yang perlua kau bereskan nampaknya kena buat overtime ni. Bagus jugak kalau buat kerja lebih masa dapat kumpul duit bolehlah aku beli kereta. Seharian aku bereteleku kat meja sampaikan waktu lunch pun aku tak keluar. Semua kerja nak kena buat cepat. Johan pun dah sikit bising. Separuh dari kerja yang aku buat perlu aku hantarkan pada Johan, semasa nak menuju ke bilik Johan aku terserempak dengan Encik Basir, salah seorang pelanggan kami. Tak sempat aku menegurnya, lagak langkahnya macam ada masalah aje. Aku mengetuk pintu bilik Johan.
“Jo, ni lakaran yang Sya dah siapkan cuma yang ni Sya rasa tak sesuailah, keja hotel ni kan banyak bahagian kalau semua pakai macam ni susahlah terutamanya yang kerja memerlukan perjalanan yang cepat. Silap haribulan boleh tersandung ni tapi mungkin tak sama macam hari tu. Oh! Ya hari tu Jo kata pola lakaran tu hilang, Jo dah jumpa ke lakaran yang separuh siap hari tu?” Aku sekadar menyuarakan pendapat aku terima ke tak itu lain cerita. Ini pun nasib sempat siap. Kalau tak kerana Jo telefon beritahu aku pasal lakaran hilang aku tak tahu lagi ingatkan dah selesai. Ada waktu yang terluang aku cuba imbas balik apa yang aku dah bincang hari tu dengan Jo. Aku pun dah ingat-ingat lupa. Harap-harap Jo terima buah fikiran aku ni.
“Pasal pola tu belum lagi jumpa tapi kita lupakan pasal tu. Mana lakaran yang dah Sya siapkan. Bak sini saya tengok.?
“Ni hah....aku memberi pada Johan. Johan mengambil kertas tu dan memerhatikannya. Aku takut kalau Johan marah aku sebab kerutan kat dahi dia tu lain macam aje.
“Okey jugak tapi apa-apa pun Sya lakar dulu nanti bila Jo pergi discuss balik dengan pihak hotel, Jo akan maklumkan sebab sekarang ni Jo tengah pening dah habis selongkar masih tak jumpa, Jo bukan apa takut berlaku lagi macam hari tu. Pening-pening macam ni.” Sebelum habis aku berbincang dengan Johan, tiba-tiba bos aku, Razlan menerpa masuk dalam keadaan tergesa-gesa.
“Jo, masuk bilik aku kejab.” Razlan berlalu tanpa menunggu Johan.
“Okeylah Sya, awak siap dulu mana yang patut nanti kita bincang lagi.” Johan bingkas bangun menuju ke bilik Razlan dan aku hanya mengangguk. Mata aku memerhati sambil hati aku bertanya apa yang sebenarnya berlaku.
“Janganlah macam ni Encik Basir, perkara ni masih dalam siasatan kami dan saya harap sangat agar Encik Basir faham dengan keadaan kami.” Razlan mengeluh bila Encik Basir terlalu mendesak.
“Siasatan, siasatan tapi takde apa-apa langkah yang dibuat, saya orang berniaga masa tu terlalu penting bagi saya. Masa Razak jaga dulu takde pun kes-kes macam ni.”
“Jadi maksud Encik Basir ni saya tak reti buat kerjalah, kami pun orang berniaga jugak Encik Basir takkanlah tak boleh nak bertolak ansur dalam perkara ni.”Johan menyampuk setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Saya tak maksud macam tapi kalau dah macam-macam hal sakit juga rasa hati tu dan sebab bertolak ansurlah jadi macam ni, kalau macam ni bilalah orang melayu nak maju, asyik bertangguh aje kerjanya.” Encik Basir masih lagi mempertahankan hujahnya.
“Macam nilah, apa kata kalau saya bagi rekaan yang lain, lebih bagus dari dulu. Kalau Encik Basir nak tengok saya boleh tunjukkan.” Johan cuba memancing Encik Basir bila dilihat lelaki tu masih lagi nak bertegang urat dengannya. Razlan hanya menjadi pemerhati saja setelah dari tadi dia berhujah tapi hujahan langsung tak diterima pakai oleh Encik Basir.
“Rekaan lain, kalau lebih bagus dari dulu mungkin saya berminat tapi harganya macamana sama macam dulu atau nak kena tambah lagi.” Encik Basir membetulkan kedudukannya.
“Rekaan ni memang baru saya hasilkan, rasanya memang lebih bagus dari yang sebelumnya tentang harga saya serahkan pada Razlan sebab dia lebih arif. Macamana Lan.” Johan memandang Razlan yang diam membatu.
“Tentang harga saya kekalkan macam dulu sebab saya tahu ini semua salah saya, saya yang cuai jadi kalau Encik Basir setuju saya akan buatlah untuk Encik Basir. Macamana setuju.” Razlan kembali bersemangat bila dilihat Encik Basir mula mengubah topik yang lain.
“Okey tapi sebelum tu saya nak tengok dulu rekaan tu macamana.”
“Boleh, kalau macam tu kita ke bilik saya.” Johan bangun dan dituruti oleh Encik Basir. Encik Basir berjabat tangan dengan Razlan dan berlalu ke bilik Johan. Razlan melepaskan rasa lega yang bersarang dalam hatinya. Selesai jugak akhirnya. Kalau takde Johan tak tahulah apa nak jadi, silap haribulan kena saman. Itu yang tak sanggup tu. Tapi Razlan masih bingung sapa agaknya yang jadi musuh dalam selimut. Kalau dia dapat orang tu taulah apa yang dia nak buat. Razlan memandang sekilas pada Syakilla yang sedang tekun membuat pekerjaannya. Hai....dah bertunang rupanya melepas aku. Aik! Apalah aku ni masalah pejabat tak selesai lagi sibuk nak bercintan-cintun. Kerja..kerja. Razlan nampak Encik Basir dah keluar dari bilik Johan, Razlan pun melambai kearah Johan menyuruhnya masuk ke biliknya. Razlan ingin tahu samada Encik Basir bersetuju atau tidak.
“Macamana Jo, setuju tak Encik Basir dengan cadangan kau tu.”Razlan menerpa kearah Johan sebaik saja Johan masuk ke biliknya.
“Tengok oranglah. Kaun ni pun satu hal macam ni pun tak boleh nak handle. Habis tu macamana nak buka cawangan lain.”
“Bukan tak boleh handle orang tua tu degil sangat, pendapat aku dia tak nak terima dahlah tu siap perlekeh aku pulak.” Razlan mempertahankan dirinya dari terus di cemuh oleh Johan walaupun dia tahu Johan tidak berniat sedemikian.
“Itu aku tahu, dari masa Razak lagi, dia memang cerewet tambahan pulak ada kes ni. Tu yang naik angin satu macam tu. Apa-apa pun dia regular costumer kita jadi kenalah bersabar sikit. Kau ni kalau marah pompuan bukan main lagi tapi bila dia kena marah hah mulalah mengelabah.” Sinis sekali Johan mengeluarkan perkataannya.
“Aku bukan mengelabah tapi aku tengah control kemarahan aku. Aku marah budak tu pun pasal aku nak praktis macamana nak marah, kau jangan salah sangka pulak. Tapi yang aku hairankan sapa yang punya kerja ni. Ni mesti nak sabotaj kita tak. Kau agak-agak sapa hah.”
“Nak praktis marah ke nak mengurat, macamlah aku tak tahu perangai kau ni. Sabotaj, aku tak fikir macam tulah Lan mungkin pelanduk 2 serupa kot.” Johan mencebik mulutnya. Bukan dia tak tahu dengan perangai Razlan, dia sama se universiti dengan Razlan cuma dia habiskan pengajiannya dalam negeri berbanding dengan Razlan.
“Hissh....mana ada, kau ni dengar dek orang nantikan susah, budak tu dah bertunanglah.” Razlan memperlahankan suaranya walaupun dia tahu suaranya takkan kedengaran sampai ke luar.
“Haa.....dah bertunang, kau biar betul takde pun dia cakap kat aku.” Johan ternganga bila diberitahu yang Syakilla dah bertunang.
“Hari tu masa dia cuti satu minggu, aku nikan bos dia, aku tahulah. Anyway pasal hal tadi aku banyak-banyak terima kasih kat kau. Kalau takde kau aku tak tahulah apa nak jadi.”
“Aik! Takkan terima kasih aje.” Johan mengangkat keningnya.
“Yelah..yelah nanti aku belanja kau makan.”
“Selama 1 minggu boleh.”Johan tersenyum menanti jawapan dari Razlan.
“Boleh. Boleh blah, banyaklah kau punya songeh, aku nak belanja pun dah kira bersyukur. Nak minta lebih pulak. Takde..takde. aku belanja kau lunch esok. Kalau lewat secara automatik tawaran ditutup.”
“Kedekut betullah kau ni, dengan aku pun berkira. Kalau dengan pompuan hari-hari pun boleh.”
“Kalau macam tu kau tukar jadi pompuan, nanti aku belanja kau hari-hari sampai pecah perut kau. Boleh ye sayang. Auww....” Razlan mengusik Johan dengan mengayakan gaya maknyah yang tak cukup sifat.
“Eeeiii......kau jangan buat macam nilah geli aku, dahlah malas nak layan banyak lagi kerja aku nak buat. Tapi jangan lupa esok, kalau lupa siap kau.” Johan berlalu dari situ meninggalkan Razlan yang masih lagi ketawa. Lega rasanya bila semua dah selesai. Razlan memerhatika jam di tanganya, dah hampir pukul 5.30 petang. Patulah dilihatnya pekerja dah semakin berkurangan dah habis waktu pejabat rupanya. Razlan menyandar kepalanya di kerusi. Banyak betul cabaran yang perlu di hadapi dalam kehidupan seharian ni. Hari ni Razlan nak balik awal sikit, dia pun berkemas terus keluar. Dilihatnya Syakilla masih tekun di mejanya. Nak ditegur rasa takut pulak menganggu tumpuan Syakilla, dia nekad.
“Tak balik lagi Syakilla.” Bergetar suaranya dihujung tekak.
“Hah...oh! tuan, belum lagi saya ada kerja nak buat.” Aku agak terkejut bila ditegur oleh Razlan. Entah apa mimpi suara lembut pulak, biasa tak pernah macam ni.
“Sejak bertunang ni, bukan main rajin lagi, nak kumpul duit ke? Kedengaran sinis dan begitu menjengkelkan pada pendengaran aku.
“Taklah, saya Cuma nak siap kan cepat kerja ni, kalau lambat tuan jugak yang bising.” Aku menahan nada suara aku agak tak terlalu tinggi.
“Okeylah saya balik tapi hati-hati sikit sebab saya dengar pejabat keras sikit.” Razlan memperlahankan suaranya sambil matanya meliar ke kiri dan ke kanan.
“Hah! Keras, saya tak pernah dengar pun pasal ni.” Aku sedikit takut kalau betul ada hantu lebih baik aku balik aje.
“Ha..ha..ha.. penakut jugak awak ni, saya gurau aje, memanglah tempat ni keras sebab semuanya dinding batu, itu pun tak boleh fikir. Selamat petang. Assalamualikum.” Razlan berlalu dari situ lepas berjaya kenakan aku. Sakit betul hati aku.rasanya nak siat-siat aje mulutnya. Eeii.. geram aku. Kalau adik aku tu dah lama aku pelangkung tapi sayang dia bukan adik aku tapi bos aku. Rasa geram yang berdongkol tu aku simpan dalam hati. Takpe...takpe. Aku pantas menyiapkan kerja aku yang tinggal hanya sedikit lagi tu, tengah-tengah syok buat kerja aku terdengar pintu dibuka oleh orang. Aku rasa sedikit cemas manalah tahu kot-kot cakap bos aku tu masin. Meremang pulak rasanya bulu roma aku ni. Aku mencapai gunting kecil yang ada dalam laci aku. Tak kisahlah kecik pun janji ada senjata yang boleh aku buat pertahanan. Terjengul wajah Azman dari balik pintu. Kuss...semangat. Azman sedikit terkejut bila melihat aku masih di pejabat.
“Kau ni Man buat terperanjat aku aje. Lain kali berilah salam dulu, ini tak main masuk aje.” Aku mengurut dada aku. Kesan debaran masih lagi terasa.
“Laa...kau Sya, biasa kau dah balik apahal pulak kau kerja lebih masa ni.” Terdengar ketar suara Azman seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
“Kerja banyak. Kau tahukan aku cuti lama hari tu, tu pasallah aku kerja lebih sikit.” Aku memerhati Azman yang kelihatan serba salah.
“Kau kenapa tak balik lagi, biasa kau yang dulu sekali.” Aku menyambung lagi pertanyaan pada Azman yang kelihatan mengelabah.
“Aku tertinggal barang tapi aku tak tahu kat mana. Takpelah aku balik dululah.” Azman berlalu dari situ tanpa sempat mencari apa-apa. Entah apa kena agaknya dengan Azman. Lain macam aje aku tengok. Dahlah hari tu datang dengan muka yang lebam dengan mulut yang pecah. Bila ditanya katanya jatuh satu alasan yang tak logik langsung. Biarlah. Aku menyudahkan kerja aku. Aku sempat menjeling kearah jam, rupanya dah hampir pukul 10 malam. Nasib baik dah sembahyang kat surau kecik, sebenarnya bukan surau tapi bilik yang memang dikhaskan untuk berehat disamping tu boleh juga digunakan untuk solat. Aku pun mengemaskan meja aku lalu aku pun mencapai tas tangan dan keluar dari pejabat selepas menguncinya. Kopak lagilah aku kalau macam ni selalu. Apataknya asyik naik teksi aje. Bila agaknya aku nak pakai kereta pulak. Berjanggut agaknya.

BAB 11

Aku memerhatikan gerak langkah Syakilla dengan senyuman sumbing di mulutnya. Sial betullah. Nasib baik aku tak sempat buat apa-apa kalau tak pecah rahsia aku. Ptuih...dia meludah ketanah. Rasa menyesal membukit dalam dirinya bila apa yang dirancangnya tidak berjaya. Takpe esok masih ada. Cuma aku harap semuanya akan selesai secepat yang mungkin. Bila semua ni dah selesai aku akan pergi jauh dari sini. Aku meraba bekas luka dimukanya. Terasa perit dan pedih terutamnya bila nak makan. Semuanya salah aku. Kalau aku tak berhutang dengan Alex salah seorang along yang masih lagi bergerak cergas, kalau aku tahu macam nulah jadinya aku takkan berhutang dengan Alex tapi apa nak buat nasi dah jadi bubur.
“Lu cakap baik-baik bila lu mau kasi bayar saya punya wang.” Alex menghembus asap rokoknya kearah muka aku, aku terbatuk kecil bila asap tu menerjah ke muka aku.
“Aku janji aku akan bayar tapi untuk kali aku minta tempoh lagi sampai akhir bulan ni.” Aku merayu walaupun aku tahu orang macam Alex takkan menghiraukan rayuan orang macam aku.
“Tempoh, tempoh sudah berapa kali gua sudah kasi tempoh sama lu, lu minta tempoh tapi tak bayar, lu lari sana lu lari sini, yang susah sapa, gua juga. Hutang lu bukan sikit sudah cecah angka ribu. Baik ini kali gua kasi lu tempoh tapi sampai besok saja kalau lu masih degil lu punya kepala hilang.” Alex berlalu dari situ tapi sempat membisik sesuatu pada anak buahnya. Apa yang dia bisik aku sendiri tak tahu tapi apa yang pastinya aku dihadiahkan buah tangan yang aku sendiri takkan lupa sampai bila-bila. Lepas hari tu aku terkedang kat rumah, 2 hari aku mc, sakitnya tak usah nak cakaplah sampai nak makan pun aku tak boleh nak buka mulut. Kerana peristiwa tulah aku dapat idea yang mengjahanamkan syarikat aku sendiri, aku tahu aku bersalah bila buat macam tu tambah-tambah pula kat tempat aku cari makan sendiri tapi aku terpaksa.
“Ni dia pola lakaran yang kau hendak, tapi kau kena cepat sikit sebab kerja-kerja diorang dah hampir 50% siap.” Aku menghulur satu sampul besar pada Alvin. Mata aku liar memerhati sekeliling takut kalau ada orang melihat perbuatan aku ni. Aku mengosok tubuh aku yang rasa sedikit dingin ni. Alvin mengambil sampul surat dari tangan aku lantas membukanya. Alvin tersenyum tanda puas hati. Padan muka Razlan dan Johan baru dia tahu siapa aku. Mampus kau kali ni.
“Nah! Ini upah kau, ingat urus niaga kita belum habis lagi, aku nak kau bawa lagi rekaan yang Johan hasilkan. Kalau boleh aku nak rekaan yang Awana punya. Sepatutnya aku yang dapa tender bukannya Razlan dan Johan. Boleh.” Sampul duit bertukar tangan. Aku mengira-gira not-not $50 yang tebalnya hampir 4 bulan gajinya. Aku tersengih kali ni selamat aku, hutang Alex aku akan selesai.
“Tapi ingat, biar pecah di perut jangan pecah di mulut.” Tambah Alvin lagi sebelum masuk kedalam kereta. Aku mengangguk. Aku cepat-cepat berlalu dari situ, bawa duit yang banyak kat lorong gelap ni bukannya selamat sangat. Petang esok seperti yang dijanjikan aku berjumpa dengan Alex yang sememangnya sudah menunggu ketibaan aku dalam sebuah kereta mercedes hitam. Kelihatan konco-konconya terpacak di situ sambil memerhatikan orang yang lalu lalang. Ah! Sapa yang taknak duitkan.
“Nah! Duit kau. Lepas ni kau dah takde hubungan dengan aku lagi.” Aku melempar duit tu melalui cermin tingkap keretanya. Alex mengambil lantas mengira-gira helaian duit. Alex tersenyum sumbing, hati aku rasa sakit bila lihat situasi ini. Rasanya nak hempuk aje muka orang tua, nasib baik ramai pengawal, niat tu aku simpan baik-baik dalam hati aku.
“Bagus. Lu tepati janji tapi ingat bakinya gua ambil lagi minggu depan.” Alex menaikkan cermin keretanya. Tapi sempat di tahan oleh aku.
“Baki apa lagi ni Alex, lu jangan nak mainkan aku. Aku kan dah bayar habis apalagi yang kau nak hah!.” Hati aku mulai rasa tak sedap Alex cuba untuk menipu aku.
“Lu bayar cuma bunga, jadi lu masih ada hutang pokoknya sama gua, jadi lu faham-faham ajelah. Kali ni lu jangan cuba nak lari lagi faham.” Alex menaikkan cermin keretanya dan memecut laju dari situ. Sakit betul rasa hati aku bila ditipu oleh Alex. Sial betullah, aku menyepak tin minuman yang dibuang oleh orang yang takde kesedaran sivik sebab buang sampah merata. Sambil berjalan aku berfikir apa yang aku mesti buat agar hutang aku dengan Alex selesai. Takkan aku nak mencuri lagi, kalau aku tak buat kerja ni macamana aku nak bayar hutang dengan Alex. Aku mengaru kepala aku yang semakin sesak dengan masalah.








BAB 12

Masuk hari ni dah sebulan aku bertunang tapi yang paling aku herannya Amirul tak pernah sekali pun hubungi aku, betullah kata orang, orang tak sudi nak buat macamana kan. Terima ajelah. Aku sendiri pun kurang pasti dengan status yang aku miliki. Kalau aku mengurat orang lain takut nanti dia cemburu pulak tapi kalau terus menunggu macam ni susah juga. Aku memandang sekeliling rumah ni aku rasa terlalu kosong sangat, Maria dan Ju pun tak nampak batang hidung. Bila aku balik diorang kerja, bila aku kerja diorang balik sudahnya nanti aku berkawan dengan orang halimunan ajelah. Aku membelek kerja yang masih belum siap sekurang-kurangnya hilang sedikit rasa jemu aku kat rumah. Aku masih musykil apa yang dibuat oleh Azman malam-malam buta kat pejabat, nak kata tertinggal kerja, Azman cuma despatch aje, mustahil pulak nak hantar surat malam-malam macam ni. Takpelah buat apa nak menyibuk pasal orang, pasal diri aku pun tak terurus. Leka membuat kerja tak sedar , masa dah banyak berlalu, aku melihat jam yang dah menunjukkan ke angka 12. Mata pun dah rasa berat sangat. Aku cepat-cepat mengemas takut esok kelam kabut pulak. Aku naik keatas langsung terus tidur.
Sampai kat pejabat hari ni kurang 5 minit pukul 9. aku menyandarkan badan aku pada kerusi sambil tu mata aku mengawasi ke arah bilik Johan. Aku nak hantar lakaran yang Awana punya. Aku lihat Azman datang dengan wajah yang begitu kelat pada pandangan aku, aku sendiri pun tak tahu apa yang berlaku pada Azman sejak akhir-akhir ni. Kalau dulu pantang nampak aku ada aje yang nak diusik tapi sekarang nak pandang wajah aku pun susah usahkan nak bergurau. Aku nampak Johan baru sampai nak terjah selalu takut kena marah pulak biarlah kejab lagi. Lebih kurang 5 minit aku biarkan Johan didalam pejabatnya barulah aku masuk. Ketuk aje pintu terus aku masuk tanpa menunggu arahan dari Johan. Johan hanya memandang aku sambil mengeleng kepalanya, marahkan aku ke atau mungkin juga Johan kata aku ni takde kesedaran sivik tak dipelawa terus masuk. Biarlah.
“Jo, ni Sya dah buat serba sikit kalau tak cukup ke atau tak sesuai ke Jo tolong tambahlah apa-apa yang patut.” Aku meletakkan pola lakaran yang telah siap atas meja Johan.
“Letak aje situ nanti saya tengok sementara saya nak Sya tolong tengokkan baju yang dah siap jahit tapi ada sedikit masalah teknikal jadi saya nak Sya tolong fikir nak ubah macamana. Razlan suruh buang tapi saya rasa sayang, saya nak Sya reka semula, boleh.” Panjang lebar Johan bagi keterangan pada aku dan aku hanya mengangguk tanda faham dengan apa yang dicakapkan oleh Johan.
“Bahagian baju yang mana.” Sekadar mendapatkan kepastian.
“keseluruhannya, dari tempahan Orked Colection.”
“Tapi kan bahagian tu dah siap hampir 50% susah kalau nak adjust balik.”
“Pembuatannya dah dihentikan.”
“Dah dihentikan? Tapi kenapa.” Aku semakin keliru dengan penerangan dari Johan. Angin takde ribut takde tiba-tiba dihentikan.
“Syarikat lain dah keluarkan lebih dulu rekaan tu jadi kita dituduh menciplak hak milik orang.”
“ Ciplak? Kan kita sama-sama yang reka macamana boleh jatuh tuduhan ciplak. Jo tak bagitau ke pada diorang.”
“Berbuih pun mulut orang takkan percaya tanggung ajelah sebab tulah saya nak Sya tengok balik mana yang boleh repair Sya repair janji tak rugi dan kita boleh jual balik. Faham saya berharap sangat. Kalau tak kerana saya ada kerja lain saya tak suruh Sya.”
“Boleh takde masalah. Tapi macamana boleh dikatakan ciplak ada sapa-sapa yang curi ke?” Aku masih tak puas hati bercampur dengan sakit hati. Sapalah punya kerja kalaulah aku tahu orangnya mampus aku kerjakan.
“Soal tu masih dalam siasatan, kalau Sya tahu apa-apa atau nampak sapa-sapa yang mencuriga beritahulah.” Johan memandang aku seketika.
“Yelah. Kalau macam tu Sya keluar dulu.” Aku berlalu dari situ. Fikiran aku masih lagi memikirkan soal tadi. Patutlah Encik Basir marah-marah hari tu rupanya masalah ni. Tak menunggu masa yang panjang aku naik keatas ruang pejabat yang menempatkan pekerja bahagian jahitan yang terlatih seramai 40 orang. Aku menuju bahagian QC untuk melihat pakaian yang terpaksa dihentikan. Aku mengambil satu helai untuk dijadikan contoh kemudian aku terus balik semula ke meja untuk cari ilham mana yang perlu ditambah dan mana yang perlu dibuang. Naik keras kepala aku berfikir tapi ilham tak datang juga. Macamana nak datang aku dok asyik fikir pasal sapa yang punya kerja nak menjahanamkan syarikat sendiri. Sampai tengahari ilham tak datang juga kertas dah banyak yang berlonggok dalam tong sampah, lunch pun rasa malas nak keluar biarlah perut pun tak rasa nak makan. Tengah dok asyik fikir Tuan Razlan lalu dengan senyuman yang penuh mengoda, sorrylah aku tak tergoda punya.
“Sya dah habis kerja ke? Tak sangka pulak ‘orang tua’ ni nak tegur aku biasa kalau tak menyakitkan hati aku tak sah.
“Banyak lagi kerja tapi kepala serabut sebab idea tak datang” dengan ikhlasnya aku meluahkan perasaan tension aku tapi.......
“Idea tak datang ke ingatkan tunang awak.” Dengan muka selambanya ‘orang tua’ ni mengenakan aku, kan aku dah cakap kalau dia tegur aku tu mesti nak kenakan aku. Eeii....dahlah aku tension dengan kerja ni dia boleh pulak menambahkan sakit hati aku.
“Tak percaya sudah.” Aku menarik muka masam dan mendiamkan diri. Benci betul melayan dia ni.
“Janganlah marah, tapikan awak ni kalau marah lagi manis. Saya ni bukan apa nak ajak awak keluar makan boleh.” Sempat lagi memuji aku tu tak lain nak suruh aku teman dia makanlah tu. Aku tak makan dipuji sebab aku makan nasi.
“Rasanya......tak sempat aku nak sudahkan ayat aku ‘orang tua’ ni dah menyampuk.
“Okey..okey saya faham awak kan dah ada tunang tentu tak elok keluar makan dengan lelaki lain kan. Awak mesti takut tunang awak marahkan awak. Penakut juga awak ni ye.” Razlan memberi komen yang tak pernah aku minta kerana setiap komen dia tu menyakitkan hati aku. Selepas menyakitkan hati aku Razlan berlalu dari situ.
“Nanti kejab. Sapa kata tak nak pergi.” Aku sengaja menerima pelawaan dari Tuan Razlan sekurang-kurangnya kalau aku keluar dapat juga cari ilham, manalah tahu kot-kot ilham jatuh dari langit.
“Eh! Saya ingatkan awak tak nak terima pelawaan saya.” Aku tengok Tuan Razlan serba salah, apa dia ingat aku ni kolot sangat ke. Memanglah aku dah bertunang tapi ,macam takde tunang dan satu lagi masih tergiang-giang di cuping telinga aku bila Amirul kata jangan meletakkan harapan yang tinggi padanya jadi rasanya tak salah aku menerima pelawaan dari orang lain.
“Itulah lain kali jangan menyampuk, saya tak habis lagi bercakap tapi tuan dah mencelah kan dah malu.” Yes! Akhirnya aku berjaya mengenakannya. Aku nampak Tuan Razlan hanya tersengih-sengih menahan malu. Padan muka. Ingatkan nak makan kat gerai mamak aje rupanya siap naik kereta lagi aku ni, dah tu pulak rasa perjalanan jauh dari pejabat. Minta-mintalah ‘orang tua’ ni takkan bawa aku lari kalau tak kes naya aku ni.
“Tuan nak makan kat mana ni rasanya dah jauh sangat.” Aku mula rasa tak sedap hati. Aku lihat Tuan Razlan hanya tersengih jangan-jangan dia marah pasal aku kenakan dia tadi. Parah aku kalau macam ni.
“ Duduk ajelah diam-diam bising aje dan satu lagi boleh tak jangan panggil saya Tuan, rimaslah panggil nama aje maca awak panggil Jo untuk Johan. Saya cemburu tau bila dengar awak panggil Johan dengan nama yang singkat macam tu. Nak lagi sedap panggail saya abang, boleh.” Tuaz Razlan tersenyum sambil memandang aku untuk seketika dan aku yang terkedu rasa macam nak luruh jantung bila dengar kata-kata yang keluar dari mulut dia. Buang tabiat agaknya ‘orang tua’ ni. Panggil ‘abang’ tunang aku sendiri pun aku tak panggil. Apasal dia nak cemburu aku panggil Johan macam tu. Boleh panggil tapi boleh blah.
“Kenapa diam aje ni, tak sanggup dah nak bercakap dengan saya takpelah orang tak sudi tapi boleh tak saya nak panggil awak Sya aje. Barulah romantis sikit. Kata orang kalau diam maknanya setuju. Mulai hari saya panggil awak Sya dan awak jangan panggil saya tuan lagi. Faham.” Razlan menyanyi-nyanyi dengan suara yang perlahan mengikut lagu yang diputarkan oleh dj radio muzik fm. Aku terdiam untuk seketika tak tahu apa yang harus aku cakapkan. Kalau aku cakap pun bukan aku yang menang alih-alih dia kenakan aku juga. Aku jadi makin keliru siap sebenarnya tunang aku ni Amirul ke tuan Razlan? Menyesal pulak rasanya aku ikut dia keluar ingat nak cari idea terus terkantoi macam ni. Nasib kaulah Sya. Tuan Razlan memperlahankan keretanya. Aku melihat sekeliling, rumah siapa pulaklah yang dia ni bawa aku. Jangan-jangan....Ya!Allah selamatkanlah hambaMu ini dari segala kejahatan manusia. Aku bertawakal dalam hati. Nak lari rasanya dah tak sempat.
“Sya tak nak turun ke takkanlah nak suruh saya dukung Sya pulak.” Sempat lagi Razlan mengenyit mata kearah aku. Keparat betullah.
“Kata nak ajak makan apasal pulak datang kat rumah ni.” Aku tergagap-gagap dan masih lagi teragak-agak nak keluar dari kereta.
“Inilah rumah saya, saya memanglah selalu balik makan kat rumah sesekali aje saya makan kat kedai itupun kalau mak saya tak marah. Heh! Apa tunggu lagi jomlah kan nak balik pejabat lagi, kalau tunggu awak dok berangan tak kemana bergeraknya.
“Makan kat rumah Tuan, saya.......
“Takut ye. Maklumlah nak jumpa mak mertua, takpe saya ada but please don’t call me tuan. Peringatan yang terakhir. Jom.” Razlan mengatur langkah masuk keperkarangan rumahnya dan aku masih dalam kebingungan, Razlan ni pun satu hal dalam keadaan macam ni pun dia boleh bergurau dengan dahlah gurauan tahap cipan nak mampus. Nak tak nak aku terpaksa juga gerakkan kaki aku melangkah masuk ke rumah Razlan. Hati rasa berdebar aje, betullah apa yang Razlan cakapkan rasa macam nak jumpa mertua pulak. Gila ke apa aku ni. Kalaulah Amirul macam Razlan tentu aku rasa tak tersisih macam ni.
“Assalamualikum.......
“Waalaikumussalam.... dah balik pun jenguh mak menunggu, ayah kau tu dah bersungut lapar tunggu kau balik. Heh! Ada tetamu rupanya, kenapa tak bagitau boleh mama masa lebih sikit, ni lauk biasa-biasa aje.” Aku menghur tangan untuk bersalam dengan mama Razlan. Aku hanya tersenyum bila di sapa dengan mesra olehnya. Hilang sedikit darah gemuruh aku ni.
“Balik lambat bukan apa tunggu Sya bersiap, biasalah mama orang pompuan entah apa yang disolek pun saya tak tahu.” Razlan mengerling kearah aku. Aik! Aku lagi yang kena dia yang bawa kereta terhegeh-hegeh salahkan aku pulak. Aku kenakan dia sekali aje tapi dia kenakan aku berkali-kali. Aku hanya tersenyum sekadar nak ambil hati mak Razlan takut nanti apa pulak yang dikata.
“Heh! Mestilah nak kelihatan cantik kan, sapa namanya tadi.”
“Saya Syakilla, makcik boleh panggil saya Sya aje.” Aku membetulkan kain tudung aku dah takde apa yang nak dibuat, jahanam betullah Razlan ni. Aku jadi serba salahlah pulak.
“Ooo....Syakilla sedap nama tu, eh! Kita ni borak-borak jugak marilah boleh kita makan sama-sama tapi maaflah Sya lauk ala kadar aje, tulah Razlan nak ajak kawan tak cakap boleh makcik masak lebih sikit.” Kecoh jugak maknya Razlan ni.
“Takpelah makcik saya tak kisah mana.” Aku ke dapur mengekori langkah mak Razlan, ayahnya dah siap menunggu rupanya. Ayahnya sekadar menganggukkan kepala bila melihat aku. Aku hanya tersengih saja. Aku berpaling ke belakang tapi tak nampak pun kelibat Razlan. kemana pulaklah ‘orang tua’ ni.
“Makanlah Sya jangan malu-malu. Tak cukup nanti makcik masak lain.” Maknya Razlan mengisi nasi dan lauk kedalam pinggan aku bila dilihat aku sedikit kekok. Aku menelan air liur bila lihat masakan yang terhidang bawah saji. Kata tak banyak lauk ni aku tengok maunya boleh makan untuk 10 orang. Macam-macam ada. Chewah! macam astro pulak.
“Takpelah makcik lauk ni pun dah banyak, alhamdulillah ada rezeki saya hari ni, biasa saya jarang makan nasi.” Aku mengambil seekor udang masak merah. Aku menyuap suapan yang pertama, sedapnya tak terkata aku.
“Tak makan nasi? habis tu Sya makan apa.”
“Saya kadang tu makan roti tak sempat nak masak kecuali kalau hari minggu barulah saya ambik masa dok kat dapur.” Aku bercerita lagi walaupun dalam suasana makan. Kalu tau dek ayah aku ni makan sambil berborak mampus aku kena lekuk kepala. Tapi takpelah ayah bukannya ada kat sini. Ternyata seronok juga berborak dengan mak Razlan. Aku nampak mak Razlan terangguk-angguk dengan penjelasan aku.
“Sya sama pejabat dengan Razlan ke? Tanya ayah Razlan setelah sekian lama mendiamkan diri, mungkin enggan bercakap bila tengah makan cuma aku aje yang tak reti tengah makan boleh lagi bercakap dan tengah bercakap aku boleh lagi makan.
“Ye! Saya satu pejabat dengan Razlan bahagian ajelah lain, saya pembantu design.” Aku meneguk air sirap yang telah disediakan terasa nyaman tekak aku ni.
“Ooo... macam tu, macamana dengan sikap Razlan kat pejabat suka buli orang ke tak.” Ayah Razlan cuba mengorek rahsia dari aku. Tapi belum aku jawab Razlan muncul dengan tiba-tiba. Nasib baik tak jawab lagi kalau salah jawab habis aku. Bukan aku tak tahu dengan perangai Razlan yang memang saja je cari silap aku.
“Takkanlah ayah nak korek rahsia saya pulak. Saya ni kat pejabat adalah bos yang paling baik sekali betul tak Sya.” Razlan tersenyum kearah aku dan mengambil nasi yang telah disediakan. Aku mencebik, baik konon blahlah tapi itu semua hanya dalam hati aku bukannya luahan mulut aku. Aku hanya mengiakan saja. Bodeklah ni.
“Saya ajak Jamil sekali makan tapi dia menolak.”
“Jamil baru aje balik, dia dah makan tadi, mak dah temankan dia makan tadi habis tu kau balik lambat sangat kesian pulak mak tengok Jamil.” Mak Razlan bangun menuju ke sinki. Aku pun menolong mak Razlan membasuh pinggan mangkuk walaupun beberapa kali ditegah olehnya. Takkanlah aku nak biarkan mak Razlan basuh sorang-sorang nanti dia kata aku kurang ajar pulak. Nasib baik juga sepanjang beberapa jam aku kat rumah dia ni Razlan tak kenakan aku kalau tak malu aku depan mak dan ayahnya. Takut diorang salah sangka pulak pada aku. Sesudah membasuh aku ke depan bersama dengan mak Razlan seronok semacam aje aku tengok mak dia ni. Ke dah berkenan kat aku. Cheh! Perasanlah pulak. Aku nampak Razlan sedang berborak dengan ayahnya, sesekali aku melihat jam yang dah hampir pukul 2 petang takkanlah tak nak masuk pejabat lagi. Aku taulah pejabat tu dia yang punya tapi aku ni macamana. Sampai kat meja depan aku tengok Razlan bangun menuju kearah aku. Kata-katanya buat aku terpana.
“Amacam seronok tak datang rumah mertua.” Razlan ketawa dan terus naik keatas mungkin juga untuk solat. Apa yang lucu pun aku tak tahu. Nasib baik aku dikecualikan hari ni kalau tak teruk juga aku ni. Aku memandang sekeliling takut ada yang mendengar perkataan yang keluar dari mulut Razlan, tiba-tiba mata aku terpaku pada mak Razlan yang baru keluar dari dapur, walaupun suaranya sekadar berbisik tapi aku rasa mak Razlan mendengar bisikan Razlan pada aku sebab aku nampak Maknya tersenyum sebaik saja berselisih dengan aku. Muka aku merah diserbu oleh perasaan malu. Aku dah jadi gelabah satu macam aje. Dah buang tabiat ke dia ni. Lain kali jangan haraplah aku nak keluar lagi dengan dia. Tobat aku. Aku duduk di kerusi yang bertentangan dengan ayah dan mak Razlan.
“Dah berapa lama Sya kerja dengan Lan ni.” Ayah Razlan bertanya tanpa sedikit pun memandang ke arah aku. Matanya masih tertumpu tepat pada akhbar yang dibaca.
“Lama tu taklah lama sangat adalah 8 bulan.” Aku mengira-gira sendiri dalam kepala sebab tak berapa ingat. Itupun nasib dapat kerja sebaik aje aku menamatkan pengajian aku di peringkat dploma.
“Kiranya baru lagilah ni, Sya ada berapa orang adik beradik? Tanya mak Razlan pulak, ingatkan dah habis tanya.
“Saya 2 beradik, saya yang nombor 2, yang sulung abang.”
“Abangnya kerja sini jugak ke?
“Taklah sebenarnya abang saya dah meninggal, kemalangan masa nak ambil SPM dulu.” Sayu hati aku bila menginggatkan kembali keadaan abang aku masa berlanggar dulu. Kalau boleh aku taknak orang ungkit pasal abang aku lagi.
“Maaf Sya makcik tak tahu pulak.” Mak Razlan memegang erat tangan aku. Digosoknya tangan aku , lembut usapan seorang ibu ingatan aku kembali kepada mak dan ayah aku apa khabar agaknya diorang kat kampung.
“Itulah awak kalau bertanya kalau tak sampai ke akar umbi tak sah, kau janganlah ambil hati sangat Sya, makcik kau ni memang macam ni. Soal siasatnya mengalahkan polis, polis pun tak macam tu.” Sampuk ayah Razlan. Aku memandang kearah pintu besar, aku mengintai bayang Razlan tapi hampeh langsung tak kelihatan kemanalah mamat ni pergi.
“Takpelah pakcik saya tak kisah kalau tak tanya mana nak tahu kan.”
“Betul tu Sya, kadang tu pakcik kau tu yang lebih makcik ni bukan apa jarang dapat berborak macam ni, lagipun makcik takde anak pompuan kalau ada tu bolehlah jugak berkongsi pendapat ni nak harapkan pakcik kau jangan bermimpi.”
“Razlan kan ada.” Aku sekadar berbasa-basi dengan mak Razlan .
“Razlan? Paergi pagi bailk malam, haram nak berjumpa itu pasallah makcik ni masuk juga banyak persatuan wanita kalau tak boleh jadi gila makcik duduk kat rumah.” Belum habis berborak kedengaran bunyi deringan telefon dari arah dalam rumahnya. Mak Razlan bingkas bangun dari kerusi menuju kearah telefon yang asyik menjeri itu. Seketika kemudian terdengar suaranya memanggilayah Razlan. Ayah Razlan bangun menuju kedalam rumah dan tinggallah aku terkontang-kanting seorang diri kat luar rumah ni. Aku ternampak satu kolam macam kolam ikan aje. Aku melangkah kesana. Memang ye pun, banyaknya ikan, aku leka seketika disitu. Aku berkira-kira dalam hati aku kalau Razlan tak datang lagi dalam 10 minit aku akan balik sendiri ke pejabat. Lambat nanti aku jugak yang kena. Tiba-tiba aku terpandang satu susuk tubuh yang sedang membelakangkan aku. Aku berjalan menuju kesana, aku lihat seorang lelaki yang sedang menyandar pada kerusi dengan mata yang terpejam dan ditangannya memegang sebatang pensil dan di depannya terdapat lakaran-lakaran lukisan bersepah diatas meja. Aku berkira-kira dalam hati mungkin dia ni seorang pelukis kot. Aku berdehem sekadar untuk memberitahu kedatangan aku. Nampaknya dia sedar kedatangan aku. Matanya dibuka dan lekas membetulkan kedudukannya.
“Maaflah kalau saya menganggu kebetulan saya lalu kat sini ternampak Encik tengah duduk disini.”
“Taklah, saya saja duduk kat sini mana tau kot-kot datang ilham, tapi tak payahlah berencik dengan saya, saya Jamil.” Jamil mengambila aku sebuah kerusi dan mempersilakan aku duduk.
“Jamil? Adik Razlan ye.”
“Yelah tu, jadi awak ni kawan abang Lan, taknak perkenal diri ke.”
“Sorry, lupa nak perkenal saya Syakilla tapi panggil aje Sya cukuplah. Jamil pandai melukis.”
“Kalau dah duduk tertonggok kat sini cari ilham memanglah saya pandai melukis lagipun saya memang ambik bidang seni halus takkanlah tak pandai melukis, Sya pandai melukis? Jamil tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kanannya. Hensem jugak adik Razlan ni nasib aku dah ada tunang kalau tak aku mengurat juga.
“Tak. Sikit-sikit aje Tapi saya minat sangat melukis, terutamanya lukisan permandangan ditepi laut. Hati boleh jadi tenangkan bila dapat luahkan apa yang tersirat dan tersurat. Sayangnya saya tak pandai melukis.”
“Pelik. Minat melukis tapi tak pandai melukis baru hari ni saya dengar kata-kata yang macam ni sebab setahu saya bila dah minat melukis mestilah pandai melukis, takkanlah orang lidi pun tak pandai lukis.” Jamil menjeling kearah aku. Aku ketawa kecil.
“Setakat orang lidi tu bolehlah nak lukis bagi nampak real tu yang susah.”
“Takde benda yang senang dalam dunia.” Aku menggangguk mengiakan kata-kata Jamil. Memang betul dalam dunia ni takde benda yang senang tambah-tambah kalau duit takde lagilah susah, bayangkan nak masuk tandas pun kena bayar 20 sen.
“Memang betul. Dalam dunia ni takde satu benda pun yang senang kan.”
“Kalau Sya nak belajar melukis saya boleh tunjukkan.” Satu offer yang cukup menarik dari Jamil. Kalau aku terima aku terpaksalah kena bahagikan masa dengan tepat.
“Boleh juga tapi buat masa sekarang ni tak boleh lagi kot. Sekarang ni sibuk sikit nantilah kalau Sya lapang dan kalau Jamil pun lapang bolehlah. Nanti Sya telefon Jamil ye.”
“Okey takde hal punya. Sebelum tu bak sini telefon Sya.” Jamil menghulurkan tangannya. Aku keliru.
“Nak buat apa? Satu soalan yang bodoh dari aku.
“Kata nak telefon Jamil, kalau takde nombor macamana nak telefon.” Jamil senyum kearah aku.
“Oh! Ya, sorry, nah!” Aku memberi telefon aku. Aku cuma memerhatikan Jamil yang khusyuk menekan satu persatu kunci nombor pada telefon aku.
“Wah! Seronok berbual sampaikan saya datang pun tak sedar apa yang korang bualkan.” Razlan menuju kearah kami yang sedang leka berbual dan bertukar-tukar nombor telefon. Harap Razlan tak tahu yang aku ada ambil nombor telefon adiknya, kalau tak mampus aku kena kutuk. Razlan membetulkan butang baju kemejanya. Aku menelan air liur bukan apa aku takut Razlan marahkan aku mungkin juga dia dah cari aku tadi kat depan kot. Aku cepat-cepat bangun.
“Takde apalah bang, saja je bual-bual kosong, abang dah nak balik ke pejabat ke?
“Ha’ah lagipun dah lewat sangat. Sya takkanlah awak nak duduk kat sini sepanjang masa awak, taknak balik pejabat ke? Dah pukul berapa ni? Razlan merenung kearah aku tak tahulah renungan marah atau renungan manja, dalam hal ni asyik aku aje yang kena. Dia yang lambat bersolek mengalahkan pompuan marahkan aku pulak. Aku melangkah mengikut langkah Razlan.
“Lain kali kalau senang datang lagi ye Sya, boleh kita berborak lagi.” Terdengar laungan dari Jamil. Aku berpaling dan sempat melemparkan senyuman sambil melambaikan tangan kearahnya. Seronok juga berbual dengan Jamil. Perangai diorang ni jauh berbeza dan aku senang dengan Jamil. Jamil banyak bercerita soal kehidupan, mungkin sebab Jamil ni orang seni berbeza dengan Razlan yang lebih banyak menyakitkan hati dan asyik nak mengenakan orang aje. Sebelum masuk ke kereta aku sempat bersalam dengan mak dan ayah Razlan.
“Lain kali kalau Sya senang datanglah ye rumah makcik sentiasa terbuka, lagipun makcik sorang-sorang aje kalau ada orang tu seronok juga berbual.”
“Insyaallah makcik, Sya minta diri dulu.” Aku terus masuk kedalam kereta memandangkan Razlan yang tak habis-habis asyik menekan pedal minyak aje. Kereta Razlan bertembung dengan sebuah kereta wira yang aku tak tahu siapa pemiliknya cuma yang aku nampak Razlan sekadar mengangkat tangan. Kereta Razlan memecut lagi membelah kesibukan di jalanraya. Sebelum tu aku sempat memandang wajah perempuan tu agak masam, mungkin dia tu kekasih Razlan tak. Mungkin juga, aku hanya memandang sekilas pandang pada Razlan untuk melihat reaksi Razlan tapi aku nampak Razlan tenang aje memandu mungkin juga telahan aku ni tak tepat kot. Hish...apalah aku ni asyik sibuk pasal masalah orang aje, masalah aku pun tak habis. Aku memerhati keadaan kereta yang bergerak agak perlahan, aku mengeluh sendirian.
“Anak dara tak baik mengeluh” Razlan memecahkan kesunyian antara kami. Tangannya mengetuk-ngetuk stereng kereta untuk menghilangkan rasa tension yang melanda akibat dari kesesakan lalulintas.
“Mana ada saya mengeluh,”aku cuba menafikan walaupun memang ternyata ianya keluar dari mulut aku.
“Sya marah saya ke? Razlan jadi serba salah bila dilihat aku menjawab acuh tak acuh. Aku hanya mendiamkan diri aje malas nak menjawab. Kalau jawab nanti aku juga yang kena. Cukuplah apa yang Razlan dah kenakan aku masa kat rumah dia tadi nasib cepat aku larikan diri dari mak dia kalau tak entah apa-apa lagi yang dia cerita tak tahulah. Rasa malu aku masih berbekas dalam hati aku.
“Kalau Sya marahkan saya, saya minta maaf okey, sebenarnya takde niat pun nak sakitkan hati Sya, saya sekadar nak bergurau.” Ternyata Razlan masih lagi memancing aku untuk bercakap dengannya.
“Bergurau pun ada tempatnya, saya tak suka. Manalah tahu kalau keluarga Tuan salah sangka pada saya. Nanti apa pulak kata mereka tak pasal-pasal saya kena gossip pulak.” Aku meluahkan perasaan marah aku yang terbuku sejak dari tadi dah terlanjur Razlan buka jalan ni aku apalagi balunlah dia cukup-cukup tapi aku yakin lepas ni aku yang akan kena balik. Aku tengok jam dah lewat benar aku ni masuk pejabat, nanti apa pulak kata kawan sekerja aku. Hati aku dibalut rasa risau. Bertambah risau bila dilihat keadaan langit yang hitam semacam aje.
“Kalau Sya marah sekali lagi saya minta maaf, tapi apa yang saya cakap tu memang betul, saya suka pada Sya, tak salahkan. Satu hal lagi yang nak saya tekankan kat sini tolong jangan panggil saya tuan boleh, saya Sya berkeras juga nak panggil tuan Sya akan saya denda.” Selamba aje Razlan mengeluarkan kata-katanya. Aku pulak yang terperanjat beruk mendengar kata dari Razlan. ‘kena denda’ apa buang tabiat pulak mamat ni, aku berkira-kira samada nak panggil ke tak tapi bila mengenangkan perkataan denda tu yang tak sedap tu, kepala hotak dia ni bukannya betul sangat.
“Awak jangan nak merepek pulak, saya kan dah bertunang tak elok kalau awak cakap macam tu, keluar ni pun saya tak minta izin dengan tunang saya tu dah kira satu kesalahan.” Aku menjeling kearah Razlan yang tersengih dari tadi.
“Tau takut.” Macam nak pecah perut Razlan menahan ketawa dia bila di dengarnya Sya membahasakannya ‘awak’ takut juga dengan ugutan aku ni.
“Takut apa pulak.” Aku keliru dengan ayat yang terkeluar dari mulut Razlan.
“Tu, Sya dah tak panggil saya tuan lagi, maknanya taktik saya menjadi. Apa yang Sya nak takutkan, Sya kan cuma baru bertunang belum kahwin lagi rasa-rasa saya ni masih ada peluang lagikan.” Macam kerang busuk aku tengok Razlan tersengih apa punya oranglah tak faham bahasa betullah. Aku pun malas nak berbual lagi. Aku ambil langkah untuk mendiamkan diri. Bercakap banyak dengan Razlan buat aku rasa sakit hati sangat. Masa aku solo dulu takde pun nak mengurat aku bila aku dah bertunang barulah nak pikat aku. Aku terfikir tentang Amirul, ingat ke Amirul pada aku. Entahlah aku sendiri pun tak tahu jawapan pada soalan aku ni. “Kalau saya ajak Sya datang lagi rumah saya, Sya nak tak” mamat ni tak habis lagi bercakap aku nidah malas sangat nak melayan.
“Tengoklah.” Jawapan yang pendek dari aku itu disambut dengan cebikan bibir dari Razlan. Tak puas hatilah tu. Razlan membelokkan keretanya menuju kederetan kedai. Keretanya di parking betul-betul dihadapan sebuah kedai buku Sinar Ilmu.
“Saya nak ke kedai buku kejab, Sya nak ikut atau nak tunggu kat sini aje.” Razlan keluar dari perut kereta.Ikutkan hati malas nak turun dari kereta biar Razlan aje yang pergi tapi baru aku teringat, aku tak beli lagi majalah APO? Bulan ni. Aku pun turun sama ke kedai buku. Mata aku meliar mencari majalah APO? Takkanlah dah habis kot. Nasib aku baik bila aku terjumpa majalah APO? Terselit ditengah-tengah buku lain. Sambil-sambil tu aku melihat buku lain. Terpandang novel Ramlee Awang Murshid, rasanya aku tak baca lagi buku ni. Aku membelek tajuk novel tu Cinta Sang Ratu. Yelah memang aku tak baca lagi nikan sambungan dari Bagaikan Puteri. Nasib baik aku turun kalau tak terlepas aku sambungan novel ni. Aku ke kaunter bayaran. Sesudah menjelaskan bayaran aku terus ke kereta. Aku mencari kelibat Razlan yang dah hilang dari pandangan aku. Sampai kat kereta aku nampak Razlan dah menunggu aku dalam keretanya. Macamanalah aku boleh tak perasaan yang Razlan dah keluar masa tu. Malunya aku. Tiba-tiba mata aku tertumpu pada seseorang yang amat aku kenali. Amirul. Apa dia buat kat sini. Baru aje nak panggil aku nampak Amirul sedang bercakap dengan seorang perempuan yang membelakangi aku. Aku cuba meninjau untuk melihat siapa perempuan tu. Hasrat aku tak tertunai bila Razlan menyuruh aku cepat masuk kedalam kereta. Aku masuk ke dalam kereta dengan perasaan yang bercampur baur. Agaknya itulah kekasih Amirul sebab aku perasan uniform putih yang tersarung. Itu uniform jururawat. Sah! Memang Amirul dengan kekasihnya. Beruntungnya orang, aku yang bertunang orang lain yang dapat keluar dengan tunang aku jadi selama ni memang Amirul takde perasaan pada aku, aku aje yang perasan. Hati aku jadi sedih. Baru aku tahu diri aku tak mendapat tempat di hati Amirul. Aku cuba berlagak seperti biasa aku tak nak Razlan syak apa-apa.
“Lamanya Sya kat kedai, beli buku apa”
“Hmm...Sya beli novel dan majalah APO? Aku menjawab sambil lewa aje. Aku langsung takde mood untuk berbual. Hati aku sedikit terganggu dengan apa yang aku lihat walaupun aku tahu aku tak sepatutnya meletak harapan yang tinggi pada Amirul tapi dia tunang aku.
“Hah! Majalah APO? Tak pernah dengar pun kalau novel tu okeylah.”
“Tu majalah kartun awak bukannya minat.”
“Awak ni Sya majalah kartun baca, cubalah baca buku yang mencabar sikit minda, tu pasallah minda awak tak terbuka.” Razlan membebel tak tentu butir sebab fokus aku tak kearah bebelan Razlan. Fikiran aku menerawang kearah lain. Sebaik aje kereta Razlan berhenti aku cepat-cepat keluar tanpa menunggunya walaupun telinga aku mendengar laungan dari Razlan. Lantaklah dengan Razlan, banyak lagi kerja yang aku nak buat. Sampai aje kat pejabat banyak mata yang memandang tapi aku buat tak tahu aje. Aku membelek lagi pakaian yang aku ambil tadi tapi sayang tumpuan aku tidak kearah itu. Gara-gara Amirul aku kehilangan tumpuan kerja aku. Kalau tak kerana Razlan tentu aku dapat tengok siapa perempuan yang bersama dengan Amirul tadi. Dari pengamatan aku tadi, aku rasa macam aku kenal aje perempuan tu berdasarkan bentuk tubuhnya walaupun perempuan tu membelakangkan aku tapi aku tak dapat ingat siapa yang mempunyai bentuk seperti itu. Aku tersedar dari lamunan aku yang panjang bila terdengar suara yang riuh rendah, aku pandang keliling aku nampak semua orang sedang berkemas. Aku memerhati jam di tangan aku.Ah! ternyata terlalu panjang lamunan aku. Sedar tak sedar dah pukul 5 .30 petang patutlah semua berkemas. Aku bangun sama naik dengan orang lain untuk balik hari ni mood aku semuanya dah terbang melayang. Aku capai beg tangan aku kemudian terus aku melangkah turun kebawah menuju ke perhentian bas. Lambatnya bas hari naik lenguh kaki aku menunggu. Aku berlegar-legar disitu sekadar nak kurangkan rasa lenguh kaki aku. Tiba-tiba aku teringat yang aku tertinggal baju yang sepatutnya aku bawa balik. Aku pandang kearah jalan bas masih tak kelihatan agaknya sempat kalau aku naik semula ke pejabat. Cepat-cepat aku ke seberang jalan balik untuk ambil baju aku yang tertinggal sebab kalau boleh aku nak serahkan pada Johan dalam minggu ni juga. Aku naik keatas separuh berlari dan separuh berjalan rasa macam nak meletup jantung aku akibat kepenatan yang teramat sangat. Aku pulas tombol pintu nasib baik tak berkunci mungkin juga Razlan atau Johan belum lagi balik. Aku memerhati bilik Razlan tapi nampak gelap aje. Aku perhatikan pulak bilik Johan nampak cerah. Mungkin Johan yang masih lagi di pejabat. Cepat-cepat aku capai baju yang aku letakkan atas meja tadi. Baru aje nak melangkah keluar aku terdengar bunyi benda jatuh dari bilik Johan. Aku sedikit terkejut takut apa-apa yang berlaku aku terus melangkah kebilik Johan, baru aje nak buka pintu, pintu bilik tu dah terbuka sendiri dan aku sendiri terjatuh akibat dilanggar oleh seseorang yang aku tak sempat nak perhatikan wajahnya rasa aku ianya seorang lelaki. Sakit badan aku aku macam nangka busuk yang jatuh aje.. Aku cuba bangun untuk mengejar orang tapi bayang pun dah tak kelihatan. Sambil mengosok belakang aku yang agak sakit ni aku kembali semula ke bilik Johan. Aku begitu terkejut bila aku lihat Johan yang agak bersepah. Aku berfikir sendirian apa yang aku harus buat. Aku capai telefon dan pantas menelefon ke rumah Razlan berdasarkan buku telefon Johan yang aku temui di atas meja. Agak lama aku menunggu barulah telefon diangkat.
“Assalamualikum.....
“Waalaikummussalam. Sapa tu” kedengaran suara perempuan yang menjawab.
“Eerr....Razlan ada.” Aku bertanya tanpa memperkenalkan diri aku. Harap-harap dapatlah aku bercakap dengan Razlan, aku sendiri pun takut lama-lama kat pejabat ni manalah tahu kot-kot lelaki tu datang semula mau mati aku. Seram aku bila ingat semua.
“Razlan takde, dia belum sampai lagi, boleh makcik tau sapa tu?
“Saya Sya, teman kerja Razlan.” Rasa-rasa mak Razlan yang angkat telefon tu.
“Laa..Sya, ada apahal, Lan tak balik lagi, Sya dah balik ke.” Ramahlah pulak mak Razlan ni.
“Belum lagi makcik masih kat tempat kerja, ada perkara nak tanya tu pasallah Sya telefon kalau macam tu takpelah, terima kasih ye makcik.”
“Yelah.” Aku meletak gagang telefon apa yang harus aku buat Razlan takde takkanlah aku nak buat tak tahu aje, akhirnya aku ambil keputusan untuk telefon Johan, dengan tangan yang separuh mengigil aku menelefon Johan. Nasib Johan ada kalau tak aku tak tahu nak buat apa. Hari pun dah bertambah malap. Sememangnya aku takut bersendirian disini kalaulah aku tahu tentu aku tak pusing balik tadi.










BAB 13

Razlan memandu masuk ke perkarangan rumahnya. Selepas mengunci keretanya Razlan terus melangkah masuk kerumahnya. Kepulangannya disambut oleh senyuman maknya yang ternyata masih ada serinya dikala dimamah usia. Razlan menyalami tangan maknya.
“Baru balik Lan.”
“Ha’ah mak, aduh! Sakitnya pinggang, letih sangat.” Razlan duduk disamping maknya yang asyik tersenyum dari tadi lagi.
“Banyak sangat ke kerja sampai mengaduh sakit pinggang ke merayau dengan mata air.” Puan Aini cuba memancing minat Razlan untuk bercerita pasal Sya. Ikut perkiraan mata tuanya dia dapat rasa yang anaknya suka pada Sya. Tapi tak tahulah nak tanya takut tersilap perkiraan.
“Mata air mana ni, mak ni saja je nak kenakan Lan kan.hari ni Lan betul-betul penat banyak kerja nak kena buat tak campur lagi dengan masalah yang timbul. Hmm.....kerja susah takkerja pun susah tak tahulah nak cerita macamana.” Razlan mengeluh sendirian. Banyak yang dia harus fikirkan. Lebih-lebih lagi bila fikirkan pasal sikap Syakilla. Entah mana silapnya tiba-tiba aje berubah. Takkan pasal aku bergurau tu pun nak marah, aku kan dah minta maaf. Susah betul nak fahami hati pompuan. Tambah-tambah hati Syakilla. Angin satu badan jugak Syakilla ni. Walaupun aku tahu dia dah bertunang tapi entahlah semakin hari dia rasa semakin dia sayang pada Syakilla.
“Baik ye budak Syakilla tu, mak suka sangat bersemabang dengan dia, lain kali kalau ada masa Lan ajaklah lagi Syakilla datang ye.” Ujar Puan Aini lagi bila dilihat tiada respon dari Razlan.
“Hish...mak ni nak buat apa ajak datang lagi sekali cukuplah mak.” Razlan terkejut bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut maknya. Suka sangat ke mak aku ni pada Sya.
“Takpelah datang banyak kali pun, mak tanya boleh?
“Tanya pasal apa pulak mak. Razlan menegak badannya di sofa. Entah apa pulaklah yang mak nak tanya dia. Razlan mencapai air oren yang telah sedia ada di atas meja. Dia meneguk dengan rakusnya, nyaman rasa tekaknya yang dari tadi tak menjamah sebarang minuman.
“Lan suka pada Syakilla ke.” Hampir tersedak tekaknya, nyaris tak tersembur air yang dia minum.
“Apa mak cakap ni.” Razlan mengesat kesan air dimulutnya.
“Betullah, mak tengok Lan bukan main lagi asyik dok mengiat aje sampai malu Sya tu mak tengok, kalau Lan suka pun bagus jugak, mak pun berkenan. Mak pun dah tuan Lan nak jugak tengok bakal isteri kau, anak-anak kau. Mak ni bukan apa takut tak sempat.”
“Hish...apalah mak ni cakap macam tu, kalau ada jodoh Lan kahwinlah, kalau takde nak buat macamana.”
“Memanglah ikut jodoh tapi kalau tak cari macamana jodoh tu nak datang. Ni hah dah ada depan mata apa tunggu lagi. Mak tak kisah sapa janji jangan jadi macam hari tu. Mak malu sangat.” Tak dapat Puan Aini lupa apa yang berlaku antara Razlan dengan Linda. Masa tu tak tahulah mukanya suami isteri nak taruk kat mana. Tapi itu semua dah lama berlalu walaupun parutnya masih berbekas.
“Depan mata apanya mak. Kalau mak nak tahu Sya tu dah bertunang.”
“Apa? Dah bertunang. Kau biar betul Lan.” Terlopong mulut Puan Aini bila diberitahu bahawa Sya dah bertunang. Mungkin kecewa, macam dia jugak bila dengar yang Sya nak bertunang.
“Betullah tu.”
“Habis tu kalau dia dah bertunang buat apa kau ajak dia keluar, kan susah kalau tunang dia tahu, kau jangan nak buat pasal pulak Lan.”
“Alah apalah salahnya saya bukan buat apa-apa pun dengan dia sekadar keluar makan, bukannya buat maksiat. Dahlah mak saya nak naik atas dulu, ayah kemana tak nampak muka pun. Meliar mata Razlan mencari kelibat ayahnya. Baru dia sedar dah lama berbual langsung terlupa pasal ayahnya.
“Ayah kau kemasjid, hari ni ada ceramah agama.Oh! Ya lupa mak nak bagitau, petang tadi puas Linda tunggu kau, bosan menunggu terus balik, masam aje muka dia kenapa dengan Linda tu? Puan Aini menukar topik lain bila hajat hatinya tak kesampaian nak mengorek pasal diri Syakilla. Hampa sungguh rasanya.
“Entah. Linda tu bukannya mak tak tahu. Nak kena ikut kepala dia aje.”
“Susah-susah sangat Lan sambung ajelah balik hubungan yang terputus dulu dengan Linda semula, mak tengok pun Linda tu pun selalu sangat ke sini, dia suka Lan lagi kot.”
“Taknaklah mak, cukuplah apa yang dia buat dulu, saya dah serik. Sakit hati saya ni masih tak hilang lagi mak. Setakat kawan bolehlah.”
“Kau berdendam dengan Linda.” Puan Aini memandang riak wajah Razlan.
“Nak dendam buat apa, rugi masa saya aje, cari awek lagi bagus.” Seloroh Razlan. Puan Aini hanya tersenyum.
“Laa...lupa lagi nak bagitau Lan, mak ni dah nyanyuk agaknya asyik lupa aje.”
“Apa dia mak, cepatlah sikit, Lan nak naik mandi meekit sangat badan Lan bau pun dah satu macam aje.”
“Tadi, Sya ada telefon katanya ada hal pejabat.” Puan Aini berfikir sejenak samada betul atau tidak apa yang disampaikan.
“Hal pejabat? Pasal apa agaknya.” Razlan mengerut dahinya memikir sesuatu. Tak pernah pulak Sya telefonnya.
“Masa tu Sya ada cakap dia ada kat mana.” Tanya Razlan lagi pada maknya.
“Ada. Sya cakap dia ada kat pejabat, mak pun tak pastilah, Lan telefonlah dia balik.” Puan Aini berlalu dari situ bila terdengar orang memberi salam dari luar. Razlan berjalan naik keatas sambil tangannya mendial nombor pejabatnya. Telefonnya pulak dah kehabisan bateri. Lupa nak cas. Sial betul. Razlan turun semula ke bawah dan mencapai telefon rumahnya lantas terus mendial ke pejabat lama menanti barulah ada orang yang mengankatnya tapi bukan Sya sebaliknya Johan.
“Jo, kau kat pejabat lagi ke? Razlan agak kebingungan bila mendengar suara Johan sebab setahunya Johan dah balik bersama dengan dia tadi.
“Ha’ahlah, Lan boleh kau datang tak.”
“Bila”
“Malam nilah takkan tahun depan pulak.” Kedengaran suara Johan yang agak meninggi.
“Apasal pulak, aku baru aje sampai takkanlah nak pergi balik, penat pun tak hilang lagi.” Razlan tertanya dalam hatinya kalau Sya yang telefon dari pejabta tadi kenapa pulak Johan pun ada sama, macam dah berpakat aje.
“Ada orang masuk pejabat kita.”
“Hah! Ada orang pecah masuk, sapa” Razlan agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Johan. Jahanam sungguh sapa pulak yang pecah masuk tu apa agaknya yang dicari.
“Aku tak tahu, aku datang ni pun sebab Sya yang telefon aku.”
“Kenapa tak telefon aku awal-awal.” Hati Razlan sedikit membengkak.
“Aku dah cuba banyak kali pun tapi tak dapat, kalut sangat aku terlupa nak telefon rumah kau. Apa-apa pun kau datanglah, kalau boleh cepat sikit aku tunggu okey.” Belum sempat Razlan bertanya dengan lebih lanjut talian dah terputus. Razlan menepuk dahinya baru dia teringat yang telefonnya lupa dicaskan. Razlan meletakkan briefcasenya ditepi tangga dan bergegas ke keretanya.
“Macamana boleh jadi macam ni.” Razlan terus meluru kebilik Johan sebaik saja sampai. Terperanjat Razlan bila melihat keadaan bilik Johan yang bersepah. Terduduk Razlan sambil berfikir siapa agaknya yang nak menyusahkan hidup dia.
“Macamana ni Lan, nak buat report ke tak. Kalau nak buat aku telefon sekarang lagipun barang-barang ni aku tak usik lagi ni.” Johan meminta pendapat Razlan yang diam sejak dari tadi.
“Nanti dulu. Sebelum apa-apa baik kau tengok dulu barang apa yang hilang, kalau takde barang yang hilang rasanya tak payahlah kot.”
“Tak bolehlah macam tu Lan, nanti kalau jadi apa-apa lagi kan ke susah.” Razlan diam memikirkan kata-kata Johan. Cakap Johan tu ada betulnya tapi...
“Rasanya tak payahlah Jo, polis pun banyak lagi kerja lain yang dia nak buat setakat kes kecil macam ni buang masa aje.”
“Itulah orang kita, ada kes taknak lapor bila dah jadi teruk barulah nak pergi balai polis yang kau takut sangat nak pergi balai polis tu kenapa hah? Johan sedikit bengang dengan sikap Razlan yang memandang remeh aje apa yang berlaku.
“Bukan macam tu maksud aku Jo Cuma aku taknak kes ni jadi panjang bila dah jadi kes polis nanti takut kalau pelanggan kita hilang keyakinan pada syarikat kita lagipun banyak kerja nak kena buat. Aku harap kau faham bukan aku tak nak lapor tapi tulah macam yang aku cakap kat kau.” Razlan memegang bahu Johan. Johan diam tapi mengagguk tanda setuju dengan apa yang dicakapkan oleh Razlan.
“Oh! Ya macamana kau tahu hal ni, setahu aku kau dah balik sama dengan aku tadi.” Razlan baru teringat pasal hal tu sebab setahunya Johan sama beriringan dengannya ke tempat letak kereta.
“Sya yang telefon, nasib aku tak jauh lagi. Kebetulan aku singgah kat pasaraya beli barang. Kalau kau nak tahu lebih lanjut kau tanyalah Sya kat luar tu aku nak kemas balik mana tahu kot-kot ada yang hilang.” Johan pun mengutip satu persatu kertas-kertas yang berselerak baik diatas meja mahupun di bawah meja. Sapalah agaknya yang punya kerja dahlah aku ni malas nak kemas bilik ni sekarang tak pasal-pasal kena bersih semua ni. Johan mengomel sendirian. Razlan keluar dari bilik Johan menuju kearah Syakilla yang masih lagi terpaku dimejanya.
“Sya, boleh cerita sikit macamana perkara ni boleh berlaku, setahu saya awak pun dah keluarkan macamana awak boleh ada kat pejabat lagi.” Chewah! Razlan tanya aku mengalahkan polis pencenlah pulak. Takut pulak rasanya. Aku menelan air liur beberapa kali sebelum memulakan cerita.
“Memanglah saya pun dah balik cuma saya tertinggal barang kat pejabat, saya pun patah balik. Sampai kat pejabat saya tengok pintu tak berkunci jadi saya ingat ada lagi sapa-sapa yang tak balik lagi. Lagipun saya tengok bilik Johan terang, lagipun masa saya balik tadi tak perasan pulak yang Johan dah balik. Saya pun tak syak apa-apa jadi saya terus ambil barang saya masa nak turun saya dengar ada benda jatuh saya pun nak pergilah tengok. Masa tulah ada orang keluar dari pejabat Johan dan terus langgar saya. Saya tak sempat nak kejar orang tu dah hilang. Saya pun cari nombor telefon tuan, tapi tak jumpa yang saya jumpa telefon rumah tuan tupasallah saya telefon kat rumah tuan. Mak tuan cakap tuan tak balik lagi jadi saya pun telefonlah Jo nasib Jo tak jauh lagi terus dia patah balik.” Habis bercerita aku nampak Razlan terangguk mungkin puas hati dengan apa yang aku sampaikan. Tiba-tiba Razlan ketawa. Aku jadi takut pulak takkanlah sebab perkara macam ni dah bertukar jadi tak siuman pulak. Aku pandang Razlan untuk memastikan yang Razlan tak mengalami tekanan perasaan. Jangan-jangan Razlan tak percaya dengan apa yang aku bagitau tak. Aku pulak yang jadi keliru sekarang ni.
“Sya, awak ada hutang dengan saya.” Tiba-tiba Razlan mengeluarkan pernyataan yang tak masuk akal.
“Eh! Bila masa pulak saya berhutang. Sampai hari ni walaupun gaji saya tak seberapa tapi saya tak pernah pun hutang dengan orang apalagi dengan tuan.” Aku mengigit kuku aku sekarang ni bukan Razlan aje yang jadi tak betul rasanya kalau dibiarkan lama aku pun sama naik jadi tak betul.
“Tu...dah banyak kali Saya sebut ‘tuan’ kan saya dah cakap banyak kali hari tu. Awak mungkin lupa tapi saya tak.”
“Haa.....Ya! Allah takkanlah dalam keadaan macam ni pun dia boleh ambil kesempatan atas kealpaan. Belum sempat aku memanggil Razlan dah hilang. Aku tengok Razlan menuju kebilik Johan. Aku terpaku disitu tak tahu apa nak buat yang aku tahu suara ketawa Razlan masih lagi kedengaran. Entah apa yang lucu pun aku tak tahu. Aku memegang kepala aku macamanalah aku boleh lupa yang Razlan ni pun satu tak boleh tengok aku alpa sikit terus cari peluang.
“Macamana Jo, ada apa-apa yang hilang tak.”
“Rasanya takdelah Lan. Sebab aku dah susun balik semua tu tak jumpa pun apa yang hilang.”
“Apa agaknya yang diorang cari hah?
“Aku rasalah Lan diorang ni nak curi design kita kot, takkan kau dah lupa pasal kes Encik Basir hari tu.” Johan menopang dagu memandang Razlan yang duduk dihadapannya.
“Hmm.....mungkin juga ada kebarangkaliannya. Tak mustahi kalau ada orang datang nak mencuri lagi. Kau agaklah Jo design mana yang diorang nak rebut sangat tu.”
“Ikut mata kasar akulah rasanya projek rekaan yang resort Awana. Awana kan banyak cawangan jadi tak mustahillah jadi rebutan.”
“Boleh jadi jugak. Habis tu macamana dengan kertas kerja tu ada?
“Ada dengan aku, sebenarnya ikut aku nak tinggal aje tapi rasa tak sedap hati pulak tu pasallah aku bawa balik. Nasib baik aku bawa balik kalau aku tinggal teruk kita Lan.” Johan melurut rambut lurusnya yang sedikit masai ke belakang.
“Nasib kita baik kali ni Jo kalau tak habislah kita. Oh! Ya pasal kes Encik Basir hari tu aku dah tengok sapa pereka pakaian tu.”
“Sapa.” Johan menegakkan tubuhnya untuk mengetahui cerita sebenar. Akibat sibuk sangat dia sendiri hampir lupa pasal tu.
“Alvin.” Ujar Razlan pendek. Tangannya mengusap muka. Matanya dah terlalu letih sangat.
“Alvin Chia ke? Tanya Johan sekadar untuk kepastian walaupun dia memang kenal dengan Alvin.
“Sapa lagi, dialah.”
“Habis tu kau tak cuba nak hubung dia tanya pasal hal ni.”
“Dah tapi tak berangkat pun. Tengoklah kalau aku senang aku sendiri akan jumpa dia.” Razlan mematah-matahkah jari-jarinya untuk menghilang rasa lenguh pada tangannya.
“Tapi Lan aku agaklah rasanya orang dalam yang buat kerja ni. Kalau tak takkanlah senang-senang aje boleh masuk tanpa terkopak pintu tu. Kau rasa macamana.” Setelah sekian lama mendiamkan diri berfikir Johan bersuara.
“Aku pun agak macam tu juga. Kita kena buat sesuatu ni. Nantilah aku fikir. Buat masa sekarang ni lebih baik kita balik dulu kesian juga aku tengok Sya tu sorang-sorang kat luar.”
“Okeylah sebelum tu pastikan semuanya berkunci Lan dan mulai esok aku ingat nak tukar kunci bilik aku.” Johan bangun dan menyimpan semua fail-fail yang penting itu kedalam laci.
“Bagus jugak tu tapi kunci penduanya jangan pulak kau agih-agihkan.”
“Yelah tu, dahlah keluarlah aku nak kunci pintu bilik ni.” Johan menolak tubuh Razlan keluar. Tangannya pantas aje mengunci pintu biliknya. Aku nampak Razlan dan Johan keluar aku pun cepat-cepat bangun. Bukan apa nak minta kebenaran balik dah lewat sangat dah. Lambat-lambatkan tak balik aku.
“Err...kalau takde apa-apa Sya nak balik dululah. Dah lewat sangat rasanya takut takde bas pulak.” Aku memutar-mutar tali beg yang sarat dengan barang dah banyak beg doraemon pulak.
“Takpelah kalau Sya nak balik baliklah ke Sya nak tumpang saya.” Pelawa Johan tapi tak tahulah pelawa ayam atau betul-betul.
“Terima kasih ajelah Jo, Sya naik bas aje tak pun naik teksi. Kalau macam tu Sya turun dululah.” Belum pun turun aku dengar nama aku dipanggil oleh Razlan. Langkah aku terhenti manakala Johan terus menyusun langkah turun kebawah.
“Ada apa err...Razlan panggil saya.” Tergagap-gagap aku menyusun kata takut tersilap lagi.
“Hah! Kan macam tu bagus sedap sikit dengar tapi kalau tambah abang kat depan tu lagi sedap.” Razlan tersenyum. Eeii.... banyak songeh betul mamat ni.
“Macam ni Sya, awak balik dengan saya. Saya hantar awak.” Pantas aje tangan Razlan menutup semua suis lampu yang terpasang. Suasana bertukar menjadi agak malap setelah hanya 1 lampi aje yang tertinggal.
“Takpelah terima kasih aje, saya balik naik bas tak pun saya naik teksi.” Aku berpusing untuk turun. Pantas aje tangan Razlan memegang tangan aku. Aku cuba menarik tangan aku balik tapi ternyata pegangan Razlan lebih kuat.
“Apa ni Razlan.” Aku cuba tapi pegangan Razlan makin kuat. Dah naik hantu ke mamat ni.
“Balik dengan saya. Saya hantar awak nak malam sangat ni. Awak tu pekerja saya kalau jadi apa-apa saya jugak yang susah.” Razlan pantas menutup lampu yang terakhir dan mengunci pintu masuk pejabat. Dalam pada itu Razlan langsung tak melepaskan tangan aku. Pantas aje Razlan mengheret aku. Aku rasa macam orang buta pulak. Aku terpaksa bersaing dengan Razlan bilamana Razlan berjalan terlalu laju. Dalam pada itu hati aku rasa berdebar. Perasaan ni aku tak pernah rasa selama ni. Aku rasa macam ada satu tarikan magnet dalam diri aku. Takkanlah aku...... Sampai kat kereta barulah tangan aku dilepaskan. Aku mengosok pengelangan tangan aku yang rasa sedikit sakit dan juga sedikit kelainan. Aku buang jauh-jauh perasaan aneh yang muncul secara tiba-tiba dalam hati aku. Razlan bukakan pintu untuk aku. Siap tutup pintu sekali. Wah! Rasa macam tuan puteri pulak. Kan bagus kalau tunang aku macam ni tapi.... Alah Razlan ni pun tolong tutup pintu bukan apa mungkin jugak takut aku lari agaknya. Aku menyandar tubuh aku. Masuk kali ni dah 2 kali aku naik kereta Razlan. Bagus juga Razlan hantar aku, save duit aku.
“Sakit ke? Razlan bertanya sambil tangannya memasukkan kunci kereta lantas dihidupkannya bila dilihat aku mengosok –gosok tangan aku.
“Boleh tahan.” Acuh tak acuh aku menjawab yang sebenarnya aku masih terkejut dengan apa yang berlaku tak sangka Razlan berani pegang tangan aku. Jangan dia berani buat perkara lain dah lah.
“Tulah lain kali kalau orang ajak baik-baik terima ajelah ini tak banyak sangat dalih dia.” Razlan seolah-olah berleter pada aku. Tolonglah aku paling tak suka dengan suara nyanyian yang keluar dari mulut. Bingit campur bosan nantikan aku akan jadi menyampah pulak pada orang tu.
“Saya tu tak nak susahkan sapa-sapa. Lagipun laluan kitakan berlainan.” Aku memandang keluar cermin kereta. Suasana semakin bertambah gelap. Rasanya kalau aku balik naik bas mahunya sampai kemalam aku dok menunggu bas.
“Susahkan apa, dah saya yang sanggup nak hantar, saya hantarlah bukannya awak yang memandu.”
“Yelah tu.” Aku ni dah naik pening bila fikir semua ni. Masalah petang tadi pasal tunang aku pun tak selesai lagi ni di tambah pulak dengan masalah bos aku yang ntah apa-apa. Nasib akulah punya bos yang macam ni.
“Tu kalau dah jawab pendek mesti tak nak dengar apa yang saya nak cakap betul kan.” Jawab Razlan lalu memandang kearah aku dengan muka yang serius lagaknya macamlah aku ni pesalah yang sedang tunggu hukuman mati.
“Tau takpe.” Aku membuka beg tangan aku bila terdengar telefon bimbit aku berbunyi. Pantas aku lihat nombor yang tertera. Maria? Tak pernah pun telefon. Pantas aje aku bersuara bila terdengar suara Maria.
‘Kau balik tak malam ni.’
‘Mestilah balik, kalau aku tak balik aku nak tidur kat mana dalam setengah jam nanti aku sampailah kot. Kau tak payah risaulah.’ Aku bersuara dengan nada yang kalau boleh tu macam kentut dalam kain tak berbunyi tapi berbau sebab aku tak nak Razlan dengar perbualan aku.
‘Aku bukan apa Sya bimbang sangat biasa kau tak pernah balik lewat macam ni, aku takut kalau terjadi apa-apa kat kau. Kau kat mana sekarang ni?
‘Tak payah bimbang balik nanti aku cerita. Aku sekarang ni dalam perjalananlah. Okeylah ye. Bye.’ Lepas matikan telefon aku, aku berlagak macam biasa seolah-olah takde apa-apa yang berlaku. Aku tahu wajah Razlan menunjukkan rasa yang tak puas hati pada aku.
“Sapa telefon.”
“Kawan serumah.” Aku mengigit bibir aku kan betul apa yang aku kata tadi Razlan ni memang tak puas hati lagi tak tahu sampai hujungnya. Mengalahkan pompuan pulak.
“Kawan serumah? Cakap punyalah slow mengalahkan cakap dengan kekasih pulak janga-jangan tunang awak tak.” Razlan tersengih. Nak serkap jarang lagilah tu. Tapi sayang tak mengena.
“Mana ada, boleh tak awak pandu laju saya ni dah lewat sangat, esok nak kerja lagi.” Aku menyampah betul bila lihat cara pemanduan Razlan yang terlalu perlahan walhal bukannya jalan sesak pun.
“Awak gila ke Sya suruh saya pandu laju-laju, saya ni dahlah tak kahwin lagi ni, awak pula suruh saya bawa kereta laju-laju kalau kemalangan macamana tak ke kempunan saya. Hampeh betullah awak ni Sya.”
“Saya bukan suruh bawa laju macam mat rempit tu tapi lajulah sikit dari sekarang ni.” Aku mengeluh sendirian tak faham bahasa betullah mamat ni. Aku pun hairan apasallah mamat ni bawa kereta menglahkan pompuan naik jenuh aku atau saja-saj nak lambatkan masa. Aku perhatikan sekilas pandang pada Razlan. Sebenarnya mamat ni hensem juga. Kalaulah aku ni tak bertunang rasa-rasa aku rela diri aku ni dipikat oleh Razlan. Eh! Apa pulak yang aku dok lalut ni. Nilah akibatnya kalau mengantuk sangat khayal aje banyak. Jangan aku tertidur dalam kereta ni cukuplah. Buat malu aje.
“Tak boleh. Untuk pengetahuan awak saya ni jenis yang menghargai nyawa dan orang yang saya sayang dan juga orang yang kat sebelah saya ni.”
“lantak awaklah.” Aku dah tak kuasa nak layan kerenah dia. Kepala pun dah rasa berat sangat. Bila-bila masa aje boleh tertutup.
“Nak singgah minum dulu tak.” Razlan mencuit tangan aku bila dilihat aku asyik mengelamun dari tadi.
“Tak payahlah dah lewat sangat. Saya nak balik terus.”
“Okeylah kalau macam tu, saya hantar awak balik terus takut kan menangis pulak.”Razlan masih cuba memancing aku untuk bergaduh dengan tapi sorrylah aku tak berminat. Minat aku lebih tertumpu pada bantal dan katil. Razlan memberhentikan keretanya betul-betul dihadapan rumah aku, ingat lagi mamat ni jalan rumah ingatkan dah lupa.
“Terima kasih ye sebab hantar saya balik.” Aku turun dari kereta dan menutup pintunya.
“Sama-sama kasih. Tak nak jemput saya masuk ke? Razlan turun dari keretanya dan menuju kearah aku. Jemput dia masuk. Nak mampus dahlah hari dah lewat sangat jangan nak cari pasal pulak.
“Maaflah lain kali aje lagipun dah lewat sangat.”
“Okey nak buat macamana dah orang tak sudi. Oh! Ya esok saya jemput Sya boleh.” Satu offer yang cukup menarik dari Razlan tapi rasanya tak kot.
“Takpelah saya boleh naik bas aje, takut nanti buah hati awak marahkan saya pulak.” Tak semena aku teringat pada perempuan yang naik kereta wira hari tu. Rasanya itu kekasih dia kot lain macam aje tengok aku.
“Takpelah saya faham orang dah bertunang ni lain sikit perangai. Kalau macam tu saya minta diri dulu. Selamat malam dan jangan lupa sampaikan salam saya pada kawan awak tu ye.” Razlan terus memecut dan aku masih memerhatikan bayang keretanya yang hilang disebalik selekoh perumahan. Aku mengeleng kepala aku bila ingatkan perangai Razlan. Macam-macam hal. Aku terus membuka pintu pagar dan masuk kedalam. Aku perasan ada kelibat orang dari balik langsir. Siapa lagi budak 2 ekor nilah. Ni nampak aku balik dengan dihantar oleh bos yang kamceng sangat dia ni maunya gosip satu dunia. Masuk aje dalam rumah aku terus diserbu mengalahkan artislah pulak. Aku hanya mengelengkan kepala dan terus naik keatas. Aku perhatikan jam di tangga sikit lagi nak pukul 10. Mata ni rasanya dah tak larat sangat nak bertahan. Aku mencampak aje beg tangan atas katil dan terus capai tuala dan masuk bilik air. Satu hari tak jumpa air bau pun tak tahu nak cerita. Lepas aje mandi aku terus berehat atas katil. Sayup-sayup aje aku dengar pintu bilik aku diketuk dan kedengaran tapak kaki berjalan tapi sayang mata aku tak dapat nak buka. Selepas tu aku dah tak ingat apa-apa lagi.
BAB 14

Dari jauh dah dengar suara yang agak bising mungkin juga sedang bergaduh. Tapi tak jelas butir percakapan. Keadaan cuaca yang begitu panas memburukkan lagi keadaan. Amirul pantas aje mengikuti langkah makciknya yang menuju ke bangsal belakang.
“Makcik saya bukannya tak nak buat cepat tapi makcik pun harus faham j saya baru aje mula. Kalau boleh biarlah stabil dulu.” Amirul dah mati kutu dengan permintaan makciknya yang mahu cepatkan perkahwinan dia. Amirul dah habis ihktiar macam-macam alasan yang diberi tapi satu pun tak masuk.
“Cepat apanya 2 bulan dari sekarang takde cepatnya lagipun makcik bincang dengan makcik Leha diorang tak kisah mana yang elok diorang ikut. Nanti kalau tak cukup apa-apa makcik tambahlah.” Pantas aje tangan makcik Timah mencabut anak-anak rumput yang tumbuh meliar di tepi bangku duduknya. Amirul mengaru kepalanya yang sedikit gatal itu. Dia sendiri dah mati kutu rasanya. Perancangan orang tua yang dibuat tanpa pengetahuannya dirasanya amat menyusahkan.
“Bukan soal duit makcik, soalnya saya sendiri belum bersedia nak pikul tanggungjawab. Kami baru aje bertunang macamana perangainya saya tak tahu lagi kalau boleh biarlah saya kenal hati budi dia dulu.” Kaki yang berjuntai di naikkan keatas nyamuk banyak sangat berebut-rebut nak hisap darahnya.
“Makcik tahu hati budi Syakilla, mak bapaknya makcik kenal apa yang susahnya.” Anak-anak rumput yang telah dicabut diletakkan setempat supaya mudah membakarnya nanti.
“Tapi makcik....
“Awak ni pun apa salahnya kalau biar budak tu buat keputusan sendiri, betul cakap Amirul tu kita memanglah kenal dengan Syakilla tapi budak-budak ni yang masih lagi belum berkenalan yang awak ni nak buat cepat sangat tu kenapa? Sampuk pakcik Jamal yang baru aje balik dari kebunnya yang tak jauh dari rumah. Tong yang berisi racun rumpai diletakkan atas bangku. Dia mengesat peluh yang meleleh pada bahagian mukanya. Hari ni cuaca betul-betul panas. Disebabkan panas yang melampau dia ambil keputusan untuk balik lebih awal. Kerja meracun yang tinggal lagi sedikit itu akan dihabiskan esok aje.
“Rul ambilkan pakcik air sejuk segelas. Haus sangat rasanya.” Pinta pakcik Jaml pada Amirul yang tercegat sejak tadi. Kesian juga bila ditengok keadaan Amirul yang serba salah dengan keputusan yang di buat oleh isterinya. Nak ditegah rasanya dah berbuih mulut tapi sikit pun tak diendahkannya.
“Baik pakcik.” Bergegas Amirul masuk kerumah. Makcik Timah bangun dan duduk disebelah suaminya. Dia rasa tak puas hati bila suaminya itu menyokong amirul. Dia nak buat yang terbaik untuk anak saudaranya itu. Baginya itu pilihan yang terbaik. Dia tak nak Amirul bawa balik perempuan yang dia tak kenal. Susah kalau nak mengajr orang bandar lebih-lebih lagi tinggal kat kampung macam dia ni.
“Yang awak ni sokong sangat Amirul tu kenapa? Awak suka kalau tiba-tiba Amirul tak jadi berkahwin dengan Syakilla, saya tak nak dia bawa balik pompuan yang ntah apa-apa yang kita sendiri tak kenal.” Percakapan mereka terhenti bila nampak Amirul datang. Lepas aje beri air pada pakciknya Amirul minta diri untuk keluar sebentar. Bagi Amirul sendiri dia tak nak masuk campur dalam urusan mereka takut nanti dikatakan kurang ajar. Selama ni makcik dan pakciknya yang menanggung segala perbelanjaannya dari sejak ayah dan maknya takde sampailah sekarang. Biarlah dia tenangkan fikirangnya dulu kemudian baru dia berbincang lagi.
“Saya bukan nak sokong dia, awak tak kesian ke pada Amirul tu. Saya tengok sejak bertunang Amirul dah tak ceria macam dulu asyik mengelamun aje dengan budak-budak tu pun dah tak banyak bercakap. Awak janganlah memaksa sangat. Kesian dia.” Pakcik Jamal meneguk habis air yang diberi oleh Amirul tadi.
“Awak kata saya paksa dia, sampai hati awak. Saya dah anggap Amirul tu macam anak saya sendiri lagipun saya nak tengok Amirul gembira itu janji saya pada Arwahnya mak dan ayah Amirul.”
“Itu betul tapi tengok keadaanlah janganlah bagi tekanan sangat. Kalau dah jodoh dia tak kemananya. Tapi kalau takde jodoh dia dengan Syakilla kita nak buat macamana mungkin ada lagi jodoh yang lebih baik.” Pakcik Jamal meraup mukanya dia sendiri pun, bahang panas masih terasa ditambah pula dengan bahang pertengkaran dengan isterinya.
“Sya cari yang terbaiklah tu untuk Amirul. Awaka aje mamandai budak tu lebih awak aje yang lebih.”
“Ikut suka awaklah buatnya budak tu merajuk taknak balik sini lagi hah baru padan muka awak.” Pakcik Jamal bangun mengangkat tong racun kemudian terus kebawah rumah untu simpan tong racun itu. Pakcik Jamal menolak basikalnya dan dikayuh menuju ke warung Pak Seman. Disitu lagi tenang dari dia dengar leteran isterinya. Makcik Timah termangu seorang diri. Betul ke Amirul akan merajuk. Kalau merajuk.....dia jadi serba salah untuk meneruskan rancangannya itu. Perasaan takut bertandang dalam diri makcik Timah kalau betul-betul Amirul merajuk macamana. Malam ni dia akan berbincang semula dengan Amirul mengenai hal ni.
“Shah, Haikal, Husna, cepat mandi hari dah petang sangat ni nantikan berebut pulak bilik air karang.” Makcik Timah melaung nama ketiga-tiga anaknya tapi langsung tak mendapat respon. ‘hish...buat penat aku aje panggil sorang pun tak menyahut. Kemana sajalah mereka dah besar panjang pun masih nak bermain lagi.’ Makcik Timah mengomel sendirian. Terus aje dia menuju kereban ayam untuk menghalau ayam itiknya masuk ke reban jaga ayam itik lagi bagus dari jaga anak-anak. Makcik Timah mengesat peluh yang mengalir. Matanya memandang kelangit dilihat ada tompok awan hitam yang berkumpul ‘nak hujan agaknya’ gerutunya sendirian. Lepas basuh kaki makcik Timah terus naik keatas untuk menutup tingkap dan pintu lambat tutup takut nyamuk banyak sangat tambah pula hari yang dah semakin petang. Masa nilah nyamuk banyak berkeliaran.
Makcik Timah melangut sendirian di tangga depan, sambil-sambil tu dia berfikir pasal Amirul. Mungkin betul juga cakap suaminya jangan terlalu mendesak. Kalau Amirul merajuk tentu dia juga yang susah. Amirul dah dewasa sepatutnya dia bagi kebebasan untuk Amirul berfikir nantilah balik nanti dia akan bincang semula dengan Amirul. Dari jauh kelihatan kereta iswara hitam masuk ke perkarangan rumahnya. Sebaik aje pintu kereta dibuka tersembul wajah Aishah, Haikal, Husna dan juga Amirul. Makcik Timah mengeleng kepala patutlah senyap rupanya diorang ikut Amirul keluar. Mereka keluar dengan menjinjing banyak beg plastik.
“Patutlah mak menjerit kau orang tak menyahut ikut abang kau rupanya, kenapalah tak cakap penat mak melaung sampai naik serak suara.” Makcik Timah bangun lalu turun ke tanah menuju ke kereta.
“Minta maaflah makcik, rul yang ajak mereka. Haikal cakap ada pasar malam kat pasar batu 6 tulah Rul ajak mereka. Makcik tak marahkan.” Amirul tersenyum lalu menanggal spek hitam yang dipakai sejak dari tadi.
“Ha’ah mak hari ni abang Rul belanja Husna makan ayam best sangat.” Sampuk Husna sambil menjilat tangannya yang masih ada sisa rempah ayam yang melekat.
“Seronoklah tu. Pasal beli banyak sangat ni Rul, makcikkan boleh masak.”
“Takde banyaknya malam ni makcik bolehlah rehat makanan untuk makan malam ni semua dah Rul belikan cuma tak tahulah sedap ke tak Aishah yang tunjuk gerai mana yang jual sedap saya ikut aje.”
“Terima kasihlah Rul, dahlah tu membelek Shah bawa masuk semua barang kedalam rumah lepas tu minta tolong pergi mandi badan tu dah tengik sangat baunya.”
“Sama-sama makcik.” Aishah, Haikal dan Husna berlari memasuki rumah sampai berlanggar sesama sendiri. Itu tak lain nak berebut bilik air. Amirul tersenyum melihat keranah sepupu-sepupunya yang dah dianggap adiknya sendiri, dah besar panjang pun tapi perangai mengalahkan budak-budak. Amirul mengambil tempat dibawah pokok jambu air yang tumbuh merendang depan rumahnya. Dia memerhati burung-burung yang terbang bebas. Sesekali dia menyedut udara yang segar. Esok dia dah tak dapat nak menyedut udara yang segar ini. Esok dia dah nak balik. Setiap bulan dia akan balik melawat makcik penat memang penat tapi dia masih menghargai jasa-jasa makcik dan pakcik yang menjaga. Dia rindu sangat pada ayah dan maknya, kalaulah mereka masih ada tentu hidupnya tak sesunyi ini. Tapi itu semua dah takdir mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku Cuma dia sedikit terkilan bila tak sempat untuk membalas jasa ayah dan maknya. Terlalu singkat hidup ni kan.
“Rul......
“Saya makcik.” Amirul tak perasan bila makciknya sampai. Dia memandang pada makciknya sambil mempelawa makciknya duduk.
“Sebenarnya makcik nak minta maaf dengan Rul mungkin makcik ni terlalu memaksa Rul. Makcik harap Rul tak kecil hatidengan apa yang ,makcik buat. Makcik bukan apa makcik sayang sangat dengan Rul. Rul dah macam anak makcik sendiri.” Makcik Timah mengeluh dan keluhan itu didengar oleh Amirul. Amirul jadi serba salah kalau boleh dia tak nak makciknya berkecil hati denganya.
“Takdelah makcik, Rul tak ambil hati pun Cuma Rul harap sangat agar makcik beri Rul masa.”
“Yelah Rul, makcik faham ikut suka Rullah mana yang baik makcik terima, makcik takkan paksa Rul lagi kalau Rul dah bersedia Rul cakaplah.”
“Terima kasih makcik sebab faham dengan Rul tapi macamana dengan keluarga Sya.” Amirul takut kalau perbuatannya itu menimbulkan perbalahan antara 2 keluarga.
“Tentang tu tak payahlah risau, keluarga Sya tak kisah cepat ke lambat ke diorang boleh terima. Dahlah Rul pergi masuk mandi dah masam baunya lagipun hari pun dah dekat nak maghrib kan boleh kita jemaah bersama.”
“Ye lah makcik, makcik pun tak nak masuk lagi.” Tanya Amirul bila dilihat makciknya masih duduk dibangku.
“Makcik nak tunggu pakcik kau ni hah tak balik lagi kemana tak tahulah. Kau ada nampak pakcik kau.” Tanya makcik Timah pada Amirul. Risau pulak dia bila dah petang begini tapi suaminya belum balik lagi.
“Tadi ada saya nampak basikal pakcik kat warung Pak Seman, mungkin bersembang dengan kawan-kawan pakciklah tu. Hah! Panjang umur pakcik tu dah balik pun.”Amirul memuncung mulutnya bila dilihat pakciknya didepan pagar. Pakcik Jaml memberhentikan basikalnya dan disandar pada pokok jambu air.
“Duduk kat sini mengumpat pasal saya ke? Tanya Pakcik Jamal sekadar bergurau.
“Mana ada, yang awak ni kemana sampai petang gini baru balik dengan baju bekas meracun tadi tak bersalin baunya tak usah kiralah.”
“Kalau awak dengan Amirul tak mengumpat pasal saya takkanlah saya ni 2-3 kali tersedak nak biru muka saya.” Pak Jamala membuang topi di kepalanya sambil mengibas rasa panas.
“Makcik ni pakcik risau sangat pakcik tak balik-balik sayang juga makcik kat pakcik ye.” Amirul senang bila dapat mengiat makciknya yang tersenyum malu.
“Sapa tak sayang laki Amirul ooii...kalau pakcik dah takde nanti tak de sapa nak kan makcik kau ni.” Amirul ketawa bila mendengar pakciknya mengusik makciknya yang dah kelihatan masam dan marah. Satu cubitan yang agak keras singgak di lengan pakciknya.
“Aduh....sakitlah Timah, awak ni kita bergurau sikit pun nak naik angin.”
“Gurau- gurau jugak, hari dah nak maghrib lebih baik abang naik cepat kan tak sempat nak berjemaah bersama-sama. Budak-budak tu pun dah tak sabar nak makan.”
“Yelah...yelah..Rul kau tolong tolak basikal pakcik masuk bawak rumah pakcik nak kebelakang kejab, tadi lupa nak simpan botol racun yang lebih.” Amirul mengangguk kepalanya lalu dicapai basikal pakciknya dan terus kebawah rumah. Lepas tu dia terus naik kerumah untu mandi dan bersolat.
Dari jauh kedengan muazin melaungka azan, pakciknya menjadi imam dan dia sendiri bersama dengan makcik dan sepupunya menjadi makmum. Biasanya dia akan ikut pakciknya ke masjid tapi hari dia berjemaah di rumah saja. Selesai mengaminkan doa yang dibaca oleh pakciknya dia bersalam diikuti oleh Haikal, Husna, Aishah dan akhir sekali makciknya. Sebaik saja menanggalkan telekung sembahyang makciknya terus kedapur untuk menghidangkan makanan. Husna dan Aishah yang masih lagi disejadah bergegas turun bila mendengar namanya dijerit oleh maknya.
“Jadi kau balik besok, Rul” tanya pakciknya sambil membilang tasbih berzikir.
“Jadilah pakcik kalau pun sekarang ni susah nak cuti banyak sangat kerja.”
“betul jugak tu, kerja sekarang ni pun susah nak dapat. Kalau Rul banyak kerja tak payahlah balik selalu lagipun kat sini takde apa yang nak dirisaukan.”
“Tak susahnya lagipun saya bukan balik selalu sebulan sekali aje. Sekurang-kurang hilang juga tension saya bila dapat hirup udara yang segar kat kampung.”
“Kat sana kau tak jumpa dengan Sya?” terpacul soalan cepumas dari mulut pakciknya. Soalan yang membuatkan Amirul rasa terkedu. Selama ni dia langsung tak terfikir pasal nak cari Sya walaupun alamatnya. Amirul mengaru kepalanya, dia tak tahu apa jawapan yang harus diberi.
“Err.....takde pakcik.” Amirul memerhati riak muka pakciknya samada marah atau tak. Tapi biasa aje.
“Kalau kau senang hari-hari minggu tu pergilah jenguk Sya nanti apa pulak katanya.” Pakciknya bangun bila Aishah datang memanggilnya untuk turun makan.
“Insya Allah, saya cubalah.” Amirul mengekori langkah pakciknya ke dapur. Aroma bihun sup yang dibeli tadi begitu membuka seleranya tambah pulak bila dah dipanaskan balik. Patutlah dia rasa lapar tengahri tadi dia belum lagi makan. Mereka sekeluarga menghadapi makan malam dengan penuh gembira sesekali terdengar Husna menjerit bila diusik oleh Haikal. Lepas makan Amirul berehat diruang tamu bersama dengan pakciknya yang agak khusyuk menonton buletin utama. Melihatkan berita yang langsung tak menarik minatnya Amirul lantas masuk ke bilik Haikal. Di lihat Haikal sedang menyudahkan kerja-kerja sekolahnya memandang esok adalah hari persekolahan.
“Macamana dengan persiapan SPM nanti.” Tanya Amirul sambil tangannya lincah membelek kerja sekolah Haikal.
“Bolehlah bang.”
“Bolehlah. Takkan itu aje.”
“Susahlah. Banyak sangat nak kena fikir otak pun dah bekulah bang.” Haikal mengeluh memandang kerja matemati tambahan yang masih belum disiapkan.
“Kal tak boleh cakap macam tu belajar memanglah susah abang dulu pun macam tu juga tapi lama-lama okeylah. Oh! Ya kalau Kal tak cukup buku rujukan Kal beritahu abang nanti kalau abang balik abang belikan.”
“Buat masa sekarang ni semua dah cukup nantilah kalau ada yang Kal nak tambah Kal cakaplah kat abang ye. Kal tengok sekarang ni abang dah tak macam dulu kenapa? Tanya Haikal lalu bangun dan duduk bersila.
“Tak macam dulu. Apa maksud Kal.”
“Yelah Kal tengok abang dah tak ceria asyik menung, ingat awek ke? Haikal cuba mengorek rahsia dari Amirul.
“Abang susah hatilah.”
“Susah hati pasal apa? Hah! Kal tahu mesti abang susah hati pasal kak Sya kan atau abang susah hati pasal abang dah ada awek lain. Betulkan.” Haikal meneka apa yang tersirat dalam hati Amirul.
“Syhh.....diamlah sikit nanti makcik dengar mampus abang tau.” Amirul memekup mulut haikal takut kalau Haikal cakap kuat. Amirul bimbang kalau makciknya dengar apa yang dicakapkan pada Haikal.
“Apa ni bang, sakit tau.” Haikal menepis tangan Amirul yang memekup mulutnya dan mengosok-gosok mulutnya yang terasa sedikit pedih.
“Janganlah bising nanti mak Haikal kan susah.” Amirul mengjenguk ke luar pintu. Dia sedikit berwaspada selagi masalah ni tak selesai.
“Bang...sapa nama awek abang cantik tak bang.” Tanya Haikal lagi. Dia tersenyum sendirian. Takut juga abangnya pada mak.
“Nama dia Idah, dia kerja kat Hospital Kuala Lumpur. Orangnya bolehlah sedap mata memandang. Tapi tulah abang tak habis lagi mengayat makcik dah suruh abang bertunang dengan Syakilla. Abang tak tahulah apa yang nak dibuat. Susah.”
“Oo....jadi jururawat ya. Alah kalau abang taknak abang kenalah berterus terang dengan mak nanti kalau dah mak letak harapan yang tinggi lagi susah, abang bukan tak tahu dengan mak. Cerita sikit nangis, cerita banyak pun nangis.” Haikal mengosok pangkal lengannya yang digigit nyamuk. Lengannya kelihatan sedikit merah.
“Susahlah Kal. Abang tanya sikit boleh?
“Apa dia.” Haikal semakin berminat untuk berbual dengan Amirul. Tangannya pantas aje menutup buku sekolahnya. Dengar gosip lagi seronok dari buant kerja sekolah.
“Amboi...amboi pantang dengar orang nak buka cerita mulalah tutup buku sekolah.”
“Sekali sekala bang bukan selalu pun. Cepatlah cerita bang tak sabar ni nak dengar.” Beria-ia Haikal memndang Amirul.
“Esoklah cerita lagipun abang tengok Haikal macam banyak kerja aje.” Amirul berpura-pura untuk bangun. Pantas aje tangan Haikal menarik tangan abangnya itu.
“Mana boleh bang esok abang dah nak balik, abang kena cerita juga. Ada ke cerita sekerap jalan lepas tu nak lari. Tak kira abang kena duduk sini juga.” Erat sekali tangan Haikal memaut lengan Amirul, bimbang kalau Amirul lari.
“ Yalah...yalah. Abang cuma nak tanya Haikal suka pada kak Sya tak?
“Nak kata suka tu taklah juga tapi nak kata tak suka tak juga tapi bolehlah. Kak Sya tu sebenarnya baik juga. Kak Sya hormat orang tua, suka buat lawak, kalau bercakap dengan kak Sya banyak ketawa dari bercakap. Tapi yang paling bestnya bila kak Sya masak tu yang tak boleh tahan tu. Kecur pulak air liur rasanya bila teringat mi kari kak Sya. Abang tak rasa lagi, kalau abang rasa mau menangis tak nak lepas kak Sya.” Panjang lebar sekali komen yang diberi oleh Haikal. Ianya buat Amirul di selubungi gelisah. Patutlah makciknya beria-ia sangat. Sayangnya Amirul tak punya perasaan apa-apa pada Syakilla. Dia cuba juga terima tapi tapi hakikatnya hatinya langsung tak rasa tersentuh.
“Jadi Kal suka yang mana kak Sya atau kak Idah? Tanya Amirul lagi.
“Kal dah tahu pasal kak Sya Cuma Kal tak tahu lagi pasal kak Idah jadi kalau nak tahu abang kena bawa kak Idah datang sini masa tu barulah Kal boleh beri pendapat. Amacam ada berani.” Terangkat kening Haikal, mulutnya tak habis-habis tersengih. Haikal tahu abangnya tak berani tapi saja dia suka tengok wajah kelat abangnya.
“Nak mampus bawa kak Idah kau datang sini. Nanti apa pulak kata makcik.”
“Alah kalau susah sangat abang berbincanglah dengan kak Sya, kak Sya mesti tak kisah punya sebab Kal tahu kak Sya baik. Open minded lagi.”
“Ye ke. Tengoklah kalau abang senang nanti abang pergi jumpa dengan kak Sya. Okeylah abang nak keluar dulu, bercakap dengan abang sampaikan Kal tak boleh nak buat kerja sekolah.” Amirul bangun dan mengeliat.
“Takpe Kal tak kisah. Hari-hari mengadap buku pun boring juga. Sesekali nak juga bersantai macam ni lagipun abang kan bukannya selalu balik kat sini. Kal seronok bila dengar cerita dari abang.”
“Terima kasih Kal sebab sudi dengar luahan hati abang. Tapi ingat pelajaran jangan pula lupa nanti asyik dengan masalah orang kerja kita pula yang terbengkalai.” Haikal hanya mengagguk kepalanya saja. Amirul keluar dari bilik Haikal. Hatinya sedikit tenang bila dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya. Sekilas Amirul memandang Haikal yang kembali khusyuk dengan kerja sekolahnya. Amirul terus ke biliknya untuk mengemas barang-barang yang hendak dibawa balik esok. Amirul tekad sampai kat KL nanti dia nak berjumpa dengan Syakilla. Macamanalah agaknya penerimaan Syakilla padanya.




















BAB 15

Kelihatan seorang pemuda yang berwajah kacukan sedang berjalan memasuki restoran Rampai Warisan. Matanya meninjau sekeliling seolah-olah sedang mencari seseorang. Matanya terpaku pada seorang lelaki yang berada dimeja yang agak tersorok. Lantas kakinya terus melangkah kearah lelaki berkenaan.
“Macamana dapat apa yang aku nak?
“Ada. Tapi aku tak tahu betul atau tidak. Lagipun semalam aku nyaris tertangkap kalau tak habis aku.” Azman menghulurkan sampul surat kuning. Tangannya mengamit pelayan untuk order minuman. Masuk ni dah 2 gelas air yang diminta. Tekaknya terasa haus sangat. Dia melihat Alvin membuka dan membelek isi sampul surat. Dilihat muka Alvin berkerut-kerut apa pulak masalah ni. Harap-harap takde masalah. Ketakutan semalam masih lagi belum hilang. Dia takut sangat kalau tertangkap.
“Apa benda yang kau ambil ni. Semua ni bukan yang aku nak. Dahlah hari tu pun kau ambil yang salah buang masa aku aje. Kau kalau nak duit buat betul-betul apa yang aku suruh setakat barang macam ni budak tadika pun boleh tau.” Alvin membentak marah bila dilihat barang tu bukan seperti yang dikehendaki.
“Betullah tu masa ni dah 2 kali aku ambil takkan masih salah. Kalau macam ni, susahlah aku, kau ingat senang ke nak masuk dalam bilik Johan. Aku tak sanggup dah. Aku rasa baik kau cari orang lain aje. Masuk ni dah hampir 2 kali aku nyaris tertangkap.” Azman meraup mukanya dengan kedua belah tangannya, nasib baik malam tu dia sempat menutup mukanya dengan jaket hitamnya kalau tak tentulah Syakilla akan nampak mukanya. Kalau ini terjadi rasanya tak sanggup nak berdepan dengan Sya lagi.
“Kau tu yang bodoh, dah tau nak mencuri hati-hatilah sikit ini tak main redah langsung tak pakai otak.” Sakit hati Azman bila dengar kata-kata yang keluar dari mulut Alvin, kalau dah pandai sangat kenapa sampai nak mencuri hak orang.
“Kalau dah tau aku ni bodoh kau cari ajelah orang lain, orang yang lebih baik dari aku. Sorrylah ini yang terakhir aku takkan buat lagi.” Azman nekad dalam hati cukuplah untuk kali ni dia tak nak merosakkan dirinya sendiri. Silap-silap di buang kerja macamana. Sapa yang susah aku juga.
“Kau jangan jadi gila, walau apa sekalipun aku nak kau dapatkan juga dan kali ni aku tak nak kau gagal lagi, faham!” Keras sekali suara yang keluar dari mulut Alvin.
“Sorry, aku tak nak terlibat lagi.” Azman segera bangun untuk meninggalkan restoran itu. Melihatkan keadaan itu Alvin cepat-cepat menarik tangan Azman. Pantas aje Alvin mencekak kolar baju Azman dan memberi amaran yang keras.
“Kau jangan ingat kau boleh terlepas macam tu aje, dah banyak duit aku yang kau ambil jangan ingat semudah itu untuk kau cuci tangan.” Hampir saja Alvin menumbuk muka Azman tapi pantas aje Azman menepis tangan Alvin.
“Itu kau punya pasal, aku tak nak terlibat lagi dan ingat jangan cari aku lagi kalau tak kita sama-sama susah.” Azman berlalu dari situ meninggalkan Alvin dengan perasaan yang cukup marah. Dia rasa menyesal sebab mengikut cakap Alvin padahnya dia sendiri yang rugi. Azman masih ingat pertama kali bertemu dengan Alvin.
“Encik tak apa-apa ke ni? Tanya Alvin sambil tangannya memapah tubuh Azman yang hampir separuh mati dipukul oleh konco-konco Alex. Azman hanya mengelengkan kepalanya.
“Terima kasih.” Azman meraba-raba mukanya yang dipenuhi darah. Dia mengangga sedikit mulutnya. Aduh! Perit sangat rasanya.
“Okey ke ni, kalau tak saya bawa pergi klinik,” Alvin membantu Azman duduk di tepi tempat berjalan kaki. Alvin memegang tangan Azman bila dilihat Azman cuba untuk bangun. Azman hanya mengelengkan kepala dan ingin pergi dari situ. Baru aje beberapa langkah, Azman terjatuh dan terus tidak sedarkan diri. Sedar tak sedar dia berada ditempat yang terlalu asing baginya. Dia cuba untuk mengingati apa yang telah terjadi. Otaknya langsung tak dapat untuk berfikir dengan waras. Dia memandang sekeliling ternyata ini bukan rumah sewanya tapi tempat lain. Telinganya menangkap bunyi suara tv. Dia bangun terus keluar dari bilik itu dan menuju ke ruang tamu. Dilihat seorang lelaki bersinglet kelabu dan berseluar pendek sedang duduk menghadap tv yang tengah menyiarkan buletin utama.
“Haa...dah sedar ke? Jom duduk sini.” Alvin melarikan bantal kecil yang bersepah di kusyen.
“Saya kat mana ni? Tanya Azman lalu mengambil tempat dihadapan lelaki itu, dia memandang wajah lelaki yang amat asing baginya. Dia cuba mengingatinya tapi otaknya masih gagal untuk berfungsi.
“Awak tak perlu risau. Ini rumah saya. Oh! Ya saya Alvin. Awak nak minum apa-apa tak, saya boleh ambilkan.” Alvin bangun tapi segera ditegah oleh Azman. Dia taknak menyusahkan lagi.
“Takpe terima kasih, saya Azman, saya cuma nak tahu macamana saya boleh berada kat sini? Azman memandang sekeliling, satu hiasan dalaman yang cukup menarik. Suasana rasa sedikit tenang dengan campuran warna yang lembut.
“Awak pengsan, saya nak hantar awak balik tapi tak tahu rumah awak kat mana so saya bawalah kat sini. Saya harap awak tak kisah.” Alvin menjawab tanpa langsung memandang kearah Azman. Matanya masih tertumpu pada kaca tv.
“Ye ke.” Baru Azman teringat yang dia masa tu baru aje lepas dibelasah oleh orang-orang Alex. Dia meraba kembali mukanya yang lebam. Sakitnya Tuhan aje yang tahu.” Kalau macam tu terima kasihlah saya minta diri dulu.” Azman bangun menuju kepintu hadapan sambil diikuti oleh Alvin.
“kalau awak tak sihat lagi tidur aje disini lagipun saya sorang kat rumah ni.”pelawa Alvin tapi ditolak oleh Azman. Tak manis pula rasanya menumpang dirumah orang yang tak dikenali. Cukuplah Alvin dah bantunya tadi. Rasanya kalau Alvin takde tak taulah apa yang akan terjadi, yang paling dia bimbang takut orang rompaknya dalam keadaan tak sedar diri.
“Terima kasih aje.” Azman keluar dan menapak ke tempat menunggu bas. Dia terlupa nak tanya pada Alvin macamana dengan motornya. Ah! Takpelah rasanya motor tu ada kat situ lagi agaknya. Selepas peristiwa itulah dia kerap berjumpa dengan Alvin. Dari pertemuan yang tak sengaja hinggalah sekarang ni. Sekarang baru dia tahu kenapa Alvin begitu prihatin padanya rupanya-rupanya ada udang disebalik batu. Kalau dia tahu begini akhirnya tak sanggup nak terima tawaran yang diberi oleh Alvin. Tambahan pula masa tu dia sangat perlukan wang apalagi bila diberi tekanan oleh Alex, Lamunannya terhenti bila dia rasa ada orang mengekorinya. Dia cepat-cepat mengatur langkahnya. Sampai disatu blok kedai yang sedikit tersorok Azman menyembunyikan dirinya. Dia membatu disitu. Dia keluar sebaik saja bunyi derap kaki terlalu dekat dengan tempatnya bersembunyi.
“Ooii......Azman menyergah. Hampir-hampir tersungkur.
“Opocot... mak kau. Laa.... kau ni Man, buat aku terperanjat ajelah.” Sya mengurut-urut dadanya akibat terkejut dengan sergahan Azman. Tak sangka pulak dia yang Azman nak sergah dia sampai macam tu. Dia cuma mengikut Azman bila dilihat Azman baru aje keluar dari restoran tadi tapi tak sempat nak panggil. Ikut punya ikut dia nampak kelibat Azman hilang.
“Kau rupanya Sya, aku ingat orang jahat.”Azman ketawa. Dilihat wajah Sya yang sedikit pucat.
“Banyaklah kau punya orang jahat, eh! Kau dengan sapa tadi kat restoran tadi. Aku panggil kau buat dek je tu pasallah aku ikut kau sampai sini.” Aku pandang muka Azman yang ketara nampak perubahannya bila aku menyebut pasal lelaki yang bersama dengannya tadi.
“Sorrylah aku tak dengar, tadi aku sibuk pasal kawan aku tu nak balik UK malam ni.” Azman melarikan pandangannya kearah sejumlah kereta yang bergerak di jalan raya.
“Wah! Dasat kau ye ada kawan dari UK tu.” Aku berjalan beriringan dengan Azman menuju kepejabat.
“Alah biasa aje, nak buat macamana rezeki diorang lebih dapatlah belajar luar negara. Kau dah lunch? Tanya Azman lagi.
“Dah.”
“Sorang?
“Taklah tadi aku datang dengan Huda lepas tu dia terserempak dengan pakwe dia terus tinggal aku tulah aku nampak kau ingat boleh balik sama-sama. Jalan sorang-sorang ni tak bestlah. Kau nak ni? Aku menghulurkan bungkusan yang mengandungi buah asam kering pada Azman.
“Tak naklah aku bukannya makan benda-benda macam ni. Oh! Ya aku dengar semalam heboh pasal ada orang pecah masuk pejabat ye ke? Azman bertanya pada aku dengan suara yang sedikit bergetar.
“Ha’ah... masa tu aku terlupa nak ambil barang. Bila aku naik aje terus aku dilanggar oleh pencuri tu. Rasa-rasanya lelaki, kau agak sapa hah.”
“Entahlah aku tak boleh nak agak. Kau ni Sya laik kali kalau ada nak buat kerja kat pejabat ajaklah kawan teman ke, ni tak sorang-sorang kalau jadi apa-apa kan susah.”
“Sapa nak teman aku. Orang lain banyak lagi kerja yang nak dibuat. Lagipun aku tak nak susahkan sapa-sapa.”
“Aku kan ada, lagipun aku balik awal pun bukannya aku ada kerja kan. Nasib kau takde apa-apa. Susah hati aku bila dengar cerita macam ni.” Azman tersenyum memandang aku. Sekali pandang wajah Azman macam pelakon Zul Huzaimi. Itu pelakon pujaan aku tu.
“Kau? Nak teman aku. Jam belum lagi tunjuk pukul 5 kau dah stand by kat muka pintu pejabat.” Aku ketawa. Bila tengok aku ketawa Azman turut sama ketawa. Memang betul apa yang Sya cakap. Dia sentiasa nak balik cepat bukan apa takut bertembung dengan orang yang memang dia tak nak berjumpa.
“Sya...kau boleh cam tak sapa, takkanlah masa tu kau tak nampak sikit pun muka dia.”
“Entahlah aku tak berapa nak ingatlah sebabnya lelaki tu pakai baju serba hitam, muka pulak dia tutup dengan jaketnya. Tak nampaklah.”
“Ye ke? Nasib baik.”
“Nasib baik? Apa yang baiknya.”
“Emm...takde apa-apa, aku cuma kata nasib baik kau tak apa-apa. Dahlah jomlah cepat sikit.” Ada rasa lega dalam diri Azman bila dia mendengar kata-kata dari Sya. Kali ni dia bernasib baik sebab Sya tak dapat meneka siapa yang melanggarnya hari tu, kalau tak habislah dia. Aku naik beriringan bersama dengan Azman. Di pertengahan tangga aku terserempak dengan Razlan. Semacam aje pandang muka aku. Azman lebih dulu meluru naik meninggalkan aku di tangga bersama dengan Razlan.
“Dari mana? Bukan main seronok nampak.” Sinis sekali suara yang kedengaran pada telinganya.
“Dari bawah. Kami baru balik dari lunch.” Aku tersenyum walaupun aku tahu suara Razlan macam orang cemburu tapi aku saja nak menambahkan sakit hatinya. Dah banyak sangat dia kenakan aku. Kali ni aku nak tengok sapa yang kena. Aku menyapu mata aku dengan tangan aku. Hish...rimas betullah, mata kanan ni asyik bergerak aje.
“Ooo... patutlah saya ajak tadi tak nak keluar rupanya dah ada janji. Tak takut tunang marah ke? Aku tahu Razlan nak suruh aku naik angin dengannya supaya senang nak kutuk aku tapi untuk hari ni aku malas nak angin satu badan.
“Tak. Okeylah kalau takde apa, Sya masuk dulu.” Aku tolak pintu pejabat baru separuh aku dengar Razlan panggil aku.
“Nanti dulu Sya.” Razlan membetulkan tali tienya.
“Ada apa?
“Balik nanti saya hantar. Boleh? Pelawa Razlan yang membuatkan aku berfikir 100 kali. Kalau ikut nak jimatkan budget rasa-rasanya aku nak terima pelawa itu tapi bila ingatkan perangai gilanya itu yang tak sanggup tu.
“Tengoklah. Okey Sya masuk dulu.” Aku terus aje masuk tanpa menunggu komen daripada Razlan. Aku terus ke meja aku sambil membelek baju yang dah direject tu. Idea nak rombak baju tu dah ada dalam kepala aku cuma nak dapat persetujuan dari Johan dulu. Ikutkan aku rasanya idea ni dah okey tapi apapun kena juga tanya pada Johan. Aku ke bilik Johan bila aku tengok Johan rileks sikit. Aku mengetuk pintu bilik Johan. Tanpa disuruh aku terus masuk kedalam. Johan memandang aku sambil mengankat keningnya.
“Jo, Sya dah rombak baju. Sya rasakan kalau kita ubah macam ni boleh tak. Lain sikit pada yang hari tu.” Aku meletakkan baju tang telah aku tetas jahitannya dan disambung ke bahagian lain. Johan membelek-belek baju tu. Aku nampak Johan mengangguk-angguk mungkin juga puas hati dengan apa yang telah aku lakukan.
“Bahagian lain okey cuma Jo tak berapa berkenan pada bahagian ni. Kalau boleh kita buang yang ni cuba padankan dengan kain yang lain, mungkin kain yang bercorak supaya dia tak berapa ketara sangat. Macamana?
“Okey juga. Takpelah kalau Sya siap dulu lepas tu Jo tengok baliklah. Kalau macam tu Sya keluar dulu.” Aku kutip semua kertas lakaran atas meja Johan lalu keluar. Aku duduk sambil-sambil tu cari idea lagi. Sekejab lagi aku nak pergi hantar kat bahagian jahitan. Secara tak sengaja aku terpandang bilik Razlan dan secara tak sengaja juga aku nampak Razlan pandang aku. Pandangan kami bertaut. Ada debaran dalam dada aku kenapa ye. Aku melarikan pandangan aku. Walaupun mata aku tertumpu pada kerja tapi haram otak aku tak mencana kearah kerja aku. Aku bangun mengambil baju yang dah aku ceraikan satu persatu, daripada aku mengelamun ni baik aku sudahkan jahitan ni, nanti bolehlah aku tunjukkan pada Jo. Lantas terus menuju kebahagian atas. Kaki aku sedikit lenguh bila menapak naik tangga. Aku nampak ada satu mesin yang kosong dan semua bahagian baju yang dah aku pisahkan aku longgokkan atas mesin high speed. Aku tengok balik mana bahagian yang nak dicantumkan. Kalau terbalik susah juga. Aku ni jenis yang malas nak tetas kalau benda dah siap. Aku tekan suis mesin. Nasib aku ni pandai juga menjahit kalau tak susah juga nak suruh budak-budak ni. Syok sangat menjahit sampaikan aku tak perasan yang ada orang kat sebelah aku. Aku menoleh dan aku nampak Razlan berdiri disebelah aku. Muka serius gila dan akibat terkejut aku tak sedar tangan aku dah terkena jarum. Sakitnya macam nak mampus aku rasa.
“Aduh! Sakitnya .” Aku cepat-cepat larikan tangan aku dari hujung jarum. Suis mesin aku tutup. Razlan terkejut tengok aku. Pantas aje Razlan pergi mengambil First kit. Mata dah berpinar rasanya bila tengok darah yang banyak. Aku terus bangun menuju ke tandas untuk membasuh luka ditangan aku. Banyak juga darah yang keluar.
“Sya...Sya.” Aku dengar suara Razlan memanggil aku dari luar tandas.
“Ye..ye.. kejab.” Aku buka pintu dan keluar dari tandas dengan tangan yang masih ada darah yang mengalir.
“Mari saya sapu ubat.” Razlan menarik tangan aku. Aku cuma mampu melihat segala tindak tanduk Razlan. Aku sedikit mengaduh bila Razlan letakkan iodin pada luka aku. Pedih sangat rasanya. Cekap juga Razlan buat kerja menyelamat ni. Terharu sungguh rasanya.
“Okey dah siap. Sakit lagi ke.”
“Bolehlah tahan, terima kasih ye.” Aku mengosok jari aku yang sudah di balut. Aku tersenyum pada Razlan.
“Itulah, lain kali kalau tak pandai nak guna mesin jangan guna. Tengok, nasib jari yang kena kalau tak....”
“Kalau tak apanya” aku tanya Razlan lagi bila mendengar Razlan tak habiskan ayatnya yang sedikit tergantung.
“Kalau tak.....nothing.”
“Haa..... hish tak faham betullah aku dengan mamat ni sorang. Ada-ada je. Kadang tu aku sendiri pun tak tahu apa yang ada dalam kepala hotak dia ni.
“Sya tengok orang lain banyak kerja, lagipun Sya Cuma nak adjust aje bukan jahit sepenuhnya.” Aku membela diri aku. Tangan aku sedikit mengigil mungkin juga kesan aku melihat darah yang keluar tadi atau kesan dari pegagangan Razlan. Debaran jantung aku masih lagi bergerak aktif bila Razlan asyik pandang muka aku aje.
“Kalau orang kata menjawab. Ni apa cerita nak pergi klinik? Tanya Razlan lagi.
“Tak payahlah, Sya nak sudahkan sikit lagi lepas tu siaplah.” Aku terus menuju ke mesin jahit. Razlan hanya mengeleng kepala melihat kedegilan aku. Alah lagipun semua ni salah dia juga sapa suruh dia datang masa aku tengah buat kerja. Akhirnya siap juga kerja aku. Aku cari kelibat Razlan tapi tak nampak pun kat mana-mana. Dah turun agaknya. Aku pun capai baju yang dah siap lalu turun kebawah. Baru nak turun aku nampak Razlan dalam bilik QC. Tak turun lagi rupanya. Aku lihat jari aku yang masih berbalut. Sedikit darah meresap keluar dari kain kapas yang di balut. Aku picit jari aku. Ingatkan darah keluar lagi rupanya darah dah kering. Sampai kat bawah aku terus ke bilik Johan. Aku ketuk pintu bilik dan terus masuk.
“Okey tak macam ni.” Aku menayang baju yang dah aku siapkan. Johan melihat dengan dahi yang berkerut. Bimbang pulak rasanya. Takkan tak okey kot. Johan bangun dan membelek baju yang dah aku siapkan. Diperhati satu-satu.
“Superb.....macam nilah kalau nak jadi pereka. Idea mesti banyak dalam kepala. Okey. Kalau macam tu Sya bawa contoh ni kemudian suruh pekerja buat sama macam ni.”
“Ye ke.” Aku tersenyum bila mendengar pujian dari Johan. Tak sia-sia tangan aku kena jarum. Berbaloi juga ye.
“Oh! Ya, Sya ada nampak Razlan tak. Jenuh saya cari kat pejabat. Takde orang.”
“Ada, tadi Sya nampak dia kat bahagian atas, dalam bilik QC.”
“Hmm...takpelah nanti saya cari dia kat sana.” Aku keluar dari bilik Johan. Nak naik atas balik aduh tercabut juga lutut aku. Lepas serah tugasan yang seterus aku pun balik semula ke meja aku. Hari ni hari yang sungguh memenatkan bagi aku. Asyik turun naik tangga aje. Aku lihat jam. Laa....tak perasan pulak yang masa berlalu begitu pantas. Patutlah aku tengok pejabat dah lenggang, tinggal aku dan Huda aje rupanya semua dah balik. Aku kemas meja aku. Capai handbag terus aku berjalan keluar. Sampai kat meja Huda aku berhenti seketika bila aku nampak Huda lambai aku.
“Kau tak balik lagi ke Huda.” Aku menenggek di tepi meja Huda.
“Belum lagi aku nak sudahkan report untuk Tuan Razlan. Esok dia nak.”
“Report apa?
“Alah pasal mesyuarat dengan pengurus Awana.”
“Okaylah kalau macam tu aku balik dulu ye.” Baru aje nak menapak keluar, Aku dengar Huda panggil aku balik. Aku sekadar berpaling dan mengangkat kening aje.
“Lupa nak cakap Tuan Razlan suruh kau tunggu dia kejab, katanya ada hal yang nak dibincang.” Huda separuh menjerit memandangkan aku dah sampai kat pintu depan.
“Hal apa, Sya nak cepat sebenarnya.”
“Itu Huda tak tahu, Huda Cuma sampaikan apa yang diberitahu. Okeylah Huda nak sambung sikit lagi kerja.”
“Tuan kat mana” aku pandang Huda. Tadi kata tuan nak jumpa aku tapi batang hidung tak nampak lagi.
“Dalam ofis.” Kedengaran jawapan yang pendek dari Huda. Aku tahu Huda malas nak layan aku sebab banyak kerja yang nak di buat. Takpelah biar aku sendiri pergi jumpa dengannya. Aku terus aje kebilik Razlan. Pintu bilik aku ketuk. Kedengaran suara yang menyuruh aku masuk. Razlan masih lagi tekun dimeja tulisnya. Aku berdiri kaku disitu. Tak tahu nak susun ayat macamana. Takut salah susun ayat nanti aku juga yang kena. Macamana yek!
“Hah ada apa Sya” tanya Razlan tanpa mengangkat mukanya sebaliknya masih meneruskan penulisannya. Macamana dia boleh tahu aku yang masuk.
“Err...tadi Huda kata Tuan nak jumpa saya. Ada apa hal.”
“Kenapa kalau takde hal tak boleh jumpa ke.”
“Bukan macam tu, sebab saya baru nak balik.”
“Baguslah macam tu. Sya tunggu kejab, saya nak kemas barang dulu, nanti kan kita balik sama-sama.” Amboi! Sedapnya Razlan bagi arahan pada aku. Suka-suka dia aje buat keputusan.
“Takpe...takpe. Sya balik sendiri. Lagipun Sya nak singgah kat lain kejab. Takut menyusahkan pulak.” Otak aku langsung tak dapat nak fikir alasan yang munasabah sikit. Pakai hentam aje.
“Laa....nak singgah, singgahlah sapa pulak marah. Kan saya dah kata saya nak hantar Sya balik. Saya tak nak terima sebarang bantahan.”
“Yelah, Sya tunggu kat bawah.” Aku mengiakan aje. Mamat ni langsung tak faham bahasa. Suka sangat paksa orang. Kadang tu aku rasa macam aku ni bertunang dengan Razlan pulak. Sepanjang pertunangan aku, Amirul sikit pun tak hubungi aku. Aku sendiri pun tak tahu macamana pengakhiran pertunangan kami tapi yang paling aku pasti Amirul tak mungkin pilih sebab dia dah ada calon sendiri. Aku tunggu Razlan dekat koridor bawah. Sementara menunggu aku pergi kat kedai runcit seberang jalan. Aku beli sebungkus twisties. Sambil berjalan aku makan. Hampir setengah bungkus makanan ringan aku habis barulah nampak Razlan datang.
“Lama ke tunggu? Sorry, baru nak balik ada call dari pembekal tu pasal lewat sikit.”
“Takdelah tapi nak habis jugalah makanan ringan Sya ni.”
“Awak ni Sya macam budak-budak makan makanan ringan.” Razlan mengeleng kepala.
“Laa...bukan salah pun sekali sekala. Nak? Aku pelawa Razlan walaupun aku tahu Razlan takkan makan. Orang terpelajar macam dia mana makan makanan ringan macam yang aku makan ni.
“Terima kasih aje. Okey kita nak kemana? Razlan tanya aku lantas cepat aje mengundurkan keretanya bila dilihat keadaan jalan yang sedikit lenggang.
“Baliklah.”
“Takkan nak balik dah. Apakata kalau Sya teman saya makan, saya belanja.” Satu offer yang menarik dari Razlan. Aku berfikir samada nak ikut atau tidak.
“Hmm.....Aku berfikir lagi. Aku tengok jam di tangan. Kalau awal lagi mungkin boleh tapi kalau lewat sangat sorrylah.
“Tak payah fikirlah, kira jadi ya.”
“Okeylah tapi dekat-dekat sini dahlah.”
“Hah! Macam tu lah. Ini tak asyik menolak aje.” Pantas aje Razlan memecut kereta keluar dari bangunan pejabat. Keadaan jalan yang agak sibuk menyebabkan kereta bergerak agak perlahan. Aku hanya memandang keluar kereta. Melihat kesibukan jalan raya yang sesak agaknya boleh ke aku bawak kereta. Nampak kereta yang banyak buat aku rasa seriau pulak. Razlan membuka radio. Kebetulan masuk tu Muzik fm sedang menyiarkan lagu Berdua lebih baik nyanyian Acha Septriasa. Aku memang suka lagu ni. Tapi yang paling aku tak sangka bila aku lihat bukan main lagi Razlan mengikut rentak lagu ni. Aku tersenyum sendiri. Tak sangka Aku dan Razlan minat lagu yang sama. Kami berhenti makan di sebuah restoran. Aku hanya mengikut Razlan aje. Kami ambil tempat ditengah-tengah kedai. Razlan minta nasi lemak dan fresh orange, katanya nasi lemak kat sini sedap. Aku pulak tak minat makan nasi lemak petang-petang macam ni. Aku Cuma minta nasi goreng dan juga teh o ais. Sepanjang menunggu makanan siap aku hanya mendiamkan diri aje, tak tahu nak cakap apa. Razlan pulak aku tengok asyik membaca akhbar harian metro yang di ambil atas meja tadi. Tak tahu nak buat apa aku membelek-belek kku aku yang agak panjang sedikt. Balik nanti baru aku kerat.
“Hello, Razlan, lama tak nampak buat apa kat sini.” Seorang lelaki cina kacukan menegur Razlan yang sedang asyik dengan akhbarnya. Razlan memberhentikan bacaannya dan memandang sekilas kearah lelaki itu. Razlan nampak sedikit terkejut. Mungkin tak sangka agaknya dapat berjumpa dengan Alvin Chia.
“Hai, come join kitaorang.”Razlan mempelawa Alvin.
“No, thanks saya tunggu kawan. ni teman baru ke? Tanya Alvin seraya memandang kearah aku. Aku sekadar membalas dengan senyuman. Malas nak lebih-lebih.
“Boleh dikatakan juga.” Razlan tersenyum dan mengenyit kearah aku. Ee...perasan betul mamat ni. Suka-suka dia aje beri andaian yang bukan-bukan. Aku mengeleng kepala. Bengang betul.
“Okeylah, kawan saya dah sampai pun. Have a nice day.” Alvin berlalu dari situ tapi aku masih lagi memerhatikan kelibat Alvin. Rasanya macam aku pernah nampak lelaki ni tapi kat mana aku tak berapa nak ingatlah. Puas aku berfikir tapi langsung tak ingat.
“Siapa tu? Aku tanya Razlan manalah tahu kot-kot dapat klu yang boleh membuatkan aku ingat lelaki tadi.
“Takkanlah tak kenal?
“Memanglah Sya tak kenal, kalau kenal tak payahlah tanya.” Glamour sangat ke lelaki ni, kalau glaomur macamana aku boleh tak kenal.
“Kalau nak tahu itulah Alvin Chia.”
“Alvin Chia? Aku terpegun lagi. Memang aku tak kenal.
“Itulah awak Sya, lain kali cubalah bawa baca buku yang mengembangkan minda, ini tak asyik dengan majalah kartun yang awak beli baru ni. Kalau dah asyik dengan kartun macamana otak nak berkembang. Itu Alvin Chia salah seorang pereka fesyen yang agak terkenal. Dialah yang selalu sangat bersaing dengan syarikat kita.” Panjang lebar Razlan bagi penerangan pada aku.
“Ooo... baru tahu tapi Sya rasa Sya pernah nampak lelaki tadi. Tak ingatlah kat mana.”
“Mestilah kat majalah orang glamour, dia tu seangkatanlah dengan Johan. Ciptaan Johan lagi first class itu pasallah kita selalu dapat tender yang macam-macam. Baik dari syarikat maupun persendirian.”
“Bukan. Sya rasa Sya pernah nampak dia kat luar dari majalah.” Aku memerah lagi otak aku untuk berfikir. Tengah syok berfikir datang seorang pelayan perempuan membawa hidangan yang telah siap. Wah! Bau nasi goreng yang ditabur dengan bawang goreng buat aku rasa nak makan terus. Sedapnya. Aku sempat juga jeling kearah nasi lemak yang Razlan order, nampak macam sedap aje. Takpelah lain kali aku datang lagi. Tengah makan nilah idea datang. Haa...baru aku ingat rupanya lelaki tadi aku pernah nampak dia dengan Azman. Masa aku ikut Azman hari tu.
“Sya dah tahu sapa lelaki tadi.” Hampir tersedak Razlan bila dengar suara aku yang sedikit kuat. Razlan menyedut air fresh orange yang masih lagi penuh.
“Lelaki mana pulak ni, banyak sangat ke boyfriend awak ni Sya.” Ada riak cemburu diwajah Razlan. Aku tergelah bila tengok wajah Razlan yang blurr semacam. Kuat cemburu juga mamat ni. Sapalah yang malang dapat kahwin dengan lelaki yang kuat cemburu ni. Kalau macam ni punya cemburu maunya bergaduh hari-hari.
“Bukan boyfriendlah tapi tu Alvin. Apalah awak ni baru sekejab takkanlah dah lupa.” Aku mengeleng kepala aku.
“Kenapa pulak dengan Alvin?
“Sya baru ingat hari tu, masa Sya keluar rehat Sya ada nampak dia dengan Azman dekat satu restoran. Eh! Silap bukan hari tu tapi hari ni. Ingat tak masa awak jumpa Sya dekat tangga hah! Masa tulah Azman baru jumpa dengan Alvin. Tapi Azman cakap cakap dia jumpa kawan dia yang baru balik dari Uk. Hmm.....mungkin muka yang sama tapi rasa memang dialah.” Aku fikir lagi. Kalau tak salah memang Alvin yang sedang bercakap dengan Azman hari ni. Aku memang tak silaplah.
“Ye ke? Tanya Razlan sedikit curiga.
“Memang dia. Sya pasti sangat.” Aku menyuap nasi goreng untuk suapan yang terakhir. Aku nampak Razlan terdiam macam tengah fikirkan sesuatu.
“Sya agak apa hubungan Azman dengan Alvin? Tangan Razlan lincah mengacau pati fresh orange.
“Entah, kawan kot. Tapi hari tu macam nak gaduh aje.” Aku masih ingat macamana Azman menepis tangan Alvin yang sedang mencekak leher Azman. Kalau kawan takkanlah bergurau sampai macam tu sekali. Hish...tak logik langsung.
“Diorang bergaduh? Saya syak Azman.....Razlan terdiam. Rasanya soal ni terlalu sulit untuk dibincangkan di sini.
“Syak apa?
“Takde apa-apalah. Ni sudah tak lagi kalau sudah jomlah saya hantar awak balik.” Aku mengangguk lalu Razlan memanggil pelayan untuk membuat bayaran. Lepas tu aku terus berjalan mengikuti langkah Razlan menuju ke kereta. Aku masih bingung dengan kata-kata Razlan. Apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jangan-jangan pasal rekaan Johan yang hilang hari tu. Tapi takkanlah Azman yang buat kerja tu. Aku nampak Azman macam baik aje. Mustahil pulak Azman yang mencuri. Sepanjang perjalanan pulang aku dan Razlan hanya diam aje. Sesekali aku melirik pandangan aku kearah Razlan. Muka serius gila, naik takut pulak aku nak tegur dia. Entah apa yang dia tangah fikir pun aku tak tahulah. Sebaik sampai aku nampak Ju sedang bersiap nak keluar kerja.
“Terima kasihlah sebab sudi hantar saya.”
“Sama-sama, tak nak jemput saya masuk ke?
“Lain kali aje.”
“Hai, Raz, lama tak nampak kemana menghilang? Ju bertanya sebaik saja sampai di depan pintu pagar.
“Hai, ada tak kemananya Cuma sibuk sikit, nak pergi kerja ke?
“Ha’ah hari ni shift petang pukul 7 baru masuk.” Aku nampak Ju menjeling kearah aku, macamlah aku tak tahu yang dia tu nak mengurat Razlan. Aku sekadar mengelengkan kepala. Biarlah lagipun Razlan tu bukannya laki aku, buat apalah aku nak sibuk sangat.
“Nak saya hantarkan? Razlan mempelawa Ju tapi tak tahulah pelawaan tu ikhlas ke tak.
“No, thank’s, Ju dah janji dengan kawan nanti dia datang ambil. Okeylah Raz, Ju keluar dulu ye.” Ju beredar dari situ menuju ke simpang depan untuk tunggu kawannya datang ambil. Aku masih lagi menunggu di situ sebab aku tengok Razlan belum juga ada tanda-tanda nak balik. Tak menunggu lama aku terus masuk. Tak sempat nak kunci pintu pagar aku nampak Razlan mengamit tangannya agar aku datang dekat dia. Aku melangkah malas apa lagilah mamat ni agaknya.
“Ada apa?
“Saya suka sangat kalau Sya panggil saya macam yang Ju panggil tadi, nampak manis aje barulah romantik” Razlan tersenyum.
“apa? Romantik, takde maknanya. Awak jangan nak mengada-ngadalah. Dah saya masuk dulu.” Aku mengeleng kepala macam-macam hal. Ingatkan nak cakap apa rupanya.....aduss....naik sesak fikiran aku bila fikir pasal mamat ni.
“Ya lah, saya tau sapa saya.” Razlan pura-pura merajuk. Kadang tu rasa macam nak ketawa aje bila tengok perangai Razlan yang tak ubah macam budak-budak.
“Tau takpe. Bye....Aku melambai tangan pada Razlan bertujuan untuk mempercepatkan Razlan beredar dari situ. Ternyata taktik aku berjaya dan Razlan berlalu dari situ. Aku memulas tombol pintu yang ternyata tidak berkunci. Aku masuk keruang tamu. Terasa bahang panas mengalir dalam tubuh aku. Aku berehat seketika di sofa. Sekadar menghilangkan rasa tegang dan membetulkan urat saraf.
“Awal balik nampak, siap berhantar lagi.” Maria muncul dari ruang dapur. Ditangannya membawa 2 biji mug yang mengandungi jus mangga. Maria meletakkan mug diatas meja. Maria tersenyum-senyum sambil mengangkat keningnya.
“Perli ke? Aku bersuara dengan mata yang masih terpejam.
“Takkanlah terasa kot. Aku saja je tanya, biasa kau balik naik bas, tak bas pun naik teksi tapi sejak 2-3 hari ni aku nampak selalu sangat bos kau tu yang hantar. Ada apa-apa ke? Maria meneguk jus mangga sambil tu tangannya lincah menekan remote mencari siaran tv yang berkenan dihatinya.
“Dah dia yang sibuk sangat nak hantar. Nak larang tak terlarang aku ni.”
“Entah-entah dia syok kat kau tak.”
“Takde maknanya. Kalau dia syok pun, aku kan dah bertunang. Rasanya tak manis kalau aku memberi harapan yang tak pasti pada orang lain.”
“Kalu dia tak syok kat kau takkanlah susahkan badan hantar kau balik, rumah diakan bertentangan dengan laluan rumah ni.”
“Entahlah, kadang tu sikap ambil berat dia pada aku buat aku rasa confius dengan siapa sebenarnya aku ni bertunang.”
“Kau tak pernah telefon tunang kau ke? Maria membetulkan kedudukan duduknya. Suka sangat agaknya bila bergosip ni.
“Tak” aku menjawab acuh tak acuh aje.
“Kenapa? Kalau akulah mau hari-hari bergayut.”
“Itu kau bukan aku, lagipun seganlah tak tahu nak cakap apa. Amirul pun macam nak tak nak aje layan aku. Aku pun malas nak menyemakkan fikiran aku dengan masalah yang tiada penghujung ni.”
“Kau tak bolehlah macam tu, apa-apa hal pun kau mestilah ambil berat jugak walaupun dia tak suka kat kau. Lama-lama nanti mungkin dia suka bila tengok sikap prihatin kau tu. Cubalah ambil hati tunang kau tu sikit.”
“Ambil hati apa, baru ni aku nampak dia dengan makwenya.”
“Betul ke? Kau jangan main-main.”
“Buat apa aku nak main-main. Serius aku cakap memang aku nampak tunang aku baru habis beli barang dengan makwenya tapi sayang aku tak sempat nak tengok sapa makwenya tu.”
“Kau tak tegur dia.”
“Kan aku dah cakap aku tak sempat sebab Razlan dah panggil aku.” Aku bingkas bangun dari sofa. Aku melihat jam dinding dah hampir maghrib. Badan pun dah melekit sangat. Mandi lagi bagus dari aku melayan Maria yang banyak sangat soalannya.
“Kau nak kemana Sya, aku tak habis lagi tanya.”
“Aku nak naik mandi, kalau aku layan kau ni sampai esok pun tak habis lagi. Aku tengok kau rileks aje tak kerja ke hari ni? Baru aku perasan yang Maria wujud kat rumah ni. Biasa nak tengok bayang dia pun susah.
“ Aku baru baliklah. Dahlah taknak cerita sudah baik aku layan tv lagi bagus.”
“Nak lagi bagus baik kau solat dulu, tv tu tak lari kemananya.” Aku separuh melaung dari balik tangga atas.
“Orang ‘cuti’lah.” Maria meneruskan penumpuannya pada kaca tv.Aku terus aje kebilik. Aku menhempaskan tubuh aku diatas katil yang empuk ini. Ah, terasa selesa yang amat sangat. Aku memandang siling. Takde apa yang kelihatan hanya sedikit sawang dan juga sarang labah-labah yang kecil berjuntaian di penjuru siling. Bila ingatkan balik pasal Razlan aku senyum sendiri, rasanya macam nak jatuh cinta aje pada Razlan tapi bila ingatkan aku ni adalah tunangan orang aku jadi terkedu sendiri. Dah lama benar aku tak hubungi mak dan ayah aku. Aku capai telefon bimbit aku dan menekan nombor mak aku kat kampung. Lama menunggu barulah berangkat.
“Assalamualikum....mak”
“Waalaikumussalam......Sya ke? Lama tak dengar berita merajuk ke dengan mak.” Aik! Mak ni macam tau-tau aje.
“Takdelah mak Sya sibuk sikit sekarang ni. Mak dengan ayah sihat?
“Alhamdulillah sihat. Bila Sya nak balik kampung?
“Tengoklah mak kalau ada cuti. Ayah kemana mak? Sunyi aje.”
“Ayak kau kemana lagi Sya, ke masjidlah. Tinggallah mak sorang-sorang kat sini. Sya dah makan ke?
“Dah mak, kawan belanja. Okeylah mak ye. Kalau ayah balik nanti sampaikan salam Sya pada ayah ye.”
“Yelah Sya nanti mak bagitau ayah kau. Haa...sebelum mak terlupa, baru ni ada Amirul balik kampung apasal kau tak ikut sekali.” Soalan yang keluar dari mulut mak buat aku terkedu. Nak balik sekali, telefon aku pun tak pernah nikan pulak nak ajak aku balik kampung. Jangan mimpilah.
“Ye ke. Sya tak tahu pulak. Dia datang rumah ke? Aku bertanya sekadar untuk kepastian.
“Takdelah, mak terserempak masa mak pergi kat rumah makcik Timah. Sempat jugaklah berbual. Dia ada jumpa kau, Sya.”
“Takdelah mak.”
“Sekali sekala tu kau jumpalah dia. Kan dah dekat tu. Bila lagilah korang nak beramah mesra.”
“Yelah mak, nantilah kalau saya ada masa. Kalau macam tu takpelah mak. Lain kali Sya telefon lagi. Kirim salam kat ayah ye. Assalamualaikum. Klik. Aku meletak telefon tanpa menunggu dengan lebih lama. Bukan tak nak cakap banyak dengan mak tapi aku tak nak soalan yang banyak keluar dari mulut mak tu buat aku tersasar jauh dari papan sasar. Aku bangun dari pembaringan lantas aku capai tuala dan menghilangkan diri dalam bilik air. Air yang mencurah keatas kepala aku buat aku rasa tenang dan hilang rasa tension. Asyik-asyik Amirul macam takde nama lain. Terfikir juga betul ke aku ni dah bertunang. Alangkah bagusnya kalau aku dapat pilihan hati aku sendiri. Keluar dari bilik air, terdengar telefon aku menjerit, sapa agaknya. Jangan-jangan mak tak. Aku pantas mencapai telefon. Ni bukan nombor telefon rumah mak aku. Aku nampak nombor yang tak pernah ada dalam simpanan aku. Sapa pulak ni. Nak angkat ke tak nak. Baru nak cakap bunyi dah senyap. Ah! Biarlah mungkin orang salah nombor tak. Aku ambil baju tidur yang tergantung dalam almari. Siap pakai baju, telefon aku berbunyi lagi. Aku tengok nombor yang sama juga muncul kat skrin telefon aku. Sapa agaknya ye. Aku baru nakmenjawab tiba-tiba senyap pulak. Biarlah. Tak berapa lama terdengar nada dering yang menandakan ada pesanan ringkas. Aku capai, aku tengok nombor yang sama.
Salam. Tgh wat apa tu? Esok hari minggu nak keluar
Mn2 tak?
Sapa pulaklah ni. Nak balas ke tak nak. Kalau balas pun bukannya rugi apa-apa pun. Lagipun kalau salah nombor dia bukannya nampak muka aku.
Jwp salam. Tgh lpk kat atas ktl. Hr mggu x klr
Nak rht kat rmh aje. Sapa ni?
Habis menaip aku cepat-cepat menekan menu send ke nombor tadi. Telefon aku pegang erat di tangan. Bukan apa nak tunggu balasan. Yes! Dia balas balik sms aku.
Tk sapa-sapa. Pmnt kot. Hr-hr jmp tkln dah
Lp kot.
Hari-hari jumpa, sapa ek. Hmm...lama aku fikir barulah aku dapat agak tak lain tak bukan Razlan. Macamanalah aku boleh tak fikir pasal dia. Kalau aku tahulah dia tak ingin aku nak balas sms dia, buat bazir kredit aku aje. Aku balas untuk yang ke penghabisan. Lepas aku nak offkan telefon aku.
Dh th dah. Razlan kan. Oklah Sya nk rht.
Slmt mlm.
Baru aje nak matikan telefon, satu sms baru masuk. Aku tengok nombor. Dah agak dah sapa. Cepat juga mamat ni balas sms aku. Aku buka dan baca.
Mrh ke? Sorilh gurau aje. Oklah saya tk nk kacau.
Slmt mlm. Mimpikan saya ye.
Aku tersenyum bila baca sms yang baru aku dapat. Perasan betul mamat ni. Eeii....apa kes aku nak mimpikan dia. Malaslah nak layan mamat ni. Heran jugak mana mamat ni dapat nombor telefon aku. Bila difikirkan balik, aku senyum sendiri. Mamat ni kan bos aku mestilah dia ambil dari borang kerja. Apa punya bengaplah aku ni. Aku offkan telefon. Layan diari aku lagi bagus. Aku capai diari aku. Sambil duduk meniarap aku menulis apa yang berlaku hari ini dalam diari aku. Malam ni takpelah nak tidur lewat sikit pasal esok hari minggu. Selesai menulis tekak aku rasa haus pulak. Ni kalau pekena milo panas ni best jugak. Tak tunggu lama aku turun ke bawah. Aku nampak tv masih lagi menyala tapi si Maria ni dah melayang ke alam lain. Membazir betullah. Aku ke dapur dulu sebelum mengejutkan Maria.
“Maria.....Maria....” aku menepuk lengannya yang sama saiz dengan peha aku. 2-3 kali aku tepuk barulah Maria membuka separuh dari matanya.
“Hmmm.....ada apa. Aku ngantuklah.” Maria memejamkan matanya kembali. Minah ni masih separa sedar rupanya.
“Kalau ngantuk tidur kat bilik bukan kat depan tv ni.” Aku duduk di sofa sambil menghirup milo panas yang berasap.
“Hmmm.....” dalam dok menjawab tu sempat lagi Maria terlena untuk kali kedua. Lantak kaulah dah tak kuasa aku nak mengejut dia ni. Tidurlah sampai pagi kat atas sofa. Aku berlalu naik keatas sambil menghirup milo yang masih berasap tu. Aku membuka jendela. Aku merenung ke luar jendela. Malam yang pekat dengan angin yang sepoi-sepoi buat aku rasa tenang. Dah lama aku tak hirup udara malam macam ni. Sekali sekala macam ni dapat buat aku melupakan sebentar tugas-tugas yang membebankan. Saat-saat macam ni buat aku terkenang pada arwah abang aku. Arwahnya suka sangat melihat bintang-bintang dilangit sambil tu mengira-gira bintang yang bertaburan di angkasa. Sememangnya aku rindukan arwahnya. Aku memandang ke angkasa untuk seketika. Aku melihat bintang yang berkedudukan tiga sederet. Itulah bintang kegemaran arwahnya dan bintang tu masih disitu walau berapa jauh aku lari. Cuma yang takde adalah arwah abang aku yang telah hilang dimamh bumi. Aku menutup jendela yang terbuka bila rasa sejuk menguasai diri aku. Mug yang kosong aku letakkan atas meja. Esok baru bawa turun ke bawah. Menguap beberapa kali buat mata aku sedikit berair. Bila mengantuk dah menguasai diri tanpa tunggu lama aku dah melayang jauh dari dunia realiti ini.













BAB 16

Razlan merengus bila lama di tunggu tapi takde balasan yang diterima. Baru aje nak seronok berbalas-balas sms dah senyap. Dia sendiri tak tahu kenapa suka sangat dia menyakat Syakilla. Dia tahu Syakilla tu tunang orang tapi kadang-kadang hati ni susah nak bertolak ansur. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia cepat-cepat mencapainya.
“Hello Sya.”
“Sapa pulak Sya tu?” kedengaran suara perempuan dengan nada yang agak tinggi. Razlan terkedu sendiri. Sangkanya Syakilla tapi Linda. Malunya.
“Sapa?
“You jangan buat tak tahu pulak. Tadi you yang sebut. Sapa Sya tu?
“Takde sapa-sapalah. Apahal telefon malam-malam ni.” Razlan cuba untuk menukar topik perbualannya. Dia tak nak Linda tahu apa-apa pasal Syakilla. Nanti lain pulak jadinya.
“Saja. Tak boleh ke?
“Boleh cuma I sibuk sikit sekarang ni.”
“Sibuk? You tahu dari tadi I call you asyik enganged aje. You borak dengan sapa?
“Dengan clientlah dengan sapa lagi. Cakaplah apahal telefon malam-malam ni.” Mals betul Razlan nak melayan kerenah Linda ni. Lain yang ditunggu lain pulak yang datang.
“Esok hari minggu, you nak keluar mana-mana tak? Kedengaran suara Linda yang sengaja dimanjakan. Naik geli pulak telinganya mendengar. Rasa berbulu semacam aje.
“Kenapa? Tanya Razlan acuh tak acuh aje.
“Taklah kalau you takde rancangan apa-apa kita keluar nak. Dah lama kita tak keluar berdua. You asyik sibuk aje. Sampaikan takde masa nak bersosial sikit.”
“Hmm....tengoklah.” acuh tak acuh aje jawapan yang keluar dari mulut Razlan.
“Janganlah macam tu. Kalau jadi cakaplah nanti senang I nak bersiap. Taklah you tunggu lama sangat. You tu bukan I tak tahu, kalau lama sikit menunggu mulalah merungut.”
“Macam nilah kalau I free esok nanti I call you. Okey. Kalau takde apa-apa lagi I letak dulu ye. Banyak lagi benda yang I nak buat. Bye.” Tanpa menunggu jawapan dari Linda, Razlan terlebih dulu meletakkan telefonnya. Malaslah nak layan Linda. Ingatkan nak ajak Sya keluar esok. Rosak pulak plan aku ni. Apa yang aku harus buat hah. Razlan berjalan menuju ke jendela biliknya. Dia memerhati sekeliling. Tiada apa yang kelihatan. Yang ada hanyalah kegelapan. Dia berfikir sendiri kenapalah Sya tu dah diikat. Kalau tak mau rasanya dia suruh mak dan ayahnya meminang. Hai nasib badanlah. Dah jumpa orang yang berkenan dihati tapi dah berpunya. Razlan mengolek-golekkan badannya diatas katil. Apasallah malam ni matanya susah sangat nak pejam. Razlan bangun dari pembaringannya sambil mengaru-garu kepalanya. Puas berfikir Razlan lantas turun ke bawah. Dia nampak lampu bilik adiknya Jamil masih terbuka. Dia ambil keputusan untuk menjengah adiknya sekejap. Dah lama tak berborak dengan Jamil.
“Assalamualaikum....” Razlan menjenguk kepalanya dari balik pintu. Dia nampak Jamil sedang menulis di meja.
“Waalaikumussalam..... laa....abang Lan ingatkan sapa. Masuklah buat apa terjenguk kat situ. Tak tidur lagi ke? Jamil sedikit terperanjat. Ingatkan semua dah tidur tapi nasib abangnya kalau ayah tadi,hah tak tahu apa nak jawab.
“Entahlah Mil mata abang ni susah betul nak pejam, dah macam-macam cara abang buat tapi tak mahu jugak dia pejam. Abang turun kat bawah ingat nak buat air. Tengok bilik kau menyala, abang terus datang. Nasib kau tak tidur lagi boleh juga abang borak dengan kau.”
“Tak boleh tidur ke ingatkan buah hati? Jamil tersengih sambil matanya melirik kearah abangnya.
“Mana ada tapi kalau ada pun sikit ajelah.”
“Abang, Sya sekarang ni macamana, dah lama dia tak datang sinikan bang.”
“Kenapa pulak. Rindu ke? Razlan terkejut dengan pertanyaan dari Jamil. Jangan-jangan Jamil pun.......
“Takdelah bang saja suka borak dengan dia. Best jugak berbual dengan dia. Sekurang-kurangnya ada jugak orang yang faham dengan minat Mil. Kalau abang nak tahu, Sya pun minat melukis. Dia kata kan kalau dia ada masa lapang dia nak suruh Mil ajar dia melukis.” Beria-ia Jamil bercerita pada Razlan.
“Habis tu abang ni tak fahamlah dengan minat Mil. Macam tu. Atau Mil dah jatuh hati kat dia tak.”
“Takdelah bang. Mil anggap dia macam kakak Mil aje lagipun Mil takutlah.....
“Takut apa? Razlan kurang mengerti dengan apa yang perkatakan oleh Jamil.
“Takut abang marahlah. Macamlah Mil tak tahu yang abang syok kat diakan.”
“Mana ada. Pandai-pandai aje Mil buat cerita. Nanti kalau mak dengar lagi kecoh jadinya”
“Eleh! Kata tak nak tapi muka abang dah merah dah.”
“Ye ke? Razlan meraba mukanya yang dsiselubungi wap malu akibat di giat oleh adiknya.
“Alah kalau abang nak pun bukannya dia sudi lagipun Sya tu tunggu masa nak kahwin aje.” Perlahan Razlan menuturkan katanya. Tapi masih dapat ditangkap oleh Jamil.
“Suara macam orang kecewa aje.”
“Mana tak kecewanya.”
“Tapikan bang belum cuba belum tahu. Setakat bertunang belum kahwin lagi. Lagikan orang yang dah kahwin pun bercerai inikan pulak baru bertunang.”
“Aik! Macam nak ajar abang buat kerja jahat aje. Hmm......tapi entahlah tunggu ajelah mana tahu kot-kot ada jodoh abang dengan dia. Nanti Jamil boleh buka kelas melukis sebab dah ada sorang pelajar.”
“Abang perli Mil ye.”
“Mana ada. Betul apa yang abang cakap. Kalau ada jodoh abang. Mil jugak yang cakap yang Sya nak belajar melukis.”
“Yelah tapi belum tentu jadi.”
“Takpelah Mil nanti kalau abang ada free sikit masa abang ajak Sya datang sini. Tapi tak tahulah dia nak datang ke tak. Abang tak boleh nak jamin. Tapi Mil jangan takde pulak kan bising pulak dia. Sya tu kalau dia dah start berleter naik pening abang mendengarnya.”
“Naik pening pun itulah yang abang suka kan.”
“Pandailah dia ni.” Razlan menutup mulutnya yang dah hampir 10 kali menguap. Matanya dah naik berair tapi masih lagi dia menahan. Peluang untuknya berbual dengan Jamil jarang sekali datang. Jamil sering aje menghilang dari rumah. Kadang tu sampai berminggu-minggu baru nampak batang hidungnya. Entah apa yang dia cari pun Razlan kurang pasti. Jiwa orang seni ni lain sikit. Razlan menguap lagi. Dia mengeleng kepalanya beberapa kali sekadar untuk menghilangkan rasa pening.
“Abang kalau mengantuk pergilah tidur tak payahlah nak menahan mata tu. Dah banyak kali Mil tengok abang menguap. Pergilah naik tidur.” Jamil bersuara setelah sekian lama ditengok abangnya menahan mata yang dah hampir sangat tertutup.
“Abang malas pulak rasanya nak naik tidur. Abang tidur kat sini aje boleh.” Razlan merangkak naik keatas katil Jamil. Jamil hanya mengelengkan kepalanya.
“Ikut suka abanglah.” Baru aje bersuara dilihat abangnya sudah hanyut dibawa mimpi. Jamil masih lagi berteleku di meja tulisnya. Tangannya masih melakar-lakar di kertas. Jamil masih lagi mencari-cari idea yang sesuai untuk lakarannya. Kalau boleh dia nak sesuatu yang lain daripada yang lain tapi fikirannya masih buntu dan kosong. Sesekali dia memandang kearah abangnya yang sedang lena diulit mimpi. Terdengar dengkuran kecil dari pernafasan abangnya mungkin letih barangkali. Jamil meramas-ramas rambutnya yang sedikit panjang tu. Maknya dah beberapa kali menyuruhnya gunting saja. Orang lelaki tak elok simpan rambut panjang. Tapi dia suka rambut panjang barulah nampak rugged sikit. Jamil bangun lantas keluar dari biliknya menuju kedapur. Entah kenapa tiba-tiba tekaknya terasa haus. Jamil membuka peti sejuk lalu mengambil sebotol air sejuk. Dia meneguk. Terasa sedikit nyaman bila air sejuk itu melalu rongga tekaknya. Baru aje nak melangkah Jamil terserempak dengan maknya yang juga ke dapur.
“Kau buat Mil. Kau nak makan ke? Tanya Puan Aini kepada anaknya yang sering kali berubah sikap.
“Taklah mak. Minum air aje, tekak rasa haus pulak. Mak tak tidur lagi? Jamil menarik keluar kerusi makan dan melabuhkan punggungnya sambil menunggu maknya selesai minum air.
“Dah tidur tapi tiba-tiba rasa dahaga pulak. Ayah kau pulak dah minum air habis tapi tak ganti balik. Nilah yang mak terpaksa turun kebawah. Ingat dah malas nak turun tapi biarlah. Oh! Ya abang kau kemana takde pun dalam biliknya.” Pantas aje tangan Puan Aini mengisi air kedalam botol yang kosong.
“Ada. Abang tidur dalam bilik Mil.” Jamil meneguk saki baki air yang tinggal. Hajat nak bawa air kedalam biliknya terbantut dengan kehadiran maknya. Cawan yang di minum dibawa ke sinki.
“Apa pulak mimpi abang kau tidur dalam bilik kau. Biasa tak pernah-pernah pun.” Ada rasa hairan bertandang dalam diri Puan Aini.
“Takde mimpinya mak. Tadi abang tak boleh tidur tu yang masuk bilik Mil. Cakap-cakap datanglah mengantuk abang. Abang dah malas nak balik ke biliknya terus aje sambung tidur kat bilik Mil. Biarlah mak.”
“Ikut sukalah. Takpelah Mil mak naik dulu. Mil pulak pergilah tidur jangan biasa sangat tidur lewat nanti jatuh sakit kan susah.”
“Yelah mak.” Jamil memerhati lenggang maknya naik keatas. Dia terus aje ke biliknya untuk selesaikan kerjanya yang masih tertangguh. Dia menjeling kearah abangnya. Nyenyak sungguh tidur abangnya. Penat memerah idea yang masih tak kunjung tiba Jamil ingin tidur. Baru aje merebahkan diri baru dia tersedar yang dia masih lagi belum menunaikan tanggungjawab yang wajib dia lakukan. Jamil bangun semula lantas terus ke bilik air untuk mengambil wuduk. Mata yang mengantuk kembali segar bila terkena air. Selesai saja mengambil wuduk Jamil terus bersembahyang. Lama dia berdoa untuk kesejahteraan dirinya, keluarganya dan juga seluruh muslimin dan muslimat di muka bumi ini. Jamil melipat sejadah yang di gunakan tadi lalu menyidai di tempat sidaian kain. Dia naik keatas katil dengan perlahan bukan apa takut abangnya terjaga. Jamil berbaring sambil tangannya diletakkan di atas dahi. Fikirannya menerawang entah kemana. Matanya pula puas dipujuk untuk lelap tapi masih tak berjaya. Puas mengiring ke kiri dia mengiring ke kanan. Puas melentang dia meniarap tapi malam ni susah betullah nak tidur. Mungkin juga banyak berfikir menyebabkan matanya agak sukar untuk dilelapkan. Nak tak nak dia bangun semula tapi bukan ingin mengadap meja dan kerjanya tapi dia terus membuka jendela. Jamil tahu masa sekarang ni hanya kegelapan yang wujud tapi dalam gelap tu ada indahnya. Dia memerhati di angkasa lepas. Bintang yang berkerlipan menambahkan lagi seri malam yang agak kelam ni. Jamil mengira setiap bintang yang berkerlip. Kata orang mengira satu persatu bintang ni boleh buat mata akan jadi mengantuk. Betul ke? Dia sendiri pun kurang pasti dengan semua ni tapi yang pastinya baru hampir separuh dia mengira matanya rasa dah hampir nak tertutup. Dia menguap beberapa kali. Lepas menutup jendela biliknya, Jamil terus naik ke katil. Bila kepala dah bertemu dengan bantal hanya mimpi yang terhasil.










BAB 17

Pagi sabtu yang indah ni buat aku jadi malas untuk bangun terlalu awal. Teringat janji untuk keluar berjogging dengan Maria tapi mata yang mengantuk kembali bertaut. Sedar tak sedar bila cahaya matahari merembes masuk dari balik jendela. Silaunya buat aku bangun dari tempat pembaringan. Aku mengeliat sambil menguap beberapa kali. Sesekali macam ni rasa seronok pulak. Yelah tak payah nak berkejar sana sini untuk ketempat kerja tapi kalau tak kerja mana nak dapat duit. Takde duit macamana nak makan. Aku turun ke bawah menjengah seketika di bahagian dapur. Aku nampak sesuatu di bawah tudung saji. Ada wap panas yang keluar dari tudung saji. Takkan ada makanan kot. Biasa tak pernah pun ada orang masak tambah pulak pagi-pagi macam ni. Aku membukanya. Waa....ada nasi goreng sama dengan air milo. Masih panas lagi. Aku menyedut bau yang begitu harum ni. Dah lama benar rasanya aku tak jamah nasi goreng buatan kat rumah.
“Kalau nak makan, makanlah tak payahlah nak hidu bau. Kau ni macam cerita P.Ramlee pulak main hidu-hidu bau.” Ujar Ju yang kebetulan masuk ke dapur.
“Sapa masak ni? Aku bertanya pada Ju sebab rasanya mustahil Ju yang masak. Biasanya Ju ni tahu makan aje. Tangan aku pantas aje mencedok nasi goreng.
“Kau agak sapa.” Aju Ju macam teka teki pulak. Aku kalau bab meneka ni yang malas sikit. Bukan apa kalau salah aku rasa sakit hati pulak.
“Ah! Tak payah teka tekilah dengan aku. Sapa yang masak? Tanya aku lagi. Ju tersengih dari tadi. Entah apa kena dengan minah ni pun aku tak tahu.
“Aku lah sapa lagi.” Ju dengan bangga menuding jari telunjuk ke arahnya sambil tersenyum manja. Macam nak kencing aku je minah ni.
“Ye ke? Macam tak caya aje, kau tahu masak ke? Aku mencebik bibir.
“Tengok oranglah.” Ju mencuit dagu aku lalu ke depan. Aku pun heran apa kena dengan minah ni. Dari tadi asyik tersengih-sengih aje. Aku ke depan dengan sepinggan nasi goreng dan juga segelas air milo yang masih lagi berwap.
“Cerita apa yang kau pasang ni Ju. Naik pening pulak aku tengok. Tukar tv lah aku nak tengok cerita kartun. Best sikit.” Aku menyuap nasi goreng. Hmmm.....sedap jugak minah ni masak.
“kau ni Sya takde cerita lain asyik kartun aje. Macamanalah otak nak berkembang.”
“Alah bukan selalu pun hari minggu ni lah aku nak layan kartun. Asyik kerja aje sekali sekala layan kartun seronok juga.”
“Ah! Malaslah. Ni hah cerita lagi best aku baru aje beli semalam.” Mata Ju masih lagi tertancap pada tv. Entah apa cerita pun aku tak tahu. Sekali dengar macam cakap siam tapi 2 kali dengar macam cakap tamil pun ada. Aku ke dapur membawa pinggan yang telah kosong. Tengah basuh pinggan aku terdengar suara orang memberi salam. Sapalah pulak yang datang hari-hari minggu ni. Hish...apalah aku ni tukan tetamu. Tetamu yang datang akan membawa kebaikan pada tuan rumah. Minta murah rezeki sudahlah dapatlah aku beli kereta. Apa pulak yang aku merepek ni. Aku dengar lagi takde bunyi apa pun entah-entah aku silap dengar kot. Alah Ju kan ada kat depan.
Ju menjawab salam, entah sapalah yang nak bertandang kat rumah ni pagi-pagi buta macam ni. Jumelangkah malas menuju ke muka pintu. Sebaik saja pintu dibuka Ju melihat satu susuk tubuh seorang lelaki yang sedang membelakanginya. ‘apalah salesman nipagi-pagi lagi dah datang kacau daun betullah’ gerutu hati Ju. Mukanya sedikit masam tapi masih cuba di maniskan.
“Cari sapa encik? Tanya Ju bila dilihat lelaki tu masih tak berganjak membelakanginya.
“Oh! Maaf...saya...eh! Idah buat apa kat sini? Tanya lelaki tadi agak terkejut sedikit sebab dia tak sangka dapat berjumpa dengan teman wanitanya disini. Apa yang dia buat kat sini. Mustahil salah rumah kot. Mengikut alamat yang diberi oleh makciknya betullah Sya tinggal kat sini atau Sya dengan Idah tinggal satu rumah ah! Parahlah macam ni. Apa aku nak buat ni. Dia mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Dia serba salah samada hendak beritahu atau pun tidak tujuannya datang kesini.
“Abang? Abang tak cakap pun nak datang sini tau pulak abang cari rumah Idah ni.” Walaupun sedikit terperanjat tapi hatinya ingin sekali melompat gembira. Mungkin Amirul nak ajaknya keluar taklah dia terperuk kat rumah.
“Err...err....sebenarnya abang datang ni...err...abang nak ajak Idah keluar. Kebetulan abang lalu kat sini jadi samar-samar abang teka rumah Idah ni. Boleh ke? Kalau tak boleh takpelah abang balik dulu.”
“Boleh. Tapi kena tunggu Idah tukar baju dulu ye, abang masuklah dulu.” Ju mempelawa Amirul yang kelihatan sedikit kekok.
“Takpelah abang tunggu kat luar aje nanti tak pasal-pasal jadi kes pulak.”
“Alah jadi kes apanya Sya pun ada kat rumah. Idah naik dulu salin baju.” Tanpa menunggu lebih lama Ju terus naik ke biliknya. Amirul yang tinggal diluar seorang diri kelihatan sedikit gementar tambah pulak bila di dengar yang Sya ada di situ. Macamana nak buat ni. Amirul mundar mandir di tepi pagar dan mengambil keputusan untuk duduk di dalam kereta aje. Amirul bimbang kalau-kalau Sya nampak kelibatnya. Nampaknya dia terpaksa berjumpa dengan Sya di tempat lain mungkin juga di tempat kerja Sya. Kalaulah Sya tahu yang dia serumah dengan buah hatinya apa agaknya tindakan Sya agaknya.
“Eh! Ju nak kemana ni. Bukan main lagi.” Pelik pulak bila tengok Ju ni pagi-pagi dah melawa.
“Aku nak keluarlah. Kau nak pesan apa-apa tak? Tanya Ju sambil menyarung kasut di muka pintu.
“Kau nak keluar dengan sapa?
“Dengan sapa lagi dengan abang akulah.”
“Abang? Setahu aku kau mana ada abang. Adik beradik kau kan semuanya perempuan.”
“Hish...apa punya lembablah kau ni. Dengan boyfriend aku lah.”
“Laa....cakaplah boyfriend. Mananya.” Aku meninjau keluar tapi tak nampak sapa pun.
“Tu dalam kereta. Nak pesan apa tak.”Tanya Ju untuk sekian kalinya.
“Tak payahlah. Jangan balik lewat sangat aku boring sorang-sorang kat rumah ni.”
“Laa...kalau boring ajaklah tunang kau keluar. Itu pun nak nanti aku ajar kan. Kalau macam ni bilalah kau nak rapat dengan tunang kau tu.”
“Kalau orang sudi takpelah juga ni....tak payahlah aku cerita buat sakit otak aje. Dahlah nak keluar, keluar cepat sikit aku nak tutup pintu ni tapi jangan lupa tutup pintu pagarnya sekali. Aku malas nak layan kalau ada bangla jual karpet ke apa ke yang datang.”
“Baiklah puan Syakilla, duduk kat rumah baik-baik ye. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam.....” aku memerhatikan kelibat Ju masuk kedalam kereta yang aku rasa pernah tengok kereta tu tapi tak tahu kat mana. Ah! Malaslah nak fikir. Nak buat apa ye. Hmm...ingatkan ada kawan nak berbual rupanya hari minggu macam ni pun lesap. Nasib badanlah. Daripada terconggok macam ni baik aku siapkan kerja aku. Nasib buat balik kalau tak boring yang amat. Sambil membuat kerjanya matanya sekali sekali mengerling kearah tv yang terpasang. Best jugak cerita Ultraman Nexus. Ni baru first time aku tengok. Rancangan baru kot biasa tak pernah ada pulak. Aku memberhentikan seketika tangan aku. Kini mata aku lebih tertumpu pada skrin tv. Tengah syok tengok tv aku terdengar pintu pagar rumah aku di buka sejurus tu aku terdengar suara lelaki memberi salam. Ni yang bengang ni sapa pulaklah yang datng. Aku paling menyampah kalau ada orang datang nak menjual sebab aku tak reti nak ‘halau’ macamana. Aku capai selendang yang memang dah tersidai atas kepala tangga. Aku mengintai balik tingkap nako. Aku lihat Tuan Razlan. Apa pulaklah mamat ni datang kat sini dahlah tinggal aku sorang-sorang kat rumah ni. Untuk kali kedua aku dengar Razlan bagi salam lagi. Tak jawab berdosa pulak tapi kalu jawab dia tahulah ada orang dalam rumah ni. Apa dia nak hah. Aku ambil keputusan untuk jawab salamnya. Aku tak nak berdosa sebab jawab salam tu wajib.
“Waalaikummussalam......Aku membuka pintu. Tapi hanya separuh aje.
“Hai Sya.”
“Hai. Apa yang Tuan..Err....maksud saya awak buat apa kat sini.” Hampir aku tersasul lagi mamat ni bukannya boleh dikira yang hari tu tak habis lagi. Aku nampak Razlan tersenyum. Selepas beberapa kali berdehem barulah Razlan bersuara.
“Sya ada buat apa-apa ke hari ni.” Tanya Razlan dengan mata yang sedikit meliar.
“Takde. Kenapa?
“Taklah saya ingat nak ajak Sya keluar. Boleh tak”
“Keluar?. Saya sebenarnya malas nak keluar. Nak rehat kat rumah aje. Terima kasihlah sebab pelawa but i’m so sorry.”
“Saya tanya boleh ke tak. Awak tak faham bahasa melayu ke.” Razlan ulang pertanyaan yang sama. Aku terkedu sendiri rasanya aku dah jawab soalan mamat ni. Takkan telinga tak dengar kot.
“Tak boleh. Saya tak nak keluar hari ni.” Aku besuara dengan nada yang sedikit tinggi. Perlahan kan takut tak dengar pulak.
“Okeylah kalau macam tu cepat bersiap saya tunggu kat sini.”
“Haa...bila masa pulak saya kata nak keluar. Awak ni dah gila agaknya.” Lain yang aku cakap lain pulak yang didengar. Biasa tak macam ni pun.
“Memang saya dah gila. Saya gilakan awak. Saya tak kira awak nak keluar ke tak nak ke yang saya tahu saya tunggu awak disini. Cepat sikit jangan nak bazir masa saya pulak.”
“Ikut suka awaklah yang penting saya memang tak nak keluar. Faham tak.” Aku cepat-cepat menutup pintu malas nak layan mamat sewel ni. Tapi tak sempat nak tutup tangannya lebih pantas menahan pintu.
“Apa ni? Aku sedikit meradang dengan tingkah laku Razlan. Tak boleh dibiarkan kalau macam ni aku takut kalau Razlan tiba-tiba ambil kesempatan pulak.
“Kan saya dah cakap saya nak ajak awak keluar. Susah sangat ke nak keluar dengan saya ni.” Suara Razlan meninggi. Peduli hapa aku dengan dia ni.
“Masalahnya saya tak nak keluar. Awak tak faham ke.”
“Okey. Saya akan duduk sini atau awak nak kalau pencegah maksiat datang sini. Tapi bagus jugak dapat kita kahwin free kan. Lepas ni tak payahlah saya nak tackle awak lagi.” Razlan tersenyum dan melabuhkan punggungnya betul-betul depan pintu. Habis tu macamana aku nak tutup pintu ni. Parah betul aku macam ni.
“Tolonglah, saya minta sangat awak jangan paksa saya. Saya memang tak nak keluar saya nak rehat kat rumah aje. Lain kali kita keluar.” Nampak gayanya aku terpaksa menggunakan kaedah diplomasi yang cukup halus sambil merendahkan sedikit nada suara aku walaupun aku cuba untuk mengeraskan suara aku.
“Lain kali bila tu agaknya. Tunggu kucing bertanduk ek. Atau tunggu saya ni keluar tanduk baru awak nak keluar.” Aduh, apa nak buat ni. Kalau jiran-jiran nampak teruklah aku. Aku berfikir untuk seketika tapi nampknya takde jalan lain yang aku nampak sekarang ni. Terpaksalah. Benci betul aku dengan mamat ni. Suka sangat paksa-paksa orang.
“Yelah....yelah....tapi tunggu saya tukar baju dulu” Akhirnya aku mengalah, tapi ikut dia tak semestinya aku mengaku kalah cuma aku tak nak kalau ada sapa-sapa yang nampak. Takut timbul cerita lain pulak. Aku minta laluan untuk menutup pintu. Untuk keselamatan mamat ni bukannya boleh percaya. Banyak buruk daripada baik. Tengok hari ni dahlah nak ajak orang keluar aje siap main paksa-paksa pulak mengalahkan mafia aje.
“Hah! Macam tulah. Ni tak nak ajak keluar bukan main seksa lagi.”
Aku mengambil masa hampir setengah jam biar mamat tu rasa tunggu aku lama-lama kat bawah sapa suruh ajak aku dah tu kalau ajak baik-baik takpelah jugak ni tak siap ugut tangkap basah lagi sewel betullah. Aku mengenakan baju kurung warna biru muda dan di padankan dengan selendang putih. Aku turun kebawah dengan langkah yang agak malas. Aku buka pintu aku tengok mamat ni masih ada, ingatkan dah jemu menunggu, dia dah balik. Rupanya masih ada. Lepas kunci pintu aku menuju ke kereta yang telah siap di buka pintu. Razlan memecut keretanya. Tak tahu hendak kemana. Aku pun tak tanya. Kalau dia jual aku...hish...nauzubillah harap-harap semua ni tak berlaku. Mamat ni ikut suka dia aje nak bawa aku kat mana langsung tak minta pendapat aku. Hmm...apa nak buat ikut ajelah. Aku sampai kat sebuah tasik yang agak lenggang. Mana tak lenggangnya tengahari buta macam ni sapalah yang nak datang sini. Apa-apa pun layannn.....
“Sya...marah saya lagi? Razlan menyoal aku bila melihat aku langsung tak bercakap dengannya.
Maunya aku tak marah dia. Ikut suka tok nenek dia aje.
“Taklah.”
“Habis tu senyap aje.”
“Dah tu takkanlah saya nak berjoget lambak kat sini pulak nanti tak pasal-pasal Adam dah tak dapat nak cari makan..”
Razlan sedikit tergelak dan aku masih terpaku di tempat di tempat duduk. Razlan bersuara lagi bila dilihatnya aku sedikit pun tak tergelak dengan lawak aku sendiri. langkah kakinya diatur kebawah pokok yang agak rendang. Aku sekadar mengikut dari belakang. Keluar aje dari perut kereta aku memandang ke langit yang biru, aduss...matahari begitu terik memancarkan cahayanya. Rasa nak pitam pun ada. Mamat ni langsung tak romantik. Ada ke patut bawa aku berdating kat tempat yang boleh terbakar kulit ni.
“Amboi, awak ni Sya, saya bergurau sikit pun tak boleh. Kita ni hidup tak bolehlah terlalu serius sangat."
"jadi sebab tulah awak selalu kenakan saya, macam tu ye."
"Mana ada. Hmmm....tapi mungkin jugak sebab saya suka bila tengok awak naik angin."
"Sebenarnya kita ni nak kemana ni? Geram betul aku dengan perangai Razlan. kulit aku pun dah tahap rentung rasanya. lagi sakit hati bila tengok Razlan yang asyik tersengih aje sejak dari tadi. entah apa yang ada dalam fikiran dia pun aku sendiri tak tahu. Bengang betullah.
"Janganlah marah-marah macam ni nanti cepat sangat awak jadi tua. Kesian kat tunang awak terpaksa kahwin dengan orang tua." Dalam keadaan panas macam ni pun Razlan masih sempat bergurau. aku sebenarnya rasa juga nak gelak tapi terpaksa control sebab aku tak nak Razlan tahu yang aku sebenarnya seronok juga keluar dengan dia ni.
"Okey..okeylah tak tahan betul saya ni bila tengok muka orang yang masam. naik pening pulak rasanya. Sya nak kemana cakap aje saya akan bawa Sya kemana aje yang Sya nak pergi."
"Laa...awak yang ajak saya keluar manalah saya tahu awak nak kemana. Tak pun hantar saya balik ajelah."
"Janganlah macam tu. Okeylah saya tahu mana nak bawa Sya. Jom." Aku hanya jadi pengikut yang setia pada Razlan. sekali sekala rasa macam orang bodoh aje. Apa tak bodohnya asyik ikut kata Razlan aje. langsung tak dapat nak tolak permintaannya. Entah-entah aku ni dah...ehem...ehem...Oh! Tidak!!! Kreookkk...Aduh perut berbunyilah pulak. aku tengok jam di tangan patutlah perut aku menyanyi rupanya dah hampir pukul 1. aku mengosok perut aku. sabar ye sayang kejab lagi kita makan. Kereta Razlan menuju laju kearah yang aku sendiri tak tahu. manalah dia nak bawa aku. jangan bawa aku lari sudahlah. Ooo....rupanya nak bawa aku pergi makan. lain kali cakaplah siang-siang tak payahlah aku nak syak yang bukan-bukan buat penat aku aje fikir. Razlan membehentikan keretanya di hadapan sebuah kedai makan.Razlan keluar dan aku pun keluar. baru aje nak masuk kedalam kedai makan tu tiba-tiba bahu aku ditepuk seseorang. aku berpaling. Laa...rupanya Ju macamana pulak dia boleh ada kat sini.
"Laa...kau Ju. dari mana ni? Aku bertanya pada Ju yang masih lagi tersengih. sukalah tu dapat kejutkan aku. Tiba-tiba aku terpandang sayu susk tubuh yang rasa-rasanya macam aku kenal. tapi tak berapa nak ingatlah.
"Amboi masa aku ajak keluar bukan main lagi tak nak tapi rupanya ada dating dengan pakwe ek." Ju mencuit pinggang aku.
'Mana ada., yang kau ni terpacak kat sini buat apa?" Aku memerhati sekeliling bukan apa nak cari kelibar Razlan. jangalah hendaknya Razlan muncul kat depan ni. kecoh nanti. Ju ni bukan aku tak tahu mulut dia.
"Aku tunggu abang aku. Dia beli suratkhabar kejab." Ju tersengih.
"Abang? Bila masa pulak kau ada abang. adik beradik kau kan semuanya pompuan." Aku mengaru sedikit kepala yang agak gatal ni.
"Bukan abang tulah tapi abang aku. hmmm....pakwe aku lah." Kata Ju separuh berbisik.
"Ooo...pakwe rupanya buat confius aku aje lain kali cakap tu biar terang."
"Kau datang dengan sapa."
"Sorang aje."
"Jangan nak bohong, kau kalau sorang kau tak keluar. Hah! akau tahu mesti kau keluar dengan tunang kau kan. mana dia tunjuklah kat aku." Mata Ju melilau mencari. Mata aku menangkap susuk tubuh yang berjalan kearah aku dan Ju. Haa...tak mungkin aku jumpa dia kat sini. Apa agaknya yang dia buat kat sini agaknya. Hampir saja dengan aku, aku nampak Ju menarik dan memaut mesra tangan lelaki tu.
"Sya, terlanjur dah jumpa kat sini kenalkan pakwe aku. Amirul. Amirul ni kawan Ju, Syakilla." Amirul menghulur tangannya dan aku sekadar menganggukkan kepala aje. Aku perasan yang wajah Amirul sedikit berubah tapi aku buat derk aje macam takde apa-apa. Sampai hati Amirul buat aku macam ni. Aku bagai nak rak tunggu telefon dari dia tapi hampeh. Alih-alih aku jumpa dia kat sini dengan best friend aku pulak tu parah betul kisah hidup aku. Ni kalau Ju tau ni matilah aku. Tapi tak sangka pulak kekasih yang Amirul cakap tu rupanya kawan baik aku. Ju pulak langsung tak pernah nak cerita pasal Amirul. Bila masa pulak diorang ni bercinta hah! Aduh aku pulak yang confius. Si Razlan ni pun satu kata pergi tandas ni rasa-rasanya macam buat tandas aje. Betapa keciknya dunia ni. Ju menceceh entah apa yang dia cerita pun aku tak tahu sebab satu apa pun tak masuk dalam kepala hotak aku ni. Aku masih terkejut. tapi taklah sampai tahap koma lagi. Sesekali aku mencuri pandang wajah Amirul yang sedikit lagi mungkin akan berubah jadi zombie. Aku tahu Amirul pura-pura tak pandang aku. tapi tulah apa diharap padi seberang kan.
"Mananya tunang kau tu? Tanya Ju tiba-tiba. Aku cuma mengelengkan kepala sambil mulut aku cuba tersenyum dalam kepayahan yang amat sangat. Aku nampak Amirul gelabah semacam aje. kejab-kejab garu kepala, kejap tu pulak raup muka yang di basahi peluh halus. Baru aje aku nak blah dari situ Razlan datang dengan lagak yang penuh macho tapi sakit hati aku tengok gaya dia tu. Kalau tak kerana dia yang paksa aku tak payahlah aku nak berdepan dengan semua ni yang hanya buat aku sakit kepala.
"Laa....datang dengan Razlan. Ingatkan datang dengan tunang Sya. Emm...nampaknya Youlah yang jadi tunang Sya hari ni." Ju mengangkat keningnya pada Razlan. Razlan pulak bukan main senyum memanjang aje. menyampah betul aku. macamana aku nak keluar dengan tunang aku kalau kau dah kebas tunang aku bawa keluar. Eeii...geramnya aku tengok senyum Ju dan sengihan si Razlan ni.
"Alah Ju saya bawa keluar kejab aje lagipun tunang dia bukan tahu pun dan you pulak Ju jangan nak pandai-pandai bagitau pada tunang dia."
"Nak bagitau tunang Sya, sebenarnya saya pun tak pernah tengok tunang dia."
"Haa...kan Ju satu rumah dengan Sya takkanlah tak tengok. Halimunan kot." Razlan bukan main ketawa lagi dapat mainkan aku.
"Alah tunang aku bukannya ada kat sini, kalau ada kat sini pun dia bukannya nampak aku."Aku sengaja menekankan perkataan nampak tu dengan lebih keras sikit. Entah apa yang aku fikir pun aku tak tahu yang aku tahu tangan aku pantas aje memaut tangan sasa Razlan dan aku tahu Razlan sikit terkejut dengan tindakan drastik aku ni. peduli apa aku janji hati aku puas. Apa Amirul ingat dia sorang aje ke yang boleh keluar suka-suka dengan sapa yang dia nak aku pun boleh. Tapi aku tahu mamat ni bukan main suka lagi. Muka pun nampak macam muka gatal aje.
"Sya...sejak bila kau belajar curang ni." Ju mencuit aku mungkin tak sangka dengan apa yang aku lakukan.
"Eerrr... Idah, jomlah kita dah lewat ni." Akhirnya Amirul bersuara jugak setelah sekian lama aku menanti luahan bunyi dari mulutnya. Ju mengangguk kepalanya.
"Okeylah Sya, Raz, kami pergi dulu."
'Eh! tunggulah kita makan sama." Razlan menahan Amirul sebaik saja Amirul menghulurkan tangannya.
"Takpelah. Lain kali okey." Amirul tersenyum.
"Lagipun Raz, kami tak nak ganggu korang. Kau ingat senang ke nak dapat peluang macam ni. Lagipun kami nak pergi window shopping kejab." Ju dan Amirul berlalu dari situ dan aku hanya mampu memandang melihat kelibat tunang aku yang berjalan pergi dengan kawan baik aku sendiri. Macamanalah aku boleh tak perasan yang Ju tu kekasih Amirul. Tapi logik juga kalau aku tak boleh nak agak sebab Amirul panggil dia Idah dan aku panggil dia Ju. Orang yang sama tapi nama yang lain. Betapa kecilnya dunia. kalau dulu aku nak sangat kenal dengan kekasih Amirul tapi sekarang rasanya baik aku cari kekasih untuk diri aku sendiri. Nasiblah mak aku cari tunang yang dah ada buah hati sendiri.
"Ehem...ehem..." Aku terkejut bila dengar suara Razlan berdehem. Tangannya yang aku paut dengan cepat lepaskan. Macamanalah aku boleh tak sedar dan mengelamun jauh dari dunia realiti ni. Hissh....malunya aku. Aku cepat-cepat berlalu dari situ bukannya apa nak cover malu aku. Razlan mengikut aku dari belakang. Kami masuk ke sebuah restoran yang agak lenggang sedikit dan aku memilih kedudukan meja yang agak tersorok sikit. Bukannya apa aku takut Razlan kutuk aku nanti taklah malu sangat. Selepas mengorder makanan aku sikit pun tak bersuara. Perasaan malu aku masih menebal. Kenapalah aku ambil tindakan macam tu. Hah sekarang mana aku nak sorok muka aku ni. Aku nampak Razlan masih cuba menahan ketawa dia. Melihat cara Razlan mengemam mulutnya dengan pipi yang mengembung buat aku sakit hati sangat. Sesekali dia menghela nafasnya.
"Kalau nak ketawa tu ketawa ajelah tak payah nak tahanlah. Saya tak marah pun." Aku mencebik.
"Mana ada." Razlan cuba mengelak mungkin takut aku bertambah malu agaknya.
"Macamlah orang tak tahu...."Belum habis lagi aku bercakap tiba-tiba satu ledakan ketawa memecah kesunyian dalam restoran ni. Beberapa orang yang ada didalam restoran ni memandang dengan pandangan yang agak menjengkelkan termasuklah aku. Amboi bukan main lagi kalau kenakan aku sampai sikit pun tak nak cover line. Tengok Razlan ketawa rasanya macam nak masukkan penumbuk aje dalam mulut dia.
"Dah habis ketawa." Aku memandang Razlan bila aku dengar suaranya sedikit mengendur.
"Sya...Sya...awak ni buat saya pecah perut aje. Sebenarnya apa dah jadi dengan awak ni. Dah buang tabiat ke? selama ni awak tak pernah pun nak pegang tangan saya alih-alih hari ni. Sya...Sya...boleh explain sikit kenapa awak berubah laku macam ni. takkanlah saya ajak awak berjemur kat tasik tadi awak dah buang tabiat macam ni." Razlan menyengih lagi.
"Takde apa-apalah, pasal tadi tu saya minta maaf saya sikit pun takde niat nak pegang tangan awak tu." Nak kongsi masalah dengan mamat ni huh! kirim salamlah nanti tak habis lagi aku bercerita mamat ni dah gelakkan aku. malam sikit.
"Takpe Sya, saya tak kisah pun. kalau hari-hari awak nak pegang tangan saya pun saya tak kisah." Razlan mengenyit matanya kearah aku. Belum sempat nak balas makanan dah sampai pun. Isi perut dulu karang baru gaduh pulak. Bila perut dah kenyang mata pun dah rasa mengantuk. Aku pun jadi malas nak bergaduh dengan Razlan. Lantak dialah. Bukan luak apa pun. Aku masih lagi terkejut pasal kejadian tadi, rasanya kalau aku tak teserempak dengan Ju sampai sudah aku tak tahu yang Amirul tu kekasih dan Ju tu buah hati Amirul yang Amirul sibuk sangat pertahankan tu, sampaikan aku depan mata dia pun dia tak layan. Hampeh betullah.
BAB 18
Pergaulan aku dengan Ju sedikit dingin gara-gara hari tu. Ju mungkin tak tahu tapi aku tahu dan rasanya aku tak mampu nak bagi Ju tahu perkara ni. Biarlah malas nak fikir. Banyak lagi kerja yang perlu aku buat. Pasal kejadian ceroboh hari tu pun masih tak selesai. Naik letih aku bila dah banyak kali sangat disoal siasat oleh pihak polis, tak layan nanti kata tak bagi kerjasama tapi bila dah layan naik lenguh mulut aku bercerita. Semua sama aje. Naik penat dan bosan pulak. Tu baru bab orang ceroboh pejabat belum lagi masuk bab rekaan Jo yang di curi orang. Nasib Jo tu kreatif juga dan bertenang kalau akulah dah gabra satu macam rasanya. Minggu ni adalah minggu yang agak sibuk sikit. Boleh dikatakan hari-hari ada mesyuarat. Naik pening kepala aku ni. Rasanya dalam minggu ni aku lansung tak dapat nak bergossip dengan rakan sekerja aku. Usahkan nak bergossip nak makan pun tak sempat asyik tapau aje. Tapi yang bestnya bila lepas meeting diorang cakap perbincangan dengan pengurus Awana akan diadakan di Langkawi. Eee...bestnya. Dah lama sangat aku nak pergi ke Langkawi tapi tak pernah dapat. Harap-harap kali ni jadilah hendaknya. Eee....tak sabar rasanya. Tapi yang tak bestnya hanya aku, Jo dan juga bos aku, Razlan aje yang pergi. Boringlah hanya aku sorang aje pompuan. Takde bendalah nak cakap. Aku dah dapat bayangkan tentu perjalanan aku nanti merupakan satu perjalanan yang agak membosankan. Tambah pulak kalau Razlan tu asyik nak kenakan aku aje.
Hujan turun agak lebat bila aku keluar dari pejabat. Masalah ni. Macamana nak balik. Payung pun lupa nak bawa. Aku berlegar-legar di kaki lima menunggu hujan reda sikit. Agak lama disitu hujan mulai turun renyai-renyai dan aku pun cepat-cepat angkat kaki menuju ke perhentian bas. Entah dimana silapnya kaki aku tiba-tiba tergelincir mungkin sebab licin. Bedebuk! Macam nangka buruk aku jatuh. Punyalah malu tak tahu nak ceritalah masa tu.
“Sakit ke? Satu suara menegur aku dan aku kira itu adalah satu teguran yang paling bangang sekali dalam abad ni. Aku berpaling dan apstinya aku tahu sapa yang keluarkan soalan yang bangang macam tu. Sapa lagi kalau tak bos aku, Razlan. Macamanalah dia boleh ada dalam saat aku macam ni.
“Taklah sedaaaap sangat.” Aku bangun dan menyapu baju kurung aku yang dah pun kotor. Aduh! Sakitnya tak usah nak cakaplah.
“Marah ke? Razlan menolong aku bangun dan mengutip handbag aku dan briefcase aku. Razlan mengheret aku ditepi koridor.
“Mana ada.” Aku mengosok buku lali kaki aku. Rasanya macam terseliuh aje.
“Tulah dah tahu hari hujan buat apa jalan laju-laju. Tengok sapa yang susah, saya jugak kan.” Razlan tersenyum gatal.
“Eee.....tolonglah. Saya tak minta awak tolong pun.” Aku mencebik bibir.
“Aik! Dah tolong pun marah lagi. Dah mari saya hantarkan awak balik. Boleh jalan ke tak ni. Kalau tak boleh saya pimpinkan nak?
“Tak payah. Saya boleh jalan sendiri.” Aku bangun. Memang kaki aku rasa sakit sangat tapi aku tak nak Razlan tahu yang kaki aku sakit nanti bertambah mengadalah dia. Razlan membuka pintu keretanya untuk aku. Perjalanan aku sunyi sepi aje. Aku pun tak bersuara Razlan pun tak bersuara. Cuma sekali-sekala terdengar Razlan menyanyi-nyanyi kecil mengikut lagu yang diputarkan oleh dj radio Hot.fm.
“Nak pergi klinik ke? Suara Razlan memecahkan kesunyian.
“Rasanya tak payahlah.”
“Tak payah-payahlah nantikan takut melarat pulak. Kalau nak pergi saya boleh hantarkan.”
“Takpelah terima kasih ajelah. Sapu ubat nanti baiklah.”
“Okey. It’s up to you. Oh! Ya kalau sakit lagi esok cutilah.”
“Hmm....tengoklah.” Razlan menghantar aku sampai kat depan muka pintu rumah aku. Rasanya kalau kereta dia boleh masuk dalam rumah aku dah tentu dia masuk kedalam. Baik jugak mamat ni.
“Terima kasih ye.”
“Kasih di terima.”
“Mengada betullah awak ni. Menyampah tau.”
“Alah saya mengada untuk awak jugak kan.” Razlan tersengih lagi. Malas aku nak layan dia ni. Dahlah kaki aku sakit banyak pulak songeh dia.
“Takpelah saya masuk dulu. Terima kasih sekali sebab tolong hantar saya balik.”
“Yelah dan sekali lagi saya cakapkan yang kasih awak diterima. Tak perlulah awak risau.” Belum sempat aku balas kata-katanya Razlan dah berlalu ke keretanya sambil melambai tangannya kearah aku. Dalam pada tu sempat lagi dia mengenyitkan matanya. Hish...mamat ni makin di layan makin menjadi. Kan bagus kalau aku belum bertunang lagi. Rasanya kalau aku belum punya ikatan apa-apa dah tentu aku juga aku jatuh cinta pada Razlan tapi....Entah apa yang aku dok lalut ni pun aku tak tahulah. Aku cepat-cepat masuk kedalam rumah. Ruang tamu yang gelap kembali terang bila lampu dipasang. Langkah aku terdengkot sedikit. Rasa sakit kat bahagian buku lali buat aku rasa tak selesa. Selesai mandi aku sembahyang. Sakitnya kaki aku Allah aje yang tahu. Budak 2 orang tu tak balik-balik lagi kalau tak boleh juga minta tolonh diorang. Mereka berdua tu kan nurse. Aku menelan panadol untuk melegakan kesakitan kaki aku yang semakin menjalar. Dalam kesakitan akhirnya aku terlelap. Sedar tak sedar bila telefon aku berbunyi. Rasanya dah banyak kali berbunyi tapi aku tak sedar. Aku menekan kekunci di telefon aku. Dalam keadaan mamai aku masih tak cam siapa yang telefon.
‘Macamana kaki dah baik ke?
‘Hmm...Alhamdulillah baik sikit. Sapa ni?
‘Amboi! Baru aje jatuh sikit dah tak ingat kita ni sapa. Sampai hati awak, Sya.’
‘Oo...Awak. maaf saya tak perasan. Lagipun saya mengantuk sangat.’
‘Okeylah, saya tak nak ganggu tuan puteri nak beradu. Tapi kalau ada apa-apa telefon saya tau’
‘Yelah. Maaf ye, saya tak dapat layan awak berbual sebab saya baru telan panadol jadi mengantuk sangat rasanya.’
‘Eh! Takpe saya saja je telefon awak. Okey, selamat malam. Assalamualaikum.’
‘Waalaikummussalam.’ Aku tekan punat off. Telefon tu aku matikan terus sebab aku tak nak sapa-sapa kacau aku lagi.
Sebaik saja aku menjejakkan kaki aku di lantai rasanya macam nak menjerit satu rumah. Punyalah sakit. Aku membelek buku lali bekasan terpelecok semalam. Aku nampak buku lali aku dah bertukar sedikit kebiruan mungkin terseliuh. Aku berpaut pada hujung katil dan tepin dinding menuju ke bilik air. Berdengkot aku berjalan turun kebawah. Aku pandanh kearah jam. Masih terlalu awal untuk aku telefon ke pejabat. Hari ni aku nak minta cuti. Dengan keadaan aku yang macam ni rasanya tak sempat sampai kat pejabat aku dah menangis kat tepi jalan. Aku pandang sekeliling. Rumah ni rasa sunyi sangat. Takkanlah diorang ni tak balik rumah kot. Tak logik pulak rasanya. Aku cuba telefon Ju dan Maria. Tapi hampeh tak berjawab pun asyik peti suara aje yang jawab. Kemana agaknya diorang ni pergi ye. Nampaknya tinggal aku sorang-soranglah kat rumah ni dahlah kaki sakit, sorang pun takde kat rumah ni. Aku rehat sekejab kat ruang tamu sambil mengunyah roti yang tinggal lagi 2 keping. Aku menghirup air milo yang masih berasap smbil mata aku memerhatikan jam di dinding. Tepat aje pukul 9 aku menelefon ke pejabat. Kebetulan Huda yang jawab panggilan aku. Aku memberitahu kesulitan yang aku hadapi dan minta sangat agar Aida beritahu pada Razlan. Nak telefon sendiri aku takut panjang pulak ceritanya, al-maklum ajelan mamat nikan jenis yang terlebih ambil berat. Tiba-tiba telefon aku berbunyi menandakan ada message yang masuk.
Maaflah aku n maria tk bll smlm
ada ks kcmsn. Aku stay kt
asrm. Tk care.
Aku baca sms tu rupanya dari Ju. Entah apa yang kecemasan sangat tak tahulah mungkin juga ada orang berlanggar. Sekarang ni kan ramai sangat orang berlanggar. Tak seronok duduk diam aku membuat kerja yang masih berbaki, nasib baik aku bawa balik sedikit kerja semalam kalau tak rasanya aku dok buat tahi mata aje masa ni. Malas pulak rsanya nak ke klinik. Duduk dengan nurse pun tak guna. Time aku sakit macam-macam kecemasan yang datang.



BAB 19
Razlan melangkah laju menuju ke biliknya. Sekilas dia memandang kearah meja Syakilla tapi hampa bila dilihat meja kosong. Dalam hati dia berdetik takkan masa ni belum datang kerja lagi. Biasa tak pernah lewat macam ni atau....Razlan menyandar tubuhnya pada kerusi empuk. Tangannya membuka fail-fail yang bersepah di atas meja. Dalam pada berfikir tentang Sya tiba-tiba terjonggol kepala Huda dari balik pintu.
“Hah! Awak ni Huda buat terperanjat saya aje. Tak reti ke nak ketuk dulu kan saya ketuk kepala awak baru tahu. Suka buat orang terkejut.”
“Saya dah ketuk banyak kalilah tuan. Tuan aje yang tak dengar.” Huda tersengih melangkah kedalam bilik Razlan.
“Ye ke? Saya tak dengar pun. Takpelah. Ada apa hal?
“Tadi Syakilla call dia tak mc hari ni sebab kaki dia sakit, tak boleh berjalan.” Huda membaca setiap patah perkataan yang ditulis sepertimana yang Syakilla beritahu padanya sedikit pun tak tertinggal.
“Kaki dia sakit? Dia dah pergi klinik ke? Tanya Razlan pada Huda tapi Huda sekadar mengangkat bahunya.
“Awak tak tanya dia ke? Razlan memandang Huda yang berkerut dahinya.
“Sorry terlupa.”
“Takpelah nanti saya tanya dia sendiri.”
“Kalau macam tu saya keluar dulu. Oh! Ya Tuan ada appointment dengan syarikat pembekal pada pukul 10.30 pagi ni.”
“Yelah saya tahu. Tapi tolong ingatkan saya lagi sekali ye. Takut saya terlupa.”
“Okey.” Huda berlenggang keluar dari bilik Razlan meninggalkan Razlan yang masih termangu di situ. Takkanlah teruk sakit kaki dia. Dalam berkira-kira Razlan mendial nombor telefon Syakilla. Dia ingin tahu perkembangan Syakilla. Kalau serius boleh dibawa ke klinik. Tapi sayang lama menunggu telefon tak berangkat. Razlan mencuba lagi. Masih tak berjaya. Kemana pulak Syakilla ni pergi. Bengang betullah. Setelah penat mencuba akhirnya Razlan terpaksa mengalah jugak memandangkan masa untuk berjumpa dengan pihak pembekal semakin suntuk. Razlan berkira-kira lepas habis aje mesyuarat tu dia akan segera berjumpa dengan Syakilla. Hampir 2 jam masa berlalu masa tu Allah aje yang tahu betapa risaunya hati Razlan tambah-tambah pulak bila memikirkan pasal Syakilla. Entah macamanalah keadaannya sekarang. Habis aje mesyuarat Razlan terus memecut laju keretanya menuju ke rumah Syakilla. Keadaan jalan yang sesak dengan kenderaan menambahkan lagi sakit hatinya. Sampai aje kat rumah Syakilla, dia nampak pintu pagar berkunci dengan mangga rumah yang sebesar penumbuk buat hatinya bertambah bengang.
‘Kemana pulak perginya Sya ni, kata sakit tapi pintu berkunci, entah-entah....’ hati Razlan berprasangka yang bukan-bukan. Razlan mendial telefon Syakilla tapi asyik peti suara aje yang jawab. Hampir setengah jam menunggu akhirnya Razlan mengalah. Rumah Syakilla di tinggalkan dengan hati yang terbuku. Entah apa yang tak kena dia sendiri tak tahu.




“Terima kasih sebab tolong saya.” Aku duduk di kerusi yang di sediakan oleh pihak klinik sementara menunggu nama aku dipanggil. Rasa segan pulak. Tak sangka pulak yang Amirul nak datang rumah aku.
“Takpe takde susah lagipun saya memang nak datang jumpa dengan awak.”
“Betul ke nak jumpa dengan saya bukan dengan dengan Ju?
“Kecik kan dunia ni, tak sangka pulak saya yang Ju tu kawan awak , siap tinggal serumah lagikan.”
“Hmmm...Oh! ya ada apa awak nak jumpa dengan saya. Penting ke.”
“Hmm...Pentinglah jugak tapi kita bincang lepas ni lah. Kaki awak kena apa sampai bengkak macam ni.”
“Saya terjatuh.”
“Tulah ada mata tak nak guna.”
“Mana ada. Hari tu hujan, jalan licin tak sempat nak brek saya dah tergolek macam nangka busuk.”
“Mesti sakit kan.”
“Sakit tu memanglah sakit tambah pulak bercampur dengan malu bila orang tengok lagilah sakit.”
“Tau takpe.” Amirul sedikit tersenyum mungkin jugak dia sedang membayangkan macamana aku terjatuh. Eee...kalaulah Amirul tengok aku masa tu tentu heboh satu kampungkan. Malunya. Syok sangat berbual sampaikan ku tak sedar yang nama aku dah 2 kali dipanggil. Aku cepat-cepat masuk sambil di ekori oleh Amirul. Kaki aku dibelek oleh doktor Shamilla dengan penuh berhati-hati.
“Kaki awak ni dah bengkak sangat. Dah berapa hari macam ni.”
“Saya jatuh semalam, tergelincir.” Sambil bercakap aku memandang wajah doktor yang putih bersih. Aku lihat doktor Shamilla cuma mengangguk tanda faham dengan penerangan aku. Aku lihat doktor Shamilla begitu cekap melakukan kerjanya. Kagum betullah aku dibuatnya. Doktor Shamilla membalut kaki aku dengan begitu kemas sekali. Terasa agak kurang selesa bila berkeadaan macam ni.
“Okey, cik Syakilla boleh ambil ubat diluar dan saya harap kalau sakit kaki cik masih berlarutan sila datang lagi untuk pemeriksaan menyeluruh. Harap Encik jangan biarkan isteri encik buat kerja yang agak berat ye sebab ianya belum pulih sebenarnya.” Panjang lebar sekali doktor tu bagi penerangan. Aku hanya melihat Amirul tersenyum sambil memimpin aku keluar dari bilik doktor. Aku rasa mungkin jugak Amirul rasa geli hati bila dengar perkataan isteri. Aku pun masih terkedu. Tapi mungkin agaknya aku ada jodoh dengan Amirul. Kalau betul macam tu macamana pulak dengan Ju. Rasanya aku tak sanggup nak tengok kawan aku merana. Habis tu apa yang aku harus buat. Aduh! Naik bingung aku dibuatnya dengan masalah remeh temeh yang melibatkan jiwa dan raga ni.
“Okey, marilah kita balik.” Amirul mencuit aku.dalam keadaan terpinga aku bangun.
“Heh! Ubat tak ambil lagi.”
“Dah. Saya dah ambil pun. Tulah asyik mengelamun aje sampaikan nama di panggil pun tak dengar.”
“Ye ke? Tak perasaan pulak. Maaflah”
“Takpe. Jomlah, boleh ke? Kalau tak saya tolong pimpinkan.” Amirul memandang aku sambil mengangkat keningnya.
“Tak payahlah, saya boleh jalan sendiri lagipun sakitnya dah semakin berkurangan.” Aku tahu kaki aku masih terasa sakitnya tapi...malu pulak rasanya. Amirul memandu dengan tenang melewati kereta-kereta yang macam ulat berbaris. Sekilas aku memandang wajah Amirul. Macamanalah agaknya kalau Ju tahu aku sekarang ni berdua dengan Amirul. Tapi Ju tak boleh salahkan aku sapa suruh dia tak kenalkan kekasihnya pada aku kalau tak senanglah aku adjust dengan mak aku dan mak Amirul.
“Tak nak turun ke? Tanya Amirul sambil membuka pintu kereta untuk aku.
“Haa..dah sampai ke? Laa....tak perasan pulak.” Aku hanya mampu tersengih untuk menutup rasa malu yang berbekas di muka aku ni.
“Macamana nak sedar kalau dari tadi asyik berkhayal aje. Rasanya kalau saya letak Sya dekat kandang harimau tentu dah kena ngap. Berkhayal sangat.
“Sampai hati nak buang Sya kat kandang harimau macam tak laku sangat kalau nak buat lauk lain selain dari kandang harimau.” Aku sedikit merajuk walaupun aku tahu Amirul takkan pujuk aku.
“Alah sorrylah gurau aje”.
“Takpe. Kita nak kemana ni? Aku memandang sekeliling. Medan selera.
“Kita makan dulu sambil tu boleh kita bincang sikit.” Amirul memanggil pelayan dan membuat pesanan untuk kami berdua.
“Bincang pasal apa?
“Pasal kita berdualah.”
“Rasanya takde apa yang nak dibincangkan semua dah jelaskan.”
“Itu memang betul tapi nak tahu tak. Saya balik kampung baru ni nasib tak bergaduh besar kalau tak rasanya saya dah tak duduk kat sini lagi mungkin kat hospital kot.” Amirul tersenyum menampakkan barisan gigi yang putih.
“Kenapa pulak? Macam orang bodoh pulak rasanya aku menanyakan soalan yang macam tu.
“Makcik suruh cepatkan perkahwinan kita” selamba aje Amirul. Hampir bersembur rasanya air yang baru aje aku sedut. Kalau orang tua yang merancang macam-macam yang berlaku. Ini tak boleh jadinya.
“Mana boleh buat cepat. Awak tak cuba bangkang ke? Berkerut muka aku. Hish... tak boleh jadi ni. Mak ni pun satu hal, satu apa perkara pun tak pernah nak cerita kat aku. Tension betullah aku.
“Itulah yang saya buat tapi tak tahulah sekarang ni macamana keadaan sebab sebelum saya berperang dengan makcik saya baik saya blah dulu dari kampung. Awak janganlah buat muka macam tu takut pulak saya tengok.” Dalam keadaan macam ni pun Amirul masih nak berlawak dengan aku. Apa punya orang.
“Susahlah macam ni. Awak kenalah cakap terus terang dengan makcik awak tu.”
“Takkanlah saya aje yang nak kena tolong. Awak pulak macamana.”
“Saya pihak perempuan, bangkang banyak sangatkan nanti jadi benda lain pulak. Awaklah yang berhak bersuara lebih.”
“Amboi..amboi sedapnya bagi arahan. Nanti kalau saya yang bersuara tak pasal pulak saya yang kena. Awak seronok aje ye.”
“Mana ada. Awak tolong saya nanti saya tolong awaklah. Adillah tu. Pasal kita ni Ju dah tahu?”
“Takde maknanya adil. Tapi pasal tu saya masih tak bagitau pada Ju. Tak tahu nak bagitau macamana. Oh! Ya lupa nak tanya. Lelaki yang bersama Sya hari tu, sapa? Pakwe ek!”
“Boleh la.” Kenapalah gatal sangat mulut ni. Tak pasal-pasal Razlan masuk dalam agenda aku hari ni.
“Kata hari tu takde pakwe ni....” Amirul mengangkat keningnya tanpa menghabiskan ayat yang tergantung. Aku malas nak cakap lebih-lebih. Aku cuma tersenyum aje. Biar Amirul tahu sikit yang aku ni bukannya tak laku sangat. Aku masih lagi tersengih-sengih mengingatkan kata-kata aku tadi. Hissh... kalaulah Razlan dengar ni mampus aku. Aku memandang sekeliling manalah tahu kot-kot Razlan tiba-tiba muncul depan aku naya ni. Aku tersenyum lagi manakala Amirul memandang aku dengan penuh tanda tanya. Aku melihat jam, rasanya dah lewat sangatlah lagipun banyak lagi kerja yang aku nak buat.
“Okeylah ye, apakata kalau awak hantar saya balik lagipun banyak lagi kerja yang saya nak buat. Boleh tak? Aku menghabiskan hirupan yang terakhir.
“Boleh. Kan saya yang bawa awak mestilah saya yang hantar awak. Habis tu nak suruh sapa pulak.”
“Manalah tahu kot-kot awak nak suruh saya naik bas ke naik teksi tak ke susah saya dengan kaki yang sakit ni kan.”
“Ni nampaknya macam nak bermanja aje.” Amirul mengangkat keningnya yang agak lebat sambil tersenyum yang menampakkan lesung pipinya. Sekali tengok hensem jugak mamat ni. Tapi sayangnya dah ada orang.
“Bolehlah sikit-sikit.” Aku bangun untuk keluar.
“Boleh ke?
“Boleh. Saya bukannya sakit nak mati cuma sakit kaki aje.” Sepanjang perjalanan aku langsung tak bersuara. Rasanya dah takde apa yang nak aku suarakan. Aku masih memikirkan pasal perbincangan yang melibatkan orang tua. Nilah yang buatnya aku malas nak balik kampung. Kalau Amirul yang balik kampung dah kena sembur apatah aku. Tambah pulak sikap mak yang pantang ditegur. Eeeiii....biol aku sekejab.
“Dah sampailah tuan puteri. Awak ni kan Sya tak habis-habis berkhayal ke awak ni ada janji dengan pakwe awak.”
“Mana ada. Okeylah terima kasih sebab bawa saya pergi klinik” Aku melambai tangan aku walaupun aku tak tahu samada Amirul nampak ke tak. Aku membuka pintu pagar. Aku mencari anak kunci pintu.
“Pergi mana? Terdengar satu suara yang agak sumbang pada pendengaran aku. Berterabur ubat dan anak kunci aku. Aku berpaling ke belakang. Dah tahu pun sapa yang empunya suara tu.
“Ya! Allah, tak reti nak bagi salam ke? Aku mendengus, tanda protes dengan sikap yang ditunjukkan oleh Razlan. Nama aje sekolah tinggi tapi takde adat langsung.
“Sya ke mana? Macam tunggul kayu tau saya tunggu kat sini.” Suara Razlan sedikit keras pada pendengaran aku. Entah apa-apa entah dia ni. Ikut suka hati akulah nak pergi mana. Semua nak ambil tahu.
“Saya ke klinik. Ni hah kaki saya dah naik bengkak pasal jatuh semalam. Puas hati. Lagi satu sapa pulak yang suruh Tuan tunggu kat depan rumah saya ni. Kalau jiran-jiran nampak macamana?
“Err...saya risau pasal Sya.”
“Nak risau apanya. Tuan bukan sapa-sapa pun dengan saya jadi tak payahlah nak ambik tau semua hal saya.”menyampah betullah dengan mamat ni. Macamlah aku ni bini dia semua nak kawal. Patutlah takde awek lagi sampai sekarang.
“Itu saya tau tapi tak salahkan saya sebagai majikan awak berhak tau mana awak pergi.”
“Itu betul tapi takkanlah sampai depan rumah lagipun saya dah telefon kat pejabat tadi.”
“Saya tak tau pun.”Razlan masih lagi tak puas hati dengan aku.
“Haa....tuan dah tau kan jadi saya harap sangat agar tuan boleh....”aku tak meneruskan kata-kata aku Cuma menggunakan isyarat tangan agar Razlan faham dan tak berkecil hati dengan aku.
“Awak halau saya Sya.” Razlan sedikit tersinggung.
“Bukan macam tu. Tuan...saya...saya....Aku tak dapat nak teruskan kata-kata aku.
“Saya faham....Razlan berlalu dari situ dan aku dilanda rasa yang cukup bersalah. Aku hanya memerhati kelibat Razlan hilang dari balik keretanya. Aku mengeluh. Dah tau macamana nak beritau pada Razlan. Rasanya dah berbuih mulut aku ni. Lantaklah malas nak melayan.

1 comment:

9n0L4 said...

punyelah panjang cite ni. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...