Tuesday, October 28, 2008

BUKAN 7 PERHENTIAN,,

BUKAN 7 PERHENTIAN
Kerja memandu teksi macam aku ni begitu memenatkan tambahan pulak kalau penumpang takde bertambahlah penat tapi yang paling penat sekali adalah bahagian poket aku. Mana nak bayar bil, mana nak simpan, mana nak makan. Semuanya nak kena fikir. Tapi takpelah penat pun penatlah janji aku buat kerja yang halal. Suatu hari masa aku sedang berehat kat tepi teksi aku, datang sorang gadis yang bertudung, manis sekali katanya nak sewa teksi aku. Aku pun apalagi bagai orang yang mengantuk di sorongkan bantal. Aku pun bersetuju tanpa bertanyakan destinasi gadis tu. Aku mengangkat begnya. Semuanya ada 3 buah beg, besarnya mengalahkan orang baru balik dari mekah. Mungkin juga budak ni baru balik jalan jauh agaknya.
Masuk aje dalam teksi, gadis tu bercakap banyak pun cuma sekali sekala aku nampak gadis tu asyik tersengih aje macam kerang busuk dah. Aku ingatkan gadis ni tak betul tapi rupanya tengah sibuk main sms. Apalah nak jadi orang sekarang ni. Kalau zaman aku dulu suka sorang-sorang macam ni dah lama dah jadi penghuni tetap Tanjung Rambutan. Jam dekat dashboard dah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Mata aku rasa begitu berat sekali. Ada penumpang pun berat mulut. Kalau tak hilanglah sikit rasa mengantuk aku. Nampak gayanya terpaksalah aku yang memulakan bicara bagi menghilangkan rasa mengantuk aku yang semakin bermaharajalela.
“Cik ni nak kemana sebenarnya.” Tanya aku memecahkan kesunyian. Sesekali aku meraup muka aku.
“Oh!ya, saya lupa nak bagitau, saya sebenarnya nak balik ke Kemaman, boleh tak? Gadis tu mengensot kedepan dan cepat-cepat menyimpan telefon bimbitnya kedalam beg tangannya.
“Kemaman? Laa....kenapa tak cakap jauh tu, saya tak bawa teksi sampai kesana setakat sini-sini aje.” Aduh...masalah betullah minah ni, masa naik tadi takde pulak dicakapnya nak pergi ke Kemaman. Silap aku juga yang tak tanya kat mana nak pergi. Tulah excited sangat ada penumpang masalah betullah dahlah hari dah lewat sangat. Aku mengaru-garu kepala aku yang sedikit gatal akibat lupa nak pakai shampoo pagi tadi.
“Alah bolehlah bang, saya sebenarnya tertidur tadi, itu yang tak sedar. Tengok-tengok dah sampai kat Terengganu. Kalau tak saya taklah menyusahkan abang. Bolehkan? Takpe kalau abang nak bayaran lebih pun saya boleh bayar, abang sebut aje.” Suara gadis tu dah macam nak menangis pulak. Aku ni pantang kalau dengar orang pompuan menangis aku jadi sayu hati nak-nak kalau pompuan muda. Itu yang tak tahan tu. Aku tengok muka gadis ni rasa kesianlah pulak. Nasiblah aku bujang terlajak kalau tak mahu aku berperang dengan bini aku pasal balik lewat ni.
“Hmm...bolehlah.” Selepas berfikir untuk seketika akhirnya aku bersetuju ditambah pulak bila aku dengar gadis ni nak bayar lebih. Duit beb...sapa yang tak nak duit.
“Terima kasihlah bang.” Gadis tu tersenyum cuma aku ajelah yang kelat sikit sebab aku tak pernah jalan jauh macam ni. Sorang-sorang pulak tu. Biasanya kalau aku jalan jauh macam ni aku ajak kawan aku yang teman. Untuk beberapa ketika mengantuk aku hilang sekejab. Suasana kembali sunyi bilamana aku lihat gadis tu terlena lagi. Wah! Bukan main lagi dia tidur, aku jugak yang terpaksa memandu. Patutlah tak sedar tempat nak berhenti kalau dah lagu ni dia tidur. Nasib-nasib.
Aku memberhentikan teksi aku di stesen Petronas. Sambil-sambil isi minyak kereta aku mengambil kesempatan untuk membasuh muka dan membeli sebotol air Livita untuk hilangkan mengantuk. Bila aku sampai kat kereta aku tengok gadis tu dah takde. Aku pandang sekeliling manalah tahu kot-kot gadis tu pergi ke tandas. Tapi tak nampak apa-apa pun. Aku ambik keputusan untuk bertanya pada pekerja disitu. Tapi hampeh. Katanya dia tak nampak sapa-sapa pun yang turun kat situ, kebanyakan yang turun semuanya lelaki, pompuan takde. Jangan- jangan......Biar betul. Takut pulak rasanya. Perjalanan jauh lagi ½ perjalanan pun tak sampai lagi. Aku cuba intai kat tandas pompuan tapi gelap aje. Macam tak pernah ada orang masuk. Kemudian aku kembali semula ke teksi aku. Aku jenguk balik ikut tingkap. Ya! Allah punyalah terperanjat aku. Rupanya gadis tu ada kat dalam tengah syok lagi tidur tapi apasal aku tak nampak dia tadi hah? Confius pulak rasanya. Aku pun apalagi cepat-cepat masuk kedalam teksi dan cepat-cepat juga aku menghidupkan enjin teksi aku bilamana hidung aku menangkap satu bau yang cukup wangi. Nak kata gadis ni pakai minyak wangi apasal dari tadi aku tak bau apa-apa. Bau hangit ketiak dia adalah.
Teksi aku bergerak melepasi Kampung Merchang. Aku nampak gadis itu mengeliat dan mengosokkan matanya.
“Kita dah sampai kat mana ni bang.” Tanya gadis itu sambil meninjau balik tingkap memerhatikan malam yang semakin kelam.
“Baru melepasi Merchang. Eerr..tadi masa saya berhenti kat stesen minyak. Cik pergi mana?” aku bertanya sekadar untuk memuaskan hati aku yang semakin confius ni.
“Hmm...takde pergi mana. Lagipun saya mengantuk sangat. Kenapa abang tanya macam tu?”
“Ohh...takde apa-apa. Bukan apa takutlah cik nak basuh muka ke, apa ke.” Ya Allah Ya TuhanKu selamatkanlah perjalanan aku ni. Sepanjang perjalanan aku tak henti-henti berdoa dalam hati agar permudahkan perjalanan aku ni. Sampai kat Kuala Abang, kawasan sini sedikit lengang, aku cuba jugak ajak gadis ni berbual tapi hampeh, gadis ni lebih suka mendiamkan diri lepas tu tidur balik. Aku ni bukannya apa kalau ada orang berbual kurang sikit rasa mengantuk, kalau tak rasa macam nak tertutup aje. Tengah syok-syok memandu tiba-tiba hidung aku menangkap satu bau yang cukup wangi. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Nak kata bau minyak wangi tapi masa gadis ni masuk takde pun baunya. Aku menghidu bau ketiak aku. Ciss....bau macam bangkai. Aku mengosok hidung aku bagi menghilangkan bau ketiak aku. Faham-faham ajelah dah seharian aku tak mandi. Aku pandang gadis tu dari balik cermin belakang. Aku tengok dia tu selamba aje dok tidur lagi. Sesekali adalah jugak dia tersedar lepas tu tidur balik. Aku jugak yang tak boleh tidur. Dada aku rasa macam nak pecah bila fikirkan pasal ni. Rasanya mau aku turunkan aje gadis ni kat tepi jalan ni.
“Dekat Johor kerja apa? Aku bertanya bila aku lihat gadis tu dah terbuka matanya. Aku cuba ajaknya berbual untuk menghilangkan rasa takut yang hadir dalam diri aku.
“Alah kerja kilang aje bang, bolehlah setakat nak tolong keluarga sikit-sikit. Lagipun bagi orang yang takde sijil yang tinggi macam saya ni bolehlah.”
“Alah kerja mana-mana pun boleh asalkan ianya halal.”
“Betul tu bang, janji saya tak menyusahkan sapa-sapa. Emm....abang pakai minyak wangi apa ni. Wangi semacam aje saya bau. Naik tengik hidung saya.”
“Aaa....Minyak wangi? Ooo....bukan minyak wangi tapi pewangi kereta.” Aku cuba berdalih bukan apa aku takut kalau gadis ni rasa takut pulak. Dahlah aku ni rasanya dah separuh nak mati akibat takut yang melampau. Aku tak nak tambah lagi manalah tahu kalau tiba-tiba aje gadis ni histeria pulak.
“Ye ke?
“Kemaman tinggal kat mana?
“Kat Sri Bandi, takpelah nanti kalau dah dekat nak sampai saya bagitaulah kat abang ye.” Habis berkata-kata gadis tu pun mendiamkan diri sambil kepalanya menyandar pada kusyen dan memejamkan matanya. Aku pulak terus memandu dengan kelajuan yang agak tinggi buka apa aku nak cepat sampai. Bau wangi yang hadir dalam teksi aku semakin hilang baunya dan aku sedikit merasa lega. Aku memandang kearah cermin belakang. Aku sedikit terkejut bilamana aku lihat gadis tadi dah takde di belakang. Aku mengosok mata aku untuk melihat buat kali kedus. Syukur. Aku nampak gadis tu. Rupanya gadis tu dah terlentok tidur. Entah apa kenalah aku malam ni pun aku tak tahulah. Macam-macam yang menganggu fikiran aku biasa takdelah macam ni. Entah-entah aku ni bawa anak pontianak tak. Tak pun anak orang bunian. Tak pun aku bawa langsuir. Hisshh...apa yang aku dok merepek ni. Tapi kalau nak difikirkan secara logik zaman sekarang ni dah moden mana ada hantu. Hantu sekarang pun dah terpaksa sembunyi kat tempat lain. Macamana tak sembunyi kat tempat lain kalau dah semuanya nak merakam gambar hantu. Malaslah nak fikir pasal ni.
Perjalanan aku dah pun memasuki bandar Dungun, walaupun agak lewat tapi masih banyak kereta yang lalu lalang. Kuranglah sikit rasa sunyi dekat jalan raya ni. Aku berdoa dalam hati agar cepat sampai. Tak sanggup rasanya aku nak melalui saat yang sungguh mendebarkan ini. Orang nak kata aku ni pengecut pun katalah aku tak kisah kalau diorang lalu saat macam yang aku lalu ni tentu diorang akan rasa apa yang aku rasa ni. Lama menunggu lampu bertukar hijau aku melihat ke belakang. Asyik tidur aje. Macam takde kerja lain. Aku meraup muka aku beberapa kali. Melalui Sekolah Teknik dan juga Politeknik bermakna aku akan melalu kawasan Bukit Bauk yang banyak menyimpan cerita-cerita mistik. Aku menaikkan sedikit cermin kereta yang aku turunkan sebentar tadi.
Keadaan luar yang agak gelap dan kelam buat otak aku berfikir yang bukan-bukan. Dengar cerita dulu kat Bukit Bauk ni ada puteri bunian yang tinggal. Tak tahulah betul ke tidak. Kalau betul pun rasanya tak ingin aku nak jumpa. Biarlah orang lain yang jumpa jangan aku sudah. Selepas mengambil selekoh, hidung aku terhidu bau yang sangat busuk. Kembang kempis hidung aku menahan bau yang tahap longkang tu. Aku pusing ke belakang. Aku tengok gadis tu masih tidur takkanlah orang tidur boleh kentut kot. Aku perlahankan sikit kelajuan yang aku bawa untuk melihat kot-kot ada timbunan sampah yang menyebabkan bau yang kurang menyenangkan ini. Takde apa-apa pun. Naik sebu rasanya perut aku. Nak termuntah aku. Tapi yang herannya gadis tu okey aje tidur. Nafas aku tengok turun naik selamba aje. Takkanlah tak berbau kot. Aku dah mual dah rasanya tunggu nak keluarkan isi perut aje tapi aku tahan. ½ jam lepas tu barulah baunya hilang tu pun nasib baik aku turunkan sikit cermin kereta kalau tak mau mati aku kelemasan menghidu bau yang tahap tosik ni.
Baru ni lega sikit bau busuk tu datang lagi. Naik menyampah aku menghidunya. Nak kata aku kentut takkanlah aku tak perasan aku kentut. Nak kata gadis tu yang kentut pun tak logik juga, takkanlah orang yang sedang tidur nyenyak boleh kentut. Tak masuk akal langsung. Aku rasa macam nak menjerit aje. Aku dah tak tahan dah bau yang tahap bangkai berulat ni. Ya! Allah apalah dosa aku bawa penumpang ni. Kalau macam ni selalu macamana aku nak cari rezeki. Naik pening kepala aku. Aku ambil minyak cap kapak yang memang sentiasa aku sediakan dan menyapu sedikit di kiri kanan kepala aku dan sedikit dekat hidung. Ah! Barulah lega. Habis aje bau busuk bau wangi pulak yang menerpa tapi kalau bau wangi takpelah kurang sikit kepala aku tapi dari mana pulak bau ni datang. Lepas ni jangan haraplah aku nak bawa penumpang yang jauh macam ni. Cukuplah sekali aje. Tak dapat duit lebih pun takpelah jangan aku tak diganggu macam ni. Seriau aku di buatnya.
Keadaan sedikit tenang untuk seketika. Dapatlah aku memandu dalam keadaan yang cukup tenang tanpa gangguan dari apa-apa pun. Tengah syok-syok memandu tiba-tiba gadis itu menjerit-jerit suruh aku behentikan kereta. Punyalah terperanjatnya aku, nasib tak terbabas. Aku brek mengejut mendecit bunyi tayar. Nasib baik kereta tak banyak. Dalam tak banyak tu aku sempat dihonkan oleh beberapa buah kereta. Aku berhenti betul-betul kat Stesen Petronas Paka. Semua yang ada kat situ memandang aku dengan pandangan yang seolah-olah macam aku nak buat jahat kat penumpang. Serta merta bau yang busuk tu kembali menerjah lubang hidung aku yang baru aje sebentar tadi kembali normal. Aku menekup hidung aku.. uwekk...rasa nak muntah pulak. Apa punya balalah.
“Apahal ni cik. Histeria ke? Aku bercakap sambil menutup hidung aku.
“Takde apalah bang, saya nak stesen Petronas kejab.” Kata gadis tu sambil menekan-nekan perutnya dengan muka yang berkerut.
“Nak buat apa? Minyak teksi saya banyak lagi ni.”
“Bukan nak isi minyak tapi saya nak ke tandas, saya sakit perut sangat. Takpelah saya tak tahan dah ni.” Gadis tu bergegas lari ke stesen Petronas menuju ke tandas sambil menahan sakit perut yang amat sangat, dalam pada tu sempat lagi dia membuang bau busuk yang sama aku hidu dalam teksi tadi. Hampeh betullah. Cilanat punya penumpang rupanya dia yang melepas. Aku ingatkan apa tadi. Buat penat aje aku takut setengah mati. Setan betullah. Uwweekkk........berterabur isi perut aku dalam longkang. Celaka betullah.

1 comment:

9n0L4 said...

hehe. saspen bebenorrr. sampai kesini bau busuk nye. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...