BUNGA-BUNGA CINTA
Aku baru aje habis kerja , kepenatan terasa menjalar di setiap pelusuk tubuh aku. Ah! Boringnya rasa hari-hari kerja tapi kalau tak kerja sapa yang nak bagi aku makan. Habis aje aku berkemas atas meja aku pun mengatur langkah untuk ke tempat letak motorsikal aku. Rasa macam malas nak berjalan aje kalau boleh merangkak tentu aku dah lama merangkak.
Sambil aku bawa motor sempat lagi aku berkhayal sampaikan lampu isyarat dah bertukar hijau pun aku masih melanggut kat situ. Nasib baik tak kena hon , aku fobia sikit pasal hon-hon ini. Sampai simpang 4 rumah , aku lantas membelok kearah kiri jalan sambil tu mata aku sempat menjeling kearah sebuah rumah yang kelihatan amat sibuk sekali dengan orang dan barang yang penuh di tengah laman. Oh! Orang baru pindah kot, hmmm…. Bertambahlah sorang lagi jiran baru kat kampong aku ni tapi kalau ada anak dara lagi best.
Lepas letak motor kat bawah rumah aku berehat kat bawah pangkin pokok mempelam bukan apa rehat kejap panas sangat rasanya nak naik kat rumah.Mata aku melilau cari mak aku, takde pulak pergi berjalan kot. Aku berehat sambil menyandar di tiang pangkin, tengah syok-syok hamper aje terlelap satu tepukan yang kuat menerjah belakang aku. Aduh!!! Sakitnya yang amat, aku berpaling aku lihat mak aku tersengih kat situ,aduh!!! Kalau orang lain dah lama kena sepakan penalty nasib baik mak aku lupakan aje.
“Apasal tidur sini, takde rumah ke?” Tanya mak aku sambil melabuhkan punggungnya diatas pangkin.
“Panaslah mak,rehat kejap kang orang naiklah .Eh!! orang baru pindah ke mak nampak sibuk aje kat simpang jalan tu.” Aku bersila dihadapan mak aku semangat ni nak tahu kisah orang.
“Hmm… yelah mak pun ada jugak pergi tolong sikit-sikit bukan tolong apa tolong menyibuk.”
“Hisshh… mak ni loyar buruk pulak, tapi mak orang yang baru pindah tu ada anak dara tak?” Aku mencuit bahu mak aku yang nampak macam nak tidur aje.
“ Anak dara? Tak tahu pulak tapi kalau anak kucing tu banyaklah pulak mak tengok kat rumah adalah dalam 2-3 ekor. Eh!! Yang kau ni sibuk sangat Tanya anak dara orang ni kenapa dah gatal nak kahwin ke hah”
“Mana ada saja je tanya tapi kalau ada bagus jugak kan mak, eh! Takpelah mak saya nak naik mandi dulu dah melekit sangat peluh kat badan ni.” Aku pun berlalu dari situ meninggalkan mak aku yang masih melanggut kat pangkin tu.
Bila dah mandi ni barulah rasa segar sikit ,aku mengeliat keletihan nasib baiklah esok cuti kalau tak awal lagi aku dah masuk tidur. Aku berdiri di tepi tingkap aku sambil mata memandang kearah rumah yang baru pindah tu kot-kot nampak penghuninya tapi hampeh tak nampak sapa pun.Lepas isyak aku pun terus tidur letih sangat,sedar tak sedar matahari betul-betul menjunam atas muka, aduh! silau dia yang tak tahan tu kantoi sembahyang subuh aku.Tengah dok berkira nak bangun aku dikejutkan oleh satu suara yang amat gemersik menusuk halus dalam jantung aku.Ini tak boleh jadi ni lantas aku bergegas ke depan untuk melihat sapa yang datang.
“Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam, cari sapa.” Aku menghulurkan kepala aku disebalik daun tingkap. Wah! Cantiknya anak sapa ni eh!
“Hmmm… saya datang nak jemput datang ke rumah lepas sembahyang jumaat nanti ada buat kenduru doa selamat sikit” gadis itu tersenyum kearah aku manisnya macam epal daa…
“Boleh … tapi kat mana rumah tak pernah nampak pun selama ni.”
“Saya baru pindah kat depan tu aje “ sambil gadis itu menuding kearah rumah yang aku sibuk dok usha semalam tu.
“Oooo…. Yang pindah semalam tu kan ,hmmm…sapa nama,saya Zulkarnain panggil aje Zul atau nak lebih manis lagi panggil abang Zul.” Sempat lagi aku mengatal walhal kalau dia tahu aku ni baru aje bangun dari tidur tak hingin rasanya dibuat laki.
“Saya Aishah, takpelah saya balik dulu sebab banyak lagi nak pergi panggil orang tapi jangan lupa beritahu pada makcik ye” Aishah berlalu dari situ dengan lenggang lenggok yang membuatkan aku ternganga disitu. Cantik sungguh Aishah ni.Tiba-tiba aku rasa bersemangat sekali hari ini, tak sabar rasanya nak pergi sembahyang jumaat. Dalam dok berkhayal satu tamparan yang kuat hinggap di belakang aku, sakitnya rasa macam nak mampus aje. Aku dah tahu dah sapa, nasib mak aku kalau orang lain tu dah lam rasanya kena gelombang kame hame ha aku.
“Apahal yang kau dok tersengih kat tepi tingkap tu, takde ke rasa-rasa nak buang bau busuk kat tubuh kau tu.” Mak aku muncul dari belakang sambil tersengih-sengih, aku buat tak tahu aje sambil tu tangan aku menggosok-gosok rasa yang masih pedihkat belakang aku tu.
“Tu hah Aishah ajak mak dan Zul pergi kenduri doa selamat lepas Jumaat nanti.”Selamber aje aku beritahu mak macam dah kenal lamalah pulak.Chewah….
“Aishah? Aishah mana satu ni setau mak kau takde kawan pompuan kawan dengan kambing adalah.” Cis…. Rupanya mak menidakkan keupayaan aku terhadap kaum wanita, ini sudah lebih takpe…takpe… sabor…sabor.
“Taklah Aishah yang alah yang baru pindah kat depan tu.” Aku memuncungkan mulut aku kearah rumah Aishah.
“Oooo…ingatkan sapa,bila?
“Lepas sembahyang jumaat nanti,dahlah saya nak pergi mandi dulu nanti takut tak sempat nak sembahyang Jumaat pulak.” Aku berlalu dari situ menuju ke bilik air malas nak layan mak aku tapi bila teringatkan Aishah aku senyum sendiri.Yesss…akhirnya aku dah temui cinta aku. Bunga-bunga cinta kembali berbunga di hati aku. Oh!!.. indahnya dunia ni.Lepas mandi aku cepat-cepat bersiap untuk pergi sembahyang Jumaat padahal masa tu baru pukul 11.30 pagi, semangat beb…kau orang apa tahu.
Aku mengibas kolar baju melayu aku,aduh.. panasnya, hissh tapi tak baik pulak bersungut dalam masjid ni kurang pahala tapi memang panas pun. Lepas habis aje aku pun cepat-cepat keluar maklumlah nak cepat sampai kat rumah buah hati aku. Chewah belum apa-apa lagi dah iktiraf buah hati. Sampai kat rumah Aishah aku tengok dah ramai orang yang datang ingatkan akulah orang yang pertama. Sambil makan tu mata aku sempat jugak menjeling kearah dapur bukan apa cari kelibat Aishah nampak tu nampaklah tapi lebih nampak kelibat makcik gemuk yang sibuk dok mengarah orang buat kerja.Boring betullah. Tapi apa pun Aishah nampak manis bertudung pink sedondon dengan aku baju melayu pink, nah sekali lagi aku perasankan diri aku.Apa daa..
Sejak berjumpa dengan Aishah tu, aku rasa aku dah separuh angau, rasanya macam hari tu jugak aku nak masuk meminang Aishah. Tapi Aishah suka aku ke tak ? Kawan-kawan aku pun sendiri naik heran tengok aku apataknya asyik tersengih-sengih sorang diri, bukan apa mana-mana aku pergi asyik wajah Aishah aje yang muncul hatta ke toilet sekali pun.Petang tu aku balik saja je aku lalu ikut rumah Aishah tambahan pulak masa tu aku ternampak Aishah tengah menyapu sampah kat tengah laman. Aduh!! Nampaknya aku ada jodoh dengan dia agaknya, peluang terbuka luas nampaknya.
“Assalamualaikum.”Wah..wah.. bersopan sungguh aku ni.
“Waalaikumussalam, eh! Abang Zul, ada apahal datang sini.” Aishah memberhentikan tarian tangan yang lincah menyapu sampah.
“Takde apa-apa saja je kebetulan lalu kat sini oh! ya ni abang ada belikan buah pisang ambillah.” Aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya mujur ada pisang buat cover aku, aku mengaru pangkal lengan aku yang tak gatal ni.
“Laa… susah-susah aje abang Zul ni, apa pun terima kasihlah.” Aishah senyum pada aku sambil menyambut pemberain aku padanya.
“Apa susahnya bukan abang pikul pun, Aishah sorang aje ke.?”Tanya aku sambil meninjau kearah dalam rumah manalah tahu tengah syok borak datang ayahnya kantoi aku dibuatnya.
“Haah.. Aishah sorang je, abang ada apa-apa yang nak cakap lagi ke.? Aik!! Dari segi kata-katanya tu macam nak menghalau aku aje.
“Hmmm.. takde apa-apa lagi , okeylah abang balik dulu ye.” Lepas enjin motor aku mengaum aku pun blah dari situ.Aku tahu Aishah takde niat nak halau aku mungkin dia takut aku lama-lama kat situ nanti timbul fitnah pulak maklumlah aku ni anak teruna, class gitu. Sampai kat rumah seperti biasalah aku melepak kat bawah pangkin dulu. Baru nak berkhayal nampak pulak mak aku datang dengan lenggang lenggok dia. Kacau betullah.
“Hah! Zul dah lama balik, mananya pisang yang mak suruh kau beli tu tak nampak pun.”
“Haah baru aje, alamak lupalah mak esoklah saya beli,saya betul-betul lupalah mak, mak jangan marah ye.” Aduh!!! Kantoi aku macam ni, tak pasal-pasal aku bohong sunat hari ni, macamanalah aku boleh lupa yang pisang tu mak yang kirim, ini semua Aishah punya pasal. Kalau mak tahu ni mampus aku.
“Yelah, hmm.. mak nak kerumah makcik mek kau kejab nak ambil baju yang mak tempah makcik mek kau jahit dah siap agaknya, kalau kau nak makan semua mak dah hidangkan bawah saji pandai-pandailah kau cari sendiri tapi lauk tu jangan habiskan.” Lepas berpesan yang ntah apa-apa tu mak aku pun blah dan aku sendiri pun naik untuk mandi dan melantak. Laparlah.
Lepas sembahyang aku dok lepak depan tv dengan mak aku sambil tengok cerita sembilu kasih aduh boringnya macam takde cerita lain asyik-asyik gaduh tu yang aku malas nak tengok tv tu. Aku pulak asyik dok fikir pasal Aishah aje. Angau aku dibuatnya.
“Mak..ooo..mak, kalau saya nak minta tolong mak satu perkara boleh tak.”? Aku mencelah kesunyian sambil berpaling pada mak aku yang terlalu taksub tengok cerita Fendi.
“Nak mita tolong apa.”? Lantas mak berpaling kearah aku.
“Errr…errrr…errrr…”Teragagap-gagaplah pulak.
“Ter errrr..errr… apa dia yang kau nak cakap tu tapi nanti kejap kalau nak minta tolong bab duit mak takde duit sebab pencen ayah kau tak masuk lagi bulan ni.”
“Aduh! Mak ni asyik duit aje, bukan pasal tulah , saya nak minta mak tolong pinangkan seseorang untuk saya boleh? Akhirnya terluah jugak kata-kata azimat dari mulut aku.
“Apa? Kau nak kahwin ke Zul? Ha..ha…ha…ha.. kau jangan nak buat lawak malam-malam ni mak tak larat nak ketawalah. Ha..ha…ha,, anak dara manalah yang bernasib malang tu dapat kau.? Mak aku tergolek-golek depan tv bila dengar apa yang aku cakapkan tu, ni yang aku malas nak beritahu dia pasal hal-hal yang sensitive.
“Dahlah tu mak tak eloklah tergolek macam tu dah serupa dugong saya tengok sampai hati mak cakap macam tu apa mak ingat saya ni tak laku sangat ke.” Aku pura-pura merajuk tapi memang sakit hati aku dengan kelakuan yang mak aku tunjukkan tu.
“Takdelah mak gurau aje, sapa budak pompuan tu mak kenal ke? Tanya mak aku sambil mengesat saki baki airmata yang tertumpah masa tengah syok ketawakan aku tadi.
“Nak kata kenal tu tak jugak tapi nak kata tak kenal macam mak kenal ah! Nantilah saya tanya dia dulu, kalau dia setuju saya beritahu kat mak ye.” Aku pun malas nak cerita panjang dengan mak sebab aku nampak mak aku lebih banyak ketawa daripada dengar aku bercerita masuk tidur lagi baik.
“Eh! Nantilah Zul takkanlah nak masuk tidur dah mak tak habis lagi nak bertanya.” Mak cuba menahan aku, sorrylah dah terlambat.
“Esok ajelah mak, Zul dah ngantuk.”
Petang tu lepas habis kerja aku pergi rumah Aishah, aku nak minta kepastian dari dia walaupun baru 1 minggu aku kenal dia. Tapi rasa macam dah berpuluh tahu aku kenal Aishah, kebetulan masa aku pergi Aishah tengah meraut lidi bawah rumah dia, rajin sungguh Aishah tak sia-sia aku jatuh cinta pada dia tentu senang mak aku nanti. Cheh! Belum apa-apa dah perasan lagi.
“Assalamualaikum..aku berhentikan motor aku dekat denganya.
“Waalaikumussalam..eh! abang Zul apahal nampak macam cemas.” Chewah Aishah ni maca tahu aje apa yang aku tengah fikirkan.
“Kalau lusa ni saya datang rumah Aishah boleh tak? Aku memintal-mintal tali topi keledar aku, fuh! Tak pernah aku rasa secemas ini. Macam nak gila pun ada.
“Boleh, datanglah ramai-ramai pun takpe lagi bagus tapi apahalnya?” aishah memandang muka aku dengan perasaan tak puas hati.
“Betul ke ni? Okey kalau macam tu lepas zohor abang datang rumah Aishah okey.” Yes!..yes!! dan yes!!!.. akhirnya aku berjaya jugak gumbira sungguh rasa dihati aku sampaikan pertanyaan dari Aishah aku tak jawab langsung ah! Itu semua dah tak penting yang penting adalah hari esok.Persetujuan dari Aishah membuatkan bunga-bunga cinta aku semakin hidup subur dalam jiwa aku.
“Mak…ooo…mak” aku menjerit memanggil mak aku , aduss!! apahallah pekak pulak mak aku hari ni kemana sajalah dia pergi.Mak …ooo…mak, cepatlah sikit.”aku melaung lagi ala-ala tarzan gitu.
“Ya Allah ada apa hal ni Zul terjerit macam monyet kena belacan aje, gila ke apa kau ni,hah.” Tengking mak aku sambil tercungap-cungap menahan nafasnya.
“Mak! Gadis tu dah setuju dan sekarang ni jangan cakap bayak mak pergi minta tolong sedara-sedara mak untuk siapkan segala barang hantaran sebab lusa kita nak pergi meminang gadis tu, saya nak naik atas nak mandi lepas tu saya nak pergi beli cincin kat bandar.” Aku pun berlalu dari situ tanpa sempat untuk memberi laluan pada mak aku untuk bercakap.
“Eh! Nanti dulu Zul, sapa budak tu,” mak melaung kearah aku yang dah menghilang ke dalam bilik air. Pertanyaan mak tu aku biarkan berlalu seperti berlalunya air pancuran yang aku sedang mandi ni.
Tepat lepas zohor aku dan rombongan meminang pun pergilah kerumah Aishah. Dari jauh aku dah nampak Aishah dan ayahnya sedang menunggu kedatangan kami semua. Aku tersipu-sipu malu maklumlah mana ada dibuat orang lelaki pergi kerumah bakal tunang kan. Mak aku mencuit bahu aku seolah-olah nak mengatakan sesuatu tapi aku buat dek aje sambil-sambil tu aku control macho beb!!.
“Assalamualaikum…”Wah serentaklah pulak .
“Waalaikumussalam…eh! Ramainya datang. Hah apa-apa hal pun naiklah dulu kerumah janganlah malu-malu.” Wah!! melihat pada sambutan yang diberikan aku confirm 101% yang ayah Aishah sudi terima aku sebagai menantunya.
“Ada apahal yang datang ramai-ramai ni rasa seram pulak, Aishah buatkan air.” Aishah berlalu dari situ menuju kedapur sambil mata aku mengekori setiap langkah Aishah.
“Kami datang ni ada hajat, nak menyunting bunga di taman ,”Mak ngah aku memulakan bicara dengan kiasan yang begitu mendalam tapi ayah Aishah bukan jenis yang duduk kelas sastera sebab dia langsung tak tahu pasal kiasan.
“Nak memetik bunga? Maaflah saya tak tanam pokok yang berbunga pokok paku pakis tanduk rusa adalah, itupun baru aje nak hidup. “ Tersengih-sengih ayah Aishah menuturkan kata yang tak berapa lawak langsung kat telinga aku, aku pulak dah berpeluh habis. Apa punya bengaplah orang tua ni.
“Tak, maksud saya, kami datang ni nak meminang Aishah untuk anak sedara saya si Zul ni, setuju.” Mak ngah aku cepat-cepat membetulkan salah faham tadi.
“Nak pinang Aishah, biar betul ni, pasti ke ni.” Tanya ayah Aishah ragu-ragu sambil melurut janggut yang cuma sejemput tu.
“Hah! Betullah, Aishah pun dah setuju, kan Aishah.” Kebetulan Aishah sampai kedepan sambil menatang air minuman, nyaris-nyari terjatuh,Aishah letak minuman tu dan berlalu dari situ sambil menangis, apahallah pulak confius aku ni.
“Macam ni tuan, puan, makcik, pakcik saya rasa ada salah faham kat sini, rumah saya ni takde anak dara hanya kami berdua aje,” begitu teratur sekali ayah Aishah menuturkan kata-katanya. Takde anak dara habis tu takkanlah Aishah tu…..tak..tak..tak mungkin.
“Kalau takde anak dara habis Aishah tu sapa? Mungkin pakcik tak suka saya jadi menantu pakcik sebab tulah pakcik cakap macam tu.” Aku mengukuhkan lagi kedudukan aku yang dah separuh gabra ni.
“Oooo… pasal tu, sebenarnya Aishah ni isteri saya yang ke-4 kami baru aje berkahwin 3 bulan yang lepas, jadi apa yang berlaku mungkin ada salah fahamnya maklumlah perbezaan umur kami memang ketara, minta maaflah semua atas susah payah datang.”
“APA??? ISTERI???? TIDAK!!!!!!!.....” malunya aku mana aku nak sorok muka aku ni hah, aku rasa beribu-ribu tan metric bunga-bunga cinta yang aku impikan menghempap kepala aku, muka aku rasa macam di lenyek oleh steamroll.
No comments:
Post a Comment