Tuesday, October 28, 2008

MENGEJAR IMPIAN,,

MENGEJAR IMPIAN

Macamana ye aku nak mulakan cerita ni sebab aku tak tahu apa yang aku harus tulis samada nak mulakan dari awal ataupun dari tengah ataupun dari pengakhiran, tapi aku kira baik aku mulakan dari mula macamana kehidupan aku bermula. Kehidupan aku masa kecil takde bezanya daripada orang lain, sentiasa gembira, bermain dengan kawan-kawan yang sebaya dan seusia dengan aku, kemudian bila aku lapar aku balik rumah makan, senangkan jadi seorang budak macam aku.
Zaman persekolahan aku pun macam biasa cuma kadang-kadang ramai yang cemburu dengan aku terutamanya kawan-kawan aku dan juga cikgu-cikgu perempuan yang mungkin belum jumpa calon, mereka bukan apa cemburu dengan aku pasal aku dikurniakan dengan rupa paras yang agak menarik kadang-kadang tu orang kata aku ada iras-iras Britney Spear orang katalah bukan aku yang kata jadi dah terlanjur orang kata akupun apalagi bangga campur dengan riak, sombong, takbur dan seangkatan dengannya. Kebanyakannya hampir kesemua cikgu lelaki tangkap syok kat aku tapi satu pun aku tak layan, aku cuma layan masa nak periksa bukan apa nak dapat markah lebih aje tapi sayang PMR aku lingkup, tapi jangan salah sangka pulak aku lingkup bukan disebabkan oleh aku bodoh tapi aku rasa yang memeriksa kertas jawapan aku adalah guru wanita, Hmmm...aku agak kes cemburulah kot. Ah! Aku pun tak kisah tapi yang tak tahan telinga akulah ada panas sikit. Masa aku ambil keputusan PMR ramai yang pandang sinis pada aku tapi aku buat bodoh aje buat apa nak layankan nanti kita pun sama jadi bodoh, Nak sampai kat rumah macam-macam tohmahan yang menyakitkan hati aku, itu semua bukannya apa saja je nak jatuhkan reputasi aku sebagai wanita melayu tercantik di dunia ni, opsss...sorry kat kampung ni aje, Siti pun tak boleh lawan aku, ha..ha..ha.. lawak gitu.
“Harap muka aje cantik tapi otak kosong.” Terdengar suara yang agak sedikit sumbang ketika aku sedang melalui rumah makcik gemuk dalam kampung ni. Kurang ajar betul rasa menyirap darah naik kat muka aku.
“Ah! Lantak sayalah, otak kosong ke penuh ke janji cantik mana tahu untung-untung dapat kawin dengan anak raja dah anak makcik tak lawa janganlah pulak nak cemburu kat saya pulak.” Aku menjuihkan sedikit mulut aku padan muka dia tak padan gemuk sibuk cara hal orang anak sendiri tak terjaga, aku berlalu dari situ dengan perasaan yang sedikit puas.
“Kurang ajar punya anak dara, kalau aku ada anak jantan jangan haraplah aku nak ambil jadi menantu.” Makcik gemuk lantas berlalu masuk kedalam rumah benganglah tu.
“Saya pun tak ingin makcik kalu dah anak makcik tentulah badan pun besar macam maknya jugak tak sanggup saya nak masak hari-hari.” Sempat lagi aku melaung kearah makcik gemuk bukan apa saja je nak tambahkan sakit hatinya pada aku. Aku tak dengar apa-apa lagi rungutan dari jiran aku yang menyibuk ni cuma nampaklah mukanya masam mencuka.
Sampai kat rumah aku nampak mak aku sedang cari kutu atas kepala adik aku macamlah takde kerja lain, boring betullah lantas aku naik keatas rumah untuk salin baju yang lebih selesa sikit panaslah pakai baju kurung kat dalam rumah tambah-tambah pulak dengan atap zink rumah aku lagilah menambahkan kepanasan panas hati aku belum lagi hilang. Selepas salin baju aku turun ketanah menuju kearah mak aku yang sedang syok cari kutu, aku lantas melabuhkan punggung aku di sisi mak aku.
“Macamana dengan keputusan periksa kau Tini ?” tanya mak tanpa sikit pun menoleh kearah aku.
“Gagal mak tak dapat nak sambung tingkatan 4.” Rendah aje tahap suara aku bukan apa nak minta belas kasihanlah mana tahu kot-kot mak marah aku.
“Baguslah tu.” Selamba aje mak aku luahkan kata-kata yang amat berbisa tu langsung takde rasa simpati pada aku.
“Apa mak ? bagus, mak ni langsung tak simpati kat saya saya hairanlah dengan mak asaya ingatkan kena pelangkung ke, kena rotan ke alih-alih mak sokong saya, saya gagallah mak bukannya lulus, mak ni teruklah.” Aku langsung tak puas hati dengan mak yang langsung tak bagi aku sokongan moral sokongan nak menjatuhkan aku adalah.
“Yelah sekolah pun nak buat apa, buat perabih duit ayah kau pun dah takde kan bagus kalau kau kerja aje boleh jugak bantu mak, adik-adik kau tak banyak pun sikit.”
“Cis rupa-rupanya mak nak suruh aku kerja tapi betul jugak cakap mak aku kalau aku kerja boleh juga aku cari duit poket aku sendiri. Lagipun dengan rupa paras aku yang comel rasa-rasanya tak susah nak cari kerja. Aku dah mula berangan-angan, itulah orang melayu kerja tak lagi tapi dah mula nak berangan. Yesss....esok aku akan mula cari kerja. Nak cari kerja, nak cari kerja............
Seharian aku cari sampai meleleh air ketiak aku, bau toksah cakaplah tapi tak jugak dapat kerja, aku ingatkan senang nak cari kerja rupanya hampeh. Semasa aku berhenti rehat kat shopping komplek sambil minum air aku terpandang pada notis yang ditampalkan kat dinding ‘JURUJUAL DIPERLUKAN SEGERA’, yess...aku rasa ini saja kerja yang sesuai buat aku memandangkan tahap pendidikan aku tersangatlah tinggi ini. Tanpa menunggu lama aku pun zupp....pergi sekejap aje dah sampai.
“Okey, esok awak boleh mula kerja.”
“Terima kasih tuan.” Tak ku sangka dan tak ku duga chewah macam lirik lagulah pulak akhirnya aku berjaya dapat kerja, tentu mak aku bangga punya anak macam macam aku yelahkan baru aje habis periksa PMR dah dapat kerja kalau orang lain ada kelulusan tinggi gunung pun masih lagi dok tanam anggur masam kat rumah kan.
Aku balik kerumah dengan senyum yang teramat lebar, sesiapa saja yang jumpa semuanya aku sapa hatta jumpa kambing tuk penghulu pun aku senyum maklumlah dapat kerjakan. Belum sempat buang kasut aku dah berteriak panggil mak aku.
“Mak..ooo..mak...saya dah dapat kerjalah mak.” Aku menjerit kesukaan.
“Hello...hello.. kalau ye pun dah dapat kerja takkan sampai tak boleh nak tanggal kasut ini bukan rumah orang putih ini rumah orang melayu faham .” mak aku rupanya ada dibelakang aku sambil mencekak pinggangnya yang tak berapa ramping sambil memberikan satu jelingan manja.
“Eh! Eh! Lupalah mak sorry...saya nak bagitahu yang saya dah dapat kerja sebagai jurujual kat shopping complex, gajinya $600.00 tak termasuk overtime mak tapi saya terpaksa kerja shif.” Cepat aje aku bagitahu takut kalau-kalau mak aku tak bagi aku kerja.
“Hah! Baguslah tu tapi kerja tu elok-elok sikit jangan pulak kamu asyik nak bergaduh dengan orang lain pulak.”
“Hmm...jadi mak bagilah saya pergi kerja tu.” Tanya aku untuk mendapatkan satu kepastian yang lebih nyata.
“Eh! Apa pulak tak bagi mak lagi suka kurang-kurangnya dapatlah kau tolong sikit-sikit tambah pulak untuk belajar adik kau.”
“Boleh, takde masalah tapi kalau saya dah kerja nanti tak dapatlah nak tolong mak selalu sebab saya kerja tak tentu masa.”
“Alah tak kisah mana yang mak boleh buat mak buat lagipun adik-adik kau kan ada, tak payahlah kau nak bimbang sangat.” Kata mak sambil berlalu kedapur untuk minum air sebelum masuk tidur. Amboi mak ni macam tak suka je aku duduk kat rumah ni. Tapi takpe aku akan buktikan yang aku akan berjaya walaupun hanya bekerja sebagai jurujual. Aku pandang sekeliling aku nampak takde sorang pun adik-adik aku yang tinggal, ciss...kurang asam betul diorang tinggal aku sorang-sorang kat sini. Aku pun apalagi blahlah masuk tidur sebab esok nak kerja. Semangat ni beb....
Hari pertama aku kerja ianya begitu membosankan, agaknya diorang tak tahu tentang kewujudan seorang jelitawan disini. Bila dah lama aku terpacak kat situ barulah ada orang yang sudi tanya aku tentang barang-barang kat sini tapi diorang ni tanya aje bukannya nak beli pun mungkin jugak diorang ni saja je nak melihat kecantikan aku yang teramat luar biasa ni. Waduh perasan habis aku ni. Tapi itulah kenyataan yang tak dapat aku sangkalkan lagi. Habis aje kerja aku cepat-cepat balik penatlah asyik berdiri aje. Sampai kat rumah pulak aku terus tidur tanpa sempat mandi pun, mak aku pulak asyik membebel katanya mentang-mentang aku dah kerja sampai sikit pun tak nak tolong kat dapur aik! Hari tu kata takpe boleh buat sendiri la ni marah aku pulak, tapi kadang-kadang tu aku tak berapa dengar sangat sebab aku dah lama di ambang mimpi tak dengar apa-apa, sayup-sayup aje.
Sedar tak sedar dah hampir 6 bulan aku kerja saham aku semakin hari semakin tinggi maklumlah antara banyak-banyak pekerja kat situ aku yang paling cun sekali, bila tempoh percubaan dah tamat gaji aku naiklah sikit tapi taklah naik banyak sangat, cukuplah makan, mak aku pulak bila aku bagi duit sikit barulah senyap sikit mulutnya tu kalau tak pening kepala. Rasanya dah lama aku kerja kat sini agak-agak dalam 1 tahun setengah barulah aku terperasan yang ada sorang mamat ni selalu aje dok peratikan aku bersama dengan ayahnya.aku ni kan kalau orang dah mula perhatikan aku mulalah aku buat ayu sikit dan pura-pura lembut walaupun aku tahu aku tak selembut mana pun. Tak sangka rupanya sikap lemah lembut yang aku tunjukkan itu berjaya menawah hati ayah lelaki tu, macam nak buat menantu je rasa. Lelaki tu namanya Hairul Hazami bin Datuk Jamal, aduh.....rupanya anak datuk, bertuahnya mak aku kerana lahirkan aku yang bakal berkahwin dengan anak datuk.
Pertama kali aku keluar dengannya naik kereta mercedes mata belalang yang terkini punya, fuh! Masa tu punyalah bangga aku apatah lagi duduk disebelah pemuda yang nak kata hensem tak juga dan nak kata tak hensem pun tak juga kira good looking ajelah, rasanya masa tu nak terkoyak kain aku tambah-tambah pula bila orang kata kami ni sepadan. Perhubungan aku dengan Hazami berjalan dengan lancar rasanya dah masuk 2 bulan dan dalam jangka masa tu dah banyak kali aku kerumahnya cuma Hazami aje yang belum aku bawa kerumah aku bukan apa malulah, aku selalu ke rumahnya pun sebab ayahnya yang dok sibuk sangat suruh Hazami bawa aku balik rumah, kadang-kadang tu segan juga maklumlah rumahnya punyalah besar, Hazami ajak aku bukannya apa katanya nak rapatkan hubungan maknanya kalau dah kahwin nanti senang, masa tu bila Hazami sebut pasal kahwin rasa macam nak pengsan aje tapi aku buat-buat malu ajelah takkanlan nak tunjukkan yang aku ni dah gatal sangat nak kahwin kan.
Satu hari masa aku baru habis kerja Hazami jemput aku keluar makan dan lepas makan kami pergi bersiar-siar kat tepi tasik, Hazami tanya aku satu soalan yang begitu menguji minda aku dan aku harus menjawabnya dengan hati-hati dan tenang agar aku tak tersalah jawab.
“Tini.... kalau saya tanya satu soalan boleh?”
“Boleh, bukan setakat satu beribu-ribu soalan pun saya boleh jawab, apa dia.” Hati aku berdebar-debar entah soalan apa yang Hazami nak tanya aku tapi rasa-rasanya aku dah tahu apa soalan yang Hazami nak bagitahu.
“Tini, suka ayah saya.” Hazami bertanya pada aku sambil menyalakan api pada rokok dan disedut perlaha-lahan sambil membuang pandanganya kearah tasik yang semakin dipenuhi oleh orang ramai. Tapi aku terkejut dengan soalan yang di tanyakan pada aku ianya jauh menyimpang dari apa yang aku fikirkan, tapi aku rasa soalan ni memang nak menguji aku biasalah tu mungkin Hazami takut aku tak suka kat ayah kot. Apapun aku mesti jawab soalan ni dengan jawapan yang terbaik chewah macam nak periksa pulak berdebar sungguh.
“ Suka tapi kenapa awak tanya soalan macam ni pada saya, hmmm....saya tahu mungkin awak takut saya tak suka kat ayah awak tak, saya sebenarnya tak kisah pun ayah awak ayah saya jugak.” Aku tersenyum malu gitu tapi kan rasanya aku dah buat yang terbaik tau.
“Taklah bukan macam tu nanti bila dah kahwin nanti takdelah timbul banyak masalah antara awak dengan ayah saya, lagipun........ah! takpelah.” Hazami bangun dan mengambil sebiji batu lantas dilemparkan kearah tasik air yang tenang kembali berkocak.
“Hiss.....apalah awak ni asyik cakap pasal kahwin je kita tukar topik lainlah.” Aku berlagak seolah-olah merajuk padahal dalam hati aku rasa jantung dan semua sistem dalam badan aku nak meletup gembira. Mesti mak aku gembira dan bangga dengan aku maklumlah aku berjaya memikat hati anak datuk dahlah tu kaya raya pulak tu mesti orang kampung aku jeles terutamanya makcik gemuk tu yang sering sangat iri hati dengan aku.
“Okeylah, kalau Tini dah cakap macam tu, malam ni saya balik berbincang dengan ayah saya, ayah saya pun dah tak sabar-sabar rasanya, kalau takde aral melintang minggu depan saya akan hantar rombongan meminang, tapi lepas dah bertunang ayah saya suruh Tini berhenti sebab ayah tak suka tengok Tini bekerja kat situ lagi, Tini tak kisahkan.” Sungguh panjang lebar penerangan yang aku terima kalau Hazami tak cakap pun aku dah setuju.
“Ikut suka awaklah, saya tak kisah.” Ya Allah Ya Tuhankau bangganya aku mendengar rasa lemah seluruh anggota tubuh aku nak berjalan.
“Kita baliklah dah lama sangat kat sini nanti mak tini marah pulak.”
“Okey jom.”
Hazami turunkan aku kat simpang masuk rumah aku tu je, bukan Hazami taknak hantar aku sampai kat depan rumah tapi takut kereta Hazami kotor sebab orang baru je mula buat jalan kat situ jadi takpelah aku turun kat sini, sepanjang nak sampai kat rumah aku tak henti-henti senyum rasa macam mimpi je sebab tak sampai 2 tahun aku kerja aku dah nak kahwin rasa macam aku bermimpi di siang hari aje.
Manakala Hazami pulak baru aje sampai kat banglonya ayah Hazami dah pun siap menunggunya sambil membaca akhbar. Datuk Jamal lantas mengamit Hazami agar duduk sebentar lagipun bukannya sekadar untuk bertanya apa jawapan yang diberikan oleh Tini.
“Kau dah tanya Tini? Datuk Jamal bertanya tanpa memandang kearah Hazami yang sedang minum air.
“Saya dah tanya ayah.”
“Betul ke ? habis tu apa kata Tini.” Datuk Jamal tak jadi untuk meneruskan bacaan akhbarnya kerana terlalu taksub untuk mendengar cerita dari Hazami.
“Dia tak kata apa-apa tapi dia dah setuju ayah.”
“Ye ke Tini dah setuju.” Tanya Datuk Jamal lagi untuk kepastian.
“Yelah tapi ayah betul ke yang ayah ni berkenan sangat pada Tini tu.” Hazami masih tak percaya dengan apa yang di buat oleh ayahnya sebabnya dia dah ada calon yang lain cuma belum sempat untuk dibawa berjumpa dengan ayahnya.
“Iyelah,lagipun ayah tengok Tini tu baik, bersopan santun, lemah lembut orangnya pendek kata sesuai sangat kalau nak dibuat isteri lagipun apalagi yang kau nak hah.” Datuk Jamal tersenyum memujuk anaknya agar bersetuju dengan pilihannya. Bercinta lepas kahwin pun takpe.
“Tapi ayah, saya rasa Tini tu muda sangatlah tak sesuai langsung, banyak sangat bezanya.” Hazami menyandarkan tubuhnya di sofa empuk rumahnya sambil memejamkan mata, masih bingung dengan keputusan yang diambil oleh ayahnya.
“Apa pulak tak sesuai kau pun bukannya muda lagi takde kekoknya sekarang ni kan zaman orang kahwin dengan gadis muda.” Datuk Jamal tersengih-sengih lagi sampaikan Hazami dah tak boleh nak kata apa lagi, lantaklah.
“Ikut suka ayahlah saya nak naik keatas nak mandi.” Hazami berlalu dari situ naik keatas sakit telinga dia bila mendengar ayahnya menyanyi riang, ayahnya langsung tak faham dengan kehendaknya.
Hari dan masa yang dijanjikan pun tiba, senyum aku begitu melebar sampai tak cuku telinga rasanya. Jiran-jiran aku pun dah penuh kat rumah ada yang tolong dan ada jugak yang tolong menyibuk terutamanya makcik gemuk jiran aku tu susah sekali bila dengar aku nak bertunang tambah-tambah pulak bila dengar aku nak kahwin dengan anak datuk. Dengkilah tu. Ini semua mak aku punya pasal aku dah cakap jangan bagitahu sapa-sapa sebab cuma nak bertunang aje bukannya nak kahwin tapi rupanya mak aku dah canangkan satu kampung pasal aku nak bertunang dengan anak datuk. Class gitu. Aku bersolek lebih kurang aje lagipun aku kan dah semulajadi cantik jadi tak payahlah nak beria-ia sangat. Yang paling aku geram sangat adalah makcik gemuk tu ya Allah sibuk sekali siap-siap puji aku lagi ni mesti kes bodek ni.
Tepat jam 2 petang rombongan meminang pun datang aku pun apalagi dah tak dapat nak sembunyikan rasa gembira asyik tersenyum aje, sambil-sambil tu aku menjeling kearah Hazami, kacaknya. Aku ingatkan Hazami yang sarungkan cincin tunang rupanya ayahnya takpelah nanti-nanti jadi ayah aku jugak kan. Kata sepakat dah diambil, bulan depan aku akan kahwin, tapi aku tak puasa hati kenapa cepat sangat, bila aku tanya pada mak aku dia cuma cakap pihak lelaki nak buat cepat jadi mak aku menurut ajelah lagipun untuk semua majlis nanti semuanya di tanggung oleh ayah Hazami. Lepas aje orang balik aku lihat mak aku macam tak puas hati je. Tak tahulah kenapa.
“Betul ke kau nak kahwin dengan lelaki tu, mak tengok lain macam aje.” Mak meluahkan rasa tak puas hatinya pada aku. Agaknya tak berkenan pada Hazami kot tambah-tambah pulak muka Hazami yang sedikit masam tadi.
“Apa pulak tak betulnya mak, betullah mak ni kan saya kahwin pun salah tak kahwin pun mak bising habis tu saya nak buat apa. Semuanya tak kena.”
“Taklah, jiran-jiran kita ni hah asyik mengata kita aje, katanya kau ni gila duit, tamak, harap muka aje lawa tapi mata duitan.” Muka mak masam mencuka sambil tangannya membuka barang-barang hantaran.
“Alah mak yang mak pergi layan diorang tu buat, diorang tu semuanya dengkikan saya kes cemburulah tu sebab saya dapat apa yang orang lain tak dapat, biarlah diorang nak tuduh apa-apa pun bila mulut diorang dah letih nanti diorang berhenti. Mak toksah layan sangat banyak kerja lain lagi yang kita nak buat.” Lantas aku bangun untuk mengemas barang-barang hantaran untuk disimpan kat dalam almari. Aku tengok mak masih lagi bising tak puas hati, susahlah sakit kepala aku bila fikirkan perangai mak aku yang macam-macam ni.
“Kau dah berhenti kerja ke Tini? Mak mendongak kepalanya memandang aku yang masih lagi sibuk mengemas.
“Dah mak sebab ayah Hazami tak suka saya kerja kat situ lagi katanya dia tak suka saya jual muka saya kat situ lebih baik jual muka kat suami ada jugak faedahnya, alah mak ni kan saya nak kahwin dengan orang kaya apa class saya nak kerja lagi.” Waduh..waduh berlagaklah pulak aku ni nanti Allah tarik balik apa yang Dia nak bagi baru tahu.
“Ikut suka kau lah Tini mak pun dah tal larat dah nak cakap apa-apa penat pun tak hilang lagi nanti kalau kau dah habis kemas turun dapur tolong mak hantarkan pinggan mangkuk yang mak pinjam ni ye.”
“Ye lah mak. “ Aku tak hiraukan sangat dengan apa yang mak aku pesan, mata aku masih tertumpu pada cincin yang tersarung di jari manis aku, cantik sungguh cahayanya begitu menyilau dan aku makin jatuh cinta pada Hazami, rasanya nak tunggu bulan depan lambaaaaat sangat rasanya, hish....gelojohnya aku.
Sedar tak sedar rupanya hari yang ditunggu dan dijanjika itu pun tiba, majlis perkahwinan aku diadakan di rumah Hazami bukannya malu nak diadakan kat rumah tapi faham-faham sendirilah rumah aku dahlah kecil buruk pulak tu tak sesuai langsung. Ramailah jiran-jiran aku yang ikut sekali, semua orang memuji aku katanya aku kelihatan begitu anggun dengan pakaian pengantin yang ditempah khas dari butik yang terkenal, semua orang kata aku ni sama cantik sama padan tapi yang aku herannya mereka memuji sambil ketawa terkekeh. Apa kes ni, cemburulah tu. Tak kuasa aku nak layan orang yang busuk hati dan perut ni. Tapi kan sepanjang aku bertunang Hazami tak pernah datang jumpa aku, tak macam dulu, kalau aku telefen pun asyik-asyik ayah dia aje yang jawab, kejap-kejap kata Hazami sibuklah, out stationlah, mandilah, kadang-kadang tu aku rasa macam Hazami tak suka aku aje, kalau cakap pun Hazami lebih bayak tinggikan suaranya daripada cakap slow dengan aku rasa nak menangis pulak, janga-jangan Hazami tak sukakan aku tak tapi kalau dia tak sukakan aku kenapa dia masuk pinang aku.
Dalam dok mengelamun rupa-rupanya tok imam dah pun sampai, aku pulak berdebar sakanlah. Dup..dap..dup...dap...Dalam dok berdebar tu rupanya akad nikah dah pun selesai, aku pulak berdebar nak tunggu Hazami masuk ke bilik aku nak menyarungkan cincin. Aku nampak ayah Hazami masuk dengan diiringi oleh tok imam, beberapa orang lagi dan juga Hazami tapi yang aku lagi confius bilamana baju pengantin aku sama dengan ayah Hazami tapi bukan sama dengan Hazami nak kata bertukar tak logik pulak, ah! Mungkin kebetulan kot, tak kisahlah baju tak sama pun janji aku kahwin dengan Hazami. Aku tunduk malu.
“Hah! Apalagi hulurlah jari tu nak sarung cincin.” Aku menghulurkan jari aku tapi awatnya ayah Hazami yang sarung mungkin bagi peluang kat ayah dia kot, maklumlah aku nikan menantu tunggal dia.
“Apa yang dok berangan lagi tu, ciumlah tangan suami kau tu, Tini.”
“Suami???” Aku mendongak muka aku, aku lihat Datuk Jamal tersenyum
“Yelah, apalagi ciumlah tangan tu.” Aku dah tak mampu nak buat apalagi dan aku masih tak percaya yang Datuk Jamal jadi suami aku bukannya Hazami, apa dah jadi ni aku dah tak dapat nak fikir apa-apa lagi, sebelum aku pengsan aku nampak muka Datuk Jamal tersengih-sengih macam kerang busuk yang memang dah busuk. Lepas tu aku tak tahu apa yang berlaku. Aku sedar hampir 1 jam aku pengsan tu kira merangkap tidur sekali, aku pandang kiri dan kanan aku, aku dapat lihat yang mak sedang temankan aku dikatil.
“Mak, apa semua ni mak, tak mungkinlah Datuk Jamal tu suami saya, diakan dah tua.” Rasanya macam nak menangis bila aku keluarkan perkataan suami tu.
“Apa pulak tak percaya, dari hari tu lagi mak dah tanya kau, kau kata ye, hah! Sekarang banyak pulak kau punya masalah, mak tak masuk campur dalam hal ni, apa-apa pun Datuk Jamal tu dah jadi suami kau yang sah.” Sengihan mak buat aku rasa sakit hati sangat kalau bukan mak aku rasanya aku dah terajang masuk longkang.
“Saya ingatkan Hazami, awat mak yak habaq dulu, saya kecewa tau tak mak, Datuk Jamal tu dah tua, dia hanya layak untuk mak bukan untuk saya.” Aku menhentak kaki aku tanda aku protes dengan apa yang berlaku.
“Yang kau tak tanya sapa suruh lagipun mak tengok kau excited sangat nilah jadinya, sudah jangan banyak ragam lagi pergi mandi nanti hidang nasi untuk suami kau nak makan, mak nak turun kebawah sebab mak tak habis lagi nak menikmati sekitar kawasan rumah suami kau ni.” Mak menjeling kearah aku sambil tersenyum tak guna punya mak dia boleh ketawakan aku. Apa yang aku harus buat, aku dah bingung sekarang ni.
“Tidakkkkkk........Aku menjerit untuk sekian kalinya, masih tergiang-giang lagi kata-kata Hazami di telinga aku, ‘Tini suka ayah saya’, kalau aku tahu macam ni aku pasti akan menjawab tidak, walaupun dikerat 18 macam Mona Fandey, aku pasti dan aku yakin akan menjawab tidak sama sekali. Kemudian aku terdengar pintu bilik dibuka, terpacullah wajah Datuk Jamal mengajak aku turun kebawah untuk berjumpa dengan sanak saudaranya sambil makan dengan mereka, aku mengangguk, lepas aje Datuk Jamal turun aku jadi geli geleman bilamana Datuk Jamal panggil aku sayang. Heeiiii.....gelinya aku. Tidakkkk......
“Hoii......apa yang kau jeritkan ni hah Tini, pagi-pagi lagi dah memekak, kata nak pergi cari kerja hari ni, ni dah pukul berapa kau masih lagi dok membuta lagi.” Mak aku berlalu dari situ lepas aje muka aku basah disimbah air, habis baju aku, aku pandang sekeliling aku lihat keadaan rumah aku masih sama, fuh! Syukur aku hanya bermimpi kalau betul aku tak tahu apa yang harus aku buat. Lantas aku bangun dari tidur dan menuju kebilik air untuk mandi. Aku bersiap ala kadar aje kemudian aku pun keluar untuk cari kerja.
“Saya pergi dulu ye mak.” Aku melangkah dengan penuh keyakinan dan aku harap agar mimpi itu tak jadi kenyataan. Kalau jadi kenyataan pun aku tak nak, buat apa kaya kalau hidup tak bahagia kan, kan.

1 comment:

9n0L4 said...

hihi. mimpi rupenye ye. letih bace. saspen je. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...