CINTA DAN DENDAM
“Kau yakin rancangan kau kali ini akan berjaya, aku takut kau tak berani aje” kata-kata Din membuatkan kemarahan aku meledak macam gunung berapi yang akan meletup bila-bila masa aje.
“Oooii…..ini Ejimlah, tak takut segala apa yang berlaku beb…engkau tu kerja yang aku suruh buat macamana dah beres hah’ aku mengangkat kening ala-ala Ziana Zain gitu.
“Aku okey, kerja tu dah beres,dah 3 hari aku usha dia, jalan tu aje yang dia selalu lalu”
“Betul ke nie,searang atau berdua ataupun ramai-ramai? Tanya aku untuk mendapatkan kepastian, si Din ni otak dia bukannya boleh pakai sangat pun tapi disebabakan aku takde kawan terpaksalah aku berkawan dengannya.
“Aku yakin dia sorang aje sebabnya lepas simpang 4 semua kawan dia berpecah dan aku yakin 100% Salina lalu sorang diri,” kata Din dengan begitu bersemangat sekali , tak pernah pulak aku tengok dia bersemangat macam tu, ada apa-apa ke ni.
“Salina…. Aku menyebut berulan-ulang kali nama yang telah memikat hati aku tapi langsung tak mendapat perhatian yang khusus dari Salina. Aku dianggapnya tak berguna walaupun aku ni memang tak berguna sebab aku tak pernah guna ubat guna-guna. Mentang-mentanglah aku ni penganggur terhormat tapi Salina langsung tak hormat pada aku. Masih aku ingat masa tu ketika Salina baru balik dari kerja dan aku seperti biasa menunggu kepulangan Salina kat tepi pagar kilang tempatnya bekerja, Aku habis tea tambah kopi lagi dia tapi bila aku tegur dia, dia boleh marah aku, dia hina aku depan kawan-kawanya yang paling tak tahan sekali bila dia meludah muka aku . Ya Allah masa tak tahu nak kata apa kalau wangi tu takpelah jugak ni tahap longkang seminggu aku cuci muka dengan pencuci shurah, itupun masih melekat baunya tapi takpelah. Sejak dari itu sedikit demi sedikit perasaan benci dan dendammenyusup masuk macam pencuri dalam hati aku. Aku pasti aku akan membalas segala apa yang Salina buat pada aku. Aku pasti .
“ ooii…Ejim yang kau ni tak habis-habis mengelamun ni apahal.” Din menepuk belakang aku, cis hilang mood aku untuk mengelamun lagi.
“ Hah diamlah, kau tak rasa apa yang aku rasa sebab tulah kau boleh cakap yang bukan-bukan kalau kau rasa apa yang aku rasa baru kau tahu macamana, dia ingat dia lawa sangat tapi tulah dia memang lawa punsebab tulah aku tak boleh lupa pada dia.” Suara Ejim yang tadi meninggi kembali menurun, Aku tahu walau sebusuk mana mana pun air liur Salina yang dia ludahkan pada aku aku tetap cinta padanya tapi perbuatanya akan aku balas satu hari nanti, percayalah.
“Ah!!! Dahlah Ejim, aku nak balik dulu, bila kau dah bersedia dengan rancangan kau yang seterusnya kau bagitahu aku, laparlah aku nak balik makan nasi dulu.” Din pun berlalu dari situ meninggalkan aku .
“ Apalah kau Din, kata samseng lapar balik kerumah jugak samseng taik kucing kau Din.” Aku melaung kearah Dinyang dah semakin laju berjalan.
“ Aku punya sukalah..” Aiiikk!!! Tak sangka pulak aku yang si Din ni membalas balik laungan aku ingat tak dengar tadi. Eh! Aku pun lapar jugaklah apahal dia sorang aje yang balik aku pun nak balik jugak makan nasi.
Sampai kat rumah aku terus ke dapur, tengah syok-syok makan nasi mak aku turun apalagi pot..pet..pot…pet..bingit telinga aku mengalahkan orang jual ikanlah pulak. Dalam dok bingit-bingit tu habis jugak 4 pinggan nasi,bukan apa aku ni jenis yang tak boleh marah, kalau marah aku makan banyak. Habis aje makan aku berehat di bilik sambil-sambil tu fikiran aku berlegar dengan rancangan jahat yang ada dalam otak aku, aku akan pastikan rancangan aku tu berjalan dengan lancar.
Seperti yang dijanjikan aku dan Din menunggu di simpang 4 jalan masuk ke kampong aku. Hampir 5 jam aku menunggu bayang Salina pun takde, usahkan bayang Salina lubang hidung dia pun takde yang ada hanya lubang hidung aku dan Din. Lutut aku rasa macam nak tercabut aje, rasanya masa tu aku nak pelangkung aje siDin tu ini semua dia punya pasal.
“Ooii Din, kau kata Salina lalu sini ni apahal dah 5 jam aku terconggok macam orang bodoh aje nak tercabut lutut aku, “ aku mengenggam penumbuk ,masa tu aku nampak si Din kecik aje.
“Manalah aku tahu biasa memang dia lalu sini, Hah tu ha kawan Salina , kau tahanlah Tanya dia.” Din memuncungkan mulutnya kea rah kawan Salina yang sedang menuju kemari.
“Cik…oooo…cik” aku menahan kawan Salina.
“Ya saya, ada apa.” Tanya kawan Salina terpinga-pinga.
“Minta maaflah tumpang Tanya, ada jumpa Salina tak, sebab tak nampak pun dia lalu kat sini.” Aku mengaru-garu kepala aku yang tak gatal ni.
“Ooooo….Salina dia cuti hari ni. Hmmm…. Kalau tak silap lusa baru dia masuk kerja balik.”
“Oooo..ya ke. Hmmm..takpelah terima kasih ye “ cisss…cisss..dan cisss setan!!! Buat penat aku aje, rupanya dia cuti, disebabkan bengang aku berlalu dari situ tanpa menghiraukan Din yang mengejar aku dari belakang. Takpe…takpe.. esok masih ada.
Lusa, hari yang paling aku nantikan, macam biasalah aku dan Din menunggu lagi di simpang 4 tu,tapi ya Allah! Macam gampang aje aku menunggu kat situ. Lutut aku bukan setakat nak tercabut tapi rasanya macam dah tercabut. Hampeh betul. Tanya punya tanya rupanya Salina kerja syif malamlah pulak.Aduh!! apa punya balalah, malang betul nasib aku, rasanya kalau aku jadi perompak dah lama aku pencen, nasib aku baru nak mencuba jadi penjahat. Kali ni aku dah malas nak harapkan si Din yang bangang tu, kali ni biar aku sendiri yang siasat jadual kerja Salina. Si Din tu aku dah pecat dia buat menyemak aje. La ni aku bergerak secara solo aje.
Akhirnya hari yang di tunggu pun tiba, aku telah berjaya menangkap Salina ataupun dalam ertikata yang lain menculik. Aku bawa Salina ke sebuah rumah buruk yang aku selalu dok lepak, kali ni Salina akan rasa apa yang aku rasa. Tangan dan kaki Salina aku ikat dan aku letakkan Salina di penjuru rumah itu. Mata aku melilau jugak tengok orang mana tahu kot-kot terkantoi pulak. Mampuih aku. Sesekali aku menjeling ke arah Salina, aku tengok Salina macam nak menangis, padan muka dia dulu eksyen sangat bila dah jadi macam ni tahu takut.
“Ejim tolonglah lepaskan aku, kalau aku salah aku minta maaf, aku takde niat sikit pun nak malukan kau hari tu.” Wah! Wah! Nampaknya Salina cuba nak pancing simpati aku jangan haraplah.
“Oooo... baru sekarang rasa bersalah tumbuh dalam jiwa kau, kenapa tak dulu, masa yang kau ludah aku, kau ingat muka aku ni longkang senang aje kau nak ludah aku,” Aku mengerling ke arah Salina yang pucat semacam aje aku tengok. He..he...he..takut jugak dia pada aku. Salina menangis teresak-teresak dan aku rasa confius pulak sebab aku tak buat apa-apa pun pada dia. Percayalah.
“Wooooiii...Apahal lu nangis,” Chewah dah macam mat rock pulak aku ni, dah takde bahasa standard aku nak guna.
“Tolonglah Ejim, jangan bunuh aku, aku janji aku akan buat apa saja untuk kau, aku janji tapi please jangan bunuh aku, aku tak kawin lagi Ejim.” Apahallah minah ni dalam keadaan macam ni pun masih ingat pasal nak kahwin, tak rock langsung.
“Wooo... apa benda yang kau dok merepek ni siapa nak bunuh kau, kau ingat aku ni suka duduk dalam lokap, aku menhampiri Salina, Salina pula menghindar sikit dari aku busuk sangat ke aku ni.
“Habis tu aku nampak kau macam nak keluarkan pisau aje dari poket kau.”
“Pisau? Ha..ha...ha.. lawaklah kau ni Salina, ini kau kata pisau, ini tiket wayanglah.Esok aku ingat lepas habis kerja aku nak ajak kau tengok wayang, boleh?” Ejim tersengih-sengih macam kerang busuk sambil menayang-nayang tiket wayang di depan muka Salina. Tanpa disedari oleh Ejim serta merta wajah Salina bertukar menjadi ala-ala pontianak harum sundal malam.
No comments:
Post a Comment