MALAM YANG CELAKA
Hari ini merupakan ulangtahun yang ke-2 aku bekerja di Balai Polis Daerah Dungun. Dalam hati aku rasa bangga giler bercampur sedikit rasa riak dan sombong kerana dapat berkhidmat untuk masyarakat. Ingat senang ke nak kerja kat jabatan polis ni. Banyak dugaan dan rintangan yang aku harus tempuhi untuk aku capai kedudukan aku sekarang ni. Mungkin kerja aku ni banyak mengundang rasa tidak puas hati terutama bagi masyarakat pencuri, penyamun, perompak, perogol dan beberapa pen.... lagi yang tidak dapat aku nyatakan di sini.
Pagi ni takde apa-apa yang berlaku. Yalah waktu pagi macam ni mana ada pencuri. Pencuri kan biasa kerja shif malam, siang hari ni kerja diorang membutalah. Aiik... takkanlah mencuri pun ada shif. Ah! Lantak dioranglah janji rock.
“Selamat pagi Tuan.” Aku mengangkat tangan sebaik saja melihat ketua aku masuk. Macam nak bodeklah pulak. Manalah tahu kot-kot dapat naik pangkat.
“Selamat pagi, macamana hari ni sihat?
“Alhamdulillah, sihat Tuan cuma ada sedikit rasa boring sebab takde kes apa-apa pun.”
“Hissh....awak ni takkanlah hari-hari nak ada kes. Sesekali tu biarlah rehat sikit. Takpelah saya masuk dulu dan awak boleh teruskan kerja awak ye.”
“Baik Tuan” aku mengangkat tabik hormat. Kerja aku macam nilah time ada kerja sibuk memanjang sampaikan tak sempat nak makan. Time takde kerja, boringlah pulak. Mulut ni pulak asyik nak menguap aje sampai naik lenguh rahang mulut aku. Kan aku tidur kan baru tau. Dek kerana terlalu banyak sangat menguap aku bangun dari tempat duduk aku. Aku melakukan sedikit senaman harimau berantai untuk mengelakkan aku dari tidur. Aku mengeliat. Ah! Sedapnya. Barulah rasa segar sikit. Aku meninjau keadaan diluar. Aku nampak dari jauh kawan aku prebet Mat Din sedang mengheret seorang remaja yang keadaannya begitu bergaya sekali. Apahal pulak ni. Takkan pakai smart macam ni pun kena tangkap. Tak faham betullah aku.
“Masuk! Masuk!
“Apahal pulak ni Mat? Tanya aku sambil berdiri memandang kearah remaja ni yang langsung takde tokoh untuk buat kerja jahat.
“Apalagi mencurilah kerjanya kalau tak takdenya aku nak tangkap. Duduk sini.” Prebet Mat Din kemudiannya mengambil buku catatan untuk membuat rekod kejadian tadi sementara menunggu mangsa kejadian dan beberapa orang saksi yang melihat kejadian tu sampai.
“Aiiikk...begini punya smart dan bergaya mencuri. Hish...tak logik langsung. Kau ni takde kerja lain ke selain mencuri. Tengok macam aku ni takdelah menyusahkan orang sangat.” Chewah siap bagi nasihat gitu.
“Ah....bisinglah, mak bapak saya pun tak sibuk yang abang sibuk sangat tu kenapa? Budak remaja tu menjuihkan sedikit mulutnya mungkin jugak tak puas hati dengan nasihat yang aku beri sambil matanya meliar kesana ke mari.
“Sebab aku bukan mak bapak kaulah aku bagi nasihat kalau aku ni mak bapak kau tahulah macamana aku nak ajar kau. Kalau tak mampus jangan panggil nama aku. Tu mata tu asyik meliar aje nak mencurilah tu. Nahas kau kalau kau mencuri kat dalam balai polis ni.” Bengang betul aku dengan perangai kurang ajar budak ni.
“Apalah abang ni, macamana saya nak mencuri kalau tangan dah kena gari. Bodoh tahap maharajalah abang ni.” Tersengih-sengih mamat ni lepas hina aku. Ni yang aku hangin satu badan ni.
“Hei! Budak ni sekali aku lesingkan baru tau. Berdarah hidung tu kan.” Kalau dibiarkan maunya mati budak ni aku kerjakan. Lebih baik cepat pegang aku ni.
“Ooi! Kau ni pun satu hal, takde keje lain ke yang pergi layan mangkuk ayun ni buat apa. Kan tak pasal-pasal dengan kau sekali aku sumbat masuk lokapkan.” Marah betul prebet Mat Din. Aiikk....aku yang tolong, aku pulak yang kena marah. Kan aku lari dari sini baru tau. Tak lama kemudian aku nampak ada beberapa orang yang masuk ke balai. Rasanya orang yang nak dakwa mangkuk ayun tu agaknya. Bagus jugak, cepat diorang buat report cepatlah kerja aku selesai.
Sepanjang hari ni cuma seorang aje yang ditangkap. Sapa lagi kalau tak mangkuk ayun tu. Selesai aje diorang buat report aku cepat-cepat humban mangkuk ayun tu dalam lokap sementara nak tunggu prosedur lain selesai. Kesian betul aku tengok mak bapak budak tu. Mak dia siap menangis, meraung dan semua yang seangkatan dengannya. Ayah budak tu pulak muka macam udang yang kena bakar sambil mengepal tangannya yang dah macam ais kepal. Tapi yang aku herannya budak tu boleh lagi tersengih-sengih lepas kena satu tumbukkan padu di perut oleh ayahnya. Hish....tak faham aku. Aku mengeliat bosan, aku terfikir kalau dah kurang kes-kes kecurian macam ni, amanlah negara kan. Tapi bagus jugak sorang aje kat dalam lokap tu takdelah sesak sangat. Pernah satu hari tu, punyalah ramai yang kaki penyamun, perompak, pencuri kecil-kecilan di tangkap, sampai penuh satu lokap. Naik sesak dan rimas aku di buatnya. Kalau bau tu toksah cakaplah. Macam-macam bau ada, ada yang bau kambing, bau longkang tersumbat, bau nasi basi pun ada tapi yang paling tak tahan bau ketiak yang tahap kambing yang dah 8 tahun tak jumpa air. Hidung aku ni pun dah tahap serombong kapal yang tunggu masa aje nak meletup. Itulah kenangan pahit yang tak dapat aku lupakan sepanjang aku bertugas di sini. Ini yang malas nak cerita. Nantikan orang kata aku ni mengumpat pulak tapi itulah kenyataan yang tak dapat di sangkal lagi. Kalau korang nak tahu bukannya best pun duduk dalam lokap ni. Jadi aku nasihatkan kat korang jadi manusia yang baik seperti aku walaupun aku ni tak sebaik mana. Chewah...masuk bakul pulak aku ni. Tapi ada satu kes tu yang tak dapat aku lupakan sampai hari ni. Satu hari tu si Prebet Mat Din ada tangkap seorang minah yang menjalankan pekerjaannya sebagai bohsia sambil tu sempat lagi mencuri di sebuah pasaraya yang tak perlulah aku sebutkan nama pasaraya tu takut pulak kalau diorang akan saman aku. Sebabnya kes ni habis macam tu ajelah. Minah ni punyalah cun, wa cakap lu. Kalau setakat nak lawan Siti tu air hidung minah ni pun takde. He..he...jangan marah ye pada peminat Siti, dah memang kenyataan pun. Aku pun macam biasalah, bawa masuk lokap dulu sebelum mak bapak diorang datang untuk urusan seterusnya. Si awek cun ni pulak asyik tersengih aje sejak dari tadi sampaikan aku pun naik confius pulak sebab tak tahu samada betul ke tak betul tapi takpelah layan ajelah. Sampai masa makan aku bagi awek cun ni makan. Nantikan kalau tak bagi makan takut mati pulak tak pasal-pasal jadi kes lain pulak. Sapa yang kena aku jugak.
“Ni hah! Makanan, makanlah.” Aku bagi sebungkus nasi bungkus kat awek yang cun ni bersama dengan sebungkus air sirap. Rasanya cukuplah kot. Nanti kalau bagi banyak sangat takut terlebih makan pulak. Elok-elok dah slim nantikan jadi badak berendam pulak.
“Terima kasih bang tapi saya tak lapar lagi.” Awek cun jawab sambil tersenyum dengan penuh sopan santun. Hish...terpikat sungguh aku rasanya.
“Sama-sama kasih tapi makanlah kan nanti kata saya tak bagi makan pulak, saya tahu awak laparkan takkanlah dah sehari suntuk diet lagi kot.”
“Tapi.....
“Tak payahlah nak malu sangat, makan ajelah.” Beria-ia sungguh aku ni.
“Tapi...saya tak biasa makan nasi, tekak saya ni gelilah nak telan.” Toing....tercucuk paku rasanya atas kepala aku. Ingatkan malu nak makan dalam lokap rupanya tak biasa makan nasi. Berlagak betullah.
“Habis tu awak makan apa? Takkan makan pasir kot.” Aku dah hangin satu badan ni.
“Saya biasa makan pizza. Kalau takde pizza saya makan spagetti tak pun paling koman saya makan KFC.”
“Kepala hotak kau KFC, aku dah makan ni kira dah syukur dah banyak pulak dia punya songeh. Dah kalau nak makan makan, kalau tak biar aje kat situ.” Harap muka aje lawa tapi mengada-ngada dan berlagak pulak benci betul aku. Elok-elok aku layan baik kan ada yang masuk hospital pulak. Aku pun blah dari situ. Lantak kaulah nak makan ke tak aku dah malas nak melayan. Aku berpaling semula untuk melihat samada awek tu makan ke tak tapi rasanya baru aje beberapa saat aku berpaling nasi tu dah habis. Aku hanya mengelengkan kepala. Kata tadi geli nak telan nasi ni apahal?
“Aiikk...tadi kata geli nak telan nasi tu apahal dah habis.” Aku sekadar tersenyum senget. Ternyata awek tu tau yang aku perlikan dia. Dengan kening yang diangkat sebelah awek tu hanya tersenyum. Malulah tu.
“Dah abang suruh saya makan jadi saya makan ajelah kan tak makan kan takut abang kecik hati pulak.” Awek cun tu menjilat nasi yang melekat kat celah jarinya.
“Banyaklah awak punya kecik hati.” Aku blah dari situ tak tahan rasanya melayan karenah yang ntah apa-apa ni. Loyar buruk betullah. Tapi kan sejak hari tu kami, chewah ‘kami’ gitu, aku semakin rapat dengannya, bahkan prebet Mat Din sendiri pun naik meluat dengan aku. Tapi itu semua tak lama pun cuma 3 hari aje, lepas tu mak dan ayah dia datang ambiknya. Itupun terlewat katanya sebab baru balik dari Tokyo. Fu-yoh...anak orang kaya rupanya tapi apasallah dia biarkan anaknya jadi macam tu. Masa berpisah tu aku macam orang sasau. Asyik teringatkan awek tu aje. semua kerja yang aku buat semuanya serba tak kena. Asyik dok teringatkan dia aje. makan pun tak berapa nak lalu tapi kuih adalah aku bedal sekali sekala. Mandi pun tak berapa nak basah setakat turun berenang dan menyelam kejab aje. hish...rimas aku dengan keadaan macam ni. Tapi apa yang boleh aku buat bila rindu dah bertandang susah aku nak hindar. Duduk kat balai ni asyik ternampak dia aje. Satu hari tu nak jadikan cerita awek tu datang cari aku kat balai. Punyalah happy aku rasa macam nak sambut tahun baru cina sekali lagi. Walaupun hanya sekejab tapi cukup untuk melepaskan rindu aku padanya. Tapi sayang lain yang aku harap lain pulak yang berlaku. Awek tu bukannya datang nak jumpa aku tapi sebaliknya nak kenalkan aku dengan bakal suaminya yang dah buntingkan dia dan juga nak menghantar kad jemputan kahwin. Ya! Allah rasa macam halilintar yang membelah bumi. Aku menekup kedua telinga aku rasanya tak sanggup aku nak dengar semua yang diomelkan oleh awek yang satu masa dulu menjadi pujaan hati aku. Aku memandang wajah bakal suaminya yang macam tembok tak sudah tu. Apalah punya mak bapak muka macam tu pun diambil jadi menantu, lain kali carilah yang macam aku ni. Ada kerja tetap, bersopan, berhemah dijalan raya, pendek kata semuanya lengkap. Chewah puji diri sendirilah pulak. Tapi apa pun aku bersyukur sekurang-kurangnya aku tidak menjadi pak sanggup pada bayi yang sedang di kandungkan tu.
“Oooii.....mengelamun aje kerja tak buat.” Prebet Mat Din menampar belakang aku. Macam nak patah tulang belakang aku.
“Kau ni apahal hah...aku mengelamun ke, aku kerja ke, aku tak minta makan dengan kau.” Aku bangun mengeliat. Sedapnya bila dapat betulkan urat belikat macam ni.
“Memanglah tapi masalahnya aku dah nak balik, kau tunggu kat sini.” Prebet Mat Din cepat-cepat mengemaskan mejanya, walhal masa tu baru aje pukul 4.00 petang. Apalah punya orang datang nak lewat balik nak cepat macamanalah negara nak maju.
“Aku nak balik macamana dah memang aku tinggal kat sini kalau aku takde sapa nak jaga malaun-malaun yang dalam lokap tu.”
“Ikut suka kaulah tapi ingat kau jaga-jaga jugak jangan sampai terlepas pulak diorang kat dalam lokap tu. Kan susah pulak nak berjawab nanti. Terutama sekali tu yang pakai seluar biru carik-carik kat lutut tu. Tu bapak segala kes curi kat kampung ni cuma tunggu masa aje tu.”
“Yelah, aku tahulah. Kau ingat aku ni apa. Dah lama aku bertugas kat sini aku taulah macamana nak uruskan.” Bangga dirilah pulak.
“Okeylah wa chow dulu.”
“Blahlah lu.”
Bila dah tinggal sorang-sorang ni rasa bosanlah pulak. Aku memerhatikan mereka semua. Semua dah tidur. Cuma tinggal aku aje yang masih terkulat-kulat sorang diri kat sini. Dalam dok beringat apa yang Prebet Mat Din cakap tu, akhirnya aku terlelap jugak. Punyalah syok sampaikan meleleh air liur basi aku. Tengah dok syok mimpi, tiba-tiba aku rasa ada orang ketuk kepala aku dengan satu benda keras yang tak dapat aku pastikan. Adoii..punyalah sakit entah sapalah yang buat komplot jahat ni. Belum pun sempat aku membuka mata satu lagi hentakan yang amat kuat mengena kepala aku. Naik berpinar rasanya mata aku. Ayoyo...sapalah yang bangang ni. Sampai meleleh darah dari kepala, hidung dan mulut aku. Tak cukup dengan itu tubuh aku di terajangnya sampai bergolek aku di bawah meja. Dalam dok bergolek tu aku masih lagi sedar walaupun tak 100%.
“Okey. Semua dah setel. Cepat keluar semua.” Bapak segala pencuri tu bagi amaran pada beberapa orang anak buahnya.
“Ooii....jangan lari.....Aku cuba bangun tapi sayangnya kesakitan masih banyak menguasai diri aku. Apalah nasib aku lepas tu aku dah tak sedar apa-apa lagi.
Keesokkan harinya hebohlah satu bandar kecil ni, banduan terlepas lari sebelum sempat di dakwa dan yang paling teruknya mestilah aku. Aku dipersalahkan atas apa yang telah berlaku walaupun ternyata bukan aku yang bersalah, yang bersalah disini adalah mata aku kerana dialah aku tertidur dan kerana dia jugaklah aku dipukul dengan teruk tapi sayangnya takde sapa yang percaya dengan apa yang aku beritahu ni. Apa lagi yang boleh aku lakukan selain mengharap agar aku tak dijatuhkan hukuman yang berat.
“Tak boleh harap langsung, ingatkan dah tukar yang baru kukuhlah ni...aduh..parah betullah macam ni. Sekali kena hentak dah tersungkur.” Aku lihat muka ketua aku yang macam udang kena bakar tahap rentung, ni kalau aku bodek jugak ni ada yang kenakan. Aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sekadar memerhati apa yang bakal aku terima.
Bertubi-tubi diorang marah aku. Last sekali diorang mengambil kata sepakat untuk membuang aku. Aku kecewa sangat. Kecewa yang teramat sangat dah banyak sumbangan yang aku berikan tapi bila berlaku perkara yang macam ni senang-senang diorang aje nak buang aku. Aku takkan mengalah, aku akan perjuangkan nasib aku walaupun aku tahu aku takkan berjaya. Akhirnya perkara yang amat aku takuti telah menjadi kenyataan. Aku dibuang dengan alasan aku gagal menjalankan tugas yang diberikan. Tempat aku nanti akan diganti dengan penyelok yang lebih kukuh, kuat dan yang penting datang dari negara luar yang tentunya buatan yang baik. aku rasa macam nak menangis, bukan nak menangis tapi dah menangis pun. Aku kecewa sangat-sangat. Aku terfikir lagi mana aku nak tidur. Oh! Sememangnya hidup ini begitu menyakitkan. Aku dibuang di tempat pembuangan sampah yang dipenuhi dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan hidung aku. Sampai bila aku harus begini.
Suatu hari aku aku diambil oleh seseorang yang sedang mencari bahan buangan yang mungkin boleh untuk di kisar semula. Ni kira macam recyclelah. Aku bersyukur sangat sekurang-kurangnya aku tak lagi menghidu bau-bauan yang tahap longkang tu. Aku dibawa balik kerumahnya. Terharu sangat sekurang-kurangnya aku masih mempunyai rumah walaupun beratap rumbia. Chewah bersajak pulak aku ni. Kletung....kletang...kletung.....kletang...akhirnya aku siap dipasangkan pada sebuah rumah yang membuat aku hampir menangis. Ingatkan tinggal dalam rumah rupanya aku di pasang pada reban ayamnya untuk mengelakkan ayamnya dari di curi orang. Aaaaa......aku menjerit dengan sekuat hati walaupun aku tahu takde sapa yang akan mendengar jeritan batin aku ni. Ingatkan dah terlepas dari bau-bauan yang tidak menyenangkan tapi nampaknya hari-hari hidup aku akan diselubungi oleh bau-bauan yang boleh membuatkan hidung aku mengembang sepanjang hayat aku.
1 comment:
tulahhhh. asek mkn kfc je. tu yg lembik mcm ayam. hee.
Post a Comment