Tuesday, August 3, 2010

SUNYINYER......



hari ni dah 5 hari mak aku 'takde'...
memang sunyi giler lah........tambah sunyi lagi bila semua orang dah balik...
yelah masing2 pun ada kehidupan sendiri takkan lah nak tunggu aku je kat sini.......nasib baik ada adik aku balik tinggal kat sini kalau tak tak tahu lah macamana hidup aku........mati dalam kesunyian agaknya......
yelah...hampir 6 tahun aku tinggal 2 orang dengan mak.....
tiba2 mak aku tinggal aku macam tu je......
memang sedih giler lah.......mujur je aku ni tak jadi giler....
pergi mana2 aku sering terbayang2 mak aku.......
sebabnya kat mana aku pergi mak mesti ada......kadang tu mak selalu teman aku buat keje.....
yang lebih terasa sangat mungkin azlan......
sebabnya banyak masa yang dia habiskan dengan mak aku......maklumlah cucu kesayangan dia.......
sekarang ni bila mak aku takde...azlan selalu je meragam...x nak makan....sikit2 menangis...kecerian langsung dah takde pada azlan...
dan aku memang menangis bila tengok dia....azlan macam aku jugak sering teringat kan mak aku....
memang aku tahu penjagaan aku memang tak sempurna tapi sekurang2nya aku puas hati mak meninggal bersama dengan aku...
masih sempat lagi aku menyuap makan untuk mak...suapkan ubat untuk mak....pakai kan pamper untuk mak...dan mandikan mak.....sampai akhir hayat mak....
mak dan ayah aku lah satu2 nya keriangan aku........walaupun pada zahirnya aku gembira tapi hakikatnya hati aku luka...luka sangat2......orang takkan rasa apa yang aku rasa sebab diorang tak pernah rasa apa yang aku rasa...kalau diorang rasa apa yang aku diorang akan tahu apa yang aku rasa.....
bila ALLAH dah jemput mereka berdua....keriangan aku hilang sama sekali.....
aku harap satu hari nanti aku dapat jumpa dengan mak dan ayah aku....
mereka je yang aku ada.......dunia dan akhirat.......
ucapan tima kasih untuk abang2 aku, kakak2 aku, adik aku dan jugak anak sedara aku nor,kak long dan husna serta kawan-kawan aku.....yang bagi sokongan untuk aku teruskan kehidupan tanpa orang yang aku sayang.....semoga ALLAH sentiasa merahmati korang semua.......

2 comments:

Iqlima said...

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 –



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216 -


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

-Surah Al-Baqarah ayat 286 –


RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg berima.

- Surah Al-Imran ayat 139 –



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di

medan

perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

- Surah Al-Imran ayat 200 -

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk

- Surah Al-Baqarah ayat 45-


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111 -


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.

-Surah At-Taubah ayat 129-



AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

... ... dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.

- Surah Yusuf ayat 12-

ainhany said...

salam eita,

sedih n3 nie..meggambarkan kerinduan dgn seorang yang pergi tak kembali2..semuga emak tenang di sana dan seringlah ziarah pusaranya..

tazkirah iqlima begitu bermakna..kita bertanya tentang ketidakpuasan hati tapi kita lupa ada jwapan telah tersurat.. sesungguhnya kita adalah insan terpilih utk menerima dugaan dan ujian ALLAH...semuga tabah dan redza..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...