Saturday, March 6, 2010

Nak rasa tak???






Korang pernah rasa tak buah malberi atau di kenali jugak buah blue beri korea tapi kat umah aku, aku panggil buah blue beri je...
buah dia best sangat...
kena biar masak hitam dulu barulah rasa manis sangat2...
kalau ambik wana merah rasa dia masam-masam manis....tapi sedap jugak...
sekali berbuah memang banyak sangat.....
habis je berbuah mesti kerat batang dia kalau tak jangan harap lah dia nak berbuahnya sampai tahun depan pun takdenya nak berbuah.....
jangan tak tau plok daun malberi ni adalah makanan untuk ulat sutera manakala 7 helai daun dari pucuknya plok boleh di jadikan daun teh...
kalau nak buat tu korang kena kering kan dalam suhu bilik....
tapi aku tak pernah lah mencubanya...
aku ada tengok dalam agrotek tv1 baru-baru ni...
seronok jugak...
aku tanam ni pun sekadar suka2 je tak tahu plok semakin banyak kat umah aku...
bertambah sedap lah aku makan....
tapi satu jelah aku tanam atas tanah pokok dia payah nak hidup lah...
banyak yang mati..
terpaksa cari pasu...
tapi aku tak tanam dalam pasu pun tayar kereta buruk kan banyak ambik jelah jadikan pasu kan jimat tu....taklah membazir banyak sangat....
lagipun pokok dia senang jer hidup...
cuma kerat batang pokok yang dah tua lepas tu tekan jer dalam pasu...
siram and then pokok tu hidup lah...
tapi kena isi baja jugak...
kalau nak buah yang besar....
hehehe...tapi semenjak aku tanam pokok tu aku tak pernah isi baja pun cuma aku siram 2 kali sehari...
cantik jer hidup....
besar2 lagi buah dia...sedap sangat...
tapi korang janganlah tiru aku plok...sian kat pokok tu....
kalau korang nak makan meh lah lepak kat umah aku..
sekarang ni tengah berbuah banyak yang amat....
jangan tak datang plok...

2 comments:

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

eita said...

waalaikumussalam...tima kasih banyak-banyak kerana sudi lawat blog saya yang tak seberapa ni......
insya allah saya akan ingat semua pesanan saudara....
semoga saudara sentiasa dalam rahmat ALLAH...insya ALLAH...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...