Friday, April 22, 2011

AMALAN/BAKTI UNTUK ORANG YANG DAH TIADA.....


berbakti untuk mak n ayah..
walaupun dah tiada masih dapat di perluaskan...


1. sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang soleh dan solehah....
kerana hanya doa2 anak yang soleh dan solehah je akan sampai pada ibu bapa...
ermmm...agak2 aku termasuk ke hah?....

2. sentiasa berdoa untuk ibu bapa setiap kali solat...
*nabi bersabda "barang siapa yang berdoa dalam doanya tidak ada doa untuk ibu bapanya doa itu akan di tolak....

3. sentiasa beristighfar dan berzikir walaupun dalam hati....niat hadiahkan pahala untuk arwah...
*nabi membawa kisah kepada para sahabat...bagaimana ibu bapa yang meninggal dunia
terkejut dengan nikmat yang Allah bagi di alam barzakhnya..dalam kuburnya...
rupanya bila di tanya pada malaikat ' kenapa kami nampak hebat sangat ni...
amalan kami tidak sebanyak mana pun'.....
sebab anak2 kamu berzikir, anak2 kamu beristighfar dan dia hadiahkan pahala zikir dan istighfar ini kepada ibu bapanya....

4. memperbanyakkan bersedekah......dan niatlah pahala sedekah itu untuk ibu bapa...
tapi jangan lah menunjuk2 plok nak sedekah tu......biasa2 dah lah..tak yah lah nak heboh....kalau nak heboh sangat lepak je kat jom heboh......

5. menziarahi kawan baik arwah ibu bapa kita.....tupun kalau korang ingat lah...macam aku ni....ingat2 lupa lah plok.....

6. membayar hutang.....bila ibu bapa kita dah meninggal..cuba lah selidik..manalah tahu.. kot2 ada hutang yang belom di langsaikan.....

7. tunai haji untuk ibu bapa....andai kata ibu bapa kita meninggal dalam keadaan belum membayar hutangnya pada Allah....ianya menjadi satu kewajipan buat anak untuk mengupah haji untuk ibu bapa....kalau termampulah....kalau
tak mampu nak buat macamana kan.....


ermmm....apa lagi eak....http://www.smileycodes.info
aku pun dah lupa lah....
ni je yang sempat aku salin...
kalau korang ada nak tambah....
dengan berbesar hati dipersilakan......
maklumlah aku ni budak baru belajar....
chow babe....nak tidor....

2 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Subhanallah! Cukuplah dahulu apa yang telah disarankan. Itupun sudah dikira sangat bagus bagi kita sebagai anak utk menyambung pahala ibubapa kita yg sudah kembali ke alam barzakh. Semoga Allah SWT mengampuni dosa2 kita dan kedua ibubapa kita. Amin.

eita said...

waalaikumussalam.....
amin...semoga roh kedua ibu bapa kita ditempatkan ditempat yang mulia di sisi allah swt...
amin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...