Saturday, November 13, 2010

IBADAT KORBAN....





HUKUM KORBAN....

- hukum nya sunat muakkad....
-bagi yang bernazar adalah wajib...
-bagi yang berkemampuan adalah makruh meninggalkan amalan ini....

MAKSUD KORBAN...

-menyembelih binatang ternakan yang terdiri dari....
  • unta
  • lembu
  • kambing
  • qibas yang cukup umur...
-pada 10 zulhijjah (aidiladha) selepas sembahyang sehinggalah gelincir matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13 zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah....

JENIS HAIWAN KORBAN...

binatang yang boleh dijadikan korban hanyalah binatang yang di kategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri2 sama ada jantan atau betina...

UMUR BINATANG KORBAN...

-UNTA - berumur 5 tahun masuk 6 tahun
-LEMBU, KERBAU, KAMBING - 2 tahun masuk ke 3 tahun
-BIRI-BIRI/KIBAS - 1 tahun masuk ke 2 tahun @ sudah bersalin gigi hadapan walaupun
belum cukup 1 thaun tapi melebihi 6 bulan...

HIKMAH KORBAN....

-memperingati peristiwa ketaatan nabi ibrahim menyahut perintah Allah untuk korbankan anaknya nabi Ismail...
-melahirkan tanda syukur kepada Allah terhadap nikmatnya yang melimpah..
-menanamkan perasaan kasih sayang antara kaya dan miskin..

SYARAT SAH KORBAN....

- haiwan itu sempurna tanpa ada cacat yang nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan..
- di lakukan pada waktu dikhususkan untuk menjalankan ibadah korban...
- ibadah korban hendaklah disertakan dengan niat...

PERKARA YANG MENGHALANG SAHNYA KORBAN....

  • tiada atau terpotong telinga atau lidah walaupun sedikit...juga yang terpotong ekornya
  • gila..
  • berkudis walaupun sedikit...
  • haiwan lahir anak @ bunting...
  • tersangat kurus...
  • buta sebelah mata @ kedua-duanya
  • berpenyakit..
  • tersangat tempang
-makruh korban haiwan tiada tanduk @ patah tanduk @ terbelah @ bertebuk telinga

5 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sekadar renungan sahaja mengenai bab Haji dan Qorban.
Dalil wajibnya haji dan syarat2nya;
Surah AliImran:97 وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلۡبَيۡتِ مَنِ ٱسۡتَطَاعَ إِلَيۡهِ سَبِيلاً۬‌ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Dalil bagi haiwan ternakan yg dipilih Surah AlHajj:30 وَأُحِلَّتۡ لَڪُمُ ٱلۡأَنۡعَـٰمُ إِلَّا مَا يُتۡلَىٰ عَلَيۡڪُمۡ‌ۖ فَٱجۡتَنِبُواْ ٱلرِّجۡسَ مِنَ ٱلۡأَوۡثَـٰنِ وَٱجۡتَنِبُواْ قَوۡلَ ٱلزُّورِ Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya)
Surah AlHajj:34 وَلِڪُلِّ أُمَّةٍ۬ جَعَلۡنَا مَنسَكً۬ا لِّيَذۡكُرُواْ ٱسۡمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ‌ۗ
Dalil bagi ketaqwaan pada diri seseorang yg mentebabkan Allah menerima qurban dagingnya Surah AlHajj:37 لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.
Wallahualam

eita said...

tima kasih atas ingatan dan renungan....

ong ong kedek kedek said...
This comment has been removed by the author.
ong ong kedek kedek said...

Salam eita:

Sama2 lah kite amik pengajran dari ibadah korban ini... jom sama2 kita hayati kisah ashabul kahfi dlm surah al kahfi... pengorbanan demi akidah yg satu :)

eita said...

beres boh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...