Wednesday, March 31, 2010

APRIL FOOL?????

Biasa nya kan kalau menjelang je 1 april mesti adalah yang buat kerja bodoh kenakan kawan-kawan...
walhal diorang tak tahu rahsia di sebalik kisah april fool ni...
kat sini aku ada nak citer sikit pasal april fool...
tapi bukan aku citer korang baca lah sendiri...
layaaaaannnnnnnnnn...............

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita........
jadi jangalah lagi korang nak sibuk-sibuk buat kerja yang takde faedah ni ye...

Friday, March 26, 2010

hari yang panas....







hari yang panas....
aku bukan nya nak citer pasal hari panas cuma nak bercerita pasal cuaca yang melanda sekarang ni...
semakin hari semakin terik cuaca kan....
walaupun panas....
walaupun terik tapi setiap apa yang ALLAH cipta akan hidup dengan subur walaupun tanpa berada dalam kekeringan...
cuba kalau kita hidup dalam kekeringan rasanya mau jadi macam mumia...
kalau dah lagu tu jadinya mesti semua orang cabut lari tengok kita kan...
hahaha.....tapi korang jangan lah lari plok...
bacalah dulu apa yang aku tulis ni...
pas baca kalau nak lari..larilah aku tak marah pun..
hehehehe...
ni semua bunga yang aku tanam...eh..eh....silap bukan aku tanam abang ipar aku yang tanam...
aku just jaga, siram..baja jangan harap lah aku nak isi....
aku sibuk mana ada masa nak buat kerja remeh temeh macam tu...
tapi korang tengok sendirilah walaupun tak letak baja tapi masih lagi hidup subur...
SUBHANAALLAH...MAHA SUCI ALLAH yang menjadi semua keindahan ini....
petang-petang aku selalu lah lepak,bora-borak dengan pokok-pokok aku ni...
tapi janganlah ingat aku ni gila plok..
taklah sekadar berbual-bual...
pokok pun ada perasaan jugak....
macam korang lah ....
macam aku...
kalau takde perasaan tu jadinya.....orang gila kot...
hehehehe....aku sendiri pun kurang pasti....
tapi yang penting nya aku masih ada perasaan......
tapi bukan perasan....

Thursday, March 25, 2010

AIR MATA RASULULLAH SAW

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Wednesday, March 24, 2010

Fadhilat beristighfar.....

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita" !

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik.
2. Memberi salam.
3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah."
Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW

Monday, March 22, 2010

aiskrim malaysia.....





'aiskrim malaysia?aiskrim apa tu x pernah dengar pun'
tu lah kata-kata yang sering diluahkan oleh tuan kedai tiap kali aku nak beli aiskrim..
kalau sekadar bertanya tu aku tak lah kecik hati sangat ni tak siap ketawa kan aku lagi...
bengang betol lah...
macam lah tak pernah makan aiskrim malaysia ni..
benci betol aku...
padahal kalau beli plastik nak buat aiskrim ni pun ada dia tulis kat situ...
plastik aiskrim malaysia...
saja je nak mengada...taik kuda...
tapi jarang lah aku beli...
aku lebih suka buat sendiri..
sebab boleh buat sedap sikit...
macam perisa boleh buat.
yang biasa aku buat perisa milo, nenas, anggur, oren sunquick, sirap bandung....
tu je lah kot..
aku buat bila aku rasa rajin je..
kalau aku rasa malas jangan harap lah aku nak buatnya...
menangis air mata darah pun aku tak buat......
lagipun aku buat bukannya untuk jual tapi untuk anak2 sedara aku yang suka sangat makan aiskrim ni...
di tambah plok kalau aku yang buat nya...
lagi lah best...hahahahaha....
riak lah plok.....
tapi bukan riak lah kan kenyataan....
buat sendiri lagi sedap pada kita beli kat kedai....
kalau tak cayer korang buat lah...bukan susah pun....

Friday, March 19, 2010

anak patung kesayangan....






korang kalau tengok tajuk tu jangan lah ingat aku plok yang main dengan anak patung ni...
aku cuma beli je untuk anak sedara aku yang memang suka sangat dengan anak patung barbie ni...
walapun barbie celup tapi ok lah untuk mainan budak-budak bukannya mak budak ye...hehehe...
comel kan.....
kerana kecomelannya lah sampai kan ank sedara aku yang lelaki pun turut teruja untuk bermain jugak...
kalau tak caye tengok gambar tu macamana adik lalan pun sibuk nak main jugak..
padahal tu mainan budak perempuan...
tu lah penangan barbie yang kiut macam aku...hahahahahaha......

Wednesday, March 17, 2010

keluarga aku..

kalau korang nak tau ni lah gambar keluarga aku.....
keluarga yang ramai...
sekali berkumpul tak muat umah...
tapi tak lah sampai duk bawah umah plok...
boleh lagi..
umah kan besar...
tapi ni baru separuh....
banyak lagi...
lain kali baru tambah semula...






Sunday, March 14, 2010

cuti sekolah...

yessss...........cuti sekolah baru je bermula...
walaupun hanya seminggu tapi cukuplah untuk aku merehatkan fikiran aku,
merehatkan tubuh aku yang sememangnya sentiasa letih je...
tapi tu lah ku sangka kan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari....
korang tanyer aku kenapa?
ingatkan cuti sekolah tak yah kerja tapi rupanya kena kerja jugak....
ada banyak kelas tambahan...huhuhuhu....
sian kat aku kan...
tapi nasib baik hanya sekerat hari je...
takdelah sampai ke petang...selamat lah jugak...
boleh jugak lah aku nak rehat....
kalau orang lain kan mesti seronok....
cuti sekolah je mesti pergi jalan-jalan makan angin...
tapi aku just duduk kat rumah jew....
emmm.....tapi kalau gi makan angin susah jugak kan...
yelah mesti perut kembung kan...
nape???
dah makan banyak sangat angin mestilah perut jadi kembung...
hahahaha......(gurauan aku ini berdasarkan rasa tak puas hati sebab tak leh gi jalan-jalan macam orang lain)...
sian lagi kat aku kan.....

Wednesday, March 10, 2010

letih giler lah.....




korang kalau napok gambar ni jangan lah korang ingat aku plok....
gambor ni sekadar hiasan je....
aku terbayang lah kan kalau lah aku dapat berehat kat tempat2 macam ni seronok jugak kan...sekali sekala pergi melancong kan....
tapi tulah aku memang tak pernah pergi melancong...
sebab apa???...
korang tayer aku sebab apa?.....
kalau aku pergi melancong sapa yang nak jaga mak aku plok....aiyoooo....tapi sian kat aku kan..huhuhuh.....takpe janji rock...heheheh....
dalam seminggu ni memang letih giler...giler pun tak letih macam aku...
macamana tak letih keje aku habis pukul 6...tu yang paling awal lah....
aduh....dengan lalan demam, merengek2 mintak dukung...
macam nak patah pinggang aku.....
mujur tak patah lagi...
elok lagi aku ni berjalan...
sekolah ada buat sukan...
tu yang balik lambat sangat tu...
jenuh aku menunggu...
selama seminggu satu kerja pun aku tak buat...
pah balik je terus aku berehat sepuas-puas nya depan komputerlah bukan nya pergi tido........hehehehe....
tapi nak buat macamana kan ....
nama dah cari rezeki memang lah penat.....
tak nak penat pergi tido...
tapi bagi aku lah kan tido pun penat jugak....
sebab tu lah aku jarang tido, tapi bukan tak tido terus...melampau tu kalau tak tido...cuma jarang tido siang lah......
tapi kalau aku dah start tido sampai pagi esok tak bangun lagi....hehehe...
tu nama nya tido mati tapi jangan aku yang mati dah lah....
huawwawawa

Tuesday, March 9, 2010

Suatu subuh yang bening.....





Seorang lelaki bangun pagi2 buta utk Solat subuh di Masjid. Dia
berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid .ditengah
jalan menuju masjid , lelaki tsb jatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali kerumah. Di rumah,
dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid
Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali kerumahnya.
Dirumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.
Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan lelaki itu menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.'
Lelaki pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid , lelaki pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan Solat subuh bersamanya.Lelaki kedua menolak.Lelaki pertama mengajak lagi hingga berkali2 dan,lagi,jawapannya sama.
Lelaki pertama bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan Solat.
Lelaki kedua menjawab "Aku adalah Setan"
Lelaki itu terkejut dgn jawapan lelaki kedua.
Setan kemudian menjelaskan,'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,dan sayalah
yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid , Allah memaafkan semua dosa2mu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan
bahkan itupun tidak membuatmu merubah pikiran untuk tinggal dirumah saja,
kamu tetap memutuskan kembali masjid .Karena hal itu, Allah
memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.
Saya KHUATIR jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk kampung mu,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai di masjid dgn selamat..'

Jadi, jangan pernah biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu t id ak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapatkan dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Monday, March 8, 2010

Sedikit tazkirah.......

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskhh, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!* *

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun :18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNya lah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Jadi lepas ini bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Bismillahirahmanirrahim, Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.dan keluarganya , sahabat, para salafusoleh, syuhada' dan para ilmuan. Semoga dianugerah rahmat dan keberkatan kepada para Rasul dan mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat

Dengan Keagungan namaMu Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim, Ya Latiff, Ya Fatah, Ya Razak, Ya DzalJalalli-Wal ikram

Ya Allah ya Rabbku,

Moga engkau merahmati kami dan menganugerahkan kami sebagaimana banyaknya hujan yang turun di dilangit hari ini.

Ya Allah,

Kayakan lah kami dengan Iman,

Kayakan lah kami dengan Islam,

Kayakanlah kami dengan hati yang tunduk dan patuh kepadaMu,

Kayakanlah kami dengan nikmat syukur

Kayakanlah kami dengan persahabatan yang ikhlas

Kayakanlah kami dengan pertolongan menegakkan syiar Islam

Kayakanlah kami dengan Kasih SayangMu.

Kayakanlah kami dengan kekuatan amal agar Engkau Redho kepada kami

Kayakanlah kami dengan harta yang digunakan untuk mendekatkan diri kepadaMu

Kayakanlah kami dengan kekuatan untuk membangunkan ummah

Kayakanlah kami dengan cahaya di hati untuk mencintai orang yang mencintaiMu dan mencintai orang yang Engkau cintai

Kayakanlah kami dengan rumah rumah di syurga yang Engkau janjikan.

Kayakanlah kami dengan kekuatan zahir dan Batin untuk menyampaikan seruan Dakwah untuk menegakkan agamaMu.

Kayakanlah kami dengan rahmat agar dapat bersama sama Nabi Muhammad S.A.W dan para hamba yang engkau cintai di syurga kelak

Kayakanlah mukmin dan mukminat di seluruh dunia dengan kekuatan jihad dan pertolongan untuk bangun dari kesusahan, kesengsaraan dan penindasan dari musuh-musuhMu.

Dan kayakanlah kami dengan pertolonganMu dalam urusan hidup dan mati kami di dunia untuk menuju akhirat yang pasti.

"Laa ilaaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu minadzh dzhalimiin (Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang yang telah berbuat zalim)"

Ya Allah, makbulkan lah doa hambamu ini. Amin, Ya Rabbal Alamin.


Mutiara kata:

Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir..

Sunday, March 7, 2010

alalala....budak busyuk ni...




Melihat pada tajuknya janganlah korang fikir anak sedara aku ni tak mandi plok...
budak ni mandilah cuma aku geram sangat tu yang aku panggil dengan panggilan yang paaaaaaaling manja...
tak manja?? hisshh...manja apa...
budak ni nama dia nazirah...nama panjang dia aku lupa lah...maklumlah umur semakin meningkat ingatn pun semakin berkurangan..huawawawa....
baru-baru ni abang dia lah yang telan duit 20 sen...dah kaya sangat agaknya...yelah terlampau banyak sangat duit agaknya sampai tak tau mana nak simpan...amat jalan mudah simpan je dalam perut ..selamat sikit...hahaha....
jahat betul aku ni....hish...hishh...
bersusah payah plok bawak pergi hospital tapi sayang nya duit tu dah hilang...
magik betol lah...
macam biskut plok kejap ada kejap takde....
apa plok yang aku duk merepek ni...aku nak citer pasal nazirah bukan pasal abang dia....aiyooo....
nazirah ni baru je pandai berjalan...dia ni anak ayah..maklumlah ayah dia yang jaga dia dari kecik...haaaaa....takde mak? hishh...mak dia adalah cuma masa nazirah tu banyak bersama dengan ayah dia tu yang dia lebih kamcing dengan ayah dia...
mak dia kerja shif kat awana kijal jadi masa tak tentu sikit berbanding dengan ayahnya....tapi yang paling geram nya budak ni tak nak dengan aku...benci betol lah...tercabar sungguh aku rasa masa tu...
siap menangis macam lah aku ni hantu...hantu pun tak menangis bila tengok aku...sengal betollah....
tapi sempat jugak aku cubit sebelum ayah dia ambik....hahahahaha....padan muka kan tak nak lagi dengan aku...
jahat beto lah aku....takdelah aku gurau je takkan lah aku nak cubit plok budak kecik macam tu.....aku ni kan antara baby sitter yang terbaek kat dunia...hahahaha...perasan lagi aku...nilah yang aku malas sangat nak puji bila aku dah start puji aku tak reti2 nak berhenti......hahahaha....

Saturday, March 6, 2010

Nak rasa tak???






Korang pernah rasa tak buah malberi atau di kenali jugak buah blue beri korea tapi kat umah aku, aku panggil buah blue beri je...
buah dia best sangat...
kena biar masak hitam dulu barulah rasa manis sangat2...
kalau ambik wana merah rasa dia masam-masam manis....tapi sedap jugak...
sekali berbuah memang banyak sangat.....
habis je berbuah mesti kerat batang dia kalau tak jangan harap lah dia nak berbuahnya sampai tahun depan pun takdenya nak berbuah.....
jangan tak tau plok daun malberi ni adalah makanan untuk ulat sutera manakala 7 helai daun dari pucuknya plok boleh di jadikan daun teh...
kalau nak buat tu korang kena kering kan dalam suhu bilik....
tapi aku tak pernah lah mencubanya...
aku ada tengok dalam agrotek tv1 baru-baru ni...
seronok jugak...
aku tanam ni pun sekadar suka2 je tak tahu plok semakin banyak kat umah aku...
bertambah sedap lah aku makan....
tapi satu jelah aku tanam atas tanah pokok dia payah nak hidup lah...
banyak yang mati..
terpaksa cari pasu...
tapi aku tak tanam dalam pasu pun tayar kereta buruk kan banyak ambik jelah jadikan pasu kan jimat tu....taklah membazir banyak sangat....
lagipun pokok dia senang jer hidup...
cuma kerat batang pokok yang dah tua lepas tu tekan jer dalam pasu...
siram and then pokok tu hidup lah...
tapi kena isi baja jugak...
kalau nak buah yang besar....
hehehe...tapi semenjak aku tanam pokok tu aku tak pernah isi baja pun cuma aku siram 2 kali sehari...
cantik jer hidup....
besar2 lagi buah dia...sedap sangat...
tapi korang janganlah tiru aku plok...sian kat pokok tu....
kalau korang nak makan meh lah lepak kat umah aku..
sekarang ni tengah berbuah banyak yang amat....
jangan tak datang plok...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...