Thursday, December 18, 2008

I love you

Sepasang kekasih sedang duduk bercengkerama dibawah bulan purnama dan disinari dengan cahaya lampu jalan dari hujung kampung pinang sebatang.

Ayang : Anjaaa.... you tak pernah pun cakap I love you kat Ayang.
Anja : Alah, Anja tak biasalah, lagipun Ayang memang tahukan yang Anja
sayangkan Ayang.
Ayang : Tak nak!!! Ayang nak Anja cakap jugak macam orang lain tu.
Anja : Yelah...yelah....Ayang ni macam budak-budaklah.
Anja pun bangun dengan langkah yang amat malas sekali dan melutut di kepala lutut Ayang. Tiba-tiba.......Proooottt.......
Ayang : Ini yang Ayang menyampah ni kalau Anja tak nak cakap sudahlah
Yang Anja jawab dengan kentut ni pehal. Menyampah......
Anja : Ayaaaang...tungguuuuu........

Umpan

Mat : Yo! Wassup...
Amin : Wassup..atuk kau. Berasap kepala kau adalah.
Mat : Apasal pulak?
Amin : Macamana aku tak hangin, dari pagi sampai petang aku gi gail seekor ikan
pun tak dapat. Hampeh btollah.
Mat : Kau pakai umpan ape?
Amin : Macam biasalah....cacing belakang jamban tok aku.
Mat : Mane?
Amin : Ni hah! ( menunjuk ke dalam tin susu )
Mat : Kau memang tak sekolah ( mengeleng kepala )
Amin : Kau cakap baik-baik sikit, aku dah hangin 1 badan ni jangan nak tambah 2
badan pulak. Sekali aku lesingkan baru kau tau.
Mat : Memanglah kau tak sekolah. Ni namanya ulat beluncas bukannya cacing.
Faham!!!!
Amin : Ye ke? Bukan sama ke? ( tersengih nak cover line malu )
Mat : Ni yang sama....KUKKKK.......
Amin : Adoiiii........

Bau

Sedang Cik Mek dan Cik Ani duduk-duduk sambil menonton tv, Cik Mek menangkap satu bau yang wangi dan menyelerakan.
Cik Mek: Bau apa ni? Sedap aje.
Cik Ani: Sedap ke?(sambil menarik nafas). Ha’ahlah. Bau apa ye.
Cik Mek: Sekali bau macam bau tomyam, bau rojak ayam pun ada.
Cik Ani: (sambil menarik nafas)yelah.lagi…lagi….bau apa lagi yang ada.
Cik Mek: Hmm…(sambil mehela nafas) bau ni tak berapa pasti
Masakannya tapi….macam bau cempedak goreng je.
Cik Ani: Excelent…kau memang hebat.(sambil bertepuk tangan)
Cik Mek: Yang kau suka sangat ni kenape?
Cik Ani: Itulah sume makanan yang aku makan tengahari tadi.he..he..
Cik Mek: Wachaaaa……

Seram

Malam yang dingin sedingin air fresh orange yang sedang aku teguk ni, ah! Nyaman sekali. Aku meneruskan bacaan aku yang tergendala tadi. Bacaan yang seram mewujudkan suasana yang menyeramkan sehingga berdiri bulu ketiak aku yang aku sendiri terlupa untuk aku kerat. Tengah syok membaca tiba-tiba hidung aku menangkap satu bau yang sungguh busuk. Kebusukkannya begitu menyengat hidung aku. Aku pandang sekeliling tapi takde apa-apa yang mencurigakan. Aku menghidu bau ketiak aku, hmm..Cuma sedikit bau tengik, maklumlah tak sempat mandi lagi. Rasanya bau tu berada dibawah kaki aku. Aku menunduk untuk menghidu. Cis...cis.. dan cis...lagi. rupanya bau kentut aku. Buat saspen aje. seminggu tak buang hajat itu pasallah bau tahap longkang.

Hilang

Ada 2 orang adik beradik yang memang rapat giler sejak dari kecil. Kemana pergi semuanya berdua, hatta kerumah kecik kat belakang pun berdua. Tapi tunggu kat luar ajelah. Hish...mana tahan bau yang tahap longkang tu. Namanya Otak dan adiknya Gila. Apalah punya mak bapak yang bagi nama macam tu langsung tak komersial. Tak boleh nak jual pun. Satu hari si abang ni hilang tak dapat dikesan. Mengelabahlah adiknya macam baby yang hilang botol susu. Last sekali dah tak tahu nak buat Gila pun pergilah buat report polis.
Gila : Saya nak buat report.
Sarjan Mat : Nak report pasal apa?
Ptuih
Gila : Otak saya hilang. (sambil menangis)
Sarjan Mat : Apalah awak ni, otak hilang pun nak buat report polis, tu kepala awak ada
Ptuih macamana otak awak boleh hilang. He..he...kelakarlah awak ni.
Gila : Betul Encik, Otak dah hilang, dah puas saya cari tapi sampai sekarang tak
jugak jumpa.
Sarjan Mat : Awak ni betullah dah gila agaknya.
Ptuih
Gila :Hah! Memanglah saya gila.
Sarjan Mat :Hmm....patutlah pun.
Ptuih

Sarjan Mat Ptuih pun terus menelefon hospital sakit jiwa sambil Gila meraung bila di bawa naik keatas ambulan dengan tangan terikat.

Kisah 5 ekor lembu

Di sebuah kedai kopi ada 2 orang kawan yang karib gilerlah. Giler pun tak karib macam ni.

Ahmad : Lee...aku ada satu teka-teki kalau kau betul aku tabik spring kat kau 40
kali.
Lee : Bereess.....aku suka teka-teki.
Ahmad : Pakcik Kordi membeli 5 ekor lembu dari Kuala Terengganu. Sampai aje kat
Merchang 1 ekor lembu dah melompat tanpa ada orang sedar. Lepas tu
Sampai kat Pulau Serai 1 ekor lagi melompat. Bila dah tengok kawan dia ni
melompat 1 ekor lagi pun sama naik ikut melompat masa sampai kat traffic
light. Masa tu lampu tengah warna hijau. Jadi takde sapa yang tahu akan
nasib lembu-lembu tu. Jadi soalannya berapa lembu yang tinggal?
Lee : Hekeleh soalan macam ni yang kau bagi kat aku, budak tadika pun boleh
jawab. Jawapannya tinggallah 2 ekor.Amacam hebat tak aku.
Ahmad : Hebat? Kau bikin aku ketawa ajelah ha...ha... (ketawa versi Sharif Dol )
Lee : Kenapa pulak. Betullah. (buat muka tak puas hati macam nak kena belasah
aje ni)
Ahmad : salah jawapannya 5 ekorlah.
Lee : Apasal pulak?
Ahmad : Lembu tu bukannya melompat keluar dari lori. Lembu tu cuma melompat
setempat aje. Exercise letih duduk belakang lori.
Lee : ?!!!!

Lesen L

Amir dan Amar merupakan kawan baik sejak dari dalam perut lagi. Maklumlah mak diorang pun kawan baik jadi tak mustahillah bila anak mereka lahir pun berkawan baik. Tahap pendidikan diorang pun lebih kurang sama aje maklumlah kawan baik tu. Kalau dah sorang tu bodoh yang sorang lagi kenalah bodoh juga, maklumlah kawan baiklah katakan. Satu hari diorang keluar berjalan-jalan ke bandar. Dipertengahan jalan polis sedang mengadakan sekatan jalan raya. Amar dah mengelabah sebab dia takde lesen sebaliknya Amir pula cool aje. Dia kata ada lesen. Dengan penuh bergaya Amir memberhentikan motornya. Tanpa di suruh dia lebih dahulu menunjukkan lesennya yang baru saja dia dapat bulan lepas. Bukan apa nak jadi masyarakat yang bertanggungjawab walaupun diorang ni bukannya seorang yang bertanggungjawab baik pada keluarga mahupun pada diri sendiri. Bila lihat aje lesen Amir, Sarjan Misai menaikkan misainya ala-ala Ziana Zain gitu.
Sarjan Misai : Tolong bawa motor ketepi.
Amir dan Amar : Kenapa pulak Encik (serentak)
Sarjan Misai : Awak berdua kena tahan sebab membawa penumpang lebih
had.
Amir : Lebih had apanya, saya 2 orang aje. Encik jangan nak pandai-
pandai, ni yang aku nak hangin satu badan ni. Ada lesen kena
tahan juga kata lebih had pulak, ingat aku ni bawa kayu balak
balak ke, balak pun takde.
Sarjan Misai : Memanglah awak ada lesen tapi lesen L. Lesen L hanya untuk
1 penumpang aje yang awak ni bawa 2 penumpang sapa suruh.
Amir : Ye ke?. Saya ingatkan L untuk lelaki. P untuk perempuan, itu
Pasallah saya bawa penumpang lelaki. Tak tahu pulak tak
Boleh. He...he...(ketawa orang bersalah)
Sarjan Misai : Biol.....

Mesyuarat ahli tingkap

Disatu senja di musim yang lalu, ketika itu hujan turun....chewah macam dalam filem pulak aku ni nyanyi. Mana diorang ni janji pukul 2 la ni..dah pukul 4, batang hidung pun tak nampak. Bebel beruang sambil mengaru-garu tubuhnya. Tak sampai setengah jam berleter barulah nampak batang hidung khinzir yang agak pesek ke dalam. “kau jauh sikit dari aku haram.....” “taulah... macamlah orang tak tahu tentang hukum hakam” jawab khinzir lalu mengambil tempat yang agak jauh sikit. Kecik hatilah tu. Selepas kedatangan khinzir barulah berduyun-duyun binatang yang lain datang untuk mesyuarat pemilihan ketua kompang yang baru dekat alam binatang ni. Kedengaran keluh resah dari semua binatang yang hadir bilamana presiden mesyuarat iaitu monyet masih tak nampak batang hidung. Semua binatang dah naik menyampah menunggu. Landak telah ditugaskan untuk melihat keadaan monyet yang selalu tidak menepati masa. “Jalan cepat sikit jangan terhegeh-hegeh pulak” laung badak sumbu lalu menyalakan sumbu api memandangkan keadaan hutan yang semakin gelap. “Dah tau aku lembab yang suruh aku kenapa” Landak merengus lalu mengatur kakinya mencari port yang selalu monyet lepak. Laa....patutlah lambat tengah dok chatting rupanya patutlah tak masuk-masuk lagi....kuang....kuang....kuang..

Ikan oh ikan

Ali : Bang! ikan sekilo.
Abu : Apa?
Ali : Saya nak ikan sekilo, cepat sikit ye.
Abu : Kau sekolah ke tak sekolah.
Ali : Sekolah.
Abu : Sampai darjah berapa?
Ali : Darjah 31/2.
Abu : Ooo...patutlah bodoh, bangang dan seangkatan dengannya.
Ali : Kenapa abang cakap saya bodoh , apa salah saya, saya cuma datang
nak beli ikan salah ke?
Abu : Salah tu tak lah tapi tak baca ke signboard atas. Ini kedai jual basikal
Cap ikan bukannya kedai jual ikan, faham!.
Ali : Ye ke? Tak perasan pulak. Nampak gambar ikan, ingat jual ikan.
He...he.. maaf ye.
Abu : Tak perasan ke tak tahu mengeja.Orang macam ni pun ada.
Ali pun berlalu dari situ dengan membawa mukanya yang setebal 5 kaki persegi.

Kawin

Anak : Mak, tolong pinangkan Milah untuk saya.
Ibu : Mana boleh.
Anak : Kenapa pulak, apa saya ni tak hensem ke?
Ibu : Bukan tak hensem, ikutkan dah terlebih hensem, tapi kita ni kena sedar
dirilah sikit.
Anak : Saya sedar sapa saya ni tapi takkanlah kerana kita ni orang miskin tak
layak nak kawin dengan orang yang cantik macam Milah.
Ibu : Tau takpe, tapi mak rasa lebih baik kau tu balik pinjam cermin kat sapa-
sapalah tengok sikit layak tak kau dengan Milah.
Anak : Sampai hati mak cakap saya macam tu kalau mak taknak pegi pinang
Milah untuk saya takpe saya boleh suruh orang lain. Tapi mak jangan
hina saya, saya ada maruah mak tahu tak.
Ibu : Sebab kau ada maruahlah mak suruh kau balik tengok cermin kita ni
sapa, Milah tu sapa dan untuk pengetahuan anak mak yang tersayang
ni, kita ni sebenarnya keturunan beruk, beruk mana kawin dengan
manusia. Bodoh! suruh sekolah lari pastu mulalah bodoh tak
habis-habis
Anak : Ye ke? Tak perasan pulak.
Semenjak hari tu Anak dah tak bertegur sapa dengan Ibunya akibat malu yang amat sangat. Kelibatnya sudah jarang kelihatan di dalam hutan lagi.

Gigi palsu

Seorang surirumah yang sedang sarat mengandung telah dimasukkan ke hospital kerana kelewatan bersalin. Sedang tengah tidur tiba-tiba surirumah itu telah diserang sakit perut yang amat sangat. Dia pun bergegas ke tandas kerana keadaan perutnya yang begitu memulas-mulas. Bila masuk aje ke tandas perutnya tak pulak rasa nak buang hajat sebaliknya tekaknya rasa begitu mual dan ingin muntah tanpa sempat ke sinki dia dah termuntah dalam mangkuk tandas. Habis semua dimuntahkannya. Tiba-tiba surirumah itu menjerit dengan jeritan yang sangat kuat sambil memegang perutnya. Nurse yang mendengarnya pun cepat-cepat datang untuk memberi pertolongan bilamana dilihat surirumah itu terduduk di lantai.
“Kak, kenapa ni? Kak dah nak bersalin ke?
“Higi....higi...”
“Apanya kak saya tak fahamlah.”
“Higi aku.....teresak-esak dia bagitahu sambil menunjukkan ke dalam mulutnya. Ooo.....barulah nurse tu tahu rupanya gigi palsunya jatuh dalam lubang tandas apalah..... ingatkan nak bersalin, hmm...sabar ajelah.

CERMIN HANTU

Sekumpulan pelajar kolej telah pergi kesebuah banglo lama untuk menjalankan satu kerja kursus untuk membuktikan samada hantu tu wujud atau tidak. Takut campur berani mereka semua masuk ke banglo itu. Bunyi pintu pun dah menyeramkan isi dalam banglo tak tahu lagi. Diantaranya kumpulan itu ada sorang mamat yang berlagak berani. Dia berjalan-jalan di sekitar banglo itu dan terjumpa sebuah cermin lama yang berwarna hitam. Dia pun melihat kedalam cermin itu. Tiba-tiba mamat ni menjerit dan terpaku di depan cermin tu. Semua pelajar tu berlari mendapatkannya.
“Ada apa?”
“Aku nampak orang”
“Orang ? macamana rupanya buruk ke?”
“Tak, orang tu hensem sangat”
“Hensem? Sape agaknya hah! Takkanlah hantu kot biasanya hantu tu mukanya buruk sapa hah!”
“Sape lagi akulah tu....ha...ha....ha.... habis aje ketawa mamat tu terus aje dirembat dan dipelangkung sebanyak 100 kali oleh semua pelajar.

Nombor ekor

Didalam sebuah pondok usang kelihatan seorang tok bomoh sedang berteleku di hadapan semangkuk air, disampingnya ada 2 orang lelaki yang ingin menurun nombor ekor. Tok bomoh tu pun apalagi hu..ha..hu..ha..satu butir haram pun tak tahu apa yang dia baca. Sedang tok bomoh melenggok-lenggok kepalanya tiba-tiba 2 orang lelaki tu tercium bau yang sangat wangi. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Mungkin dah ada penunggu yang datang kot. Tapi tak sampai setengah jam tiba-tiba bau busuk pulak yang menusuk lubang hidungnya. Tapi semua tu ditahannya walaupun baunya tahap longkang demi untuk mendapatkan nombor ekor. Begitulah keadaannya sampai mereka berdua rasa macam nak pengsan, nak gila pun ada jugak. Tiba-tiba tok bomoh bangun sambil memegang perutnya mungkin penunggu yang sepak kot. Lepas tu tok bomoh terus meluru ke dapur.
“Eh! Nak pegi mana tok bomoh”
“Ke tandas tak tahan sangat ni.” Celaka rupanya bau busuk tadi dari tangki perut tok bomoh. Siyot tullah.

Mak cik munah 4

Pada malam yang indah yang cahayanya hanyalah bulan purnama, Makcik Munah telah menyidai kain bajunya di halaman rumah kerana pada siang harinya Makcik Munah terlupa untuk menyidainya. Sesudah itu Makcik Munah pun pergi masuk tidur. Keesokkan harinya bilamana Makcik Munah ingin mengangkat kain bajunya tiba-tiba Makcik Munah terperanjat bilamana dilihatnya kain bajunya semua sudah dicuri oleh orang, yelah takkanlah kambing kot yang nak curi mestilah orang. Lagipun kambing mana pakai baju. Makcik Munah terdiam, dia berfikir samada dia nak menangis ataupun nak buat selamba aje. Tapi Makcik Munah bersuara seorang diri selepas mengambil masa yang agak lama untuk berfikir ‘ fuh! nasib baik aku tak pakai baju tu, kalau tak dengan aku-aku sekali hilang’

Mak cik munah 3

Pada tengahari yang panas terik agak-agak dalam 45 darjah celsius kelihatan kelibat seorang makcik, siapa lagi kalau bukan Makcik Munah kita ni, dia dalam perjalanan menuju ke telaga untuk membasuh. Ini takde lain mesti kes tak bayar bil air. Punyalah kotor baju Makcik Munah sampaikan satu tongkol sabun pun tak mampu nak hilangkan kotoran tu, berkubang dalam lumpur kot, entahlah saya pun tak tahu sampaikan beberapa orang yang membasuh bersama dengannya pun mengelengkan kepala. Tengah syok membasuh tiba-tiba sabun Makcik Munah telah di sambar garuda, eh! Silap bukan garuda lagipun zaman sekarang ni mana ada burung garuda tapi burung gagak. Makcik Munah hanya memerhatikan saja burung itu pergi, semua orang hairan biasanya Makcik Munah akan menjerit tapi kali ni dia cool aje, tak puas hati adalah sorang akak yang perasan mukanya macam Erra Fazira pun bertanya. “kenapa Makcik Munah tak lempar aje batu biar sabun tu jatuh balik.” Jawab Makcik Munah “ Kau buta ke apa, tak nampak kulitnya hitam legam tentulah burung tu lebih memerlukan sabun tu dari aku.” Orang ramai pun bersurai dari situ. Pening...pening.

Mak cik munah 2

Satu hari tekak Makcik Munah ni rasa benor nak makan lauk yang sedap-sedap lalu Makcik Munah pun pergilah ke kedai. Pertama sekali Makcik Munah membeli sebuah buku resepi maklumlah tak pandai masak katakan walaupun umur dah tua. Lepas tu Makcik Munah terus pergi ke pasar untuk membeli bahan-bahannya. Selepas semuanya selesai Makcik Munah pun berjalan, kali ini dia tak nak naik teksi lagi. Bukan takde duit tapi takut pemandu teksi tu ambil kesempatan lagi. Tengah dalam perjalanannya tiba-tiba beg Makcik Munah telah diragut oleh peragut tapi bukan peragut rumput tapi peragut yang bawak motor atau dalam bahasa yang lebih senang pencuri. Makcik Munah pun terjatuh macam nangka busuk daa.... Makcik Munah lihat begnya dah takde apalagi menjeritlah dia macam tarzan.
-“Hei!! Pencuri bodoh, yang kau ambik buku resepi tu saja buat apa, bahan-bahan untuk memasak kau tak ambik habis tu kau nak masak macamana? Bodoh punya pencuri.”

Mak cik munah 1

Pada suatu hari Makcik Munah dalam perjalanan dari pasar untuk pulang ke rumahnya, kerana terlalu penat berjalan Makcik Munah terasa ingin menaiki teksi walaupun duit yang ada cuma $2.00 sahaja. Inilah orang tua yang tak sedar diri duit takde tapi berlagak nak mampus. Tapi takpelah kita teruskan kepada cerita kita ini. Makcik Munah pun menahan sebuah teksi kaler merah putih yang mana warna itu merupakan warna kegemaran lembu tuk penghulu kampung Makcik Munah.Teksi itu pun berhenti, Makcik Munah pun naik dan duduk dengan bersopan sekali mengalahkan pengantinlah pulak. “Nak kemana makcik.” Tanya pemandu teksi itu dengan penuh budi bahasa sesuai sekali dengan kata-kata yang sering diwar-warkan iaitu budi bahasa budaya kita. “Nak baliklah.” Jawab Makcik Munah sambil menjeling kearah pemandu teksi itu. “Yelah saya tahu tapi kat mana rumah makcik.” Pemandu teksi tu dah angin satu badan. “Kenapa? Kau nak datang mencuri kat rumah aku ke hah! dah takde kerja lain yang nak dibuat.” Marah betul Makcik Munah. “ Haaaaa........” Melopong pemandu teksi. Kesian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...