Thursday, December 18, 2008

I love you

Sepasang kekasih sedang duduk bercengkerama dibawah bulan purnama dan disinari dengan cahaya lampu jalan dari hujung kampung pinang sebatang.

Ayang : Anjaaa.... you tak pernah pun cakap I love you kat Ayang.
Anja : Alah, Anja tak biasalah, lagipun Ayang memang tahukan yang Anja
sayangkan Ayang.
Ayang : Tak nak!!! Ayang nak Anja cakap jugak macam orang lain tu.
Anja : Yelah...yelah....Ayang ni macam budak-budaklah.
Anja pun bangun dengan langkah yang amat malas sekali dan melutut di kepala lutut Ayang. Tiba-tiba.......Proooottt.......
Ayang : Ini yang Ayang menyampah ni kalau Anja tak nak cakap sudahlah
Yang Anja jawab dengan kentut ni pehal. Menyampah......
Anja : Ayaaaang...tungguuuuu........

Umpan

Mat : Yo! Wassup...
Amin : Wassup..atuk kau. Berasap kepala kau adalah.
Mat : Apasal pulak?
Amin : Macamana aku tak hangin, dari pagi sampai petang aku gi gail seekor ikan
pun tak dapat. Hampeh btollah.
Mat : Kau pakai umpan ape?
Amin : Macam biasalah....cacing belakang jamban tok aku.
Mat : Mane?
Amin : Ni hah! ( menunjuk ke dalam tin susu )
Mat : Kau memang tak sekolah ( mengeleng kepala )
Amin : Kau cakap baik-baik sikit, aku dah hangin 1 badan ni jangan nak tambah 2
badan pulak. Sekali aku lesingkan baru kau tau.
Mat : Memanglah kau tak sekolah. Ni namanya ulat beluncas bukannya cacing.
Faham!!!!
Amin : Ye ke? Bukan sama ke? ( tersengih nak cover line malu )
Mat : Ni yang sama....KUKKKK.......
Amin : Adoiiii........

Bau

Sedang Cik Mek dan Cik Ani duduk-duduk sambil menonton tv, Cik Mek menangkap satu bau yang wangi dan menyelerakan.
Cik Mek: Bau apa ni? Sedap aje.
Cik Ani: Sedap ke?(sambil menarik nafas). Ha’ahlah. Bau apa ye.
Cik Mek: Sekali bau macam bau tomyam, bau rojak ayam pun ada.
Cik Ani: (sambil menarik nafas)yelah.lagi…lagi….bau apa lagi yang ada.
Cik Mek: Hmm…(sambil mehela nafas) bau ni tak berapa pasti
Masakannya tapi….macam bau cempedak goreng je.
Cik Ani: Excelent…kau memang hebat.(sambil bertepuk tangan)
Cik Mek: Yang kau suka sangat ni kenape?
Cik Ani: Itulah sume makanan yang aku makan tengahari tadi.he..he..
Cik Mek: Wachaaaa……

Seram

Malam yang dingin sedingin air fresh orange yang sedang aku teguk ni, ah! Nyaman sekali. Aku meneruskan bacaan aku yang tergendala tadi. Bacaan yang seram mewujudkan suasana yang menyeramkan sehingga berdiri bulu ketiak aku yang aku sendiri terlupa untuk aku kerat. Tengah syok membaca tiba-tiba hidung aku menangkap satu bau yang sungguh busuk. Kebusukkannya begitu menyengat hidung aku. Aku pandang sekeliling tapi takde apa-apa yang mencurigakan. Aku menghidu bau ketiak aku, hmm..Cuma sedikit bau tengik, maklumlah tak sempat mandi lagi. Rasanya bau tu berada dibawah kaki aku. Aku menunduk untuk menghidu. Cis...cis.. dan cis...lagi. rupanya bau kentut aku. Buat saspen aje. seminggu tak buang hajat itu pasallah bau tahap longkang.

Hilang

Ada 2 orang adik beradik yang memang rapat giler sejak dari kecil. Kemana pergi semuanya berdua, hatta kerumah kecik kat belakang pun berdua. Tapi tunggu kat luar ajelah. Hish...mana tahan bau yang tahap longkang tu. Namanya Otak dan adiknya Gila. Apalah punya mak bapak yang bagi nama macam tu langsung tak komersial. Tak boleh nak jual pun. Satu hari si abang ni hilang tak dapat dikesan. Mengelabahlah adiknya macam baby yang hilang botol susu. Last sekali dah tak tahu nak buat Gila pun pergilah buat report polis.
Gila : Saya nak buat report.
Sarjan Mat : Nak report pasal apa?
Ptuih
Gila : Otak saya hilang. (sambil menangis)
Sarjan Mat : Apalah awak ni, otak hilang pun nak buat report polis, tu kepala awak ada
Ptuih macamana otak awak boleh hilang. He..he...kelakarlah awak ni.
Gila : Betul Encik, Otak dah hilang, dah puas saya cari tapi sampai sekarang tak
jugak jumpa.
Sarjan Mat : Awak ni betullah dah gila agaknya.
Ptuih
Gila :Hah! Memanglah saya gila.
Sarjan Mat :Hmm....patutlah pun.
Ptuih

Sarjan Mat Ptuih pun terus menelefon hospital sakit jiwa sambil Gila meraung bila di bawa naik keatas ambulan dengan tangan terikat.

Kisah 5 ekor lembu

Di sebuah kedai kopi ada 2 orang kawan yang karib gilerlah. Giler pun tak karib macam ni.

Ahmad : Lee...aku ada satu teka-teki kalau kau betul aku tabik spring kat kau 40
kali.
Lee : Bereess.....aku suka teka-teki.
Ahmad : Pakcik Kordi membeli 5 ekor lembu dari Kuala Terengganu. Sampai aje kat
Merchang 1 ekor lembu dah melompat tanpa ada orang sedar. Lepas tu
Sampai kat Pulau Serai 1 ekor lagi melompat. Bila dah tengok kawan dia ni
melompat 1 ekor lagi pun sama naik ikut melompat masa sampai kat traffic
light. Masa tu lampu tengah warna hijau. Jadi takde sapa yang tahu akan
nasib lembu-lembu tu. Jadi soalannya berapa lembu yang tinggal?
Lee : Hekeleh soalan macam ni yang kau bagi kat aku, budak tadika pun boleh
jawab. Jawapannya tinggallah 2 ekor.Amacam hebat tak aku.
Ahmad : Hebat? Kau bikin aku ketawa ajelah ha...ha... (ketawa versi Sharif Dol )
Lee : Kenapa pulak. Betullah. (buat muka tak puas hati macam nak kena belasah
aje ni)
Ahmad : salah jawapannya 5 ekorlah.
Lee : Apasal pulak?
Ahmad : Lembu tu bukannya melompat keluar dari lori. Lembu tu cuma melompat
setempat aje. Exercise letih duduk belakang lori.
Lee : ?!!!!

Lesen L

Amir dan Amar merupakan kawan baik sejak dari dalam perut lagi. Maklumlah mak diorang pun kawan baik jadi tak mustahillah bila anak mereka lahir pun berkawan baik. Tahap pendidikan diorang pun lebih kurang sama aje maklumlah kawan baik tu. Kalau dah sorang tu bodoh yang sorang lagi kenalah bodoh juga, maklumlah kawan baiklah katakan. Satu hari diorang keluar berjalan-jalan ke bandar. Dipertengahan jalan polis sedang mengadakan sekatan jalan raya. Amar dah mengelabah sebab dia takde lesen sebaliknya Amir pula cool aje. Dia kata ada lesen. Dengan penuh bergaya Amir memberhentikan motornya. Tanpa di suruh dia lebih dahulu menunjukkan lesennya yang baru saja dia dapat bulan lepas. Bukan apa nak jadi masyarakat yang bertanggungjawab walaupun diorang ni bukannya seorang yang bertanggungjawab baik pada keluarga mahupun pada diri sendiri. Bila lihat aje lesen Amir, Sarjan Misai menaikkan misainya ala-ala Ziana Zain gitu.
Sarjan Misai : Tolong bawa motor ketepi.
Amir dan Amar : Kenapa pulak Encik (serentak)
Sarjan Misai : Awak berdua kena tahan sebab membawa penumpang lebih
had.
Amir : Lebih had apanya, saya 2 orang aje. Encik jangan nak pandai-
pandai, ni yang aku nak hangin satu badan ni. Ada lesen kena
tahan juga kata lebih had pulak, ingat aku ni bawa kayu balak
balak ke, balak pun takde.
Sarjan Misai : Memanglah awak ada lesen tapi lesen L. Lesen L hanya untuk
1 penumpang aje yang awak ni bawa 2 penumpang sapa suruh.
Amir : Ye ke?. Saya ingatkan L untuk lelaki. P untuk perempuan, itu
Pasallah saya bawa penumpang lelaki. Tak tahu pulak tak
Boleh. He...he...(ketawa orang bersalah)
Sarjan Misai : Biol.....

Mesyuarat ahli tingkap

Disatu senja di musim yang lalu, ketika itu hujan turun....chewah macam dalam filem pulak aku ni nyanyi. Mana diorang ni janji pukul 2 la ni..dah pukul 4, batang hidung pun tak nampak. Bebel beruang sambil mengaru-garu tubuhnya. Tak sampai setengah jam berleter barulah nampak batang hidung khinzir yang agak pesek ke dalam. “kau jauh sikit dari aku haram.....” “taulah... macamlah orang tak tahu tentang hukum hakam” jawab khinzir lalu mengambil tempat yang agak jauh sikit. Kecik hatilah tu. Selepas kedatangan khinzir barulah berduyun-duyun binatang yang lain datang untuk mesyuarat pemilihan ketua kompang yang baru dekat alam binatang ni. Kedengaran keluh resah dari semua binatang yang hadir bilamana presiden mesyuarat iaitu monyet masih tak nampak batang hidung. Semua binatang dah naik menyampah menunggu. Landak telah ditugaskan untuk melihat keadaan monyet yang selalu tidak menepati masa. “Jalan cepat sikit jangan terhegeh-hegeh pulak” laung badak sumbu lalu menyalakan sumbu api memandangkan keadaan hutan yang semakin gelap. “Dah tau aku lembab yang suruh aku kenapa” Landak merengus lalu mengatur kakinya mencari port yang selalu monyet lepak. Laa....patutlah lambat tengah dok chatting rupanya patutlah tak masuk-masuk lagi....kuang....kuang....kuang..

Ikan oh ikan

Ali : Bang! ikan sekilo.
Abu : Apa?
Ali : Saya nak ikan sekilo, cepat sikit ye.
Abu : Kau sekolah ke tak sekolah.
Ali : Sekolah.
Abu : Sampai darjah berapa?
Ali : Darjah 31/2.
Abu : Ooo...patutlah bodoh, bangang dan seangkatan dengannya.
Ali : Kenapa abang cakap saya bodoh , apa salah saya, saya cuma datang
nak beli ikan salah ke?
Abu : Salah tu tak lah tapi tak baca ke signboard atas. Ini kedai jual basikal
Cap ikan bukannya kedai jual ikan, faham!.
Ali : Ye ke? Tak perasan pulak. Nampak gambar ikan, ingat jual ikan.
He...he.. maaf ye.
Abu : Tak perasan ke tak tahu mengeja.Orang macam ni pun ada.
Ali pun berlalu dari situ dengan membawa mukanya yang setebal 5 kaki persegi.

Kawin

Anak : Mak, tolong pinangkan Milah untuk saya.
Ibu : Mana boleh.
Anak : Kenapa pulak, apa saya ni tak hensem ke?
Ibu : Bukan tak hensem, ikutkan dah terlebih hensem, tapi kita ni kena sedar
dirilah sikit.
Anak : Saya sedar sapa saya ni tapi takkanlah kerana kita ni orang miskin tak
layak nak kawin dengan orang yang cantik macam Milah.
Ibu : Tau takpe, tapi mak rasa lebih baik kau tu balik pinjam cermin kat sapa-
sapalah tengok sikit layak tak kau dengan Milah.
Anak : Sampai hati mak cakap saya macam tu kalau mak taknak pegi pinang
Milah untuk saya takpe saya boleh suruh orang lain. Tapi mak jangan
hina saya, saya ada maruah mak tahu tak.
Ibu : Sebab kau ada maruahlah mak suruh kau balik tengok cermin kita ni
sapa, Milah tu sapa dan untuk pengetahuan anak mak yang tersayang
ni, kita ni sebenarnya keturunan beruk, beruk mana kawin dengan
manusia. Bodoh! suruh sekolah lari pastu mulalah bodoh tak
habis-habis
Anak : Ye ke? Tak perasan pulak.
Semenjak hari tu Anak dah tak bertegur sapa dengan Ibunya akibat malu yang amat sangat. Kelibatnya sudah jarang kelihatan di dalam hutan lagi.

Gigi palsu

Seorang surirumah yang sedang sarat mengandung telah dimasukkan ke hospital kerana kelewatan bersalin. Sedang tengah tidur tiba-tiba surirumah itu telah diserang sakit perut yang amat sangat. Dia pun bergegas ke tandas kerana keadaan perutnya yang begitu memulas-mulas. Bila masuk aje ke tandas perutnya tak pulak rasa nak buang hajat sebaliknya tekaknya rasa begitu mual dan ingin muntah tanpa sempat ke sinki dia dah termuntah dalam mangkuk tandas. Habis semua dimuntahkannya. Tiba-tiba surirumah itu menjerit dengan jeritan yang sangat kuat sambil memegang perutnya. Nurse yang mendengarnya pun cepat-cepat datang untuk memberi pertolongan bilamana dilihat surirumah itu terduduk di lantai.
“Kak, kenapa ni? Kak dah nak bersalin ke?
“Higi....higi...”
“Apanya kak saya tak fahamlah.”
“Higi aku.....teresak-esak dia bagitahu sambil menunjukkan ke dalam mulutnya. Ooo.....barulah nurse tu tahu rupanya gigi palsunya jatuh dalam lubang tandas apalah..... ingatkan nak bersalin, hmm...sabar ajelah.

CERMIN HANTU

Sekumpulan pelajar kolej telah pergi kesebuah banglo lama untuk menjalankan satu kerja kursus untuk membuktikan samada hantu tu wujud atau tidak. Takut campur berani mereka semua masuk ke banglo itu. Bunyi pintu pun dah menyeramkan isi dalam banglo tak tahu lagi. Diantaranya kumpulan itu ada sorang mamat yang berlagak berani. Dia berjalan-jalan di sekitar banglo itu dan terjumpa sebuah cermin lama yang berwarna hitam. Dia pun melihat kedalam cermin itu. Tiba-tiba mamat ni menjerit dan terpaku di depan cermin tu. Semua pelajar tu berlari mendapatkannya.
“Ada apa?”
“Aku nampak orang”
“Orang ? macamana rupanya buruk ke?”
“Tak, orang tu hensem sangat”
“Hensem? Sape agaknya hah! Takkanlah hantu kot biasanya hantu tu mukanya buruk sapa hah!”
“Sape lagi akulah tu....ha...ha....ha.... habis aje ketawa mamat tu terus aje dirembat dan dipelangkung sebanyak 100 kali oleh semua pelajar.

Nombor ekor

Didalam sebuah pondok usang kelihatan seorang tok bomoh sedang berteleku di hadapan semangkuk air, disampingnya ada 2 orang lelaki yang ingin menurun nombor ekor. Tok bomoh tu pun apalagi hu..ha..hu..ha..satu butir haram pun tak tahu apa yang dia baca. Sedang tok bomoh melenggok-lenggok kepalanya tiba-tiba 2 orang lelaki tu tercium bau yang sangat wangi. Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Mungkin dah ada penunggu yang datang kot. Tapi tak sampai setengah jam tiba-tiba bau busuk pulak yang menusuk lubang hidungnya. Tapi semua tu ditahannya walaupun baunya tahap longkang demi untuk mendapatkan nombor ekor. Begitulah keadaannya sampai mereka berdua rasa macam nak pengsan, nak gila pun ada jugak. Tiba-tiba tok bomoh bangun sambil memegang perutnya mungkin penunggu yang sepak kot. Lepas tu tok bomoh terus meluru ke dapur.
“Eh! Nak pegi mana tok bomoh”
“Ke tandas tak tahan sangat ni.” Celaka rupanya bau busuk tadi dari tangki perut tok bomoh. Siyot tullah.

Mak cik munah 4

Pada malam yang indah yang cahayanya hanyalah bulan purnama, Makcik Munah telah menyidai kain bajunya di halaman rumah kerana pada siang harinya Makcik Munah terlupa untuk menyidainya. Sesudah itu Makcik Munah pun pergi masuk tidur. Keesokkan harinya bilamana Makcik Munah ingin mengangkat kain bajunya tiba-tiba Makcik Munah terperanjat bilamana dilihatnya kain bajunya semua sudah dicuri oleh orang, yelah takkanlah kambing kot yang nak curi mestilah orang. Lagipun kambing mana pakai baju. Makcik Munah terdiam, dia berfikir samada dia nak menangis ataupun nak buat selamba aje. Tapi Makcik Munah bersuara seorang diri selepas mengambil masa yang agak lama untuk berfikir ‘ fuh! nasib baik aku tak pakai baju tu, kalau tak dengan aku-aku sekali hilang’

Mak cik munah 3

Pada tengahari yang panas terik agak-agak dalam 45 darjah celsius kelihatan kelibat seorang makcik, siapa lagi kalau bukan Makcik Munah kita ni, dia dalam perjalanan menuju ke telaga untuk membasuh. Ini takde lain mesti kes tak bayar bil air. Punyalah kotor baju Makcik Munah sampaikan satu tongkol sabun pun tak mampu nak hilangkan kotoran tu, berkubang dalam lumpur kot, entahlah saya pun tak tahu sampaikan beberapa orang yang membasuh bersama dengannya pun mengelengkan kepala. Tengah syok membasuh tiba-tiba sabun Makcik Munah telah di sambar garuda, eh! Silap bukan garuda lagipun zaman sekarang ni mana ada burung garuda tapi burung gagak. Makcik Munah hanya memerhatikan saja burung itu pergi, semua orang hairan biasanya Makcik Munah akan menjerit tapi kali ni dia cool aje, tak puas hati adalah sorang akak yang perasan mukanya macam Erra Fazira pun bertanya. “kenapa Makcik Munah tak lempar aje batu biar sabun tu jatuh balik.” Jawab Makcik Munah “ Kau buta ke apa, tak nampak kulitnya hitam legam tentulah burung tu lebih memerlukan sabun tu dari aku.” Orang ramai pun bersurai dari situ. Pening...pening.

Mak cik munah 2

Satu hari tekak Makcik Munah ni rasa benor nak makan lauk yang sedap-sedap lalu Makcik Munah pun pergilah ke kedai. Pertama sekali Makcik Munah membeli sebuah buku resepi maklumlah tak pandai masak katakan walaupun umur dah tua. Lepas tu Makcik Munah terus pergi ke pasar untuk membeli bahan-bahannya. Selepas semuanya selesai Makcik Munah pun berjalan, kali ini dia tak nak naik teksi lagi. Bukan takde duit tapi takut pemandu teksi tu ambil kesempatan lagi. Tengah dalam perjalanannya tiba-tiba beg Makcik Munah telah diragut oleh peragut tapi bukan peragut rumput tapi peragut yang bawak motor atau dalam bahasa yang lebih senang pencuri. Makcik Munah pun terjatuh macam nangka busuk daa.... Makcik Munah lihat begnya dah takde apalagi menjeritlah dia macam tarzan.
-“Hei!! Pencuri bodoh, yang kau ambik buku resepi tu saja buat apa, bahan-bahan untuk memasak kau tak ambik habis tu kau nak masak macamana? Bodoh punya pencuri.”

Mak cik munah 1

Pada suatu hari Makcik Munah dalam perjalanan dari pasar untuk pulang ke rumahnya, kerana terlalu penat berjalan Makcik Munah terasa ingin menaiki teksi walaupun duit yang ada cuma $2.00 sahaja. Inilah orang tua yang tak sedar diri duit takde tapi berlagak nak mampus. Tapi takpelah kita teruskan kepada cerita kita ini. Makcik Munah pun menahan sebuah teksi kaler merah putih yang mana warna itu merupakan warna kegemaran lembu tuk penghulu kampung Makcik Munah.Teksi itu pun berhenti, Makcik Munah pun naik dan duduk dengan bersopan sekali mengalahkan pengantinlah pulak. “Nak kemana makcik.” Tanya pemandu teksi itu dengan penuh budi bahasa sesuai sekali dengan kata-kata yang sering diwar-warkan iaitu budi bahasa budaya kita. “Nak baliklah.” Jawab Makcik Munah sambil menjeling kearah pemandu teksi itu. “Yelah saya tahu tapi kat mana rumah makcik.” Pemandu teksi tu dah angin satu badan. “Kenapa? Kau nak datang mencuri kat rumah aku ke hah! dah takde kerja lain yang nak dibuat.” Marah betul Makcik Munah. “ Haaaaa........” Melopong pemandu teksi. Kesian.

Tuesday, October 28, 2008

TUNANG,,

TUNANG


Hari ni aku lewat lagi ke pejabat harap-harap tak kena marah, hari tu dahlah kena memo takkanlah hari-hari aku nak kena, habislah reputasi aku, aku cepat-cepat naik tangga yang menuju pejabat aku, sebaik sampai saja tak sempat lagi aku nak duduk dah terdengar Huda panggil nama aku, katanya bos baru nak jumpa. Habislah aku ni tentu pasal fail kerja yang Johan suruh aku hantar semalam. Aku ketuk pintu, tak sempat lagi nak bagi salam dah kena marah apa punya siallah hari ni.
“Tak reti buat kerja ke? Dihempasnya fail-fail kerja yang aku buat tu atas meja, habis berterabur pola-pola rekaan aku, rasanya tak ada yang salah sebab Johan sendiri dah setuju dengan apa yang aku tunjukkan. Banyak cerewet betullah bos muda yang entah apa namanya aku tak berapa ingat sebab bos aku ni baru aje masuk kerja dalam 2-3 hari. Aku tahulah syarikat ni dia yang punya tapi masa Encik Razak yang jaga takde masalah pun. Bos aku menjeling marah kearah aku sambil menaikkan keningnya ala-ala Ziana Zain gitu tapi sorrylah aku tak tergoda punya.
“Maaflah tapi.....” tak sempat lagi aku nak explain bos aku tu dah potong jalan.
“Tak payah nak bertapi-tapi dengan saya, walaupun saya baru ambil alih tapi semua hal syarikat dalam poket saya. Saya nak awak buat semula dan hantar pada saya esok pagi jangan lewat walau seminit sekali dan kalau boleh sebelum saya masuk kat dalam pejabat ni faham! Kalau tak tahu tanya, jangan nak memandai aje. Dah, awak boleh keluar tapi ingat saya tak nak sebarang kesilapan lagi sebab banyak lagi kerja lain yang saya nak buat, Faham!!
“Faham tuan, terima kasih.” Aku mencapai fail kerja aku tu untuk buat balik pembetulan mana yang salah, aduh! Pening kepala aku punyalah panjang dia punya membebel, payah betullah kerja dengan ‘orang tua’ ni. Baru jadi bos dah berlagak macamlah bagus sangat. Nasib baiklah dia ni bos aku kalau tak dah lama aku terajang dia ni. Sakit hati aku. Aku duduk di kerusi dengan muka yang masam mencuka jangan sapa-sapa nak tegur aku buruk akibatnya.
“Aikk!! Masamnya mempelam ni kena marah lagilah tu, hmm...biasalah kalau rasa masam macam tu alamaknya sampai pagi esok barulah manis agaknya.” Suara sindiran yang aku dengar ni rasa sakit sangat hati aku, telinga pun rasa berbulu satu macam aje.
“ Yang kau sibuk sangat ni kenapa? Dah takde kerja lain ke selain jaga tepi kain orang tepi kain sendiri tak terjaga. Penyibuk aje.” Aku menjuih mulut aku kearah Azman, sakit betul rasa hati aku.
“Aikk!! Berasalah pulak, oii... Cik Syakilla saya tak cakap pasal awak tau, saya cakap pasal buah mempelam ni yang saya bawa untuk Cik Huda kita ni, awak ni kan cepat betul perasan tak baik tau untuk kesihatan.”
“Ah! Banyaklah kau punya kesihatan, kau ni kan saja je nak menambahkan lagi sakit hati aku.”
“Alah janganlah marah aku gurau aje, kau ni cepat betul ambil hati.” Budak Azman ni kan memang nak kena, aku tak kacau dia, dia pula sibuk nak kacau aku. Aku dah lah angin satu badan sekarang ni dia nak tambah lagi dua badan. Tapi belum sempat aku membuka mulut untuk membalas kata-kata Azman, Huda lebih dulu menahan aku dari meneruskan mesyuarat pergaduhan ni. Ah! lantaklah malas nak layan, baik aku sudahkan kerja aku ni nanti kan tak pasal-pasal aku kena lagi. Kalau boleh aku nak cepat siapkan sebab aku dah terlalu bosan sangat ni. Siap aje kerja aku cepat-cepat ke bilik Johan semula, nak minta pendapatnya kan tak pasal-pasal kena buang lagi.
“Jo, tolong tengok sikit pola yang aku dah buat ni.” Aku menunjuk pola yang telah aku lakarkan atas kertas A4.
“Eh! Kan saya dah tengok hari tu, apasal ubah balik.” Johan merenung aku dengan pandangan yang aku sendiri tak dapat pastikan.
“Memanglah tapi pagi tadi bos dah buang semua, dia suruh buat balik.”
“Razlan buang, biar betul. Tapi takpelah Sya tinggal aje kertas tu kat sini nanti saya tengok balik, mana yang tak sesuai saya pinda balik lepas tu baru Sya lukis balik. Okey.”
“Terima kasih Jo.” Aku bangun selepas ucap terima kasih, kerja dengan Johan lagi bagus dri aku bekerja dengan bos aku ni, yang namanya Razlan. Baru tau namanya.
Keluar dari tempat kerja hujan renyai-renyai mulai turun. Aku mengeluh sendirian, macamana aku nak balik ni payung pulak lupa nak bawa tapi kalau tahu hari nak hujan senanglah pulak. Nampaknya terpaksalah aku tunggu sehingga hujan reda dulu. Hampir setengah jam menunggu hujan bukannya bertambah reda tapi dah bertukar menjadi semakin lebat. Alamak! Macamana ni, aku tengok jam dah pun hampir pukul 6 petang, hari pun dah semakin gelap dek kerana hujan, kawan-kawan aku yang lain semuanya dah balik nak tumpang pun diorang semua balik dengan pakwe masing-masing takkanlah aku nak menyibuk pulak. Sesekali terfikir kan seronok kalau ada pakwe merasa jugak aku balik berjemput. Sedang berlegar-legar kat situ aku ternampak bos aku baru turun ingatkan dia dah balik. Aku jadi tak tenteram bilamana aku nampak dia menuju kearah aku padahal rasanya kereta dia letak kat parking sebelah sana, apahal pulak mamat ni. Semakin hampir bos aku semakin rasa berdebar maklumlah zaman sekarang ni orang lelaki bukannya boleh dipercayai sangat.
“Awak tak balik lagi ke?” satu soalan yang bodoh dah nampak orang tercegat kat sini masih di tanya.
“Tak, kalau saya dah balik takdelah saya terconggok kat sini.” Aku memaling muka kearah lain benci betul orang tua nilah.
“Nak saya hantarkan?”
“Tak payahlah, saya boleh balik sendiri.”
“Betul ke ni, saya tengok hujan makin lebat awak pulak sorang-sorang kat sini tak takut ke?”
“Takpelah terima kasih aje.”
“Kalau macam tu okeylah saya pergi dulu lagipun tadi tu saya cuma ajak-ajak ayam je lagipun jalan kita tak sama. Okeylah saya balik dulu jangan marah aa....” Bos aku pun berlalu dari situ sambil tersengih macam kerang busuk, sukalah tu boleh sakitkan hati aku, eeiii....geramnya ada jugak bos macam ni dalam hidup aku. Aku pun tak ingin nak naik kereta dia. Takpe kali ni dia kenakan aku lain kali aku pasti akan kenakan dia kau tunggulah hari tu.
Tak sanggup rasanya aku nak menunggu hujan yang semakin mengila nak tak nak aku redah juga hujan, habis basah semua baju aku tapi tak kisahlah janji aku balik rasanya dah lewat sangat ni tambah-tambah pulak aku tak sembahyang lagi asar. Aku sampai kat rumah jam dah menunjukkan pukul 7.30 malam, ah! Boring betul hari ni apa yang aku buat semuanya tak jadi, dahlah sampai lewat kat rumah takde orang pulak nampak gelap aje rumah. Aku masuk kerumah, buka suis lampu barulah terang sikit rumah ni. Aku campak beg tangan aku atas kerusi, rileks sekejap baru aku nak naik sembahyang. Asar terpaksa aku qada. Ya! Allah maafkanlah aku atas kelewatan ini Ya Allah. Baru aje aku naik keatas untuk sembahyang terdengar bunyi enjin kereta, ingatkan nak tolong buka tapi tak payahlah diorang kan ada kunci rumah sendiri. Tapi bunyi macam berhenti kat luar aje. Siapa agaknya yang datang malam-malam macam ni. Aku turun semula dan mengintai dari balik langsir. Hmm...Maria rupanya, agaknya baru balik merayap dengan boyfriend dialah tu malas nak masuk campur kan lebih-lebih takut nanti orang kata aku ni busybody.
Sementara nak menunggu sembahyang Isyak aku mengaji Al-Quran. Rasa tenang dan lapang jiwa aku bila menyerahkan diri pada Allah. Aku senang begini. Dari jauh kedengaran sayup-sayup muazin melaungkan azan. Selepas selesai solat aku turun kebawah untuk memasak apa yang patut untuk di makan malam ni. Kepala aku pun dah sikit pening akibat terkena hujan siang tadi. Asyik terbersin aje dari tadi. Mujur ada panadol itu pu tinggal lagi 2 biji. Aku memicit kepala aku yang sedikit berdenyut. Aku menarik nafas dalam-dalam.
“Maria..ooo...Maria, turunlah kita masak.” Aku menjerit memanggil Maria, kawan serumah aku. Budak ni bukannya boleh di beri muka sangat nanti malas dia semakin menjadi-jadi.
“Mariaaaaa........”Ya! Allah pekaknya budak ni macam Pak Mat Tempe aje, Pak Mat Tempe pun tak pekak macam ni, dah naik serak tekak aku menjerit.
“Kau ni apalah Sya, kau ingat telinga aku pekak. Tak payahlah nak menjerit-jerit macam ni. Buruk kalau di dengar dek jiran-jiran kalau nak ambil jadi menantu pun terpaksa fikir seratus kali.” Maria turun menuju kedapur, dibukanya peti sejuk lantas diambilnya sebotol air mangga dan diminum begitu saja tanpa mengambil cawan, satu tabiat yang cukup buruk dah banyak kali dilarang tapi masih lagi dibuat. Aku sendiri pun tak mampu nak menegur lagi apa yang aku mampu buat adalah pejam aje mata tu.
“Eh! Sya, Ju mana? Dari tadi aku tak nampak dia pun takkanlah tak balik lagi kot.” Mata Maria meliar mencari kelibat Ju, housemate aku yang bekerja sebagai nurse.
“Tak payah nak cari, Ju belum balik lagi”
“ Eh! Kita ni cakap-cakap juga malam ni nak makan apa? Masak maggi nak, aku dah malaslah nak masak bagai sangat.” Aku mengutarakan cadangan yang agak bernas bagi orang bujang macam kami ni tapi cadangan aku ditolak mentah-mentah. Malaslah tu.
“Tak payah masaklah, aku tengah diet, kalau kau nak makan kau masak aje untuk kau, aku cuma nak makan roti aje.” Maria berlalu ke ruang tamu sambil mengunyah sekeping roti, aku pun malas nak masak maggi makan roti jugaklah jawabnya aku ni. Aku mengekori Maria ke depan. Aku buka tv tapi takde cerita yang menarik pun. Mata aku pun dah hampir nak terkatup daripada aku tengok tv baik aku masuk tidur. Aku ajak Maria naik tidur tapi tak nak pulak katanya nak tengok tv. Lantak kaulah. Baru nak naik atas aku dengar bunyi enjin kereta aku intai nampaklah Ju baru balik dengan teksi.Aku turun balik untuk buka pintu untuk Ju.
“Eh! Tak tidur lagi ke? Ju bertanya sebaik aje melangkah masuk sambil menjinjing beg plastik yang sarat.
“Belum. Apasal lewat ni, ingatkan dah tak ingat rumah lagi.” Aku tolong Ju bawakan bungkusan tu ke dapur, plastik tu aku buka waa...makanan, nasib aku tak makan tadi kalau tak mesti miss yang ni punya.
“Makanlah, aku beli kat kedai depan hospital tadi. Panggillah Maria sekali.”
“Tak payah sebab Maria dalam proses diet.”
“Eh! Tak tahu pulak yang Maria tengah diet biasa tak pun.” Aku cuma mengangkat bahu. Aku mencapai pinggan untuk mencurahkan mi bandung yang dibeli oleh Ju. Aromanya begitu menusuk ke lubang hidung aku. Tak sempat aku nak menyuap aku nampak Maria datang.
“Sampai hati kau makan tak ajak aku.” Ju menyiku belakang aku. Nasib tak tersedak.
“Laa.... tadi kata diet itu pasallah aku tak ajak kau.”
“Aku diet masa tak ada makanan kalau ada makanan aku tak diet.” Maria menarik kerusi duduk sama dengan aku dan makan sekali. Bila perut dah kenyang mata pun mulalah mengantuk. Aku dan Ju naik keatas nak tidur, Maria masih lagi tengok tv entah apa cerita pun aku tak tahu. Aku tidur dalam keadaan perut yang betul-betul kenyang. Kalau macam ni selalu gemuklah aku, tapi takpe hari minggu nanti aku akan berjogging. Baru nak bermimpi, jam loceng aku dah pun menjerit-jerit. Bosan betullah. Tapi demi untuk mencari rezeki apa saja yang berlaku terpaksalah aku hadapi. Pagi tu aku cuma makan roti aje dengan secawan milo panas buat alas perut. Ju dan Maria masih lagi tidur diorang takpelah kerja ada shift macam aku ni susahlah sikit. Itupun hari-hari kena marah dek orang. Eh! Apa pulak yang aku dok mengelamun ni. Cergas! Cergas! Teringat kata-kata dari seorang kawan aku kat kampung, Nor. Aku bergegas keluar takut nanti kalau lewat kan tak sempat dengan bas pulak. Nasib baik rumah yang aku sewa taklah jauh sangat dari pejabat aku tapi kalau jalan kaki mau terkoyak juga tapak kaki. Hampir nak tersadung aku di buatnya bila tersalah masuk kasut, sakit jugak tu. Cepat-cepat , wah macam lagu Jaclah pulak. Bagi aku masa itu emas lagipun aku tak nak ada dakwat merah lagi kat punch card aku.
Aku sampai kat pejabat kurang 10 minit pukul 9, nasib baik kalau tak merah lagilah punch kad aku jawabnya. Sapalah punya idea buat kad punch kad ni, tak pasal-pasal kena datang awal. Tapi ada bagus jugakkan takdelah pekerja nak curi tulang. Aku semak kertas kerja yang masih berbaki kadang-kadang tu naik pening kepala tambah pulak kalau tak kena dengan selera bos. Boringnya kadang tu rasa nak tukar aje kerja tapi zaman sekarang susah nak cari kerja yang keluar ijazah pun belum tentu ada kerja. Aku nampak bos aku baru masuk pejabat, nasib baik aku belum mengeliat lagi kalau tak malunya aku kalau bos aku nampak. Alamak! Kena tunjuk rajin sikit, aku pura-pura menulis sambil membelek kertas kerja yang aku baru ambik dari bilik Johan, designer kat sini, aku pulak hanya pembantu Johan. Walaupun cuma pembantu tapi kerjanya boleh tahan jugak nak mampus. dalam masa yang sama ekor mata aku mengawasi gerak geri bos aku. Nasib tak berangin hari ni kalau tak mampus aku. Sedar tak sedar dah masuk waktu tengahari. Masa untuk lunch. Aku bangun sambil mengeliat sikit amboi! Sedapnya tambah pulak seharian duduk dalam bilik mesyuarat, meeting sebab syarikat aku eh! Silap syarikat kami dapat projek baru. Aku keluar sendirian hari ni sebab Aini dan Huda ada hal Latifah pulak diet susahnya kalau orang nak jadi lawa asyik diet, aku nak juga ikut macam diorang tapi perut aku ni kadang-kadang tak boleh tahan asyik menyanyi aje, kalau lagu sentimental takpelah juga ni lagu rock mahu terhakis urat perut aku. Aku pergi kat kedai mamak depan pejabat aku. ‘Ramainya orang, beli air dahlah’ aku bermonolog sendiri, baru je nak melangkah aku ternampak goreng daging lembu pedas, terliur pulak rasanya. Nak makan ke tak tapi......terpaksalah makan terliur sangat. Aku order nasi putih, daging goreng pedas dan juga air tembikai. Aku duduk di penjuru kedai tepi dinding, sebab tak sukalah orang tengok aku makan. Baru nak menyuap suapan yang pertama ternampak pulak kelibat bos aku menuju kesini, haa.....buat apa pulaklah mamat ni makan kat sini takkanlah orang kaya makan kat tempat macam ni tak logik langsung. Harap-harap janganlah hendaknya dia duduk kat depan aku, aku ni, aku ni bukannya apa kalau makan dengan orang lelaki rasa macam makan ikut lubang hidung aje. Aku buat-buat tak nampak aje, aku cepat-cepat menyudahkan suapan aku akibat gelojoh yang teramat sangat aku hampir tersedak, aku capai air dan yang lebih membuatkan aku tersedak bilamana aku lihat dengan selambanya bos aku duduk kat depan aku nasib tak tersembur. Selamba aje duduk dahlah tak bagi salam. Aku pun dah tak dapat nak habiskan makanan yang masih bersisa. Sayangnya tinggal makanan macam tu, tentu menangis makanan tu tapi apa boleh aku buat. Dah perangai aku macam tu. Aku pun bangun nak blah. Tapi tak sempat nak blah ada suara yang menahan aku.
“Tunggulah kejap saya tak habis lagi makan.” Kepala tak ditegak tapi suara keluar hissh... teruk betul.
“Saya nak ke surau, tuan makan ajelah sorang-sorang kat sini lagipun takut terlewat pulak, tuan bos takpelah saya ni pekerja nanti takut kena marah pulak.” Aku menenyeh-nenyeh beg duit masa tu rasa serba tak kena aje.
“ Aiikk...perli saya nampak. Alah apa salahnya, saya pun lepas ni nak ke surau, kita pergi sama-samalah.” Bos aku berpaling sambil menyedut baki air tebu.
“Hish... mana ada saya perli terasa ke, maaflah kalau terasa. Takpelah saya pergi sendiri aje.” Aku cepat-cepat berlalu tanpa menunggu jawapan dari bos aku, ah! Biarlah kalau dia nak marah pun. Apahal nak pergi sama dengan aku. Tepat pukul 5 aku pun apalagi bersiap-siaplah berkemas nak balik awal. Aduh! Penatnya banyak pulak kerja hari ni, nasib baik tak kena marah hari ni kalau tak angin satu badan lagilah aku ni. Semua kawan-kawan aku dah pun mulai turun ke bawah terutama si Azman sampai tak nyempat-nyempat entah apa yang dia kejar tak tahulah nak kata ada isteri ada anak, Azman tu tak kawin lagi tak faham aku. Baru nak keluar tiba-tiba aku terdengar suara orang panggil aku. Sapa yek semua dah balik takkan hantu kot, siang lagi ni. Aku berpaling, rupanya yang panggil aku, bos aku rupanya tak balik lagi mamat ni. Aku hanya mengangkat kening untuk tahu apahal yang dia panggil aku.
“Hmm...Syakilla saya nak awak siapkan kerja ni sikit boleh”?
“Esok tak boleh ke Tuan? Aku gelisah betul bila orang suruh aku buat kerja bila sampai waktu aku nak balik. Aku tak sukaa...tapi jeritan tu hanya bergema dalam hati aku aje.
“Sebab tak bolehlah saya minta awak siapkan lagipun Johan ada kerja kalau tak saya taklah panggil awak lagipun rasanya tak salahkan sebab awak pun salah seorang pekerja saya kan tambahan pulak saya nak hantar esok pagi, kalau buat esok saya takut tak sempat, awak pulak kalau tak tepat pukul 9 tak masuk pejabat lagi, alah lagipun sikit aje hanya nak ubah rekaan fesyen ni aje rasa macam tak sesuailah, boleh”? Aiik.... aku pulak yang kena, dah kerja aku masuk pukul 9, eee....boringnya.
“Hmm....bolehlah mananya”? walaupun dalam hati aku memberontak tapi apa boleh aku buat, aku hanya makan gaji aje. Hari ni terpaksalah balik lewat, eee....geramnya.
“Dalam bilik saya.” Bos aku tersenyum sambil berjalan masuk ke pejabatnya.
Hah! Dalam bilik dia ini yang tak best ni dahlah orang takde, masuk bilik dia pulak kang tak pasal-pasal kes lain yang timbul. Aku masih lagi berdiri kaku di situ. Fikiran aku masih lagi bersimpang-siur samada nak masuk atau tak. Zaman sekarang ni lelaki bukannya boleh di percayai.
“Syakilla...awak apa buat lagi tu takkanlah nak tunggu saya dukung awak pulak.”
“Hah! “
“Hah! Hah! Awak ni tak habis-habis mengelamun, saya dahlah nak cepat, yang awak tercegat kat situ lagi tu kenapa”?
“Saya....” aku nampak bos aku datang balik kearah aku sambil mengaru kepala.
“Kenapa ni awak takut saya apa-apakan awak, merepeklah awak, dah cepat lagipun saya dah lambat ni. Saya ada date tau.” Hissh...macam tahu-tahu aje apa yang ada dalam fikiran aku. Lepas berbincang dengan bos aku kehendaknya macamana aku cepat-cepat buat lakaran yang baru, tangan aku pulak mengigil tak tentu pasal aje entah aircond yang kuat atau perasaan aku yang tak tentu arah tambahan pulak si mamat ni asyik pandang aku aje. Selepas beberapa kali lakaran aku tak menjadi akhirnya siap jugak. Bila tengok jam rupanya dah pukul 7.15 bermakna dah lebih 2 jam aku siapkan kerja ni. Aku cepat-cepat kemas lagipun aku tengok bos aku takde, kemana aku tak perasan pulak sebelum dia panggil aku lagi baik aku blah dulu. Baru aje nak melangkah aku nampak bos aku datang sambil memegang 2 biji mug yang berisi air nescafe.
“Nah air, saya tahu Syakilla penatkan” Bos aku meletakkan mug ditepi tangan aku. Masih berasap lagi.oo...patutlah tadi hilang rupanya buat air untuk aku rupanya.
“Takpelah saya nak cepat lagipun dah lewat sangat ni, lagipun saya tak minum nescafe.” Aku berbasa basi agar bos aku tu tak kecil hati.
“Takkan tak sudi kot, penat saya buat. “ suara yang merayu macam ni aku tak boleh dengar ni. Ni minum kan takut kepala aku pulak biul. Aku memang dari kecik tak boleh minum nescafe, pantang tujuh keturunan aku.
“Bukan tak sudi tapi memang saya tak minum, kalau saya minum juga kepala saya sakit, lain kali okey.” Aku tengok bos aku diam aje, kecil hati kot. Ah! Lantak dialah dahlah kita lewat banyak hal pulak. Tak tunggu lama aku capai handbag terus aku keluar.
“Syakilla lain kali kalau saya buat air lain awak minum ye.” Laung Razlan. Laa...tak habis lagi mamat ni.
“Yelah.” Aku menjawab sekadar untuk menjaga hati majikan saja manalah tahu kot-kot tak puas hati nanti di potongnya gaji aku tak ke kes naya tu. Sampai kat bawah jalan dah pun gelap macamana tak gelap dah hampir pukul 7.30. Aku cadang nak naik teksi aje takut tak sempat maghrib. Sampai kat rumah aku lihat rumah gelap gelita aje. Tak balik lagi agaknya diorang ni. Aku bergegas naik keatas nak mandi dan kemudian aku nak solat dah lewat sangat rasanya ni. Usai solat Isyak aku turun kebawah cadang nak tengok tv tapi sayang tv tengok aku. Aku terkejut dari tidur aku bila Maria dan Ju mengejut aku. Kata Maria setengah mati dia kejutkan aku, ingatkan dah mati rupanya hidup lagi cuma tidur aje mati. Aku mengosok mata aku yang masih kelabu.
“Aku mengantuk sangat” Aku mengeliat seketika.
“Kalau ye pun penat tidurlah dalam bilik, bukan kat sini.” Maria heret aku untuk naik keatas. Ju pulak dah lama masuk biliknya.
Hari-hari kerja akhirnya sampai jugak waktu untuk aku berehat. Bestnya boleh tidur lama sikit. Lepas solat subuh aku tidur balik bukannya nak tidur sangat sekadar nak manjakan diri lepas subuh. Tapi dalam dok manja tu aku terlelap, sedar tak sedar dah pukul 10 pagi. Perut pun asyik nyanyi lagu keroncong aje tu yang tak tahan. Aku mengeliat seketika sekadar untuk membetulkan urat belikat yang agak keletihan. Aku turun kebawah nak tengok manalah tahu kalau-kalau diorang ada buat sarapan pagi, tapi hampeh makan roti lagilah aku ni muka pun dah macam roti. Lepas mandi aku ajak Maria dan Ju pergi shopping complex sambil-sambil tu bolehlah cuci mata sikit. Maria dan Ju tak nak pulak pergi katanya nak duduk rehat kat rumah aje, puas aku merayu dan buat muka seposen at last diorang nak pergi jugak. Kami keluar bertiga naik teksi duit tambang bagi 3. Sampai kat Jaya Jusco kami berhenti. Fuh! Punyalah ramai orang kat sini ingatkan takde orang tapikan kalau takde orang bukannya nama shopping complex tak. Tapi seronok jugak, kami berjalan dari sebuah kedai ke sebuah kedai. Macam-macam ada tapi nak beli ongkosnya agak kurang terpaksalah pendam aje. Tengah syok-syok berjalan tiba-tiba aku terpandang satu objek yang cukup aku kenali tak lain tak bukan Tuan Razlan, bos aku. Alamak! apasallah pulak jumpa kat sini, bos aku ni pun satu takde tempat lain ke nak pergi. Sebelum apa-apa terjadi aku ajak Maria dan Ju melencong ke arah lain, malaslah nak bertembung dengan dia nanti banyak soal pulak bos aku ni pulak kalau bab-bab yang mengenakan orang serahlah kat dia. Puas aku tarik minah yang dua orang ni tapi sikit pun tak berganjak ralat sangat tengok barang belinya tak pun, sudahnya, Inilah penyudahnya.
“Eh! Syakilla buat apa kat sini, awak ni macam ikut saya pulak mana saya ada awak ada kecuali dalam tandaslah saya tak nampak muka awak..”Tanya Tuan Razlan sambil tersenyum menampakkan gigi taringnya yang putih tu. Eeeii...tak tahanlah dengan sikap dia ni, perasan tak habis-habis kalau tahu macam ni tak ingin aku keluar hari ni.
“Hissh....mana ada saya dari tadi dah kat sini lagipun saya sekadar cuci mata aje kat sini.” Aku gabra semacam aje sambil tangan aku menarik baju Maria dan Ju agar cepat-cepat pergi dari situ yang jadi masalahnya minah 2 orang ni pulak yang dari tadi dok tersengih-sengih, nak menguratlah tu.
“Cuci mata? Baru hari ni saya dengar orang cuci mata dengan berjalan kat shopping complex sebab kebiasaannya orang kalau nak cuci mata pakai eye mo atau pun pakai air je. Peliklah awak ni.” Tuan Razlan tersenyum sambil menanggalkan spek hitam yang dipakainya, haa... kan betul apa yang aku kata dia ni kalau bab mengenakan orang tak payah cari orang lain sudahnya aku pulak yang tersengih macam kerang busuk. Masuk ni dah 2 kali dia malukan aku takpe, takpe hari masih panjang.
“Takpelah Tuan, saya pergi dulu lagipun kami pun dah nak balik.” Aku tarik tangan budak 2 orang ni langsung tak bergerak.
“Eh! Nantilah dulu saya belum lagi berkenalan dengan kawan awak yang manis-manis ni. Hai saya Razlan, nice to meet you.” Tuan Razlan menghulurkan tangan pada Ju dan Maria, budak 2 orang ni pun apalagi macam orang mengantuk disorongkan bantal. Sengal betullah aku menyaksikan drama ni.
“ Hai saya Maria dan ini pulak Ju, kami semua housemate Sya. Kami berdua ni kerja sebagai nurse kat hospital yang sama, yang lain mungkin waktu kerja aje yang tak sama. Sya tak pernah cakap pun yang dia bekerja dengan bos yang cukup hensem dan bergaya macam ni, kan Ju.” Aduss.. Maria ni lebih-lebih pulak.
“Ha..ah kalau tak jumpa hari ni tak tahu lagikan, kau ni teruk betullah Sya.” Aikk...Ju pun sama, tak padan dah ada boyfriend tapi masih lagi nak mengatal, aku tak tahu nak kata apa, nak marah ada nak senyum pun ada, nak gila pun ada.
“Ye ke? Tapi taklah kacak sangat kan. Eh! Terlanjur dah jumpa ni jom saya belanja awak semua minum, nak makan apa pun makanlah, saya tak kisah, bukan selalu boleh jumpa macam ni. Sebab kan Syakilla ni kalau kat pejabat ya! Allah serius gila sampai kadang tu saya takut nak tegur dia, apa lagi jomlah.” Tuan Razlan ajak kami bertiga tapi aku tak nak sebab aku dah tahu perangai gila bos aku ni jadi aku tak nak menanggung risiko.
“Takpelah Tuan, kami dah makan pun tadi, lain kali ajelah.”
“Hisshh...mana makan lagi tadi kan kita cuma minum air aje.” Aduss...si Maria ni betullah biul nak tak nak terpaksalah aku ikut diorang. Diorang ni pulak wah! Bukan main lagi makan sambil gelak-gelak gitu macam dah lama kenal. Bos aku ni pun satu bukan main gatal lagi. Boringnya aku kalau tahulah macam ni pengakhiran window shopping aku rasanya baik aku duduk rumah tengok kartun dragon ball kat tv9 lagi best. Bila dah habis borak Tuan Razlan tawarkan dirinya untuk hantar kami balik, siap hantar depan rumah lagi, dah tu siap tukar-tukar nombor telefon lagi. Bukan main lagi berebut 2 orang ni, aku kasi tau sama boyfriend diorang baru tahu. Tapi malas nak campur sebab aku kejar masa nak solat asar. Tak sangka cuti hujung minggu aku kali ni begitu memenatkan baik dari segi fizikal dan mental. Sumpah lepas ni aku dah taknak keluar dari rumah pada cuti hujung minggu walau boring tahap gila sekali pun, dia dah serik.
Dah beberapa bulan berlalu, bos aku tu pulak bukan main sekarang baik sangat dengan aku terutama dengan minah 2 orang ni. Boleh dikatakan tiap-tiap malam bergayut telefon. Cakap-cakap ketawa, dah ketawa cakap-cakap pulak dahlah tu siap pandang-pandang jeling-jeling kat aku, pastu boleh pulak diorang ketawakan aku balik, gila ke apa. Tapi kadang-kadang tu rasa cemburu jugak, kan best kalau ada pakwe bolehlah menunjuk sikitkan tapi orang macam aku yang asyik gila kerja ni ada orang nak ke? Malam tu mak aku telefon, suruh balik kampung ada hal mustahak katanya. Bila aku tanya tak pulak di bagitaunya entah apa yang mustahak sangat aku pun tak tahu. Rasa malas sangat nak balik. Lepas fikir-fikir aku telefon balik pada mak aku bukan apa nak jugak tahu apa yang mustahak sangat tu tapi rasa-rasa macam tau aje. Kadang-kadang tu gerak hati aku tak pernah salah. Aku mendial nombor mak aku. Lama menunggu baru berangakat.
“Assalamualaikum......mak.”
“Waalaikummussalam...hah! Sya ye ada apa hal ni telefon mak” Aikk...aku yang nak tanya mak aku alih-alih mak pulak tanya aku.
“Mak, ni Sya nak tanya apahal yang penting sangat suruh Sya balik, sekarang ni susahlah nak dapat cuti kalau takde alasan yang kukuh. Mak faham kan.” Aku menyusun baik punya kata, takut tersinggung pulak mak aku ni kan tak pasal-pasal kena sambar petir.
“Takkan tak boleh balik, untuk majlis pertunangan.” Dalam diam rupanya mak aku merancang sesuatu. Macam plan komunis nak serang hendap aje.
“Nanti kejap mak, majlis bertunang. Sapa nak bertunang ni mak, takkanlah mak pulak. Mak ni biar betul sikit ayah hidup lagi mak dah buat hal macam ni.” Aku macam tak percaya dengan berita yang baru mak sampaikan ni.
“Hisshh... kau ni mengarutlah Sya. Kaulah yang nak bertunang tu ada pulak mak tak sesuai langsung. Ingat tu balik sebelum 1 haribulan 6 ni mak tunggu tau. Assalamualikum. Klik. Hampir jatuh telefon bimbit yang aku pegang dan hampir nak tercabut jantung aku bila dengar berita ni. Sampainya hati mak buat aku macam ni. Langsung tak minta pendapat aku walhal aku yang nak bertunang tapi kenapa mak sikit pun tak endah perasaan aku. Debaran dada aku rasa macam nak pecah, pada sapa aku harus mengadu. Untuk seketika aku termenung, hajat nak makan terbengkalai macam tu aje. Lambatnya Maria dengan Ju balik. Kalau diorang ada boleh jugak minta pendapat diorang walaupun kadang-kadang tu otak nya biul sikit. Cepatlah balik.
Dalam sejam menunggu barulah Maria dan Ju sampai, tak tunggu lama aku menerkam kearah mereka.
“Eh! Apahal ni, dah buang tabiat ke? Ju menolak aku, merenggangkan sedikit dari tubuhnya yang agak lekit. Maria hanya tersenyum mungkin dia fikir aku ni memang dah buang tabiat. Tak pernah-pernah peluk orang.
“Ju, Maria kau orang mesti tolong aku.” Suara aku dah semakin sebak, aku tak pernah lalui masalah yang begitu kritikal gara-gara orang tua aku.
“Tolong apa.? Ju dan Maria bertanya serentak.
“Mak aku, dia suruh aku balik......Tak sanggup rasanya aku meneruskan kata-kata.
“Hah! Baguslah kalau mak kau suruh balik, itupun nak jadi masalah lagipun kau tu dah lama sangat tak balik kampung itu pasallah mak kau suruh balik.” Ju mengeleng kepala.
“Bukan pasal tu, mak aku suruh balik bertunang.” Aku mengaru kepala yang tengah berserabut .
“Apa? Bertunang? Kau biar betul, angin takde ribut takde tiba-tiba nak balik bertunang. Aku tak percayalah kau salah dengar tak? Maria dan Ju hampir saja menjerit, dengan mulut yang masih melopong Ju dan Maria mengeleng kepalanya. Kadang-kadang tu fikiran orang tua susah nak dijangkau.
“Macamana ni Maria, Ju, aku bingunglah.” Aku ke hulu ke hilir tak tahu apa yang aku harus aku buat. Kepala ni dah naik kematu memikirkan pasal ni. Mak aku ni pun satu memandai aje langsung tak minta pendapat orang.
“Macamana apa, balik ajelah dah kau kata mak kau dah siapkan semuanya, aku tak boleh nak buat apa-apa alah lagipun balik dulu tengok lepas tu barulah kau bincang balik. Cakap elok-elok tentu mak kau okey punya. Lagipun bukannya pakai duit kau pun duit mak kau, kalau akulah syok habis.” Maria mengurut-urut dagunya, fikirannya menerawang ke arah lain. Tak boleh harap langsung diorang ni.
“Banyaklah kau punya syok, aku minta pendapat kau orang bukan nak bagi pendapat tapi menyakitkan hati aku adalah.” Aku bengang dengan situasi yang begitu mencelarukan hati aku.
“Betullah aku cakap, kau balik dulu lepas tu baru bincang. Kau bising-bising kat sini pun takde faedahnya jugak, mak kau dah sedia macam-macam.” Ju membetulkan keadaan aku yang sedikit tegang. Tanpa kata apa-apa aku blah dari situ naik keatas. Aku sembam muka aku pada bantal. Apa yang harus aku buat. Ya! Allah berilah aku kekuatan dan ketabahan untuk aku hadapi kehidupan ini dan menghadapi kerenah mak aku yang berbagai-bagai. Pagi ni aku ke pejabat macam biasa tapi sedikit awal sampaikan pak guard kat pintu masuk bangunan sebelah pejabat aku tu naik heran. Aku sekadar menaikkan kedua kening aku, malas rasanya nak menegur orang, Hati aku betul-betul rasa gelisah, dah beberapa kali aku melihat kearah jam. Hari ni terasa lambat masa berlalu tak sabar rasanya aku menunggu bos aku sampai. Biasa tak lambat macam ni. Hishh...kalau aku perlukan dia bukan main lambat sampai, kalau aku tak perlukan dia pagi-pagi lagi dah nampak mukanya terconggok kat dalam biliknya. Harap-harap dapatlah aku cuti, masalah ni tak boleh dibiarkan macam tu aje, lama-kelamaan aku harus hadapi jugak. Nampak aje bos aku sampai aku pun apalagi terus meluru ke biliknya lepas dapat kebenaran dari Huda, setiausahanya. Aku ketuk pintu dan masuk. Hari ni aku nampak wajahnya sedikit berseri-seri. Mood baik nampaknya ada canlah aku.
“Hah! Ada apa pagi-pagi lagi dah masuk bilik saya sampaikan tak sempat saya nak tanggalkan kot saya ni. Biasa awak tak pernah sampai seawal ni. Ada apa-apa ke?” Tuan Razlan bertanya sambil menanggalkan kotnya dan di sangkut di penyangkut bajunya. Dia duduk sambil menongkat dagunya memandang tepat kearah aku. Rasa berdebarlah pulak, ambil keputusan SPM pun tak macam ni.
“Saya nak minta cuti, boleh tak.” Aku tergagap-gagap sambil menghulurkan borang cuti, bukannya apa Tuan Razlan pandang muka aku tak berkelip itu yang aku gabra semacam aje. Bos aku ni sebenarnya dalam kategori hensemlah jugak tapi disebabkan otaknya gila sikit itu yang buat aku tak berkenan tu. Chewah.... macamlah Tuan Razlan tu ingin sangat kat aku. Perasan.
“Hello, awak dah berkhayal kemana. Nak cuti ye, patutlah datang awal. Kalau tak disebabkan cuti tentu muka awak tak nampak lagikan.” Kata-kata yang keluar dari mulut dia ni memang sakit telinga bila mendengarnya macamlah aku ni jenis yang masuk lambat sangat walhal baru sekali hari tu datang lambat itupun nak kecoh.
“Bukannya macam tu. Tapi penting sangat, saya memang berharap sangat.” Aku buat muka kesian tapi cis..banyak soal pulak mamat ni.
“Cuti apa yang penting sangat tu, kat sini awak tak tulis pun hal apa.”Tuan Razlan membelek-belek borang cuti aku sambil dinaikkan kening ala-ala Ziana Zain.
“Cuti....cuti....aduss..nak bagitau ke tak ni, aku berfikir sejenak tanpa aku sedari muka Tuan Razlan dah bertukar menjadi keruh.
“Cuti apa? Tengking Tuan Razlan. Suaranya macam garuda sambil tangannya menepuk meja. Macamana mood boleh berubah tadi okey aje tiba-tiba dah bertukar jadi singa. Mungkin jugak bosan bila tunggu jawapan dari aku. Bala betullah.
“Cuti bersalin Tuan.” Dengan penuh bergaya aku menjawab. Alamak! Kantoilah pulak. Habislah aku.
“Cuti bersalin? Bila masa awak berkahwin dan bila masa pulak awak ni mengandung.”Tuan Razlan membeliakkan matanya. Pandangan matanya tearah ke tubuh aku. Aku menjadi tidak senang bila matanya melurut keatas dan ke bawah tubuh aku. Silap aku juga mulut celupar sangat tapi silap dia pun ada yang pergi jerkah aku tu kenapa, aku ni pantang kalau orang tinggikan suara. Aku menekup mulut aku dengan tangan. Tak pasal-pasal mulut aku yang dipersalahkan.
“Bukan..emm..maksud saya, saya nak bertunang.” Aku membetulkan penyataan aku yang tersalah tadi. Lega rasanya bila aku dapat luahkan apa yang terbuku dalam hati aku.
“Apa? Awak nak bertunang. Betul ke ni awak tak main-main.” Tuan Razlan nampaknya terkejut dengan apa yang aku bagitau. Air mukanya nampak berubah.
“Kenapa pulak tuan?” Terpacul soalan yang bodoh dari mulut aku, pasallah mulut ni gatal sangat. Melihatkan air mukanya yang agak keruh macam sungai Kelang hati aku tiba-tiba dipagut rasa bimbang yang sangat, bukan pasal apa pun cuma takut tak dapat cuti aje.
“Macam ni melepaslah saya, saya baru aje berniat nak tackle awak tak sangka rupanya awak dah nak bertunang. Nasib badanlah Syakilla tapi kalau awak rasa tak nak kat tunang awak tu nanti jangan segan-segan bagitau kat saya biar saya yang masuk meminang awak boleh.” Tuan Razlan memandang aku sambil memberikan satu kenyitan yang tak dapat aku tafsirkan maksudnya. Tapi biar betul bos aku ni tak logik langsung nak syok kat aku. Dengan muka yang masih terperanjat aku dikejutkan dengan bunyi pen yang diketuk pada meja. Aku tak perasan pulak yang aku dok berangan dari tadi.
“Nah borang awak, Syakilla, saya dah sain, pasal kata-kata saya tadi jangan ambil hati sangat saya cuma bergurau sebab lepas ni bila awak jadi tunangan orang tentunya saya tak berpeluang nak bergurau dengan awak lagi.” Tuan Razlan menghulurkan borang cuti aku dan aku cepat-cepat mencapainya, lepas ucap terima kasih aku pun keluar dari biliknya. Dapatlah cuti 1 minggu. Tentang hal pertunangan aku tu sorang pun kawan sekerja aku tak tahu, buat apa nak heboh kalau hati aku tak suka, lagipun belum tentu aku nak bertunang tapi kalau mak dan ayah aku paksa macam ni. Eei... serabut betullah kepala hotak aku ni. Kerja aku kat pejabat hari ni hanyalah mengelamun sampaikan semua staff naik heran bila tak nampak aku keluar makan, aku pun takde mood nak makan. Tepat pukul 5, aku cepat-cepat kemas barang dan keluar sebab aku tak nak pisang berbuah 2 kali, aku takut kalau bos aku panggil kerja lebih masa aku takde mood.
Aku balik kampung dengan bas ekspres Transnational. Perjalanan yang jauh buat aku rasa penat sangat. Sepanjang perjalanan kerja aku hanya tidur aje. Sebaik saja aku turun bas aku dah nampak kereta ayah sedang tunggu aku bersama dengan seorang sepupu aku yang tinggal berhampiran dengan rumah aku. Aku hanya melemparkan senyuman aje bila sepupu aku menolong aku mengangkat beg lagipun beg aku bukannya berat sangat. Lepas bersalam dengan ayah aku, aku terus masuk kedalam kereta tanpa bercakap apa-apa pun. Malas nak layan. Perjalanan yang memakan masa hanya 20 minit itu aku rasa cukup membosankan tambahan pulak dalam suasana yang begitu sunyi, masing-masing melayan perasaan mereka sendiri dan aku lebih senang melihat permandangan sekeliling. Dah lama benar aku tak balik kampung rasanya kali terakhir dulu lepas raya korban lepas tu aku belum balik-balik lagi . kepulangan aku kali buat aku rasa menyampah sikit pun aku tak rasa gembira. Sampai aje aku kat rumah aku dah nampak begitu ramai orang yang sedang bertungkus lumus buat kerja. Memang mak dah rancang semua ni. Aku bersalam dengan mak dan terus masuk bilik. Berkurung. Setengah jam kemudian baru aku keluar. Aku lihat semua persiapan dah cukup sempurna, semua dah siap, kan betul aku kata hati orang tua ni tak boleh ditafsir dengan mata kasar. Melihat pada kemeriahannya aku rasa dah mengalahkan majlis kahwin. Mata aku meliar mencari kelibat mak aku. Aku nak tanya sahih-sahih padanya, sapalah lelaki yang malang tu.
“Mak..oo..mak..” aku melambai tangan aku pada mak bila aku terlihat kelibatnya di bahagian dapur.
“Ada apa? Mak sibuk ni lusa dah majlis mak takut tak sempat.” Mak kelihatan begitu sibuk mengarah yang macam-macam. Ada riak kegembiraan pada wajah mak aku tapi bukan pada aku.
“Siapa orangnya mak? Sya kenal ke mak?” aku tak puas hati selagi aku tak tahu siapa yang berani sangat masuk meminang aku tu.
“Alah nanti kalau dah jumpa tu pakat-pakat kenallah, apa susahnya”.
“Mak ni pun satulah lain kali mintalah pendapat Sya jugak janganlah nak buat keputusan sendiri.” Aku merendahkan nada suara aku, bimbang kalau mak aku tersinggung dengan kata-kata aku.
“Jadi, Sya rasa mak tak layak nak masuk campur soal kehidupan Sya, macam tu. Mak sayang Sya sebab tulah mak terima pinangan tu. Lagipun mak nampak dia baik sangat keluarganya pun tak banyak karenah. Mak harap Sya faham dengan mak. Lagipun mak dengan ayah kau pun dah tua entah esok entah lusa sapa tau kan. Mak nak juga tengok anak mak ni kahwin.” Nada suara mak macam orang yang kecewa. Tangan mak aku masih lagi lincah menyiapkan gubahan yang tinggal hanya sedikit tu. Aku jadi serba salah dengan keadaan ni.
“Bukan macam tu mak tapi sekurang-kurangnya Sya nak jugak kenal dia mak. Macam nilah gambarnya ada.” Aku dah terlalu putus asa.
“Gambar? Rasanya takdelah Sya sebab katanya dia ni tak suka bergambar, fobia katanya, mak pun tak banyak tanya, alah lagipun nanti kalau dah bertunang kenallahkan. Janganlah risau sangat lagipun mak dah tengok, hensem jugak budaknya sedap mata memandang.’ Mak bangun sambil memegang gubahan yang telah siap. Nampak dah puas hati barulah mak aku meletakkannya bersama dengan gubahan yang lain.
“Fobia bergambar, biar betul mak. Dah tu kerja apa?” aku masih tak puas hati dengan kenyataan yang mak berikan berkenaan dengan lelaki tu. Zaman sekarang banyak yang menipu dari yang betul.
“Kerjanya pun boleh tahan. Dia pun kerja kat KL nanti senanglah Sya nak balik kan sebab ada orang yang temankan. Hati mak pun tak susah sangat bila fikirkan Sya sorang-sorang kat sanakan. Dahlah kau ni asyik ikut punggung mak aje sampaikan tak jadi mak nak buat kerja, dah lalu dari situ, mak nak turun ke bawah, banyak lagi kerja nak kena buat.” Mak menepis tangan aku sambil berlenggang keluar dari bilik aku. Tinggallah aku sorang-sorang kat dalam bilik ni. Itulah susah jadi anak tunggal dan tinggal sorang-sorang. Kan bagus kalau ada adik beradik yang lain. Boleh jugak minta pendapat diorang. Itu pun kalau boleh minta pendapatlah. Ni cerita kalau aku bagitau Maria dengan Ju ni maunya tergolek-golek sambil ketawa. Diorang ni aku faham sangat dengan perangainya. Diorang ni pulak aku ajak datang temankan aku tak nak, katanya tunggu majlis kahwin. Apa punya kawan pun aku tak tahu. Nasib baik aku ni jenis bukan yang kuat merajuk, tapi kalau aku dah start merajuk lama baru nak datang mood balik. Tapi pelik juga bertunang tapi tak kenal. Halimunan kot. Sesekali rasa macam cerita misi XX- Raylah pulak. Terima ajelah suratan takdir ni walaupun hati aku bagai nak rak menangis.
Lagi 2 hari aku akan balik ke KL balik, bermakna dah hampir seminggu aku memegang title sebagai tunangan orang yang aku sendiri tak kenal dengan tunang aku, aku agaklah mungkin halimunan. Hah! Halimunan pun halimunanlah janji rock. Sebelum balik rasanya aku nak beli sedikit buah tangan untuk Ju dan Maria selain tu boleh jugak aku bersiar kat bandar KT dah lama benar aku tak ke bandar. Aku cuma sempat membeli sedikit kerepok kering untuk Ju dan Maria. Rasanya cukuplah tu aku pun dah kering sangat ni. Maklumlah balik kampung, macam-macamlah nak beli untuk buah tangan yang tinggal akulah menyengih sampai hujung bulan ni. Sampai kat rumah aku lihat takde sapa pun kat rumah aku. Sorang lagilah aku malam ni. Bahang panas terasa meluap bila aku masuk kedalam rumah ni. Aku bawa semua barang yang aku bawa balik kedapur. Aku terus ke atas untuk mandi dah melekit sangat rasa tubuh aku ni. Lepas isyak barulah aku dengar diorang balik. Aku pun turun kebawah. Maria dan Ju terperanjat tengok aku sangkanya aku masih tak balik lagi. Tanpa sempat salin baju Maria dan Ju paksa aku cerita apa yang berlaku di kampung. Nak tak nak aku ceritalah jugak tak habis lagi aku cerita diorang dah ketawa bagai nak rak. Rasanya cerita aku taklah lucu sangat macamana diorang boleh ketawa macam nak pecah perut. Aku lihat Maria siap tendang-tendang kerusi lagi. Nilah yang aku menyampah ni, malas nak sambung cerita aku terus ke dapur minum milo lagi bagus. Aku keluar bawa air pun diorang tak habis lagi ketawakan aku.
“Kau ni apahal hah! Lawak sangat ke cerita aku ni sampai nak mampus kau ketawakan aku.” Aku merengus tanda tak puas hati.
“Taklah lawak sangat tapi yang kami herannya orang macam kau ni boleh hidup kat dunia ni. Aku kadang tu simpati kat kau. Langsung tak boleh nak buat kepetusan sendiri. Apalah nak jadi dengan kau ni.” Maria mengeleng kepala memandang aku. Maria mencapai handbagnya terus naik keatas dengan ketawa yang masih bersisa.
“Habis tu aku nak buat macamana, dah semuanya mak aku uruskan, terima ajelah.”
“Sapa nama tunang kau tu.” Ju bertanya setelah ketawa hilang dari dirinya.
“Entah, lupa pulak aku nak tanya mak aku tadi.” Aku mengaru-garu kepala aku. Macamanalah aku boleh terlupa nak tanya nama tunang aku sendiri.
“Apalah kau, dah bertunang tapi nama pulak tak tahu. Kesian...kesian aku tengok kau.” Ju ketawa lagi sampai berair-air biji mata.
Masa nak naik tangga pejabat aku terserempak dengan bos aku. Banyak pulak yang dia tanya sampai tak terjawab aku ni. Malas nak soal jawab denganya aku hanya sekadar menunjukkan cincin tunang aku yang aku terlupa nak buang tadi, nasib baik jugak aku tak buang lagi tak payahlah aku nak bersoal jawab. Mengalahkan pompuan ajelah bos aku ni. Sabar ajelah dapat bos macam ni. Seminggu aku tak masuk kerja bertimbun kerja yang perlua kau bereskan nampaknya kena buat overtime ni. Bagus jugak kalau buat kerja lebih masa dapat kumpul duit bolehlah aku beli kereta. Seharian aku bereteleku kat meja sampaikan waktu lunch pun aku tak keluar. Semua kerja nak kena buat cepat. Johan pun dah sikit bising. Separuh dari kerja yang aku buat perlu aku hantarkan pada Johan.
Hari ni Razlan nak balik awal sikit, dia pun berkemas terus keluar. Dilihatnya Syakilla masih tekun di mejanya. Nak ditegur rasa takut pulak menganggu tumpuan Syakilla, dia nekad.
“Tak balik lagi Syakilla.” Bergetar suaranya dihujung tekak.
“Hah...oh! tuan, belum lagi saya ada kerja nak buat.” Aku agak terkejut bila ditegur oleh Razlan. Entah apa mimpi suara lembut pulak, biasa tak pernah macam ni.
“Sejak bertunang ni, bukan main rajin lagi, nak kumpul duit ke? Kedengaran sinis dan begitu menjengkelkan pada pendengaran aku.
“Taklah, saya cuma nak siap kan cepat kerja ni, kalau lambat tuan jugak yang bising.” Aku menahan nada suara aku agak tak terlalu tinggi.
“Okeylah saya balik tapi hati-hati sikit sebab saya dengar pejabat keras sikit.” Razlan memperlahankan suaranya sambil matanya meliar ke kiri dan ke kanan.
“Hah! Keras, saya tak pernah dengar pun pasal ni.” Aku sedikit takut kalau betul ada hantu lebih baik aku balik aje.
“Ha..ha..ha.. penakut jugak awak ni, saya gurau aje, memanglah tempat ni keras sebab semuanya dinding batu, itu pun tak boleh fikir. Selamat petang. Assalamualikum.” Razlan berlalu dari situ lepas berjaya kenakan aku. Sakit betul hati aku.rasanya nak siat-siat aje mulutnya. Eeii.. geram aku. Kalau adik aku tu dah lama aku pelangkung tapi sayang dia bukan adik aku tapi bos aku. Rasa geram yang berdongkol tu aku simpan dalam hati. Takpe...takpe. Aku pantas menyiapkan kerja aku yang tinggal hanya sedikit lagi tu, tengah-tengah syok buat kerja aku terdengar pintu dibuka oleh orang. Aku rasa sedikit cemas manalah tahu kot-kot cakap bos aku tu masin. Meremang pulak rasanya bulu roma aku ni. Aku mencapai gunting kecil yang ada dalam laci aku. Tak kisahlah kecik pun janji ada senjata yang boleh aku buat pertahanan. Terjengul wajah Azman dari balik pintu. Kuss...semangat. Azman sedikit terkejut bila melihat aku masih di pejabat.
“Kau ni Man buat terperanjat aku aje. Lain kali berilah salam dulu, ini tak main masuk aje.” Aku mengurut dada aku. Kesan debaran masih lagi terasa.
“Laa...kau Sya, biasa kau dah balik apahal pulak kau kerja lebih masa ni.” Terdengar ketar suara Azman seperti ada sesuatu yang disembunyikan.
“Kerja banyak. Kau tahukan aku cuti lama hari tu, tu pasallah aku kerja lebih sikit.” Aku memerhati Azman yang kelihatan serba salah.
“Kau kenapa tak balik lagi, biasa kau yang dulu sekali.” Aku menyambung lagi pertanyaan pada Azman yang kelihatan mengelabah.
“Aku tertinggal barang tapi aku tak tahu kat mana. Takpelah aku balik dululah.” Azman berlalu dari situ tanpa sempat mencari apa-apa. Entah apa kena agaknya dengan Azman. Lain macam aje aku tengok. Dahlah hari tu datang dengan muka yang lebam dengan mulut yang pecah. Bila ditanya katanya jatuh satu alasan yang tak logik langsung. Biarlah. Aku menyudahkan kerja aku. Aku sempat menjeling kearah jam, rupanya dah hampir pukul 10 malam. Nasib baik dah sembahyang kat surau kecik, sebenarnya bukan surau tapi bilik yang memang dikhaskan untuk berehat disamping tu boleh juga digunakan untuk solat. Aku pun mengemaskan meja aku lalu aku pun mencapai tas tangan dan keluar dari pejabat selepas menguncinya. Kopak lagilah aku kalau macam ni selalu. Apataknya asyik naik teksi aje. Bila agaknya aku nak pakai kereta pulak. Berjanggut agaknya.
Masuk hari ni dah sebulan aku bertunang tapi yang paling aku herannya tak pernah sekali pun tunang aku tu tipon aku. Macam tak sudi aje. Entahlah. Aku pandang sekeliling rumah ni aku rasa terlalu kosong sangat, Maria dan Ju pun tak nampak batang hidung. Bila aku balik diorang kerja, bila aku kerja diorang balik sudahnya nanti aku berkawan dengan orang halimunan ajelah. Aku membelek kerja yang masih belum siap sekurang-kurangnya hilang sedikit rasa jemu aku kat rumah. Leka membuat kerja tak sedar , masa dah banyak berlalu, aku melihat jam yang dah menunjukkan ke angka 12. Mata pun dah rasa berat sangat. Aku cepat-cepat mengemas takut esok kelam kabut pulak. Aku naik keatas langsung terus tidur.
Entah apa mimpi bos aku, pagi-pagi lagi dah ajak keluar makan tengahari. Tak sempat nak kata apa dia dah blah, janji pukul 1. Aku masih lagi terfikir samada nak pergi ke tidak. Hish...pening aku macam ni. Belum pun masuk pukul 1 Razlan dah tercegat kat meja aku sambil menayang-nayang kan jamnya. Nak tak nak terpaksa juga aku ikut dia. Punyalah terkejut aku, ingatkan nak bawa aku pergi makan kat kedai makan tapi rupanya dia bawak aku balik rumahnya. Cilanat punya bos. Punyalah gabra sampai tak kata apa-apa. Nasib baiklah mak ayah dia okey kalau tak rasanya jadi kera sumbang aku ni. Razlan pulak boleh tersengih-sengih. Sukalah tu sebab dapat kenakan aku. Takpe...takpe...ada lori ada bas.
“Amacam seronok tak datang rumah mertua.” Razlan ketawa dan terus naik keatas mungkin juga untuk solat. Apa yang lucu pun aku tak tahu. Nasib baik aku dikecualikan hari ni kalau tak teruk juga aku ni. Aku memandang sekeliling takut ada yang mendengar perkataan yang keluar dari mulut Razlan, tiba-tiba mata aku terpaku pada mak Razlan yang baru keluar dari dapur, walaupun suaranya sekadar berbisik tapi aku rasa mak Razlan mendengar bisikan Razlan pada aku sebab aku nampak Maknya tersenyum sebaik saja berselisih dengan aku. Muka aku merah diserbu oleh perasaan malu. Aku dah jadi gelabah satu macam aje. Dah buang tabiat ke dia ni. Lain kali jangan haraplah aku nak keluar lagi dengan dia. Tobat aku. Aku duduk di kerusi yang bertentangan dengan ayah dan mak Razlan.
“Dengar kata Sya dah bertunang ye? Tiba-tiba mak Razlan memecah kesunyian tapi pertanyaannya buat aku terkedu tak tahu nak buat apa-apa. Ni takde orang lain yang cakap ni. Mesti Razlan ni mulut tempayan betullah.
“Ha’ah.” Aku tersenyum hanya itu aje yang aku mampu. Jaga kau balik nanti.
“Ni keluar dengan Razlan ni tunang tak marah ke? Toing...rasa tercacak pisau kat atas kepala. Macamana nak jawab hah.
“Entah.”
“Hah! Entah takkanlah Sya tak bagi tau pada tunang Sya, nantikan tak pasal-pasal anak makcik kena pukul pulak sebab keluar dengan tunang orang.”
“Saya tak tahu.” Itu aje yang mampu aku ucapkan. Aku berdoa agar Razlan cepatlah turun tak sanggup rasanya di interbiu macam ni. Mak Razlan hanya tersenyum dan ayahnya pulak macam tak ambil port aje. lantaklah sekurang-kurangnya dia tak banyak tanya aku lagi.
“Lain kali kalau Sya senang datanglah ye rumah makcik sentiasa terbuka, lagipun makcik sorang-sorang aje kalau ada orang tu seronok juga berbual.”
“Insyaallah makcik, Sya minta diri dulu.” Aku terus masuk kedalam kereta memandangkan Razlan yang tak habis-habis asyik menekan pedal minyak aje. Kereta Razlan bertembung dengan sebuah kereta wira yang aku tak tahu siapa pemiliknya cuma yang aku nampak Razlan sekadar mengangkat tangan. Kereta Razlan memecut lagi membelah kesibukan di jalanraya. Sebelum tu aku sempat memandang wajah perempuan tu agak masam, mungkin dia tu kekasih Razlan tak. Mungkin juga, aku hanya memandang sekilas pandang pada Razlan untuk melihat reaksi Razlan tapi aku nampak Razlan tenang aje memandu mungkin juga telahan aku ni tak tepat kot. Hish...apalah aku ni asyik sibuk pasal masalah orang aje, masalah aku pun tak habis. Aku memerhati keadaan kereta yang bergerak agak perlahan, aku mengeluh sendirian.
“Anak dara tak baik mengeluh” Razlan memecahkan kesunyian antara kami. Tangannya mengetuk-ngetuk stereng kereta untuk menghilangkan rasa tension yang melanda akibat dari kesesakan lalulintas.
“Mana ada saya mengeluh,”aku cuba menafikan walaupun memang ternyata ianya keluar dari mulut aku.
“Sya marah saya ke? Razlan jadi serba salah bila dilihat aku menjawab acuh tak acuh. Aku hanya mendiamkan diri aje malas nak menjawab. Kalau jawab nanti aku juga yang kena. Cukuplah apa yang Razlan dah kenakan aku masa kat rumah dia tadi nasib cepat aku larikan diri dari mak dia kalau tak entah apa-apa lagi yang dia cerita tak tahulah. Rasa malu aku masih berbekas dalam hati aku.
“Kalau Sya marahkan saya, saya minta maaf okey, sebenarnya takde niat pun nak sakitkan hati Sya, saya sekadar nak bergurau.” Ternyata Razlan masih lagi memancing aku untuk bercakap dengannya.
“Bergurau pun ada tempatnya, saya tak suka. Manalah tahu kalau keluarga Tuan salah sangka pada saya. Nanti apa pulak kata mereka tak pasal-pasal saya kena gossip pulak.” Aku meluahkan perasaan marah aku yang terbuku sejak dari tadi dah terlanjur Razlan buka jalan ni aku apalagi balunlah dia cukup-cukup tapi aku yakin lepas ni aku yang akan kena balik. Aku tengok jam dah lewat benar aku ni masuk pejabat, nanti apa pulak kata kawan sekerja aku. Hati aku dibalut rasa risau. Bertambah risau bila dilihat keadaan langit yang hitam semacam aje.
“Kalau Sya marah sekali lagi saya minta maaf, tapi apa yang saya cakap tu memang betul, saya suka pada Sya, tak salahkan. Satu hal lagi yang nak saya tekankan kat sini tolong jangan panggil saya tuan boleh, kalau Sya berkeras juga nak panggil tuan Sya akan saya denda.” Selamba aje Razlan mengeluarkan kata-katanya. Aku pulak yang terperanjat beruk mendengar kata dari Razlan. ‘kena denda’ apa buang tabiat pulak mamat ni, aku berkira-kira samada nak panggil ke tak tapi bila mengenangkan perkataan denda tu yang tak sedap tu, kepala hotak dia ni bukannya betul sangat.
“Awak jangan nak merepek pulak, saya kan dah bertunang tak elok kalau awak cakap macam tu, keluar ni pun saya tak minta izin dengan tunang saya tu dah kira satu kesalahan.” Aku menjeling kearah Razlan yang tersengih dari tadi.
“Tau takut.” Macam nak pecah perut Razlan menahan ketawa dia bila di dengarnya Sya membahasakannya ‘awak’ takut juga dengan ugutan aku ni.
“Takut apa pulak.” Aku keliru dengan ayat yang terkeluar dari mulut Razlan.
“Tu, Sya dah tak panggil saya tuan lagi, maknanya taktik saya menjadi. Apa yang Sya nak takutkan, Sya kan cuma baru bertunang belum kahwin lagi rasa-rasa saya ni masih ada peluang lagikan.” Macam kerang busuk aku tengok Razlan tersengih apa punya oranglah tak faham bahasa betullah. Aku pun malas nak berbual lagi. Aku ambil langkah untuk mendiamkan diri. Bercakap banyak dengan Razlan buat aku rasa sakit hati sangat. Masa aku solo dulu takde pun nak mengurat aku bila aku dah bertunang barulah nak pikat aku. Aku terfikir tentang tunang aku, ingat ke tunang aku pada aku. Entahlah aku sendiri pun tak tahu jawapan pada soalan aku ni. “Kalau saya ajak Sya datang lagi rumah saya, Sya nak tak” mamat ni tak habis lagi bercakap aku nidah malas sangat nak melayan.
“Tengoklah.” Jawapan yang pendek dari aku itu disambut dengan cebikan bibir dari Razlan. Tak puas hatilah tu. Razlan membelokkan keretanya menuju kederetan kedai. Keretanya di parking betul-betul dihadapan sebuah kedai buku Sinar Ilmu.
“Saya nak ke kedai buku kejab, Sya nak ikut atau nak tunggu kat sini aje.” Razlan keluar dari perut kereta.Ikutkan hati malas nak turun dari kereta biar Razlan aje yang pergi tapi baru aku teringat, aku tak beli lagi majalah APO? Bulan ni. Aku pun turun sama ke kedai buku. Mata aku meliar mencari majalah APO? Takkanlah dah habis kot. Nasib aku baik bila aku terjumpa majalah APO? Terselit ditengah-tengah buku lain. Sambil-sambil tu aku melihat buku lain. Terpandang novel Ramlee Awang Murshid, rasanya aku tak baca lagi buku ni. Aku membelek tajuk novel tu Cinta Sang Ratu. Yelah memang aku tak baca lagi nikan sambungan dari Bagaikan Puteri. Nasib baik aku turun kalau tak terlepas aku sambungan novel ni. Aku ke kaunter bayaran. Sesudah menjelaskan bayaran aku terus ke kereta. Aku mencari kelibat Razlan yang dah hilang dari pandangan aku. Sampai kat kereta aku nampak Razlan dah menunggu aku dalam keretanya. Macamanalah aku boleh tak perasaan yang Razlan dah keluar masa tu. Malunya aku.
“Lamanya Sya kat kedai, beli buku apa”
“Hmm...Sya beli novel dan majalah APO? Aku menjawab sambil lewa aje. Aku langsung takde mood untuk berbual. Cakap lebih nanti aku juga yang kena. Lebih baik diam aje.
“Hah! Majalah APO? Tak pernah dengar pun kalau novel tu okeylah.”
“Tu majalah kartun awak bukannya minat.”
“Awak ni Sya majalah kartun baca, cubalah baca buku yang mencabar sikit minda, tu pasallah minda awak tak terbuka.” Razlan membebel tak tentu butir sebab fokus aku tak kearah bebelan Razlan. Fikiran aku menerawang kearah lain. Sebaik aje kereta Razlan berhenti aku cepat-cepat keluar tanpa menunggunya walaupun telinga aku mendengar laungan dari Razlan. Lantaklah dengan Razlan, banyak lagi kerja yang aku nak buat. Aku memerhati jam di tangan aku. Sedar tak sedar dah pukul 5 .30 petang patutlah semua berkemas. Aku bangun sama naik dengan orang lain untuk balik. Aku capai beg tangan aku kemudian terus aku melangkah turun kebawah menuju ke perhentian bas. Lambatnya bas hari naik lenguh kaki aku menunggu. Aku berlegar-legar disitu sekadar nak kurangkan rasa lenguh kaki aku. Hari bas datang awal 5 minit. Lega sikit rasa bila dapat tempat duduk. Kalau tak berebut alamak tak dapatlah nak duduk. Sampai aje kat rumah rasa mengantuk yang menyelubungi aku hilang bilamana Ju memberi aku satu bungkusan yang berbunga. Aku membelek, takde nama pulak.
“Hari jadi aku lambat lagilah.”
“Bila masa pulak aku yang bagi.”
“Habis tu ni sape yang bagi, takkan Maria kot.” Ju hanya mengangkat bahu menandakannya tidak tahu. Heran bin ajaiba ni. Tak pernah-pernah aku dapat hadiah tapi hari ni dapat pulak ni. Aku cepat-cepat mengoyak sampulnya untuk melihat sapa pengirimnya. Waa....rupanya selendang. Ada kad lagi. ‘Untuk tunang tersayang’ aku membaca perkataan yang ditulis. Mat jiwang jugak tunang aku ni. Aku tersenyum. Ingatkan dah tak ingat kat aku. Tapi yang herannya alamat takde, nombor telefon jauh sekali. Agaknya orang halimunan kot. Aku naik ke atas dengan senyuman yang selebar boleh. Dah lama benar aku tak hubungi mak dan ayah aku. Aku capai telefon bimbit aku dan menekan nombor mak aku kat kampung. Lama menunggu barulah berangkat.
“Assalamualaikum....mak”
“Waalaikumussalam......Sya ke? Lama tak dengar berita merajuk ke dengan mak.” Aik! Mak ni macam tau-tau aje.
“Takdelah mak Sya sibuk sikit sekarang ni. Mak dengan ayah sihat?
“Alhamdulillah sihat. Bila Sya nak balik kampung?
“Tengoklah mak kalau ada cuti. Ayah kemana mak? Sunyi aje.”
“Ayak kau kemana lagi Sya, ke masjidlah. Tinggallah mak sorang-sorang kat sini. Sya dah makan ke?
“Dah mak, kawan belanja. Okeylah mak ye. Kalau ayah balik nanti sampaikan salam Sya pada ayah ye.”
“Yelah Sya nanti mak bagitau ayah kau. Haa...sebelum mak terlupa, baru ni ada pihak lelaki datang. Diorang nak percepatkan tarikh kahwin kau tu. Boleh ke? Soalan yang keluar dari mulut mak buat aku terkedu. Nak cepatkan tarikh. Biar betul. Aku kenal pun tak. Ini tak boleh jadi ni.
“Ye ke, kan hari tu dah janji setahun. sekarang Sya banyak kerjalah payah nak cuti. Mak cakaplah dengan diorang. Tolonglah mak.”
“Tengoklah kalau diorang setuju, kalau tak terpaksalah sebab dengan katanya tunang kau tu nak sambung belajar balik kat England jadi sebelum pergi diorang ingat nak buat majlis tu dulu.”
“Tolonglah mak ye. Sya minta sangat-sangat. Okeylah mak, nanti kalau ada masa saya telefon lagi. Kirim salam kat ayah ye. Assalamualaikum. Klik. Aku meletak telefon tanpa menunggu dengan lebih lama. Bukan tak nak cakap banyak dengan mak tapi aku tak nak soalan yang banyak keluar dari mulut mak tu buat aku tersasar jauh dari papan sasar. Aku bangun dari pembaringan lantas aku capai tuala dan menghilangkan diri dalam bilik air. Air yang mencurah keatas kepala aku buat aku rasa tenang dan hilang rasa tension. Asyik-asyik kena ikut cakap orang tua, cakap aku ni langsung tak laku. Alangkah bagusnya kalau aku dapat pilihan hati aku sendiri. Keluar dari bilik air, terdengar telefon aku menjerit, sapa agaknya. Jangan-jangan mak tak. Aku pantas mencapai telefon. Ni bukan nombor telefon rumah mak aku. Aku nampak nombor yang tak pernah ada dalam simpanan aku. Sapa pulak ni. Nak angkat ke tak nak. Baru nak cakap bunyi dah senyap. Ah! Biarlah mungkin orang salah nombor tak. Aku ambil baju tidur yang tergantung dalam almari. Siap pakai baju, telefon aku berbunyi lagi. Aku tengok nombor yang sama juga muncul kat skrin telefon aku. Sapa agaknya ye. Aku baru nak menjawab tiba-tiba senyap pulak. Biarlah. Tak berapa lama terdengar nada dering yang menandakan ada pesanan ringkas. Aku capai, aku tengok nombor yang sama.
Salam. Tgh wat apa tu? Esok hari minggu nak keluar
Mn2 tak?
Sapa pulaklah ni. Nak balas ke tak nak. Kalau balas pun bukannya rugi apa-apa pun. Lagipun kalau salah nombor dia bukannya nampak muka aku.
Jwp salam. Tgh lpk kat atas ktl. Hr mggu x klr
Nak rht kat rmh aje. Sapa ni?
Habis menaip aku cepat-cepat menekan menu send ke nombor tadi. Telefon aku pegang erat di tangan. Bukan apa nak tunggu balasan. Yes! Dia balas balik sms aku.
Tk sapa-sapa. Pmnt kot. Hr-hr jmp tkln dah
Lp kot.
Hari-hari jumpa, sapa ek. Hmm...lama aku fikir barulah aku dapat agak tak lain tak bukan Razlan. Macamanalah aku boleh tak fikir pasal dia. Kalau aku tahulah dia tak ingin aku nak balas sms dia, buat bazir kredit aku aje. Aku balas untuk yang ke penghabisan. Lepas aku nak offkan telefon aku.
Dh th dah. Razlan kan. Oklah Sya nk rht.
Slmt mlm.
Baru aje nak matikan telefon, satu sms baru masuk. Aku tengok nombor. Dah agak dah sapa. Cepat juga mamat ni balas sms aku. Aku buka dan baca.
Mrh ke? Sorilh gurau aje. Oklah saya tk nk kacau.
Slmt mlm. Mimpikan saya ye.
Aku tersenyum bila baca sms yang baru aku dapat. Perasan betul mamat ni. Eeii....apa kes aku nak mimpikan dia. Malaslah nak layan mamat ni. Heran jugak mana mamat ni dapat nombor telefon aku. Bila difikirkan balik, aku senyum sendiri. Mamat ni kan bos aku mestilah dia ambil dari borang kerja. Apa punya bengaplah aku ni. Aku offkan telefon. Layan diari aku lagi bagus. Aku capai diari aku. Sambil duduk meniarap aku menulis apa yang berlaku hari ini dalam diari aku. Malam ni takpelah nak tidur lewat sikit pasal esok hari minggu. Selesai menulis tekak aku rasa haus pulak. Ni kalau pekena milo panas ni best jugak. Tak tunggu lama aku turun ke bawah. Aku nampak tv masih lagi menyala tapi si Maria ni dah melayang ke alam lain. Membazir betullah. Aku ke dapur dulu sebelum mengejutkan Maria.
“Maria.....Maria....” aku menepuk lengannya yang sama saiz dengan peha aku. 2-3 kali aku tepuk barulah Maria membuka separuh dari matanya.
“Hmmm.....ada apa. Aku ngantuklah.” Maria memejamkan matanya kembali. Minah ni masih separa sedar rupanya.
“Kalau ngantuk tidur kat bilik bukan kat depan tv ni.” Aku duduk di sofa sambil menghirup milo panas yang berasap.
“Hmmm.....” dalam dok menjawab tu sempat lagi Maria terlena untuk kali kedua. Lantak kaulah dah tak kuasa aku nak mengejut dia ni. Tidurlah sampai pagi kat atas sofa. Aku berlalu naik keatas sambil menghirup milo yang masih berasap tu. Aku membuka jendela. Aku merenung ke luar jendela. Malam yang pekat dengan angin yang sepoi-sepoi buat aku rasa tenang. Dah lama aku tak hirup udara malam macam ni. Sekali sekala macam ni dapat buat aku melupakan sebentar tugas-tugas yang membebankan. Aku menutup jendela yang terbuka bila rasa sejuk menguasai diri aku. Mug yang kosong aku letakkan atas meja. Esok baru bawa turun ke bawah. Menguap beberapa kali buat mata aku sedikit berair. Bila mengantuk dah menguasai diri tanpa tunggu lama aku dah melayang jauh dari dunia realiti ini.
Razlan merengus bila lama di tunggu tapi takde balasan yang diterima. Baru aje nak seronok berbalas-balas sms dah senyap. Dia sendiri tak tahu kenapa suka sangat dia menyakat Syakilla. Dia tahu Syakilla tu tunang orang tapi kadang-kadang hati ni susah nak bertolak ansur. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia cepat-cepat mencapainya. Tapi sayangnya bukan dari Sya dari Linda. Hampeh betul.
Pagi sabtu yang indah ni buat aku jadi malas untuk bangun terlalu awal. Teringat janji untuk keluar berjogging dengan Maria tapi mata yang mengantuk kembali bertaut. Sedar tak sedar bila cahaya matahari merembes masuk dari balik jendela. Silaunya buat aku bangun dari tempat pembaringan. Aku mengeliat sambil menguap beberapa kali. Sesekali macam ni rasa seronok pulak. Yelah tak payah nak berkejar sana sini untuk ketempat kerja tapi kalau tak kerja mana nak dapat duit. Takde duit macamana nak makan. Aku turun ke bawah menjengah seketika di bahagian dapur. Aku nampak sesuatu di bawah tudung saji. Ada wap panas yang keluar dari tudung saji. Takkan ada makanan kot. Biasa tak pernah pun ada orang masak tambah pulak pagi-pagi macam ni. Aku membukanya. Waa....ada nasi goreng sama dengan air milo. Masih panas lagi. Aku menyedut bau yang begitu harum ni. Dah lama benar rasanya aku tak jamah nasi goreng buatan kat rumah.
“Kalau nak makan, makanlah tak payahlah nak hidu bau. Kau ni macam cerita P.Ramlee pulak main hidu-hidu bau.” Ujar Ju yang kebetulan masuk ke dapur.
“Sapa masak ni? Aku bertanya pada Ju sebab rasanya mustahil Ju yang masak. Biasanya Ju ni tahu makan aje. Tangan aku pantas aje mencedok nasi goreng.
“Kau agak sapa.” Aju Ju macam teka teki pulak. Aku kalau bab meneka ni yang malas sikit. Bukan apa kalau salah aku rasa sakit hati pulak.
“Ah! Tak payah teka tekilah dengan aku. Sapa yang masak? Tanya aku lagi. Ju tersengih dari tadi. Entah apa kena dengan minah ni pun aku tak tahu.
“Aku lah sapa lagi.” Ju dengan bangga menuding jari telunjuk ke arahnya sambil tersenyum manja. Macam nak kencing aku je minah ni.
“Ye ke? Macam tak caya aje, kau tahu masak ke? Aku mencebik bibir.
“Tengok oranglah.” Ju mencuit dagu aku lalu ke depan. Aku pun heran apa kena dengan minah ni. Dari tadi asyik tersengih-sengih aje. Aku ke depan dengan sepinggan nasi goreng dan juga segelas air milo yang masih lagi berwap.
“Cerita apa yang kau pasang ni Ju. Naik pening pulak aku tengok. Tukar tv lah aku nak tengok cerita kartun. Best sikit.” Aku menyuap nasi goreng. Hmmm.....sedap jugak minah ni masak.
“kau ni Sya takde cerita lain asyik kartun aje. Macamanalah otak nak berkembang.”
“Alah bukan selalu pun hari minggu ni lah aku nak layan kartun. Asyik kerja aje sekali sekala layan kartun seronok juga.”
“Ah! Malaslah. Ni hah cerita lagi best aku baru aje beli semalam.” Mata Ju masih lagi tertancap pada tv. Entah apa cerita pun aku tak tahu. Sekali dengar macam cakap siam tapi 2 kali dengar macam cakap tamil pun ada. Aku ke dapur membawa pinggan yang telah kosong. Tengah basuh pinggan aku terdengar suara orang memberi salam. Sapalah pulak yang datang hari-hari minggu ni. Hish...apalah aku ni tukan tetamu. Tetamu yang datang akan membawa kebaikan pada tuan rumah. Minta murah rezeki sudahlah dapatlah aku beli kereta. Apa pulak yang aku merepek ni. Aku dengar lagi takde bunyi apa pun entah-entah aku silap dengar kot. Alah Ju kan ada kat depan.
Ju menjawab salam, entah sapalah yang nak bertandang kat rumah ni pagi-pagi buta macam ni. Ju melangkah malas menuju ke muka pintu. Sebaik saja pintu dibuka Ju melihat satu susuk tubuh seorang lelaki yang sedang membelakanginya. ‘apalah salesman nipagi-pagi lagi dah datang kacau daun betullah’ gerutu hati Ju. Mukanya sedikit masam tapi masih cuba di maniskan.
“Cari sapa encik? Tanya Ju bila dilihat lelaki tu masih tak berganjak membelakanginya.
“Oh! Maafkan saya, Sya ada? Tanya lelaki tu.
“Laa....Encik Razlan. Ada. Masuklah.” Memandai aje si Ju ni pelawa Razlan masuk.
“Takpelah saya kat luar aje.”
“Sya ada orang cari.”
“Sapa” aku menjerit dari dapur.”
“Tengoklah sendiri.”
“Kau ni tanya sapa yang datang pun tak nak cakap, apa ke beratnya tulang kau ni.”
“Ye...haaa......awak buat apa kat rumah saya pagi-pagi ni.” Punyalah terkejut beruk aku. Beruk pun tak terkejut macam aku.
“Saja. Sebenarnya saya datang ni nak ajak korang keluar. Boleh?
“Tak naklah. Saya nak duduk rehat kat rumah aje. Terima kasihlah.” Mamat ni buang tabiat agaknya pagi-pagi buta datang rumah aku.
“Eh...nanti kejab, saya tak cakap nak ajak Sya tapi saya nak ajak kawan Sya. Boleh.” Razlan tersengih-sengih mengalahkan kerang busuk.
“Manalah saya tahu tanyalah diorang sendiri.” Eeeii.....geramnya aku. Aku berlalu masuk kedalam rumah. Aku nampak bukan main lagi Ju dengan Maria meloncat bila di ajak berjalan. Malas nak layan.
“Eh! Sya tak nak ikut ke?.”
“Tak payahlah dia kan dah bertunang mana boleh masuk group lagi.” Razlan menyampuk dari luar. Geram betullah aku dengar suara mamat ni. Tak sempat kita menjawab dia dah jawab.
“Kalau nak keluar cepatlah, aku nak tutup pintu ni.:
“Aikk...marah nampak.”
“Takde maknanya saya nak marah. Semoga bergembira.”
“Terima kasih. Kami pergi dulu.” Razlan melambai kearah aku. Lambaiannya buat aku rasa nak muntah. Uwekks..“
Hampir tengah malam baru diorang semua balik. Entah kemana diorang pergi jalan pun aku tak tahu. Aku hanya mengintai dari balik langsir, malas nak turun kan turun nanti aku jugak yang kena. Razlan tu otaknya bukannya betul sangat. Keesokkan harinya barulah aku tahu yang diorang semua tu pergi ke Port Dickson. Bukan main lagi diorang bercerita betapa sportingnya bos aku walhal diorang tak tahu macamana perangai di kat pejabat. Pagi-pagi lagi mak aku dah telefon. Kepala yang tengah serabut ni bertambah lagi serabut bila mana mak aku cakap pihak lelaki tak nak tangguh. Akhir tahun ni. Bermakna hanya ada 4 bulan saja lagi untuk aku menghabiskan kehidupan solo aku. Apalah nak jadi dengan aku ni pun aku tak tahulah. Bertunang tapi langsung tak kenal. Alih-alih nak kahwin. Hish...tak masuk akal langsung.
Sekarang ni aku dah jarang sangat nak layan kepala tak betul bos aku tu, dia nak kata aku ke, nak kenakan aku ke, nak buat apa ke buatlah aku dah malas nak melayan. Masalah aku lagi besar dari masalah diorang semua. Satu lagi masalah yang timbul bila sampai kat rumah aku, rumah aku dah macam kedai bunga. Boleh dikatakan hari-hari tunang aku hantar bunga tapi langsung takde apa-apa yang boleh aku contact sekurang-kurangnya nak juga ucapkan terima kasih. Mula-mula dulu aku risau jugak tapi sekarang ni aku dah kalis dah. Nanti bila dah habis duitnya takdelah hantar kat aku lagi.
Aku masuk ke dalam bilik Razlan untuk menghantar rekaan yang telah pun aku siapkan bersama dengan Johan. Biasanya Johan yang hantarkan tapi sekarang ni Johan tengah sibuk ada seminar kat Langkawi, itu pasallah aku terpaksa jugak mengadap muka mamat ni. Nasib mamat ni takde kalau tak....Masa nak keluar secara tak sengaja aku terlanggar satu failnya yang terletak penjuru meja. Aku cepat-cepat mengutip kertas-kertas yang berterabur sebelum Razlan masuk. Tengah mengemas tiba-tiba mata aku menangkap beberapa helaian kertas yang berupa resit pembelian buanga dari kedai Kucintaik Flower. Aik...rasanya nama kedai bunga ni sama dengan nama kedai bunga yang biasa aku dapat. Haa...takkanlah Razlan ni tunang aku. Tak mungkin...tak mungkin....mungkin kebetulan aje kot. Baru hari ni aku terfikir apa ye nama tunang aku. Aku cepat-cepat keluar dari bilik Razlan sebelum dia sedar. Sampai kat meja, aku masih lagi memikirkan pasal hal ni. Tak boleh jadi ni. Lantas aku menelefon emak aku untuk mendapat kesahihan.
“Mak, apa nama tunang saya mak?
“Kalau ye pun bagilah salam dulu. Assalamualaikum..”
“He..he..maaf. Waalaikummussalam.”
“Hah! Nak tanya apanya tadi.”
“Takdelah mak, saya ni nak tanya apa nama tunang saya.”
“Hai...dah hampir nak kahwin baru nak tanya nama tunang kau. Kau ni Sya kalut betullah. Kalau tak silap mak namanya Hakimi. Puas hati.”
“Hakimi? Takpelah mak. Kirim salam kat ayah ye.”
“Yelah. Jaga diri baik-baik.” klik...
Hakimi. Jadi tunang aku namanya Hakimi. Tapi resit yang aku jumpa tu pulak macamana hah. Hish...pening kepala aku. Makin berserabut pulak jadinya. Ah! Lantaklah. Malas nak fikir. Biarlah dengan sapa pun janji dia baik sudah. Petang tu Razlan dengan baik hatinya nak hantar aku balik. Mulanya aku tak nak tapi bila fikir balik aku nak korek sedikit rahsia aku pun terima pelawaannya.
“Hmmm......saya nak minta cuti 2 minggu boleh tak.” Aku memecah kesunyian dalam kereta.
“Nak buat apa lama sangat.”
“Nak buat persiapan untuk majlis kahwin saya.”
“Ooo....tapi jangan lupa pulak ajak saya.” aku tengok dia selamba aje. kepala terhangguk-hangguk dengar lagu Agnes Monica.
“Tapi....
“Tapi apa. Awak ada nak cakap apa-apa ke? Yes! Razlan dah buka jalan untuk aku.
“Sesekali kan saya rasa macam nak batal aje.”
“Hish...kenapa pulak. Awak bergaduh ke?
“Takdelah. Tapi saya langsung tak kenal tunang saya tu. Entah pendek ke, tinggi ke, hitam ke, putih ke, merah ke, saya langsung tak boleh nak bayangkan. Apa pendapat awak?
“Alah tak payah susah. Tunang awak tu hensem orangnya. Tak hitam tak putih kata orang sedang-sedang.” Selamba aje Razlan ni bagitau kat aku. Rasanya aku dah sampai pada matlamat yang aku cari.
“Aiikk... confident. Kenal ke?
“Kenal tu taklah. Kalau dah awak sendiri tak kenal macamana pulak saya nak kenal. Habis tu takkanlah orang tua awak nak cari yang tak senonoh untuk anaknya. Betul tak?
“Saya tak cakap pun itu pilihan keluarga saya. macamana boleh tahu lagi.” Aku sedikit tersengih sambil memandang wajahnya untuk melihat perubahan air muka Razlan tapi hampeh. Mamat ni aku nampak cool aje. macam takde apa-apa aje. Agaknya aku aje yang curiga melampau kot.
“Dah awak jugak cakap yang awak tak pernah kenal dengan tunang awak tentulah itu pilihan orang tua awak. Apa punya bengaplah awak ni. Itu pun tak boleh nak fikir.” Sedap aje dia kutuk aku. Tapi betul jugak kan.
“Okey kita dah sampai. Tentang hal tu tak payah risau sangat. Awak kalau ada masalah muka tu langsung tak berseri. Saya tengok pun naik rimas. Oh! Ya esok jangan lupa hantarkan borang cuti awak. Kalau lambat saya tak luluskan permohonan cuti biar meraung tunang awak tunggu awak balik.”
“Yelah. Terima kasih sebab hantar saya balik.” Dalam pada tu sempat lagi kenakan aku. Aku melangkah malas masuk kerumah.
Mulai hari tu aku dah tak fikir pasal tu lagi. Lantaklah dengan sapa aku nak kahwin. Aku buat kerja macam biasa. Tak sangkakan sedar tak sedar hanya tinggal 1 minggu lagi tarikh aku akan dikahwinkan. Rasa macam mimpi pulak. Aku pun dah start cuti sebelum tu aku dah bereskan semua kerja aku. Aku ajak Ju dan Maria balik sekali tapi minah 2 orang ni pulak tak boleh cuti. Lagi 2 hari baru nak datang. Boring betullah. Sekurang-kurangnya aku ada jugak kawan nanti. Aku sampai kat rumah aku nampak semua persiapan dah dibuat. Aku ni namanya nak kahwin tapi satu apa persiapan pun aku tak buat. Semuanya mak aku yang buat. Bukan tak nak buat tapi takde semangat. Biarlah mak aku yang buat dah dia sibuk sangat nak menantu tak sempat-sempat. Tugas aku hanya merayau-rayau melihat orang buat kerja. Kejab kat atas. Kejab kat penanggah. Kejab masuk bilik, kejab kat dapur tengok kaum ibu menyiapkan bahan-bahan memasak, kejab aku ke bilik air. Itu ajelah kerja aku sampailah Ju dan Maria datang. Masa tu barulah aku ada kawan nak bercakap.
Hari yang ditunggu pun tibalah. Aku dah separuh mengigil ni. Rasa nak pengsanlah, rasa nak kencinglah, rasa nak gila pun ada. Tangan aku sejuk, pucat tak berdarah. Aku memegang tangan Ju sambil Maria melihat keluar. Majlis akad nikah dah selesai.
“Hei...hei..sedia cepat. Pengantin lelaki dah nak masuk ni.” Maria separuh menjerit kearah aku. Apa harus aku buat ni hah. Tangan aku dah separuh basah dengan peluh tu tak campur lagi dengan peluh yang meleleh kat muka aku ni. Habislah mekap aku.
“Hah...masuklah. Nak minta laluan sikit ye sebab pengantin nak sarung cincin ni.” Terdengar suara mak aku. Aku tak mampu nak angkat muka aku. Takut pulak rasanya.
“Assalamualaikum.....saya Razlan Hakimi boleh tak hulurkan tangan tu cik Syakilla.” Aku menjawab salam tu tapi suara macam pernah dengar aje. aku angkat muka aku. Ya! Allah rupanya.....Aku pandang Ju dan Maria. Bukan main lagi diorang senyum sambil angkat tangan. Hmmm...terkena lagi aku ni. Apa pun aku gembira sebab aku kenal sangat dengan tunang aku ni. Oppss...dah jadi suami aku pun.

SECARIK HARAPAN,,

SECARIK HARAPAN


Setiap petang lepas habis aje kerja aku ambil masa untuk rehatkan otak aku sambil berjalan keliling kampung, bukan apa saja untuk hirup udara yang segar tapi yang paling aku tensen bilamana tiap kali aku berjalan semua orang asyik memandang aku macamlah aku ni tak punya hidung ataupun aku ni berjalan pakai tangan kot itu pasallah diorang tengok aku macam alien aje. Entah-entah diorang pandang aku ni terlalu hensem kot he..he..he.. jangan marah.
Aku lebih suka berjalan ditempat yang takde orang sebabnya rimaslah kalau orang asyik pandang-pandang aje. Sampai kat satu simpang aku belok kearah dusun Pak Mamat ada kebun kat sana best ada sungai bolehlah aku layan blues selamanya kat sana. Sampai aje kat tepi sungai aku nampak ada 2-3 orang yang tengah mandi, aku belum lagi cari tempat nak duduk diorang ternampak aku apalagi terjerit-jerit macamlah aku ni nak mengintai sangat diorang tengah mandi. Mereka ingat aku ni takde kerja lain ke selain mengintai orang walaupun aku ada jugak buat tapi bukan selalu. Aku pun malas nak tunggu lama kat situ lantas aku pun blah dari situ.
Lepas aje aku beredar dari situ aku pergi ke dusun Pak Mamat ada kebun, seronok jalan dalam kebun tambah-tambah sekarang ni sedang musim buah aku apalagi tak lepaskan peluang yang dah ada depan mata. Telinga menangkap bunyi kicauan burung ah! Sungguh merdu sekali, aku pandang sekeliling untu cari arah suara burung tapi lain yang dicari lain pulak yang aku dapat, aku ternampak satu tangkai buah rambutan yang dah masak ranum merah menyala warnanya meleleh air liur aku dibuatnya, aku pun apalagi zupp!!! Dah atas pokok aku ni tak sangka yang aku ni boleh memanjat dengan begitu hebat sekali. Aku terfikir samada aku harus ambil ataupun tak sebab ayah aku ajar jangan mencuri kalau nak benda orang kena minta, dalam dok berfikir rupanya aku dah patahkan tangkai buah rambutan tu habis tu nak tunggu buat apa ngap ajelah, hmm....sedap sungguh syok habis aku makan, sampai meleleh air ketiak aku makan buah rambutan. Mata aku meliar jugak pandang keliling bukannya apa takut kalau tuan punya buah ni datang, habislah aku. Dan ternyata ramalan aku tu benar belaka bilamana belum sempat aku habiskan buah yang terakhir tuan punya pokok ni dah datang bala ni.
“Ooii....beruk!! kau mencuri ye, lebih baik kau turun kalau tak aku lastik kepala kau ni.” Pak Mamat ada kebun mengacu-acukan lastik yang dah siap ada batu kearah aku. Takut campur berani aku pun turun.
“Apa ni Pak Mamat, saya bukannya mencuri saya cuma ambil aje lagipun saya tengok buah tu dah masak sangat, dah tu pulak siap panggil saya beruk lagi mentang-mentanglah saya ni hebat panjat pokok Pak Mamat cakap saya macam tu, tak rocklah macam ni.” Aku mengomel sendiri tanpa sikit pun aku tak pandang wajah Pak Mamat ada kebun tu bukannya apa misai dia yang melintang buat aku kecut perut aje.
“Rock kepala hotak kau, hei aku tak heran dengan kau punya kepandaian panjat pokok tu yang paling aku tak suka sekali orang mencuri tak kiralah buah aku ke buah orang lain ke yang pastinya aku tak suka orang mencuri dan orang yang suka mencuri itu dipanggil beruk atau kera sebab mereka semua tu tak pernah minta kalau nak kan sesuatu faham!!!!” panjang betul syarahan Pak Mamat, pening aku.
“Saya faham Pak Mamat” Aku mengangguk kepala aku.
“Lain kali kalau kau nak minta jangan suka-suka nak ambil macam tu aje hah, faham tak ni tersengih-sengih aku hempuk kepala tu baru tau.”
“Yelah, yelah Pak Mamat, saya minta rambutan ni, saya blah dululah Pak Mamat.” Aku berlalu dari situ sambil melemparkan kulit rambutan ke arah Pak Mamat apalagimelentinglah orang tua tu.
“Kurang ajar punya budak, aku bagitahu ayah kau nanti Mat Yeh, kau tengoklah nanti.
“Blahlah Pak Mamat ingat saya takut ke, tak heran sikit pun.” Aku berlalu dari situ dan Pak Mamat hanya mampu mengelengkan kepalanya yang dah sedia teleng. Tak puas hatilah tu. Aku pun berjalan pulang ke rumah dalam perjalanan aku berselisih dengan Milah, aku cuba control hensem tapi Milah sikit pun tak pandang muka aku tapi dia lebih suka pandang kearah lain, teruk sangat ke aku ni menyampah betul.
“Hai, sorang aje ke? Aku cuba menyapa Milah yang memang sombong orangnya dan aku tahu Milah akan jawab dengan nada yang aku paling tak suka.
“Habis tu takkan berdua kot, buta ke apa?” Milah menjeling aku ala-ala siti menjeling Dato’ S.M.Salim dalam lagu pandang-pandang jeling-jeling gitu, aduh bisanya.
“Amboi kasarnya bahasa, abang tanya sikit pun tak boleh ke?”
“Apa? Abang, hei! bila masa mak saya beranakkan awak, cerminlah muka tu sikit, ptuiii..” milah berlalu selepas meludah air kahaknya yang aku sendiri tak tahan dengan baunya agaknya dah berapa hari tak gosok gigi harap muka aje lawa tapi mulut busuk. Takpe, takpe Milah kau sombong dengan aku mentang-mentanlah rumah aku takde cermin kau suruh aku beli cermin ingat aku tak mampu nak beli ke? Aku berlalu dari situ dengan hati yang berdongkol, sampai kat rumah aku hempaskan badan aku kat atas katil nasib tak patah katil aku maklumlah katil buruk.
“arghh....benci aku.” Aku menjerit sepuas-puasnya macam tarzan dalam hutan aje.
“Ooiii.... kau gila ke apa hah terjerit-jerit macam beruk sarkas , dah lama hidup ke ? aku pelangkung baru tahu.’
“Sorrylah ayah,saya tengah bengang ni.” Aku menghampiri ayah aku yang sedang membelek jerawat kat jendela dunia eh! Silap jendela tingkap, dah tua-tua pun nak melawa lagi.
“Bengang pasal apa pulak, cakap dengan ayah manalah tahu kot-kot ayah boleh tolong.” Pak Leman langsung tidak memandang muka anaknya kerana begitu asyik memicit jerawat di mukanya.
“ayah, tolong pinangkan Milah untuk saya.” Aku tersengih mengharapkan simpati dari ayah aku.
“Hisshh.....kau gila ke apa, Milah kan dah nak bertunang, kau jangan nak cari pasal pulak Mat Yeh.” Pak Leman membeliakkan biji matanya yang sememangnya dah terbeliak akibat angin ahmar setahun yang lalu, Pak Leman masih tak percaya anaknya sanggup mengeluarkan permintaan yang langsung tak masuk akal.
“Saya suka Milah ayah, saya tak boleh nak buat apa-apa tanpa Milah ayah, ayah taukan Milah tu ratu kat kampung ni walaupun hanya ratu kuih lapis tapi dia comel ayah kuih yang dia buat pun sedap ayah.”
“Itu ayah tau, ayah pun suka makan kuih lapis dia tapi yang jadi soalnyaMilah dah nak bertunang, alah cari aje orang lain lagipun kau tu bukannya padan dengan dia, dia anak ketua kampung kau tu apa ada kan ayah cakap kau kecik hati pulak lagipun......
“Dah, dahlah ayah kalau setakat ayah nak ungkit-ungkit pasal keturunan saya baik lupakan aje hajat ayah tu sebab saya tak nak dengar sikit pun, kecik hati saya tau nampak sangat yang selama ni ayah masih tak dapat nak terima kehadiran saya dalam hidup ayah.” Aku berlalu dari situ duduk kat tempat lain boring duduk kat ayah aku asyik nak mengungkit aje kerjanya takde kerja lain.
“Kau ni kan memang bagus, ayah tak sempat cakap lagi kau dah tau, memang bijak kau ni tak sia-sia aku ambil kau jadi anak angkat aku, memang bijak dahlah kau fikirlah sendiri masalah kau ayah taknak masuk campur sebab ayah nak ke kedai.”Pak Leman berlalu dari situ meninggalkan aku sendirian kat rumah ni.
“Kurang asam punya ayah tak boleh nak minta tolong sikit. Takpe, takpe, aku boleh buat sendiri kalau ayah aku tak nak buat.”
Malam tu aku ke surau, lepas isyak aku pulang kerumah berasingan dengan ayah sebab aku nak menikmati keindahan alam waktu malam, aku nak tengok bulan, bintang, matahari eh! Matahari mana keluar waktu malam apalah aku ni dah tua-tua pun bodoh. Detik hati aku sendirian, nak tengok Milah, he..he..he..Milah selalu mandi waktu malam dan bukan salah aku kalau aku tengok Milah mandi, salah Milah lah sapa suruh dia mandi waktu malam. Aku berjalan perlahan-lahan kearah bilik mandi milah yang hanya berdindingkan zink yang dah berlubang-lubang nama aje tok ketua tapi bilik air ya Allah, jamban aku lagi cantik. Lepas cari port yang sesuai aku mengintai, syok tengok Milah mandi macam itik aje.
“Cantiknya Milah ni kalau aku.....
“Paappp...” belum sempat aku habiskan ayat yang seterusnya belakang aku terasa sakit aku berpaling ingatkan nyamuk rupanya bapak nyamuk
“Eh! Pak Jais, buat apa kat sini? Haaa... nak mengintai ye, dahlah Pak Jais hentikanlah tabiat buruk ni biar saya sorang sudahlah Pak Jais, Pak Jais baliklah nanti kalau orang kampung tengok nanti buat malu aje.” Chewah dalam tersengih-sengih macam kerang busuk sempat pulak aku bersyarah pada Pak Jais macam ustazlah pulak rasanya.
“Ooo.... suruh aku balik, sepatutnya aku yang tanya kau buat apa kat sini, takde kerja lain ke selain mengintai anak dara orang.” Pantas aje Pak Jais menonyoh kepala aku, aku memang pantang aku kalau orang tonyoh kepala aku ayah aku tak pernah buat macam tu.
“Pak Jais jangan nak main kasar dengan saya pulak, saya mengintai anak dara orang bukan anak dara Pak Jais , jangan nak perasanlah.”
“Ooo... anak dara orang, cuba kau fikir sikit soalan cepumas ni, Milah tu anak sapa?
“Anak dara ketua kampung.” Yes dengan bangga aku menjawabnya
“Tau pun kau, habis tu ketua kampung ni sapa namanya?
“Ketua kampung tu Pak Jais lah itu pun tak tahu diri sendiri apa daaa...,” alamak! Pak Jais? Macamana aku punya bangang boleh tak perasan ni, apa yang aku nak buat ni hah, kantoi macam ni.
“Tau takpe, habis tu Pak Jais tu sapa?
“he..he..he..Aku tak tahu apa yang nak dibuat lagi zuppp! Aku menghilang dari pandangan Pak Jais mengalahkan larian Clark Kent. Habislah aku kali ni, aku sampai kat rumah dengan peluh yang melimpah-limpah hampir separuh baju aku basah kerana peluh. Fuh...fuh...oksigen, oksigen. Tak lepas nyawa aku dibuat oleh Pak Jais, aku duduk di pangkin bawah pokok mempelam, aku tak sudah-sudah menyumpah diri aku, apa punya banganglah otak aku macamana aku tak terfikir yang Pak Jais tu ayahnya Milah, parah aku kali ni.
“Oooiii “ satu sergahan yang kuat dari belakang hampir nak tercabut jantung aku dahlah aku baru aje lepas buat salah.
“Opocot..... mak kau” Akibat sergahan yang kuat aku terduduk atas tanah habis kotor seluar aku.
“Laa... ayah rupanya ingatkan sapa tadi kuss...semangat saya, lain kali janganlah sergah saya macam ni boleh sakit jantung saya kalau macam ni selalu.”
“Yang kau ni terkejut sakan ni apahal kau mengendap lagi ke?” Aikk...macam tahu-tahu je ayah ni bela hantu raya ke.
“Mana ada.”
“Kau kemana tadi orang dah lama balik masjid tapi kau tak juga sampai-sampai, ni satu lagi yang ayah musykil sangat-sangat, hujan takde ribut takde yang baju kau basah ni apahal.?”
“Bukan hujan ayah peluh sebab saya lepak kat kedai kopi tadi tak sedar dah lewat sangat itu pasallah saya berlari balik takut ayah tunggu pulak.”
“Boleh percaya ke kau ni, ayah tengok lain macam je peluh kau ni.”
“Ah! Tak percaya sudah, ayah duduklah sini sorang-sorang, saya nak masuk kedalam penatlah nak tidur.” Aku berlalu masuk kedalam bilik tidur, lepas tanggal baju aku terus baring kat atas katil yang dah reput ni sambil berfikir tentang esok, kalau Pak Jais buat cerita esok habislah aku, risau betullah, dalam dok berkira=kira aku terlelap jugak akhirnya.
Pagi itu aku dikejutkan oleh suasana yang sungguh bising, apalah diorang ni kalau nak mesyuarat ke apa ke pergilah kat lain datang sini buat apa bising aku nak tidur pun tak boleh, tapi cara suasana yang bising tu lain macam je aku dengar tapi ah! Lantaklah.
“Leman! Oo...Leman! turun kau! “ Pak Jais menjerit dari tengah laman dengan di kelilingi oleh beberapa orang kampung.
“Ya..ya.. nanti kejab.” Terkial-kial Pak Leman membuka pintu sambil mengulung kain pelikat yang terlondeh tu.
“Ooo..Tuk Ketua, heh! Ramai-ramai nidatang apahal, aku tak buat kenduri pun hari ni lain kali ajelah korang datang.” Pak Leman bertanya sambil duduk di tangga rumahnya.
“Kau jangan nak loyar buruk dengan aku pagi-pagi ni aku takde masa nak layan kau, kau panggil anak beruk kau tu turun sini.” Marah Pak Jais memang tak dapat dibendung lagi aura yang keluar dari mukanya dah menunjukkan betapa kemarahannya memancar keluar cuma tunggu masa aje, Pak Jais menjerit lagi sambil mencekak pinggangnya.
“Ewah! Ewah! Sedaaaaap.... aje mulut kau mengata anak aku,kalau ye pun kau marah anak aku tapi janganlah sampai tak beradat langsung, anak aku tu ada nama tau.” Pak Leman bingkas bangun, bengang bila ada orang mengata pasal anak dia.
“Kalau bukan beruk aku nak panggil apa, kau tahu apa yang anak kau dah buat semalam, tu hah malam tadi aku tangkap dia tengah syok dok mengintai anak aku tengah mandi, tak ke beruk namanya mengendap anak orang, tengah mandi pulak tu.”
“Kalau ye pun dia mengendap tak boleh ke nak bertolak ansur sikit, lagipun bukannya luak pun tak jadi kudis pun.”
“Luak tak luak aku tak kira, kali ni aku bagi amaran kalau sekali lagi aku jumpa dia taulah aku apa aku nak buat, kau ingat Leman kalau kau tak boleh nak ajar anak kau tu biar aku yang ajarnya, faham!! Dah semua mari kita balik.” Pak Jais dan orang kampung pun berlalu dari situ dengan perasaan yang masih lagi marah, bengang betul Pak Leman dibuatnya.
“Nak kena budak ni suka sangat malukan aku, nanti kau.” Detik hati Pak Leman. Pak Leman meluru masuk kedalam bilik anaknya, ditengok anaknya masih lagi terbungkang tidur itu yang menambahkan lagi sakit hati Pak Leman , celaka punya budak, nah! Ambik ni satu sepakan penalti dikenakan pada Mat Yeh.
“Adoiiiii..... apa ni ayah, sakitlah.” Aku mengeliat macam nak patah tulang pinggang aku.
“Ooo.... tau sakit ye, hei sesakit sakit kau sakit lagi hati aku ni tau, yang kau pergi mengendap anak orang tu kenapa dah takde kerja lain ke, patutlah semalam macam kena kejar dek hantu rupanya ini kerja kau ye. Eeii...kalau ikutkan hati aku mau mati kau aku kerjakan sakit telinga aku bila orang kampung kata aku ni tak pandai ajar anak, apa selama ni aku ni buta ke sampaikan orang cakap aku macam tu, sampai hati kau Mat Yeh malukan ayah macam ni, mana ayaha nak letak muka ayah ni lagi.” Pak Leman menjeling anaknya sambil mengesat air mata yang tumpah selepas sekian lama di tahan bukan apa malu jugak kalau orang nampak dia menangis, perasaan marahnya begitu meluap-luap mengalahkan gunung berapi Pinatubo yang hanya menunggu masa untuk meletup aje tambah-tambah pulak bila nampak anaknya buat muka bodoh aje.
“Alah ayah, bukannya luak pun, saya cuma tengok aje, lagipun dari hari tu lagi saya suruh ayah pinangkan Milah, ayah tak nak, jadi terpaksalah saya mengintai Milah lagipun salah ayah yang tak nak buat semua ni.”
“Ewah! Ewah! Cantiknya kau punya muka, kau yang buat kerja yang tak berfaedah sekarang kau tuduh ayah pulak, kau memang anak yang tak berguna, menyesal aku bela kau. Lagipun untuk pengetahuan kau Milah tu dah nak bertunang takkanlah kau nak bermadu pulak dengan bakal suami si Milah tu, tak sesuai langsung cubalah cari inisiatif yang lebih berfaedah, dah lalu situ aku nak ke kebun, nantikan kalau kau nak pergi panjat kelapa jangan lupa pulak nak kunci pintu tingkap dan jangan pulak buat hal yang tak tentu pasal siap kau kalau ada orang mengadu pasal kau lagi.” Pak Leman berlalu dari situ sambil menyorong basikal tuanya. Mat Yeh hanya memerhati kelibat ayahnya yang semakin jauh. Ah! Hari ni aku malas nak pergi kerja, kalau ayah marah pun nasiblah. Hari-hari kerja tak kaya jugak, lebih baik aku sambung balik tidur aku yang tertunggak tadi. Detik hati Mat Yeh.
Dah beberapa minggu peristiwa tu berlaku, kampung aku ni dah reda sedikit pasal aku, suasana kampung sunyi sepi sesekali tengok macam kena serang garuda aje tapi bukannya kapal terbang garuda Indonesia tapi burung garuda, alah burung besar yang hidup zaman dulu-dulu tu, mak bapak korang pun pernah cerita pasal ni masa korang kecik-kecik dulu. Sekarang ni aku pun dah tak heran dengan kesombongan Milah tu, setakat ratu kuih lapis aje takde kelass gitu, nenek aku lagi lawa. Nasib nenek aku dah mati kalau tak sure nenek aku kalah punya sebab Milah lagi lawa, jangan marah aaa...
Satu petang tu kampung aku dikejutkan oleh satu berita yang sungguh sensasi lagi terkini, Milah putus tunang. Semua orang terkejut dan sedih rasa macam tak percaya aje, aku pun tumpang sedih tapi bukanlah sedih sangat cuma pura-pura sedih walhal dalam hati aku rasa nak bergolek, nak melompat semuanya ada gembira sangat rasanya hati aku ini bermakna aku ada can. Yabedabedu........Aku berlari pantas menuju kerumah. Larian aku mengalahkan larian Watson Nyambek, tak sampai 0.01 saat aku dah sampai kat rumah.
“Ayah....oooo...ayah.” dalam tercungap-cungap aku menjerit panggil ayah aku, hish apa punya pekaklah orang tua ni, aku berlalu kearah belakang rumah tapi takde jugak kemana saja orang tua ni pergi.
“AYAH!!!!.... “dah mengalahkan tarzanlah pulak.
“Ayah kat sinilah, yang kau menjerit macam kuat sangat ni kenapa kau ingat ayah ni pekak ke?”
“Ayah ni saya menjerit bagai nak rak, macam nak keluar anak tekak saya, ayah duduk sini boleh buat dek aje.” Mat Yeh duduk disisi ayahnya yang sedang leka meraup lidi dibawah rumahnya.
“Hah! Ada apa yang jeritkan tu, mengalahkan tarzan pulak.”
“Ayah, ayah tau tak Milah dah putus tunang, seronoknya saya.”Aku menyengih untuk ke seratus kali.
“Biarlah dah takde jodoh dia nak buat macamana, yang kau ni seronok sangat tu kenapa, tak baik tau ketawakan orang tambah-tambah dalam keadaan macam ni.” Pak Leman mengeleng kepalanya tak puas hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh anaknya itu.
“Apalah ayah ni, ayah kan tau saya ni syok gila dekat Milah hah masa nilah ayah pergi pinang Milah untuk saya, bolehlah ayah, please...” Mat Yeh menarik-narik tangan ayahnya menagalahkan budak-budak yang terencat akal lagaknya.
“Kau gila apa, budak tu baru aje putus tunang takkan kau nak suruh ayah pergi pinang dia pulak, tak pernah dibuat orang, lagipun kesan kemarahan Pak Jais pada ayah masih berbekas tau, kau jangan nak malukan ayah lagi cukuplah kes hari tu, dah lalu dari situ malas aku nak layan kerenah kau yang ntah apa-apa tu.” Pak Leman menepis tangan Mat Yeh dan naik keatas rumahnya sambil diekori oleh Mat Yeh yang masih mengharapkan simpati daripada ayahnya.
“Ayah, tolonglah kali ni aje, kalau ayah tak nak pergi saya lari dari rumah biar ayah tinggal sorang kat rumah baru tau.” Mat Yeh cuba menggunakan kaedah ugutan lepas apa yang di rayu tidak mendapat tempat di hati ayahnya.
“Nak lari ? kau biar betul Mat Yeh.”
“Hah tau takut.”
“Sapa kata ayah takut, ayah lagi suka sekurang-kurangnya taklah habis beras kau tu pun bukannya mernyumbang apa-apa kat rumah ni. Pergilah kalau pemergian kau tu akan membawa kebahagian pada diri kau Mat, ayah tak kisah.” Pak Leman tersenyum sebab dia tahu anaknya itu takkan berani lari lagipun duit pun takde nak lari apa.
“Apa ni ayah, yelah,yelah saya gurau aje janganlah marah, tapi saya minta tolong kali ni je ayah, tolonglah sapa lagi yang boleh saya harapkan selain daripada ayah saya yang paling best kat dalam dunia ni.”
“Ooo...kau mengampu ayah nampaknya, hmm.....tengoklah dulu nanti ayah fikir dulu kalau ayah rasa muka ayah ni masih tebal bolehlah ayah pergi jumpa dengan Pak Jais kau tu.”
“Betul ke ayah, eee.....bestnya, saaaayang ayah.”
2 hari telah berlalu Pak Leman masih teragak-agak dengan apa yang nak dilalkukan itu tak diturut takut anaknya lari walaupun dia tahu anaknya takkan berani lari. Kadang-kadang tu rasa kesian pulak maklumlah hanya itu aje anak yang aku ada. Selepas berfiki dengan dengan agak lama Pak Leman lantas bangun dan menyarung baju pagodanya yang sudah terlalu kusam warnanya. Pak Leman turun kebawah sambil menyorong basikal tuanya yang tua sebelum waktunya itu menuju kerumah Pak Jais. Hati Pak Leman rasa tak sedap aje, rasa berdebar-debar dup..dap...dup...dap...takut pulak rasanya. Dalam dok berkira-kira tu akhirnya kayuhan Pak Leman sampai jugak kat rumah Pak Jais.
“Fuh...fuh....ambil sedikit oksigen buat semangat.” Detik hati Pak Leman.
“Assalamualaikum..........”
“Waalaikummussalam....siapa tu.” Kelihata kepala Pak Jais terjonggol dari balik pintu yang tertutup cuma sebelah.
“Oooo....kau Leman ,hah apahal kau datang sini tak ke kebun kau hari ni ?” sapa Pak Jais lagi sambil turun ketangga yang penghabisan lantas bersalam dengan Pak Leman yang berpeluh hampir seluruh badan.
“Pergi, petang sikit, cuma kebetulan aku lalu kat sini singgahlah kejab lagipun aku ada hal sikit nak bincang dengan kau.” Tergagap-gagap Pak Leman meluahkan apa yang terbuku dalam hati dia.
“Ada hal nak bincang, hal apa?” muka Pak Jais dah lain macam aku tengok, kening pun dah terangkat-angkat macam Ziana Zain, muka pun dah berkerut seribu, perasaan takut kembali menyerbu dalam diri Pak Leman, ah! Biarlah baik aku berterus terang aje terima atau tak itu belakang kira.
“Anak aku....hmmm....dia....
“Dia nak apa?” Jerkahan Pak Jais yang kuat menyebabkan basikal tua Pak Leman terbalik fuh! Hebat sungguh aura yang dikeluarkan oleh Pak Jais.
“Anak aku dia nak pinang kau...
“Nak pinang aku, nak pinang aku buat apa?” Pak Jais mencekak pinggangnya yang tak ramping mana. Alamak! Macamana boleh tersasul pulak, setan betullah ini semua Mat Yeh punya pasal tak pasal aku yang kena.
“Tak...tak maksud saya Mat Yeh suruh aku pinangkan Milah untuknya, sebab dengan kata Milah dah putus tunang.”
“Apa? Nak pinang Milah, kau ni buat kelakarlah Leman.” Nampaknya suara Pak Jais sedikit kendur mungkin jugak ada harapan, akhirnya kau berjaya juga Mat Yeh.
“Ya betul saya nak pinang Milah dan saya bukannya buat kelakar apa-apa pun ini memang betul, kau macamana setuju ke Jais?”
“Kau ni kan Leman, kalau aku cakap kau kecik hati tapi kalau aku tak cakap aku pulak yang rasa sakit hati, macam nilah walaupun Milah dah putus tunang tapi tak semestinya dia nak kahwin dengan anak kau, sekalipun Milah nak kahwin dengan anak kau aku yang masih hidup bernyawa ni takkan izin Milah kahwin dengan anak kau, aku masih waras lagi Leman, macam nilah Leman, kau balik, kau tengok dan perhatikan anak kau tu betul-betul, layak ke dia dengan anak aku, dah lah pergilah balik dah tua-tua macam ni aku malas nak bergaduh dengan kau.” Habis aje berkata-kata Pak Jais pun blah dari situ dengan senyum sumbing tanpa menghiraukan sedikit pun pada Pak Leman yang tengah bengang. Muka Pak Leman dah mula berpetak-petak macam biskut jagung dengan ketebalannya yang tidak dapat diukur akibat menahan malu yang teramat sangat. Selama ni Pak Leman tak pernah dimalukan oleh sesiapa tapi kali ni hatinya rasa sakit yang teramat sangat. Sampai hati kau Jais.
Sampai di rumah Pak Leman menyorong basikalnya di bawah rumah kemudian Pak Leman melabuhkan punggungnya di pankin bawah pokok rambutan, macam-macam yang di fikirkan oleh Pak Leman. Dalam dok berfikir tu tiba-tiba anaknya Mat Yeh datang dengan sengihannya yang membuat hati Pak Leman masih terbakar hangus. Rasanya mahu saja dihempuk dengan batu aje. Kerana dia lah tak pasal-pasal aku diburukkan oleh Leman.
“Macamana ayah, Pak Jais terima tak.” Mat Yeh mengoncang-goncang tubuh ayahnya rasa bergegar seluruh kepala. Pak Leman diam aje, malas nak melayan pertanyaan bodoh dari anaknya itu. Dia perhatikan betul-betul anaknya, sedalam-dalamnya dan juga semasak-masaknya. ‘ya betullah kata Pak Jais anak aku memang tak layak untuk anaknya. Kenapalah dari dulu aku tak perhatikan betul-betul anak aku, bila dah jadi macam ni barulah aku malu denganya. Memang kau tak layak untuk sapa-sapa pun dan kau memang takkan mendapat tempat dihati sapa-sapa pun.’ Detik hati Pak Leman sendirian sambil mengesat air mata yang menitis. Kenapalah dia terlalu mengikut sangat kata-kata Mat Yeh yang hanya akan memalukannya saja, sudahnya mungkin cerita ini akan di sebarkan oleh Pak Jais pada orang kampung ah! Betapa malunya dia nanti.
“Ayah kenapa diam ni, saya nak tahu apa keputusannya.”
“Sudahlah Mat Yeh, carilah orang lain betul kata Pak Jais kau tak layak untuk anaknya, sudahlah.”
“Tak layak, apa yang tak layaknya, saya ada kerja walaupun hanya sekadar pemanjat pokok kelapa tapi itu usaha saya ayah saya tak mengemis dengan sapa-sapa pun, saya tak kira saya akan jumpa sendiri dengan Pak Jais.” Perasaan tak puas hati menyerbu ke dalam hati Mat Yeh. Hatinya betul-betul marah.
“Aku kata sudah, sudahlah memang pun kau tak layak. Walaupun kau ada kerja tapi kau tu BERUK, mana layak dengan Milah, kerana kau dengan aku-aku jadi bodoh.” Pak Leman melepaskan kemarahannya pada Mat Yeh dengan menghentakkan sebatang kayu dibelakang Mat Yeh, walaupun dia sayangkan Mat Yeh yang dah dianggap macam anaknya sendiri tapi biar Mat Yeh rasa, biar Mat Yeh sedar diri tu sikit. Pak Leman pun berlalu naik ke atas rumahnya meninggalkan Mat Yeh yang meraung di tanah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...