Kehadapan Kak Long tonjet yang diingati selalu. Ni apa punya nama daa…tak komersial langsung. Tujuan aku menulis surat ini adalah untuk meminta kembali duit yang kau pinjam hari tu walaupun hanya RM 2 tapi bagi aku begitu besar maknanya sekurang-kurangnya dapat aku membeli buku Apo? Walaupun hanya kulit depan saja. Aku ingatkan tak nak minta hutang ni, sebab aku nak kau membayarnya secara sukarela tapi nampaknya kau macam tak reti bahasa je setiap isyarat yang aku beri jadi sebab itu lah aku terpaksa juga menebalkan kulit muka aku yang sememang dah tebal ni. Hutang wajib di bayar walaupun hutang itu sebesar taik hidung kau. Aku berharap sangatlah agar kau dapat membayarnya secepat mungkin kalau boleh sebelum masuk tengah bulan ni. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku menampung duit belanja untuk Apo? Aku. Kerjasama dari kau amat aku hargai dan aku berharap sangatlah. Sekian terima kasih.
Zul : Okey…surat dah siap Pak Mat.
Pak Mat : Kau ni sekolah ke tak?
Zul : mestilah sekolah tapi darjah 3 ½ je.
Pak Mat : patutlah kau ni bangang sangat.
Zul : Sampai hati Pak Mat cakap macam tu pada saya. Dah lah saya
Tolong Pak Mat tulis surat, terima kasih pun tak. Kutuk saya adalah.
Pak Mat : Macamana aku tak marah, aku suruh kau tulis surat kat anak
Aku Bedah, yang kau pergi tulis kat Kak Long Tonjet tu apahal.
Aku tak kenal pun Kak Long Tonjet tu..
Zul : Eh! Ye Ke? He..he…sorilah Pak Mat. Kak Long Tonjet tu kawan
Saya. Dia ada hutang dengan saya He…he…
Pak Mat : Itu kau punya pasal lah. Nah ambik ni hadiah dari aku.
GEDEBUKKKK……menyusahkan orang. Cari orang lain lagi
Bagus.
Satu tendangan yang cukup padu dari Pak Mat untuk aku. Seminggu aku koma. Lepas dari itu aku dah takut nak serempak dengan Pak Mat. Kalau terserempak pun aku cepat-cepat lalu ikut jalan lain. Hatta nak ke jamban pun aku rela menahan perut aku.
Sunday, April 12, 2009
SISA TOKSIN
Ketika melihat tv pendidikan yang memaparkan cite pasal sisa toksin, Min teringat yang dia ada ternampak beberapa orang membuang sisa toksin ke dalam longkang baru ni. Min pun apa lagi cepat-cepat menelefon Pejabat Alam Sekitar (PAS) untuk melaporkan tentang kejadian ini. Chewah….rasa macam Karam Singh Walia pulak.
Min : Hello…ni pejabat alam sekitar ke?
PAS : Ya… boleh saya tolong.
Min : Saya nak lapor ada kes orang buang sisa toksik kedalam longkang
Berhampiran rumah saya.
PAS : Betul ke? Sila bagi alamat anda.
Selepas Min memberi alamat dia pun menunggu di tepi jalan rumah nya. Tak sabar pulak rasanya nak berkhidmat untuk negara.
PAS : Mana tempat pembuangan sisa toksin tu.
Min : Dekat je. Mari ikut saya.
Min pun berlalu dari situ dan menunjuk kearah tempat pembuangan sisa toksin . Min tersengih bangga kerana dapat berkhidmat untuk negara.
PAS : Ni ke sisa toksin tu. ( muka tak puas hati)
Min : Ye lah. Nape pulak salah ke?
PAS : Salah tu taklah salah tapi musykil lah pulak.
Min : Apa yang musykilnya Encik. Betul lah tu.
PAS : Betul tak salah tapi ni sisa toksin adik awak.
Min : Eh! Tak sama ke? (sengih macam kerang busuk)
PAS : Ni yang sama…KELEKUKKK…..buang masa. Dah sume balik.
Min : Waaa……..

MUSANG
Lee : Apahal moyok je ni?
Mat : Biasalah ayah aku hangin satu badan dengan aku.
Lee : Mung ni lah asik kena marah je…musang jugak ayah mung deh.
Mat : wah…wah….sedap-sedap mulut kau cakap ayah aku musang,
Kau ni nak kena lesing ni. (siap genggam buku lima)
Lee : Bila masa pulak aku kata ayah mung musang.
Mat : Tuu….
Lee : Laa….mung ni la dah berapa kurun jadi orang ganu dok faham lagi
Cakap terengganu. Musang tu maknanya bengkeng, suka marah
Orang. Apa daa….itu pun dok faham.
Mat : Lain kali cakap tu biar terang. Menyusahkan orang je kau ni.
Nasib tak kena lesing….

Subscribe to:
Posts (Atom)