Sunday, April 12, 2009

SISA TOKSIN

Ketika melihat tv pendidikan yang memaparkan cite pasal sisa toksin, Min teringat yang dia ada ternampak beberapa orang membuang sisa toksin ke dalam longkang baru ni. Min pun apa lagi cepat-cepat menelefon Pejabat Alam Sekitar (PAS) untuk melaporkan tentang kejadian ini. Chewah….rasa macam Karam Singh Walia pulak.
Min : Hello…ni pejabat alam sekitar ke?
PAS : Ya… boleh saya tolong.
Min : Saya nak lapor ada kes orang buang sisa toksik kedalam longkang
Berhampiran rumah saya.
PAS : Betul ke? Sila bagi alamat anda.
Selepas Min memberi alamat dia pun menunggu di tepi jalan rumah nya. Tak sabar pulak rasanya nak berkhidmat untuk negara.
PAS : Mana tempat pembuangan sisa toksin tu.
Min : Dekat je. Mari ikut saya.
Min pun berlalu dari situ dan menunjuk kearah tempat pembuangan sisa toksin . Min tersengih bangga kerana dapat berkhidmat untuk negara.
PAS : Ni ke sisa toksin tu. ( muka tak puas hati)
Min : Ye lah. Nape pulak salah ke?
PAS : Salah tu taklah salah tapi musykil lah pulak.
Min : Apa yang musykilnya Encik. Betul lah tu.
PAS : Betul tak salah tapi ni sisa toksin adik awak.
Min : Eh! Tak sama ke? (sengih macam kerang busuk)
PAS : Ni yang sama…KELEKUKKK…..buang masa. Dah sume balik.
Min : Waaa……..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...