Thursday, December 18, 2008

Mak cik munah 3

Pada tengahari yang panas terik agak-agak dalam 45 darjah celsius kelihatan kelibat seorang makcik, siapa lagi kalau bukan Makcik Munah kita ni, dia dalam perjalanan menuju ke telaga untuk membasuh. Ini takde lain mesti kes tak bayar bil air. Punyalah kotor baju Makcik Munah sampaikan satu tongkol sabun pun tak mampu nak hilangkan kotoran tu, berkubang dalam lumpur kot, entahlah saya pun tak tahu sampaikan beberapa orang yang membasuh bersama dengannya pun mengelengkan kepala. Tengah syok membasuh tiba-tiba sabun Makcik Munah telah di sambar garuda, eh! Silap bukan garuda lagipun zaman sekarang ni mana ada burung garuda tapi burung gagak. Makcik Munah hanya memerhatikan saja burung itu pergi, semua orang hairan biasanya Makcik Munah akan menjerit tapi kali ni dia cool aje, tak puas hati adalah sorang akak yang perasan mukanya macam Erra Fazira pun bertanya. “kenapa Makcik Munah tak lempar aje batu biar sabun tu jatuh balik.” Jawab Makcik Munah “ Kau buta ke apa, tak nampak kulitnya hitam legam tentulah burung tu lebih memerlukan sabun tu dari aku.” Orang ramai pun bersurai dari situ. Pening...pening.

Mak cik munah 2

Satu hari tekak Makcik Munah ni rasa benor nak makan lauk yang sedap-sedap lalu Makcik Munah pun pergilah ke kedai. Pertama sekali Makcik Munah membeli sebuah buku resepi maklumlah tak pandai masak katakan walaupun umur dah tua. Lepas tu Makcik Munah terus pergi ke pasar untuk membeli bahan-bahannya. Selepas semuanya selesai Makcik Munah pun berjalan, kali ini dia tak nak naik teksi lagi. Bukan takde duit tapi takut pemandu teksi tu ambil kesempatan lagi. Tengah dalam perjalanannya tiba-tiba beg Makcik Munah telah diragut oleh peragut tapi bukan peragut rumput tapi peragut yang bawak motor atau dalam bahasa yang lebih senang pencuri. Makcik Munah pun terjatuh macam nangka busuk daa.... Makcik Munah lihat begnya dah takde apalagi menjeritlah dia macam tarzan.
-“Hei!! Pencuri bodoh, yang kau ambik buku resepi tu saja buat apa, bahan-bahan untuk memasak kau tak ambik habis tu kau nak masak macamana? Bodoh punya pencuri.”

Mak cik munah 1

Pada suatu hari Makcik Munah dalam perjalanan dari pasar untuk pulang ke rumahnya, kerana terlalu penat berjalan Makcik Munah terasa ingin menaiki teksi walaupun duit yang ada cuma $2.00 sahaja. Inilah orang tua yang tak sedar diri duit takde tapi berlagak nak mampus. Tapi takpelah kita teruskan kepada cerita kita ini. Makcik Munah pun menahan sebuah teksi kaler merah putih yang mana warna itu merupakan warna kegemaran lembu tuk penghulu kampung Makcik Munah.Teksi itu pun berhenti, Makcik Munah pun naik dan duduk dengan bersopan sekali mengalahkan pengantinlah pulak. “Nak kemana makcik.” Tanya pemandu teksi itu dengan penuh budi bahasa sesuai sekali dengan kata-kata yang sering diwar-warkan iaitu budi bahasa budaya kita. “Nak baliklah.” Jawab Makcik Munah sambil menjeling kearah pemandu teksi itu. “Yelah saya tahu tapi kat mana rumah makcik.” Pemandu teksi tu dah angin satu badan. “Kenapa? Kau nak datang mencuri kat rumah aku ke hah! dah takde kerja lain yang nak dibuat.” Marah betul Makcik Munah. “ Haaaaa........” Melopong pemandu teksi. Kesian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...